hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

19
HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN VIETNAM SELATAN 1957-1970: SATU KAJIAN A WAL ROHANI Hi. ABDUL GHANl* PENGENALAN Malaysia dan Vietnam Selatan telah mula menjalinkan hubungan diplomatik apabila kedua buah negara menandatangani peljanjian persahabatan di Kuala Lumpur pada 19 Februari 1960. Hubungan antara kedua buah negara ini lebih merupakan satu bentuk strategi politik dan keselamatan bagi Malaysia dalam menangani ancaman Parti KomunisMalaysia (PKM). Hubungan ini jugamerupakan satu kesinambungan dasar kerajaan British sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Dengan kata lain, polisi Malaysia yang menyokong peljuangan Vietnam Selatan dalam menentang komunis dan menyokong kehadiran Amerika Syarikat (AS) di negara itu merupakan penerusan dasar kerajaan British dalam strategi membendung pengaruh komunis dalam Perang Dingin. PERLANTIKAN NGO DINH DIEM Ngo Dinh Diem I telah dilantik oleh Bao Dai sebagai Perdana Menteri Vietnam Selatan pada 16 Jun 1954. Pemilihan beliau itu dibuat memandangkan Diem adalah seorang berpendirian tegas terhadap kemerdekaan Vietnam Selatan.' Diem .. PenuJis D.dalah Tutordi Jabatan Sejarnh. Universili Kebangsaan MaJaysia. I. Perbincangan abn ditumpukan kep::u:la hubungnn Mll.13ysia dengan Vietnam Selatan semasa negara ilu diperintah oleh Ngo Dinh Diem. Ini kerann pada peringkat ini sahaja hubungan dua haJa antara kedua buah ncgara keJihatan begitu menonjol berbanding dengan waktu Vietnam Selalan diperinlah oleh lain-lain presiden. Sehubungan dengan ilu juga peringkaJ: awal bahagian ini akan rnembincangkan tentang perkembangan awaI kekuasaan Ngo Dinh Diem. la dirasakan perlu bagi dijadikan latarbclakang dan pengenalan kepada kewujudan persefahaman yang mendorong kepada terbinanya hubungan antara Malaysia dengan Vietnam Selatan terutamanya dalam soal yang berkaitan dengnn soaJ dasar anti-komunis. 2. George McTuman Kahin. Kuajaan dan PoUlik Asia Tenggara. (terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka. 1978. him. 1073. 65

Upload: dinhmien

Post on 27-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN VIETNAM SELATAN 1957-1970:

SATU KAJIAN A WAL

ROHANI Hi. ABDUL GHANl*

PENGENALAN

Malaysia dan Vietnam Selatan telah mula menjalinkan hubungan diplomatik apabila kedua buah negara menandatangani peljanjian persahabatan di Kuala Lumpur pada 19 Februari 1960. Hubungan antara kedua buah negara ini lebih merupakan satu bentuk strategi politik dan keselamatan bagi Malaysia dalam menangani ancaman Parti KomunisMalaysia (PKM). Hubungan ini jugamerupakan satu kesinambungan dasar kerajaan British sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan . Dengan kata lain, polisi Malaysia yang menyokong peljuangan Vietnam Selatan dalam menentang komunis dan menyokong kehadiran Amerika Syarikat (AS) di negara itu merupakan penerusan dasar kerajaan British dalam strategi membendung pengaruh komunis dalam Perang Dingin.

PERLANTIKAN NGO DINH DIEM

Ngo Dinh Diem I telah dilantik oleh Bao Dai sebagai Perdana Menteri Vietnam Selatan pada 16 Jun 1954. Pemilihan beliau itu dibuat memandangkan Diem adalah seorang berpendirian tegas terhadap kemerdekaan Vietnam Selatan.' Diem

.. PenuJis D.dalah Tutordi Jabatan Sejarnh. Universili Kebangsaan MaJaysia. I. Perbincangan abn ditumpukan kep::u:la hubungnn Mll.13ysia dengan Vietnam Selatan semasa negara ilu

diperintah oleh Ngo Dinh Diem. Ini kerann pada peringkat ini sahaja hubungan dua haJa antara kedua buah ncgara keJihatan begitu menonjol berbanding dengan waktu Vietnam Selalan diperinlah oleh lain-lain presiden. Sehubungan dengan ilu juga peringkaJ: awal bahagian ini akan rnembincangkan tentang perkembangan awaI kekuasaan Ngo Dinh Diem. la dirasakan perlu bagi dijadikan latarbclakang dan pengenalan kepada kewujudan persefahaman yang mendorong kepada terbinanya hubungan antara Malaysia dengan Vietnam Selatan terutamanya dalam soal yang berkaitan dengnn soaJ dasar anti-komunis.

2. George McTuman Kahin. Kuajaan dan PoUlik Asia Tenggara. (terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka. 1978. him. 1073.

65

Page 2: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALAYSIA. DEHGAN VIETNAM SEUTAN

kemudiannya telah menuntut kuasa penuh dari Bao Dai. Sehubungan dengan itu satu pungutan suara bagi memilih Bao Dai dan Ngo Dinh Diem pada 23 Oktober 1955 telah diadakan. Diem telah berjaya memungut 98 suara dan dengan itu Bao Dai telah tersingkir. Sehubungan dengan itu pada 25 Oktober 1955. Presiden Diem telah mengisytiharkan penubuhan Republik Vietnam.'

Walaupun Perjanjian Geneva telah menetapkan supaya pilihanraya diadakan bagi menentukan masa depan Vietnam selepas Persidangan Geneva 1954. namun Diem enggan mengadakan pilihanraya tersebut. Keengganan ini kerana beliau sendiri pasti bahawa beliau tidak boleh memenangi pilihanraya tersebut. Menurut Harold M. Vinacke:

Halpilihanraya "bebas" dilndochina itu menimbulkan masalahseperlimana yang timbul di Korea pada tahun 1947. Vietnam Utara telah bersatu di bawah satu pemerintahan sebuah parti ... sekiranya parti tersebut dapat menetapkiln syarat-syarat mengundi. makil sudah tentulah boleh diteka dengan mudahnya bagaimana kelakkeputusan pembuangan undi di bahagian selatan garisan lintang itu ... kemungkinannya ialah pilihanraya tersebut akan mengakibatkan seluruh negeri itu dikuasai oJeh Viet Minh. Ini menyebabkiln Diem mengelak seberapa boleh dari melaksallakLln syarat pilihanraya yang terdapat dalam Perjanjian Geneva.'

Berikutan dengan keengganan Presiden Diem melaksanakan pilihanraya tersebut. Ho Chi Minh telah melatih komunis untuk memulakan perang saudara di Vietnam Selatan.' Ho Chi Minh juga telah menerima bantuan dari Rusia dan China.' Penguasaan Diem adalah berikutan dengan sokongan AS. Sebenarnya beliau tidak merupakan seorang pemimpin yang disukai oleh masyarakat Vietnam Selatan. Menurut Hall. Diem merupakan seorang Katholik dan lebih menyerupai Perancis daripada orang Vietnam dalam pelajaran dan pandangannya. Ia tidak mempunyai pengalaman pentadbiran dan tidak menunjukkan kebolehannyasebagai pemimpin. Hanya dengan sokongan AS sahaja yang menyebabkan ia masih berkuasa. AS memandangnya sebagai seorang yang amanah dan boleh dipercayai kerana sikapnya yang anti-komunis.' Perkara ini juga turut diulas oleh Roy Jumper dan Marjorie Weiner Normand.

3. Roy Jumperdnn Marjorie Weiner Nonnand. "Vielnmn" da1:un George Me Tuman Kahin, Kuajaandan Politik. A.ria Tenggara. (Ierjemahnn). Dewan Bahasa. drut PuSlaka.. 1978. him. 513.

4. Harold M. Vinacke, Sejarah Timur Jauh Da/am ZamtUI Moden. (terjemahan), Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala. Lumpur. 1986. him. 1184.

5. John G. Sioessinger. Why Nations Go to War. Fourth Edition. St. Martin's Press. New York. him. 93. 6. John G. Stocssinger.Naliofls in Darkness: China. RussiaandAmerica. Fourth Edition, Rnndom House. New

York. 1986. him. 18. 7. D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, (terjemahan), Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1979. him.

1073. Juga lihat, Philippe Devillers. "Ngo Dinh Diem and the Struggle for Reunification in Vietnam". dalam Marvin E. Gendeman, (pnyt.), Viet Ham: History. Ducu~nts. andOpiniuf1S0nQ Major World Crisi.f. A Fawccn Crest Book, Grenwich, 1966. him. 214.

66

Page 3: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALA YSIA dllri .ugi SEJARAH

Satu faktor penting dan mungkin yang menentukan kebolehan Diem untuk mengukuhkan kedudukannya ialah ketetapan kerajaan Amerika Syarikat untuk menyalurkan bantuan tentera terus kepada kerajaan Vietnam. II

Namun demikian kesemua bantuan tersebut merupakan a1at bagi polisi AS terutama sekali untuk "perang diplomasi" dengan blok komunis. Syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan AS termasuk tanggungjawab politik, ekonomidan pertahanan adalah bersifat quid pro quo' oleh negara Vietnam Selatan; iaitu akibat dari penerimaan bantuan-bantuan ter.sebut, kerajaan Vietnam Selatan mesti membenarkan AS campurtangan dalam politik dan pentadbiran di negara itu. JO

HUBUNGAN MALAYSIA-VIETNAM SELATAN

Hubungan antara Malaysia dengan Vietnam Selatan telah dimulakan dengan lawatan Tunku ke Saigon pada 28 lanuari 1958." Semasa berucap di majlis untuk meraikannya di Saigon, Tunku menyatakan,

... our countries and people have many things in common .. . It is our earnest hope that one day we can set up a diplomatic mission in your country ... We want to make close relations with you both in the economic, social, cultural and political fields. 12

Sementara itu bagi pihak kerajaan Vietnam Selatan, sebagai tanda persahabatan dan penghargaan terhadap lawatan tersebut mereka telah menganugerahkan pingat Kim Khanh Order First Class kepada Tunku. Dalam perutusannya sempena penganugerahan tersebut Presiden Ngo Dinh Diem menyatakan,

I have the honour to award Your Excellency with the Kim Khanh Order First Class, which is the highest mark of esteem that my Government can bestow on eminent Chiefs of Government of friendly nations. This mark of recognition is at the same time a brilliant homage of the government of the Republic of Vietnam in the recognition of the eminent qualities of which Your Excellency gave proof many a time andan illustrator ofthefraternal solidarity which associates the Federation of Malaya and the Republic of Vietnam in the same ideals of peace and freedom .. ."

8. Roy Jumper dan M:ltjorie Weiner Normand. "Vietnam", him. 511 . 9. la bermaksud "satu dibalas dengan satu". 10. O.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, him. 1061. II. The Straits Times. 28 JnnuilIy 1958. him. l. Turut S3ma dnla.m lawatan ini ialah isteri Tunku. Sharifah

Rodziah. Menteri Perdagnng3Jl dan Perindustrian Encik T3fl Siew Sin. Menteri Peng3J1gkutan Encik Abdul RahfTUUl Talib dan bebernpa ornng pemberita.

12 . Ibid. 13. Federal Government Press Statement D. INF2I5811 (Vietnam), ArkibNegara Malaysill, Kunia Lumpur. 1984,

(disusun semula), tanpa halaman.

67

Page 4: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN VIETNAM Sf.u,T/tN

Dalam lawatan ini juga Tunku mengakui bahawa Malaysia dan Vietnam sama­sarna menghadapi ancaman dari komunis. Selaras dengan itu, kedua-dua negara menyatakan persetujuan untuk mengadakan hubungan yang lebih erat dalam bidang keselamatan berbanding dengan hubungan di bidang ekonomi dan sosial. 14

Pengakuan ini antara lain disentuh oleh Tunku berbunyi, "Vietnam and Malaya are the only two countries in South East Asia to have taken a firm stand against the Communist menace".!$

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Tunku ke luar negeri setelah perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.'· Pemilihan Vietnam Selatan sebagai negara pertama yang dilawati oleh beliau setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia menunjukkan komitmen beliau yang besar terhadap dasar anti-komunis negara itu juga menunjukkan persefahaman yang wujud antara Tunku dan Presiden Diem terhadap perkara tersebut. Dalam satu jamuan rasmi yang diberikan oleh Menteri Luar Vietnam Selatan, Tunku menyeru supaya diadakan hubungan yang rapat di kalangan negara-negara kecil bagi membentuk satu kekuatan.17 Beliau juga telah menyuarakan sokongan moralnya secara terbuka terhadap Vietnam Selatan yang sedang berjuang menentang komunis dan menyuarakan rasa prihatinnya terhadap keadaan di Vietnam Selatan dan mengkritik negara-negara Asia Tenggara (AT) yang lain yang mengambil berat tentang politik dunia sedangkan politik di AT dalam keadaan huru-hara. Menurut beliau:

It is a mistake for Southeast Asian countries to concern themselves unduly with world and Afro-ASian politics when politics in Southeast Asia itselfis in the melting pot. III

Perhatian dan sikap prihatin Tunku terhadap Vietnam Selatan adalah berdasarkan pada pandangan beliau bahawa negara itu penting dari segi strategi keselamatan Malaysia jika berlaku serangan udara. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa Vietnam adalah merupakan "barisan pertama bagi pertahanan Malaya" ." Bagi Tunku keselamatan nasional merupakan pertimbangan penting dalam dasar luar Malaysia terhadap Vietnam Selatan. Menurut Tunku, Saigon merupakan ibu negara yang paling dekat dengan Kuala Lumpur di kalangan ibu negara-ibu negara

14. FO 3711135683. Publk: Record Office. 1958. Surat dari pegawai Kedutaan British di Saigon kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London tx::rtarikh 5 Februari 1958.

15. Ibid. 16. Ibid. Pegawai Kedutaan British di S.ai.gon menulis: "I was sure that a really fruitfuJ relationship would

develop. In fact . undemeath his remarkably easy manner, the Tunku was, I suspect. a little nervous of his first . stale visit 10 a foreign a country". .

17. TJu Straits Times. 291anuary 1958. him. I. 18. London Ttl'JWs. 9 February 1958. dipetik olc:h Stephen Chee. "Malaysia's Olanging Foreign Policy", dalam

Yong Men Cheong (pnyt.), Trends In Malaysia II. Proceedil1gs and Bockgrowrd Papus, Singapo~ Uni­versity Press, Singapore. 1974, hlm. 41.

19. TJu Straits Times, 27 October 1961 . him. 1.

68

Page 5: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALAYSIA dari .I~gj SEJIJlAH

lain di A r ini. Jika Saigon jatuh ke tangan komunis maka ia secara langsung akan mengancam keselamatan Kuala Lumpur.2•

Kebimbangan Tunku ini adalah berkaitan teori Domino. Pandangan Tunku mengenai teori Domino dijelaskan semasa beliau ditemubual oleh Masatem Shiga seorang wartawan Jepun dariakhbar AsahiShimbun. Beliau antara lain menjelaskan:

The nature o/Communist subversion etc. is actually world wide but we living in this region who are virtually affected by events in South Vietnam know full well that should South Vietnam or any territory in Southeast Asklfall to the communists, then the rest o/the region will be/aced with a greater threat to their safety and security. 21

. Oleh yang demikian Tunku telah membuktikan sokongannya terhadap Vietnam Selatan dengan menyerahkan bantuan alatan ketenteraan kepadanegara itu. Beliau menegaskan:

Saya telahmembuat apayangbolehsayalakukan untukmembantu Vietnam Selatan dalam perjuangan mereka menentang komunisma. Segala lebihan peraiatan ketenteraan yang terdapatseiepas tamatnya Darurat telah dihantar ke Saigon. Kita teiah memuiakan program bantuan kita sendiri. Secara senyap tanpa publisiti untuk melatih beribu~ribu rakyat Vietnam sama ada mengenai taktik peperangan di hutan atau pentadbiran polis. 22

J adi di sini dapat disimpulkan bahawa kepentingan strategi telah memperkuatkan lagi alasan ideologikal yang wujud antara Malaysia dan Vietnam Selatan. Selanjutnya sebagai lawatan balas. pada 16Februari 1960. Presiden Diem telah tiba di Kuala Lumpur. Beliau telah disambut dalam upacara sambutan rasmi diraja dan ketibaan beliau telah dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta para menteri Malaysia."

Pada 19 Februari 1960. Tunku Abdul Rahman dan Presiden Diem sebagai mewakili kerajaan masing-masing .telah bersetuju untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara. Pada hari yang sama. Perjanjian

20. Ibid. 21. Foreign Affairs Malaysia. Vol. I. No. 45. Kementerian Luar Malaysia. Kuala Lumpur. April 1967. him. 9~

10. 22. Tunku Abdul Rahman. "Malaysia: Key Area In Southeast Asiii". dahlm Foreign Affairs. Vol. 43. No.4.

Kementerian Luar Malaysia. Julai. 1965. him. 659. . 23. Berita Harian. 16 Februari 1960. him. I. Acara sambutan seCMn bes:u-besaran telah dindakan. BeHau telah

disambut oleh perbarisnn Rejimen Kelirrul Askar Melayu Dirnja dan 21 das tembakan meriam serta lima ribu orang kanak~kanak sekolah.

69

Page 6: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALAYSIA. DENGAN VIETNAM SEUTAN

Persahabatan Malaysia-Vietnam Selatan telah ditandatangani di Kuala Lumpur." Sebelum itu, kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk berbincang mengenai beberapa perkara termasuk:

i) Bersamadalam menentang musuh bersama iaitu komunis. Bagi mengisi keIjasama ini Malaysia berjanji akan memberikan latihan bagi pegawai­pegawai polis dan tentera Vietnam Selatan dan ianya akan diadakan di Malaysia.

ii) Menggariskan butir-butir perjanjian bagi mengadakan ikatan persahabatan yang berkekalan.

iii) KeIjasama yang lebih antara dua negara dalam penggunaan bahail­bahan semulajadi dan Malaysia bersetuju untuk memberikan bantuan berupa tunjuk ajar dalam aspek penorehan getah.

iv) Menstabilkan harga asas bagi bahan-bah an mentah. v) Mengadakan usaha-usaha bagi mempertingkatkan tarafhidup penduduk

bagi Vietnam Selatan dan Malaysia. Dalam perkara ini Malaysia bersetuju untuk memberikan sumbangan yang berupa bantuan pakar­pakar penasihat bagi penyusunan semula masyarakat Vietnam Selatan (kemudian dikenali sebagai program Strategic Hamlets). '-'

Semen tara itu semasa ucapan meraikan Presiden Diem dijamuan makan malam di Kuala Lumpur, Tunku begitu menyanjungi Presiden Vietnam Selatan itu .

... weare gathered here tonight to do honour to one of the outstanding leaders of the liberated Asia, a man who has struggled tirelessly for the rebirth of his nation andfearlessly for the rehabilitation of his peoples. His Excellency the President of Republic of Vietnam, Mr. Ngo Dinh Diem."

Sehubungan dengan termeterainya perjanjian persahabatan tersebut, Malaysia secara rasminya telah mengadakan perhubungan diplomatik dengan negara itu. Namun begitu sehingga tahun 1962, bentuk hubungan diplomatik ini adalah tanpa kedutaan dan bertarafKuasa-usaha (Charge d' Affairs)." Selanjutnya perhubungan Malaysia dan Vietnam Selatan diserikan dan dipereratkan lagi apabila Tunku dianugerahkan Ijazah Doktor Undang-undang, Honoris Causa oleh University of

24. The Straits Ti(Ms. 19 February 1960. him. I . 25. Utusan Mtlayll.. 20 Februari 1960. him. I . 26. APT ARPIU. 385. 25182. Arkib Negara Malaysia. Kunia Lumpur. 1982. (tanp4l halam:m) 27. Keterangan oleh ZAinal Abidin bin Abdul Wahid. Menurut beliau semasa lawatan rombongan Kementerian

Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang turutdisertainya dan diketuai oleh En. Shuhaimi Baba ke Vietnrun Selatan pada tahun 1960. mereka telah disambut oleh Pegllwai Protokol Vielnrun.di Saigon.

70

Page 7: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALAYSIA darisegi SEJARAH

Saigon pada 25 Oktober 1961." Dalam ucapan beliau sempena penganugerahan ijazah tersebut, beliau terus menyuarakan sokongan dan simpati Malaysia terhadap nasib dan keadaan yang sedang dialarni oleh Vietnam Selatan. Ucapan tersebut antara lain menyebut:

... Now Malaya is a land of peace and dynamic progress, but Vietnam is deeply engaged in a new armed struggle against militant Communistforces such as we once had in my country, and, in fact, has declared a state of emergency. My nation is small. its resources are limited, but whatever we can do within these limits to show our active sympathy and support for Vietnam in this period of renewed threats on your liberty, we will try to dO. 29

Penganugerahan ini sekaligus menunjukkan penghargaan dari kerajaan Viet­nam Selatan terhadap sokongan dan sikap Tunku khasnya dan Malaysia arnnya terhadap negara itu dalam menentang komunis. Manakala bagi pihak Tunku pula, beliau begitu menghargai penganugerahan ini dah berjanji akan berusaha untuk terus mempereratkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Vietnam Seiatan30

KERJASAMA MALAYSIA-VIETNAM SELATAN 1957-1970

Perhubungan diplomatik yang wujud antara Malaysia dengan Vietnam Selatan juga lahir atas sebab-sebab kepentingan negara itu terhadap Malaysia. Sehubungan dengan itu, Ghazali Shafie iaitu bekas Menteri Luar Malaysia pemah menyatakan:

Malaysia mempunyai kesedaran yang kuat tentang krisis Vietnam. Apfl yang berlaku di Vietnam merupakan sesuatu yang vital bagi keselamatan Malaysia juga sesuatu yang bererti bagi kebebasan Asia Tenggara. Pada keseluruhamlya, Saigon adalah lebih rapat dengan Kuala Lumpur berbanding dengan Bangkok dan Jakarta.)1

Beliau menerangkan bahawa Vietnam Selatan menjadi sesuatu yang vital terhadap keselamatan Malaysia kerana Hanoi (di wilayah Vietnam Utara) telah menjadi pusat utama bagi China mengirimkan agen-agen komunis ke Malaysia pada masa itu. Jadi perhubungan Malaysia dengan Saigon merupakan antara

28. F037 III 60 133. Prime Minisler' s Address in Reply After Confering of Degree of Doctor of Laws. Honoris Causa. by (he University of Saigon. Public Record Office. London .. 25 October 1961.

29. Ibid. 30. Ibid. 31 . Foreign Affair.f Malay.fia. Vol. 1-2. 196611967. Kementerian Luar Negeri. Kuala Lumpur. 1967. him. 73.

71

Page 8: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MAUrS/A. DENGAN VIt:TNAM SEUTAN

beberapa strategi bagi menyekat kegiatan China dan Hanoi." Sementara itu, mengenai kata-kata beliau yang berbunyi "pada keseluruhannya Saigon adalah lebih rapat dengan Kuala Lumpur berbanding dengan Bangkok dan Jakarta", bermaksud bahawa dari segi geografinya Saigon memang lebih dekat dengan pantai Malaysia. Ini adalah kerana Pengkalan Chepa di Kelantan (menurut beliau, Chepa itu berasal dari perkataan Champa iaitu sebuah kerajaan awal di Vietnam) menjadi pusat tumpuan bagi orang-orang Champa kerana arus yang membawa mereka bergerak enam bulan ke Saigon dan enam bulan ke" persisiran pantai Kelantan. Dalam soal ini, faktor semulajadi telah memudahkan perhubungan mereka. Tambahan pula dari segi politik, hubungan Kuala Lumpur dengan Saigon lebih erat berbanding dengan negara-negara lain kerana kedua-duanya sarna-sarna menghadapi kegiatan dan ancaman komunis. Oleh itu kerajaan Malaysia merasakan salah satu daripada cara untuk mempertahankan negara dari ancaman tersebut ialah dengan cara mendekati Saigon agar dapat mengambil iktibar dari apa yang dialami oleh negara itu bagi membenteras ancaman komunis di Malaysia." Perkara yang sarna turut terkandung dalam laporan yang disentuh oleh T.J. O'Bainn.

Geography also plays an important part ... where as the sea journey from Saigon to tlze East Coast of Malaya is a short one and life here could be made distinctly uncomfortable if Saigon fell in Communist hands."

KERJASAMA LATIHAN KEPOLISAN DAN KETENTERAAN

Inisiatifkerajaan Malaysia untuk mengadakan kerjasama latihan kepolisan dan ketenteraan dengan Vietnam Selatan adalah didorong oleh sebab-sebab kepentingan politik dan keselamatan sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.

Pada 7 Ogos 1960 seramai enam orang pegawai-pegawai Civil Guard telah melawat Malaysia. Mereka terdiri dari Kolonel Duong Ngoc Lam yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Civil Guard and Self Defence Corps, dan Timbalan Ketua Staff of Army, Leftenan Kolonel Pham Ngoc Chuong yang juga menjawat jawatan sebagai ketua Wilayah Kien Hoa, Leftenan Kolonel Touong Van Chuong yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Luar Civil Guard dan Self Defence Tactical Zone 23, Leftenan Kolonel Than Thanh Timbalan Ketua kepada Kolonel Duong Ngoc Lam, Mejer Tran Ngoc Chau, Pegawai Komandan Civil Guard dan

32. Temubu:lI pcnuJis dengan Ghazali Shafie pada 28 Ogos 1991 . 33 . Temubual penulis dengan GhazaJi Shafie pada 28 Ogos 1991 . 34. FO 37111 60133. Sumt TJ. O'Bainn dari Kedutaan British di Saigon kcpada Commonwealth Relations

Orfice pada Oktober 196 1.

n

Page 9: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALAYS/A daTi ugi SEJARAH

Self Defence Corps, Tactical Zolle 32 dan Leftenan Tran Buu, Timbalan Penolong Ketua kepada Kolonel Lan."

Tujuan lawatan mereka ialah untuk meneliti lebih dekat peranan yang dimainkan oleh pihak polis serta keberkesanannya semasa tempoh Darura!. Mereka juga turut meninjau peranan pasukan pertahanan dan turut meninjau kampong-kampong Baru. Keseluruhan dari tujuan lawatan mereka ialah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana bentuk perancangan yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam' menghadapi pemberontakan komunis semasa Darura!."

Dalam persidangan Dewan Rakyat pada 25 April 1961, Tunku mengesahkan bahawa Malaysia telah menghantar tiga puluh orang juruterbang terlatih yang dinamakan Wickham Trolley ke Vietnam Selatan. Langkah ini menu rut Tunku sebagai suatu usaha atau ikhtiar untuk menolong dan menyelamatkan Vietnam Selatan dari ancaman komunis. 37 Sehubungan dengan itu juga, Malaysia telah membekalkan alat senjata kepada Vietnam Selatan. Berkaitan dengan hal ini Tunku menjelaskan:

Sehllbungan dengan itu, kita berikan kepada merektJ. senjata-senjata kita yang mana senjata-senjata itu merupakan senjata-senjata yang telah kita gunakan untuk berperang dengan komunis yang mana nilainya sebelas jUla ringgit dan perbelanjaalillya ditallggullg oleh kerajaan British, maka senjata kila ilu diberikan oleh British semasa Darurat. Kita tidak rugi sesenpun. Kereta perisai pun diberi kerana kita lelah tidak gUllakan lagi .. .. Ka/au Vietnam jatuh bila-bila masa, maka merbahayakan juga kepada "egeri ini. O/eh sebab itulah senjata-senjata itu diberikan kepada Vietrlam. )11

Keputusan Tunku itu adalah atas alasan bahawa keadaan di Vietnam Selatan pada ketika itu memerlukan pertolongan Malaysia dalam usaha untuk menentang komunis dari Vietnam Utara. Tunku menyatakan "ladi bagi pihak kita yang berkawan dengan Vietnam itu dan dengan diminta pertolongan kepada kita maka kita boleh berikan pertolongan dengan sesuka hati kita"."

Dalam pada itu, keadaan peperangan di Vietnam Selatan semakin hebat dan pada 18 Oktober 1961, darurattelah diisytiharkan di negara itu. Menurut Presiden Diem, pengisytiharkan tersebut bertujuan untuk mendapatkan kuasa dan cara baru dalam menentang komunis.") Keadaan yang sedang berlaku di Vietnam Selatan

35. FO 371/160164. Police Training Serial 109 Vielnam. visil of Direclor and Senior Officers of Civil Guard lo Federation of Malaya. 7 Ogos 1961. him. I.

36 Ibid. 37 ParlinurttaryDebates. Part 7. First Parlinurtl. Vul. 3. ThirdSession. Dewan Ralcy3l.25ApriI1961. Col. 440. 38. Purlimentary Debates. Part J. First Parliment. Vul. ///. Third Sessiun. Dewan Rakynl, 24 April 1961, him.

420. 39. Ibid. 40 . The Straits TimJ!s. 19 Oclober 1961. him. I .

7J

Page 10: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALA YSIA Df.NGA.N VIITNA.M SEUTAN

pada masa itu amat dirasai oleh Tunku. Dalam lawatannya selama lima hari ke Saigon pada 24 Oktober 1961, Tunku menyatakan bahawa situasi di Vietn'am Selatan boleh mengancam seluruh rantau ini dan turut memberi kesan kepada Malaysia"

I a/ways regarded Vietnam as a first line of the defence for Federation of Malaya .... Every free nation should support Vietnam. If not with material then with morale. 42

Atas dasar persahabatan kerajaan Malaysia terhadap negara tersebut, kerjasama ketenteraan dan kepolisan an tara kedua negara telah dipertingkatkan. Seterusnya pada 25 Mac 1962, seramai 132 orang tentera Vietnam Selatan telah tiba untuk menjalani latihan ketenteraan di Malaysia." Pada 26 September 1962, seramai 150 orang polis Vietnam Selatan (Civil Guards) telah tiba di Kuala Lumpur untuk menjalani latihan ketenteraan yang diadakan di Sekolah Latihan Angkatan Tentera di Port Dickson selama lapan minggu. Latihan tersebutdikendalikan oleh pegawai­pegawai tentera dari Rejimen Kedua Angkatan Tentera Diraja Malaysia."

Dalam masa Malaysia memberikan bantuan kepada Vietnam Selatan keadaan politik dalaman di negara itu terus bergolak. Menjelang tahun-tahun I 960-an, rejim Diem menjadi semakin tidak popular. Ini berikutan dengan penindasannya yang begitu ketara terhadap sami-sami Buddha" dan juga kebangkitan para penentang terhadap rejimnya dan perkembangan ini disedari oleh AS. Menurut Devillers, pentadbiran Kennedy tidak lagi mengharapkan kerjasama dari rejim Diem dan mengaturkan satu rampasan kuasa." Sehubungan dengan itu, pada I November 1963, satu rampasan kuasa tentera bagi menggulingkan Presiden Ngo Dinh Diem telah berlaku. Ia telah diketuai oleh Jeneral Duong Van Minh. Presiden Diem dan adiknya Ngo Dinh Nhu telah dibunuh di Cholon'7 Kerajaan Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang telah menimpa Presiden Diem. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak menyifatkan bahawa pembunuhan itu adalah satu perbuatan yang kejam." Ketika ditanyaapakah kerajaan Malaysiaakan

41. The Straits Time.f. 24 October 1961. hIm. I. 42. The Straits Times. 27 October 1961. him. I. 43. The Straiu Times. 26 March 1962. him. I. 44. The Straiu Times. 26 September 1962. him. I. 45 . Diterangkan dengan lebihjelas dalam bab emp:l.1 him. 10. 46. Philippe Devillers.Sejarah IndochinaModell.(tcrjcmahan oleh Ruhanas Harun), Dewan Battasadan Pustaka,

1989. him. 390. 47. Peristiwa rampasan kua,o;a ini dilerangkan dengan agakjclas olch Troung Nhu Tangdalam bukunya The Viet.

Cong Memoir: An Imide Account of the Viellllll11 \Vllr(lluJ Its AJiermath. A Vintage Books, New York. 1985, him. 52-54 dan Geoffrey Warner. "The United Slates and the Fall of Diem. Part II : The I)cath orOicm".da\am Australian Outlook. Vol . 29, No. I. April 1975. him. 3-17.

48. The Straits Time.f. 4 November 1963. him. 20.

74

Page 11: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALAYSIA d4ri segf SE}A.RAH

mengiktiraf rejim baru Vietnam Selatan itu, Tun berkata, "kita • tunggu dan lihat. .. ··49

Sementara itu, peristiwa rampasan kuasa dan kematian Presiden Diem serta adiknya Ngo Dinh Nhu dan juga penglibatan AS telah menimbulkan berbagai kritikan dari masyarakat antarabangsa. Agensi berita rasmi Rusia mendakwa AS terlibatdalamrampasan kuasadan kematian Ngo bersaudara.50 Manakala Vietnam Utara pula menuduh AS merancang dan terlibat secara langsung dalam peristiwa yang menjatuhkan Presiden Diem. Tuduhan tersebut antara lain berbunyi:

... the United States began preparations for the coup because Diem and his strongman brother, Nhu, were becomiflg a "stumbling block" for the u.s. policy of aggression ... The recent trip of Mc Namara and Taylor to South Vietnam was made with the purpose of approving the plan of the coup, giving directives to the u.s. troops afld buying over Diem 's general. SI

Malaysia tidak mempunyai apa-apa dakwaan terhadap peranan AS pada ketika itu sehingga pada tahun 1975 Tunku menulis:

I was most distressed to learn that President Ngoh Dinh Diem was killed by rebels in South Vietnam. It was one of the most atrocious acts of cruelty ever perpetrated by men and that too with the connivance of the Americans who could have saved his life if they had wanted to. He had sought refuge alld shelter illSide a monastery, and had askedfor Americafl protection while he was there, but the AmericanArmy refused to give help, so rebels dragged him from the monastery, decapitated him and defiled his corpse nwst igno­miniously. $2

Malaysia kemudiannya telah mengambil keputusan mengiktiraf rejim baru Viet­nam Selatan pada 6 November 1963." Semen tara itu sikap dan tindakan AS dalam peristiwa rampasan kuasa tersebut jelas menunjukkan mereka bersikap double

standard terhadap kerajaan Diem. Dalam perkara ini Presiden Diem telah menjadi korban.

Kejatuhan rejim Diem bagaimanapun tidak mengubah pendirian Malaysia dalam terus memberikan bantuan kepada Vietnam Selatan. Selaras dengan itu

49. (bid. 50. Strairs Times, 5 November 1963. him. 2. 51. Kedatangan mereka pada II Oktober 1963 ialah untuk menyelidiki keadaan keselamatan di Vietnam Selatan.

Hasil dati lapornn mereka Presiden Kennedy mcngambil keputusan unluk menambahkan lagi buntuan ketenteraan kepada Vietnam Selatan. Lihat. The Vietnam War: The Illustrated Hi.ftory of tile Conflict in SOlltheast Asia, Salamander Books Limited. London. 1979. him. b4.

52. Tunku Abdul Rahman PutraAI-Haj. umkinf.: Back: Monday Mu.finK.f and Memorie.f, Puslaka Anlara. Kuala Lumpur. Malaysia. 1977. him. 142.

53. The Straits Times. 6 November 1%3. him. I.

75

Page 12: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MALAYSIA DEHGAN VIE:TNAM'SELltTI&N

sehingga tahun 1963, seramai tiga ribu orang tentera dan anggota polis Vietnam Selatan telah mendapat latihan di Malaysia. Namun demikian segala perbelanjaan dan pembiayaan latihan-latihan tersebut ditanggung oleh pihak British." Hal ini menunjukkan bahawaBritainjugaturut terlibatdalam menentukan pola perhubungan yang wujud antara Malaysia dengan Vietnam Selatan.

Sebenamya bantuan-bantuan yang diberikan oleh Malaysia kepada Vietnam Selatan.turut membabitkan peranan British. Malah memang tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud kesinambungan persefahaman tiga pihak iaitu antara kerajaan British, AS dan Malaysia vis-a-vis Vietnam Selatan berhubung dengan keselamatan Asia Tenggara. Perkara ini diakui oleh Duta AS ke Malaysia, Charles F. Baldwin:

There was a kind of tacit understanding ... really an unwritten agreement ... that the United States was carrying in Vietnam all the burden with respect to Southeast Asia that we should carry at the time, and that Britain would consider the protection of the Malaysian area a British responsibility. That was clearly understood in London. Washington. and in Kuala Lumpur.55

Baldwin merujuk kepada Perjanjian Home-Johnson yang diadakan pada bulan Februari 1964 yang menyentuh tentang peranan AS dan Britain di AT.'· Dengan demikian secara tidak langsung telah wujud pembahagian tugas antara kedua-dua buah kuasa besar ini iaitu Britain secara langsung terlibat dalam soal keselamatan dan pertahanan Malaysia manakala AS pula terlibat di Vietnam Selatan di samping peranan-peranan utama mereka di rantau ini" Semen tara itu walaupun Malaysia telah merdeka namun sebagai sebuah negara baru, Malaysia telah mendapat jaminan keselamatan dari Britain melalui Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya (Anglo-Malayan Defence Agreement). Soal keselamatan yang paling utama bagi Malaysia pada masa ini ialah soal ancaman komunis. Jaminan ini merupakan satu permintaan daripada British dalam pertahanan Malaysia sememangnya turut disokong oleh AS yang memikul tanggungjawab yang berat di Vietnam Selatan."

.. . America 's limited role in Malaysia was due not only to the Britishpresence in the area but also to the United States own attitude towards further commitmelJt in Southeast Asia beyond Vietnam.

54 . Ibid. 55 . PamelaSodhy, "The Malaysian Connet:tion in the Vietnam War", ConumpnrarySnutheast Atia, Vol. 9. No.

I. June 1987, him. 43 . 56. Ibid. 57 . Lihat James W. Gould. The United Stales and Malaysia. him. 220. 58 . Pamela Sodhy. "Passage of Empire: United Stales - Malayan Relations to 1966", A Thesis Presented to the

Faculty of the Grnduate School of Cornell University in Partial Fulfillment for the Degree of Doctor of Philosophy. 1982, him. 357.

76

Page 13: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALA YSIA dori s~gi SEJARAH

This heavy involvement in Vietnam and the desire for British support made America very apprehensive about defense arrangements under the Malaysia plan. S'J

Langkah Britain membiayai latihan-Iatihan untuk pasukan keselamatan Viet­nam Selatan di Malaysia boleh dikatakan bermaksud untuk membantu peranan AS dalam soal keselamatan di Vietnam Selatan. Sehubungan dengan ini pada Mei 1965. Perdana Menteri British. Harold Wilson menyatakan bahawa penglibatan British dalam perkara ini akan diteruskan."" Langkah ini adalah praktikal bagi membendung perkembangan pengaruh komunis di rantau ini dan seterusnya menyekat dari berlakunya teori Domino. Ia juga selari dengan perancangan dan prinsip SEATO yang telah sarna-sarna dianggotai oleh Britain dan AS. Bagi pihak kerajaan Malaysia pula. di samping perkara tersebut iaitu latihan keselamatan yang sememangnya merupakan satu kesediaan yang lahir dari Malaysia sendiri. tindakan ini lebih merupakan satu strategi keselamatan bagi Malaysiadan Vietnam Selatan dalam usaha untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya menyekat pengaruh komunis dalam kedua-dua buah negara.·'

KERJASAMA DALAM RANCANGAN AGROVILLE DAN STRATEGIC HAMLETS

Dalam rangka Perjanjian Persahabatan Malaysia - Vietnam Selatan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj dan Presiden Ngo Dinh Diem pada 19 Februari 1960. antara lain ia turut menggariskan kerjasama di bidang sosial dan kemasyarakatan yang mempunyai kepentingan keselamatan. Kerjasama tersebut termasuklah usaha-usaha untuk pembangunan luar ban dar dan kemasyarakatan yang meliputi kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam usaha untuk menjayakan rancangan Agrovilledan Strategic Hamlets yangdiadakan di Vietnam Selatan"

Sepanjang tiga belas tahun era kepimpinan Tunku. Malaysia dan Vietnam Selatan sering mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama yang telah disebutkan di atas mengenai kerjasama dalam bidang pembangunan luar bandar. ia boleh disifatkan sebagai satu kerjasama kemasyarakatan yang mempunyai tujuan politik dan keselamatan disamping memajukan dan menyusun semula

59. Ibid .• hIm. 403. 60. Tile Straiu Times. 6 May 1965. hIm , 2. Penglibat:m Britishdalam perkaroini telahditentnngoleh Parti Buruh

Britain . Salah seoCllng pcmimpin parti tersebut iaitu Fronk Allnn telah mencadangk:m agar latih:m-Iatihan lersebul ditarru:atkan dan lidak ada lagi penglibatan Britain dalam krisis Vietnam. The Straits TilTU!s. 15 June 1965. hIm. 15.

61 . Perkaro ini lelah dilcrangkan oleh Ghazali Shafie scmasa ditemubual oleh penulis p<lda 28 Ogos 1991 . 62 . Lih<lt. The Straits Time,f. 20 February 1960. him. 1.

77

Page 14: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

HUBUNGAN MAUtYSIA D£NGAN VIETNAM SELATAN

masyarakat luar bandardi Vietnam Selatan serta untuk menyekatancaman komunis di negara itu.63

Seperti yang telah dinyatakan di atas. rancangan penyusunan masyarakat yang diadakan di Vietnam Selatan ialah rancangan Agroville dan Strategic Hamlets." Dalam melaksanakan rancangan-rancangan ini. kerajaan Vietnam Selatan telab ban yak meminta bantuan dari kerajaan Malaysia kerana kerajaan Vietnam Selatan begitu berminat dengan kejayaan perlaksanaan Rancangan Kampong-Kampong Baru yang telah dilaksanakan semasa tempoh Darurat di Malaysia. Kerajaan Vietnam Selatan menyedari bahawa rancangan tersebut telah memainkan peranan yang penting dalam menyekat dan menghapuskan ancaman dan pengaruh komunis di Malaysia semasa Darurat. Atas tujuan tersebut maka pad a 8 Disember 1960. Malaysia telah menghantar rombongan bagi mengkaji rancangan pembangunan luar bandar yang telah dijalankan di Vietnam Selatan. Rombongan ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu Encik Mohamed bin Baba." Lawatan selama seminggu ini adalah bertujuan untuk mengadakan pemerhatian ke atas kawasan Agroville di Vietnam Selatan. Antara kawasan Agroville yang di lawati itu ialah Bounknir. Ea Hiu. Ea Knong. Vi - Thanh dan Ba - The ....

Pada 18 September 1961. seorang pegawai British yang pernah berkhidmat di Malaysia iaitu Sir Robert Thomson (beliau turut terlibat dalam perlaksanaan Kampong-Kampong Baru yang dijalankan di Malaysia semasa Darurat) iaitu Setiausaha Pertabanan British di Malaysia telab pergi ke Vietnam Selman untuk meninjau program pembanguan luar bandar di sana."

Pada tahun 1962. saW rombongan rahsia dari Malaysia te lah dihantar ke kawasan pendalaman Vietnam Selatan iaitu di Pleiku."" Kebanyakan dari penduduk di kawasan ini terdiri dari orang-orang asli iaitu puak-puak Molltagnards. Adalab perlu dijelaskan bahawa masyarakat Monragnards di kawasan tersebut dan masyarakat orang asli di Malaysia mempunyai rumpun bahasa yang hampir sarna

63 . Dennis J. Dunc<lnson. G(I1 .. ·ernmenralld Rem[uliml in Viemam. Oxford University Press. New York, 1968. hlm.319.

64. Lih<lt R.O. Tilman, "Non-Lessons of the MalaY<llI Emergency", d<lI:unArian Sun·ey . Vol. VI. No. 8. August 1966. him. 4 16.

65 . Tire Time.f (I/Viellltlm. 8 December 1960. him. 2. 66. Programme: Visit of the Malayan Official from the Rural Development Ministry(7th-14th December 1960).

Kcmenterian Pembangun<lll Luar Banda!, KU<lla Lumpur. 1960. 67 . Lihat Pamela Sodhy. "The Mal.:.yan Connection in the Vieln:lm War". him. 19. 68 . Menurut Ghazali Shalie, bcliau bcn.:.nggung-jaw:lb mcngadabn r<lncangan rahsia ini. Pada masa ilu.

kcmjaan Malaysia mer<lsa bahaw.:. sekimnya raky.:.r Vietnam Se lat<lll dibcri tunjuk <ljilt' melawan komunis secaf<l PJydlfllogica/ warfare sebag<liman<l yang tel."h dipmktikkan di MaI<lysia scmaS<l Darur<ll. maka ada harapan untuk mereka mencapai kemcOOlngan . Ini adal:lh kemna kemj:um M:llaysi." merasa unluk melawan komunis bubn s:lhaj:l h:lJlya mcme rlukan scnjata telapi juga sec:lr:lilearr lind mind. M."kataklik-taktik lersebul mahu diajark:ln kep<lda kumpulan masY:lrakat M(mtu~nardJ di Pleiku. Vietnam Selatan . Tcmubual penulis dcngan Gha.z.ali Shalic pada 28 Ogos 199 1.

78

Page 15: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALA YSIA dari .fegi SEJARAH

dan mereka boleh memahami pertuturan antarasatu sarna lain. Sehubungan dengan itu. sekumpulan Senoi Praq yang telah mendapat latihan psy-war (psychological warfare) telah dihantar ke kawasan tersebut dengan diketuai oleh dua orang pegawai perisikan rahsia Malaysia." Kumpulan ini diarahkan oleh kerajaan Malaysia supaya melatih kumpulan masyarakat aslian di kawasan tersebut cara­cara menentang komunis secaraheart and mind sebagai mana yang dijalankan dengan jayanya di Malaysia semasa melawan komunis sewaktu Darurat.' "

Malangnya setelah sebelas bulan. pihak AS telah menunjukkan sikap tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana pegawai-pegawai AS bimbang kumpulan yang dihantar oleh kerajaan Malaysia itu akan lebih berpengaruh berbanding dengan mereka di kawasan tersebut. Selain dari tidak melayani pegawai-pegawai dari Malaysia. mereka juga telah mengarahkan tentera-tentera Vietnam Selatan supaya merosakkan tanaman dan temakan yang terdapat dalam kampung-kampung tersebut yang selama ini diusahakan oleh penduduk tempatan dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pegawai-pegawai Malaysia tadi. Dengan ini rancangan tersebut telah menemui kegagalan dan misi rahsia itu telah dipanggil pulang ke Malaysia.'! Sikap pegawai-pegawai AS ini bertentangan sekali dengan pandangan leRoy Hansen iaitu seorang koresponden dari United Press llllernational pada tahun 1964 yang menyatakan bahawa kerajaan AS turut tertarik dengan kejayaan Rancangan Kampung-Kampung Baru dan berpendapat ia juga bermanfaat jika dilaksanakan di Vietnam Selatan:

Most Americallsalsosee ill Malaysia living proof(that} communist guerrilas, such as those the U.S. servicemen are facing in South Viemam, can be defeated ... the very fact that once poweiful communistforces were drawn from the Malayan jungle holds a promise for the future of Vietnam. 72

Jadi di sini jelas sekali bahawa kerjasama an tara Malaysia dengan Vietnam Selalan dalam hal ini bukanlah dipengaruhi oleh AS atau mana-mana kuasa luar.

69. Tcmubunl pcnulis dcngan GhaUlIi Shafie pada 28 Ogos 1991. 70. Temubual penulis dengan Ghautli Shafie pada 28 Ogos 1991. Selmn dan itu. puak Mrlrlw1-!nClrds ini juga

dibekalkan dcngan scnja.lasenapang palnh olch kcrajarul Malnysia.ladirasakan berguna untuk mcmpcrtahankan diri jika diugul oleh pihak komunis juga unluk mcngclakkan scrangan binalang liar ke alas tanaman dan (cmakan mereka.

71. Temubual penulis dengan GhaUlli Shafie pada 28 Ogos 1991 . Ghazali Shafie mcrupakan anlara lokoh yang banyak terlibal dalam memberikan sumbangan bagi pihak kernjaan Malaysia kepada Vietnam Selat3n. Oleh yang demikian. sebagaj' landa persahabalan dan juga pcnghargaan dari kerajaan Vietnam Selatan Icrhadap beliau dan kcrajaan Malaysia. pada lahun 1965 kerajaan Vietnam Sciatan Iclnh menganugerahkan pingat Vietnam National Order Second Cla.fs. Selain dan beliau. Tun- Abdul Raz.ak bin Hussein juga telah dianugerahkan pingat Vietnam Nmional Order Grand Officer pada 6 Oktobcr 1965 dan kcrajaan Vietnam Selatan .

72. Lihar Sunday Mail. 24 July 1964. him. 2.

79

Page 16: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

IIUBUNGAN MALA YSIA DENG,'N VIETNAM S£UT/W

Malah ia lahir dari hasrat kerajaan Malaysia untuk membantu ke rajaan Vietnam Selatan dalam membenteras ancaman komunis.

Semen tara itu pada 18 Mac 1967, kumpulan pelawat dari Vietnam Selatan telah tiba di Malaysia untuk meninjau rancangan-rancangan luar bandar yang telah dilaksanakan di negara ini n Sebagai lawatan balas, pada 27 l anuari 1968, rombon gan Malaysia te lah dihanta r ke Saigon dengan maksud yang samaN

Seterusnya pada 17 November 1969, tiga orang wakil dari Vietnam Selatan telah tiba di Kuala Lumpur juga bagi tujuan yang sarna."

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini , Vietnam Selatan telah mengambil contoh Rancangan Kampong- Kampon g Baru yang terkandung dalam Rancangan Briggs. Rancangan ini telah disesuaikan dalam rancangan Strategic Hamlets yang dilaksanakan di Vietnam Selman. Rancangan Strategic Hamlets (Hamlets bennaksud kampong atau penempatan) ditubuhkan pad a April 1962." Menurut data-data rasmi, pada tahun 1963 lebih sepuluh juta dari empat be las juta penduduk Vietnam Selatan telah ditempatkan di sembi Ian ribu buah Strategic Hamlets. Secara kesebruhannya terdapat kira-kira I 1,864 buah Strategic Hamlets di seluruh Vietnam Selatan ." Seperti juga dalam Rancangan Kampong-Kampong Baru, Strategic Humletsjuga mempunyai pengawa l-pengawa l kampung atau Home Guards yang dikenali sebagai The Strategic Hamlets Self-Defense Corps. Ia meliputi penduduk le laki yang berusia 18 tahun sehingga 45 tahun. Tugas mereka ialah menjadi pengawal pada waktu malamdan mengikut waktu-waktu yangd itetapkan." Dalam Strategic Hamlets juga terdapat kemudahan-kemudahan asas untuk para penduduk di situ seperti pusat-pusat kesihatan, sekolah dan jalan raya." Bagi menjayakan program ini, seramai 1,500orang Petugas Awam (Civil Servants) telah diberikan latihan giat dalam bidang sosiologi , ekonomi, perbelanjaan penladbiran, pOlitik dan juga cara-cara untuk menentang musuh.)(fl

Namun demikian, rancangan-rancangan yang dijalankan dalam program terse but tidak terlaksana sebagaimana yang diharapkan oleh Presiden Diem:

... Strategic H amlets represellled the ba.fic elemellls in the It'ar Ill/derrakell by our people against our rhree enemies: Commul/ism, discord and uflderdevel­

opmelll. III this concepc they also represelll the foundatiofl of the flew

73. The Srraiu Time.t. 19 March 1967. him. 2. 74 . The S'mi'.t Time.t. 28 January 1968. him. I . 75. The S(rait.f Time.t. 18 Novcmber 1969. him. I. 76. R.O. Tilman. "Non-Le!;!;ons of Malayan Emergency", him. 416. 77. Republic of Vict-Nam. Vielnam's Strategic Hamlets (Saigon), DircClOratc . Ge"cr~ 1 of InforTlJOltion, 1963.

dalnm Nghiem Dang, Viet·Nwn: P(}!ific~ amI "ubli/' Admini.Hr(ltion. Ea.~t-WcsI Ccnlrc Press. Honolulu. 1966. him. 159.

78. Ibid. 79. Ibid., him. 157. 80. Millon E. Osborne. Siratexic Hamlet.t in !)ml/I! Viet Nam. Data Papt=r: No. 55. Soulhca.<;t Asia Progr:ullIuc,

Dep:lftment of Asian Studies, Cornell Univcr!; jly, Ithaca. Ncw York. April 1965, him. 27 .

80

Page 17: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MALAYSIA tlori.~~Ki SEJARAH

Vietnamese society where values are reassessed according to the spiritofthe personalist revolution where social, cultural and economic reform will improve the living conditions of the large worki,¥: class down to the remotest villages. Xf

Secara umumnya, rancangan ini telah menemui kegagalan dan jauh sekali dari mencapai matlamatnya untuk menyekat pengaruh komunis. Kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara lain ialah jumlah penduduk-penduduk yangdipindahkan terlalu ramai. 1ikadi Malaysia, sejumlah 500,OOOorang penduduk dipindahkan ke lima ratus Kampong-Kampong Baru manakala di Vietnam Selatan pula seramai tujuh juta penduduk telah dipindahkan ke 5,753 buah Strategic Hamlets. Menjelang akhir iahun 1962, terdapat kira-kira 9 juta orang penduduk yang dipindahkan ke 12,000 buah Hamlets" Angka-angka di atas menunjukkan wujud ketidaksesuaian dari segi saizHamlets berbanding denganjumlah penduduk. Menurut R.O. Tillman, "thusfar the Malayan New Vii/ages scheme has not proved readily transferable to Vietnam.""

Faktor-faktor lain yang turut menghalang pencapaian matlamat rancangan Strategic Hamlets ialah kekurangan dari segi kemudahan prasarana (infrastruktur) seperti rumah dan jalan raya. Secara perbandingannya, penduduk-penduduk di Kampong-Kampong Baru di Malaysiajauh lebih terjamin kedudukan sosial dan keselamatan mereka berbanding dengan penduduk-penduduk di Strategic Hamlets di Vietnam Selatan. Sementara itu, pengawal-pengawal kampung mereka menjalani latihan ketenteraan hanyadengan menggunakan senapang kayu sahaja." Kedhaifan penduduk-penduduk di Vietnam Selatan tergambar melalui ucapan Tunku yang berkesempatan melawat pusat penempatan penduduk di Caisan pada tahun 1958;

... when I was in Vietnam I saw one of the vast resettlements Vietnam has long constructed to provide land andfoodforcountless thousands, most of them, penniless refugees from the North .. . 1IS

Sehubungan dengan itu bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh Malaysia tadi menunjukkan kepekaan kerajaan Tunku terhadap masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Vietnam Selatan khususnya semasa kerajaan Diem. Dalam pada itu juga kerajaan menyedari ten tang masalah rasuah yang sedang berleluasa dalam rejim Presiden Diem. Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid, dalam lawatan

81 . Ibid .. him. 28. 82. Bernard Fall. The Two Vietnam. Prenger. New York. 1963. him. 376. 83 . R.O. Tillman. "Non· Lessons of Mruayan Emergency". him. 416 . . 84. Keterangan inidiberikan oleh Zainru Abidin Abdul Wahid. Pengamh Pusat Kajian Borneo. UKM. Temuburu

penulis dengan beJiau telah diad;l\c;an pada 18 Julai 1991 di pejabatnya. 85 . APTARPIU. 385. 25182. Arkib Negarn Malaysia, Kuala Lumpur. 1982 (disusun semula). tanpa halaman.

81

Page 18: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

IIUBUNGAN MALA YSIA D£f.IGAN VIETNAM SEUTA.N

beliau ke Vietnam Selatan pada tahun 1962, beliau dan rombongan melihat slogan_ slogan yang berbunyi "Hidup Ngo Dinh Diem" yangdiukirdi pinggir-pinggirbUkit dengan menggunakan batu marmar.... Slogan-slogan ini membuktikan bahawa kerajaan Ngo Dinh Diem kurang berkeyakinan terhadap kepercayaan rakyat kepadanya. Jadi pengaruh Diem cuba ditonjolkan melalui slogan-slogan ini. Kerajaan Malaysiajuga tahu bahawa Diem banyak dipengaruhi oleh penasihatnya iaitu Ngo Dinh Nhu yang juga merupakan adiknya. Dalam soal ini, kerajaan Malaysia merasakan kerajaan Ngo Dinh Diem mesti dibantu bagi mengelakkan ianya dijatuhkan oleh kuasa komunis akibat dari kelemahan-kelemahan yang wujud daJam pentadbirannya." Oleh yang demikian Malaysia telah menghulurkan bantu an dalam bentuk kerjasama politik dan keselamatan sebagaimana yang telah dibincangkan tadi.

KESIMPULAN

Kesan utama hasil dari hubungan persabahatan antara Malaysia dan Vietnam Selatan sepanjang tiga belas tahun dari sudut dua hala menunjukkan bahawa kedua­dua negara cuba memperseimbangkan kepentingan masing-masing dalam soal ini. Walaupun dari sudut politik antarabangsadan dari segi dasar luar Malaysia sendiri, hubungan Malaysia dengan Vietnam Selatan mempunyai tujuan yang amat besar iaitu menyekat pengaruh komunis di rantau ini atau sekurang-kurangnya mengimbanginya, namun bagi Malaysiasendiri, hubungan ini merupakan satu hala baru bagi Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan. Dalam konteks ini, Malaysia telah turut mengalihkan pandangan kepada negara-negara baru, tidak hanya kepada negara-negara besar atau yang telah maju sebagaimana sebelumnya. Tambahan pula Malaysia dan Vietnam Selatan pada dasarnya (walaupun tidak secara keseluruhannya) mempunyai beberapa latar belakang sejarah yang hampir sarna; terutama pengalaman-pengalaman dalam menghadapi ancaman komunis. Faktor inilah yang telah menjadi daya tarik utama kepada hubungan persahabatan antara kedua negara. Dalam hubungan antara negara bagi negara baru ini, soal terlalu bergantung kepada salah satu negarajarang wujud. Dalam soal ini, wujud hubungan yang setaraf yang muncul hasil daripada kepentingan politik dan pertahanan yang seimbang.

Sementara itu, hubungan Malaysia dengan Vietnam Selatan seolah-olah telah meletakkan Malaysia sebagai 'abang'. Walaupun tidak pernah dinyatakan tetapi ia dibayangkan melalui peranan Malaysia yang banyak memberikan tunjuk ajar,

86. Temubual dengan Zainal Abidin Abdul Wahid pad .. 16 September 1992. 87 . Tcmubua1 dengan Zainal Abidin Abdul Wahid di pejabat bcliau di Pusat Kajian Borneo. UKM. pada

16.9. 1992 . Sebenarnya perKMa ini kurangdidcdahkan ker:lna kcrajaan Malaysia memikirkan perkar.a ini Icbih merupakan soa1 dnlam negeri bagi VietnamSclatan.

82

Page 19: hubungan malaysia dengan vietnam selatan 1957-1970

MA.LAYSIA dlJri .ftgi SEJARAH

bantu an dan nasihat kepada Vietnam Selatan. Sumbangan-sumbangan dan kerjasama-kerjasama yang telah wujud ini

menunjukkan sikap prihatin Malaysia terhadap perjuangan Vietnam Selatan dalam menentang komunis. Sikap dan pend irian inijuga merupakan kesan dari pengalaman Malaysia yangjuga menerima aneaman dari PKM semasa Darurat. Jadi, persamaan nasib yang dialami oleh kedua-dua buah negara telah mempengaruhi dasar Malaysia terhadap Vietnam Selatan. Peristiwa Daruratjuga penting dalam membentuk sikap Tunku dan dasar luar Malaysia pada zaman kekuasaannya yang berbentuk anti­komunis dan pro-barat. Sikap Tunku dan dasar luar Malaysia ini juga merupakan elemen penting yang telah merapatkan hubungan antara Malaysia dengan Vietnam Selatan bagi tempoh 1957-1970.

83