20151124161159kuliah 9 vietnam

40
Vietnam

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 13-Apr-2016

268 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Vietnam

Page 2: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam
Page 3: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Masyarakat Vietnam mempunyai satu konsep hidup yang penting iaitu

Perjuangan mereka menentang penaklukan China

Gerakan-gerakan menentang Perancis kerana dasar penjajahan kuasa tersebut telah merosakkan nilai-nilai tradisional Vietnam.

‘tiada kesenangan tanpa perjuangan’

Page 4: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Penjajahan Perancis telah merosakkan:

Institusi Struktur dan sistem pentadbiran tradisional

Page 5: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Perkembangan nasionalisme Vietnam sebelum PDII boleh dibahagikan kepada tiga tahap; Tahap pertama: 1830-1890-an Tahap kedua: 1900-1920-an Tahap ketiga: 1920-an sehingga PDII.

Pembahagian ini berdasarkan kepada unsur-unsur organisasi, kepimpinan, matlamat dan cara perjuangan serta ideologi.

Page 6: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Penentangan orang Vietnam terhadap penjajahan Perancis bermula sejak kuasa imperialis itu menduduki Cochin China pada tahun 1862.

golongan yang menentang:

Page 7: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Golongan cendikiwan pada zaman pra-kolonial adalah golongan yang memegang kuasa; penasihat raja, Pembesar pemimpin di peringkat kampung guru.

Dari segi ekonomi, golongan ini merupakan pemilik harta yang kaya serta dihormati.

Ramai dari mereka tinggal di kawasan luar bandar dan justeru itu mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat.

Page 8: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Menjelang waktu kehancuran kuasa monarki Vietnam pada akhir abad ke-19, golongan cendikiawan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan.

memberi khidmat kepada raja. Mereka dikenali sebagai mandarin dan sangat mempertahankan kedudukan mereka.

mempertahankan moral masyarakat dan individu. Mereka ini sedar akan tanggungjawab mereka sebagai manusia berilmu tetapi mereka terlalu terbelenggu dengan amal-upacara tradisional.

Page 9: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Penentangan golongan cendikiawan menjadi hebat apabila Perancis menunjukkan bahawa penjajahannya bukan sahaja kepada aspek politik dan ekonomi, tetapi termasuk juga aspek sosio-budaya.

Golongan cendiakawan merasakan bahawa penjajahan Perancis akan menghilangkan keperibadian Vietnam. Oleh itu mereka melancarkan perjuangan untuk menyelamatkan bangsa dan negara Vietnam, iaitu gerakan yang diistilahkan sebagai cuu quoc.

Page 10: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Penentangan golongan cendikiawan, golongan agama dan rakyat jelata terhadap pencerobohan Perancis tidak begitu berjaya. Terdapat dua faktor:

1. Terdapat sebahagian dari golongan cendikiawan yang lebih suka menentang Perancis secara pasif, iaitu cenderung kepada perdamaian dan perundingan atau diistilahkan sebagai "Hoa Nghi“.

2. Perjuangan bersenjata pula tidak begitu tersusun dan kadangkala terganggu oleh kekacauan yang berlaku di dalam negeri sendiri.

Page 11: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Kebanyakan golongan cendikiawan yang cenderung kepada berkompromi adalah dari golongan istana di Hue.

I. menerima hakikat bahawa tentera Perancis lebih kuat.

II. salah tanggapan tentang motif Perancis kerana mereka menyangka Perancis hanya berminat mengukuhkan keududukan perdagangannya sahaja

III.dinasti Nguyen yang memerintah terpaksa menghadapai penentangan terhadap dirinya sehingga tidak berupaya mengerakkan rakyat untuk menentang Perancis dengan lebih berkesan.

Page 12: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Raja Vietnam, iaitu Tu Duc, walaupun pada amnya menerima kompromi dan membuat perjanjian dengan Perancis, tidaklah begitu senang dengan pendudukan Perancis. Beliau cuba meminta pertolongan Inggeris dan China, tetapi gagal.

Golongan yang menentang Perancis dipimpin oleh "regent" Ton That Thuyet. Matlamat mereka ialah untuk mengembalikan maruah dan kedudukan raja yang hak atau perjuangan yang dikenali sebagai "Can Voung".

Mereka melancarkan satu gerakan bagi mengusir keluar Perancis pada bulan Julai 1885, tetapi berjaya dipatahkan oleh Perancis.

Istana Hue ditawan oleh Perancis menyebabkan Thuyet dan Raja Ham Nghi melarikan diri ke Annam Utara.

Page 13: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pada bulan September 1885 golongan cendiakawan melancarkan "Pemberontakan golongan cendikiawan" yang turut mengambil tindakan membunuh orang-orang Kristian.

Pemberontakan bermotif "Can Voung" ini menjadi luntur apabila tertangkapnya bekas raja Ham Nghi dan pemergian Ton That Thuyet ke negeri China.

Penentangan bersenjata diteruskan oleh golongan cendikiawan sehingga tahun 1898. Walaupun motif "Can Voung" dikekalkan, tetapi penentangan mereka beralih kepada

perjuangan popular atau berciri nasionalisme yang berlandaskan patriotisme dan xenophobia (benci kepada bangsa asing)

serta kesetiaan kepada ajaran-ajaran Kung Fu-Tze seperti doktrin "Mengelak dari perkara benar atau adil adalah curang atau penakut" (Analects).

Page 14: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Dua orang tokoh memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme Vietnam yang berkembang dari 1890an hingga menjelang tahun 1920.

Phan Chau Trinh.

mengutamakan aliran reformis, iaitu mahu bekerjasama dengan Perancis bagi memodenkan Vietnam.

Beliau menolak pemerintahan beraja atau feudalisme dan sebaliknya menyarankan pembentukan pemerintahan demokrasi dalam rejim kolonial sebagai langkah awal ke arah otonomi.

Menurut Trinh, perjuangan hendaklah secara beransur-ansur dan tidak perlu menggunakan senjata.

Aliran ini dominan dalam nasionalisme Vietnam antara tahun 1919 hingga 1925. Pada tahun 1932 aliran ini hidup kembali dengan kepulangan Raja Bao Dai teraju kepada pembentukan kerajaan raja berparlimen dan berautonomi.

Page 15: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Phan Boi Chau

aliran revolusioner. Berjuang untuk mengembalikan kuasa monarki, "Can Voung," tetapi monarki yang dimodenkan institusinya seperti pembaharuan yang dilakukan kepada kerajaan Meiji, Jepun.

menekankan perjuangan berciri burjuis, iaitu meninggalkan doktrin sempit Kung Fu-Tze, dan menerima pengaruh reformis Kang Yu-Wei, nasionalis China akhir tahun 1890-an. Ciri-ciri Republikan yang diperjuangkan oleh Dr. Sun Yat-Sen dan cara perjuangan Kuo-Min-Tang juga dicontohi oleh Chau.

Phan Boi Chau berjuang melalui beberapa cara. Satu caranya ialah melalui tulisan yang menggambarkan kedudukan politik Vietnam bagi menyedarkan rakyat. Antara tulisan beliau ialah "Vietnam Vong Quoc Su" (Sejarah Jatuhnya Vietnam) pada tahun 1906, "Hau Cau Huyet Le Tan Thu" (Buku Seberang Laut Ditulis Dengan Darah), "Tan Vietnam" (Vietnam Baru), "Nasihat Kepada Belia Untuk Belajar Di Luar Negeri

Page 16: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Selepas Perang Jepun-Rusia, 1905, Chau menyeludup masuk ke Vietnam bagi mengumpul tenaga pergerakan bagi menentang Perancis.

Beliau mendapat sokongan daripada orang-orang seperti Phan Chu Trinh dan seorang keluarga diraja, Cuong De. Cuong De kemudiannya telah pergi ke Jepun dan menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan "Viet-Nam Duy Tan Hoi" (Persatuan Bagi Memodenkan Vietnam).

Tujuan utama persatuan ini ialah i. membebaskan Vietnam dari penjajahan Perancis, ii. mengembalikan semula takhta kerajaan Vietnam

kepada yang berhak iii. pembentukan satu perlembagaan sepertimana yang

terdapat di Jepun.

Page 17: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Bagi meluaskan lagi penentangan dan dengan bantuan sebilangan cendiakawan, sebuah sekolah "Dong-Kinh Nghia-Thuc" dibangunkan di Tonkin pada tahun 1907.

Pendidikan moden seperti ilmu saintifik dan ilmu-ilmu Barat disampaikan kepada para belia Vietnam.

Sekolah ini bolehlah dianggap sebagai saingan kepada Universiti Indochina yang tubuhkan oleh Perancis di Hanoi pada tahun 1906.

Tujuan penubuhan universiti ini ialah untuk mengelakkan elit Vietnam pergi keluar negeri bagi mendapatkan pelajaran yang mengandungi idea-idea pembaharuan atau revolusioner.

Page 18: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Para pejuang nasionalisme Vietnam juga mengalakkan orang-orang Vietnam meninggalkan unsur-unsur tradisional yang menambat atau menggambarkan sifat-sifat kolot dalam kehidupan mereka.

Misalnya golongan lelaki digesa supaya tidak lagi berambut panjang yang biasanya disanggulkan di belakang kepala. Gerakan ini dikenali sebagai "Hair Cutter".

Kegiatan para nasionalis ini membimbangkan pihak Perancis. Kemuncak pergerakan ini dan kebimbangan Perancis telah bertembung dalam satu krisis politik pada tahun 1908.

Di Annam, pemberontakan dilancarkan oleh para petani yang dipimpin oleh golongan cendikiawan untuk menentang cukai-cukai dan kerja kerah dalam lombong arang batu Nong Son serta penggunaan matawang besi.

Page 19: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pemberontakan ini tersebar ke Hoi An di wilayah Quang Nam, Quang Ngai, Binh Din, Phu Yon, Thua Thien dan Ha Tinh. Manakala di kawasan Tongkin, terdapat satu percubaan meracun pegawai-pegawai tentara Perancis di Hanoi.

Perancis berjaya mematahkan penentangan-penentangan yang dilancarkan. Para pemimpin penentangan, termasuk Phan Chau Trinh yang berjaya ditangkap dibuang ke Pulau Condor.

Perancis juga mengambil tindakan menutup Universiti Indochina dan sekolah Dong-Khinh Nghia Thuc. Kejayaan Perancis ini secara tidak langsung telah menggagalkan harapan Phan Boi Chau di Jepun mengerakkan peranan Persatuan Perlembagaan Vietnam.

Persatuan ini berupa sebuah kerajaan wilayah (buangan) Vietnam bernama "Tan Viet-Nam Cong Hien".

Page 20: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Tahun-tahun selepas Perang Dunia pertama memperlihatkan beberapa perkembangan baru dalam gerakan nasionalisme Vietnam terutamanya penglibatan golongan burjuis Vietnam.

Pada tahun 1923 muncul dari kalangan mereka ini sebuah parti bernama Parti Perlembagaan diasaskan oleh Duong Van Giao, seorang peguam, Nguyen Phan Long, seorang wartaman; dan Bui Quong Chen, seorang jurutera pertanian dan tuan tanah. Parti ini cuba seberapa boleh untuk mewujudkan kerjasama Perancis-Vietnam.

Walau bagaimanapun pergerakan ini dan pergerakan-pergerakan lain yang sehaluan tidak mendapat kejayaan kerana kegiatan mereka sedikit terkeluar dari arus perjuangan tempatan dan jauh dari memperolehi sokongan rakyat jelata.

Page 21: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Kegagalan perjuangan dari tempoh tamat Perang Dunia Pertama sehingga tahun 1926 berpunca kepada beberapa sebab:1. badan-badan pergerakan kebangsaan tidak

bersatu padu. Tujuan, tektik dan ideologi mereka sangat berbeza-beza. Terdapat badan-badan pergerakan yang sepenuhnya bekerjasama dengan Perancis khususnya badan-badan yang dianggotai oleh orang berharta, berpendidikan Perancis atau burjuis bandaran. Sebilangan badan lain bersikap anti-penjajahan sepenuhnya. Mereka ini terdiri dari kalangan buruh atau pekerja bawahan, burjuis kecil dan mereka yang berpendidikan tempatan. Golongan yang bersikap anti-penjajahan ini terpecah pula kepada puak yang berideologi reformis dan puak yang berideologi revolusi.

Page 22: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

2. beberapa pentadbir Perancis yang menjalankan dasar yang baik dan disukai oleh rakyat Vietnam. Albert Sarraut misalnya, terkenal dengan peraturan "Pendidikan Awam" dan dasar "association" yang disanjung oleh sebilangan para pejuang nasionalisme Vietnam.

3. golongan bandaran tidak menjadi wira kepada golongan luar bandar terutamanya kerana bersikap tidak mempersoalkan tentang keburukan ekonomi gologan bawahan.

4. Perancis bersikap dingin serta menghalang pertumbuhan badan-badan politik orang Vietnam. Misalnya, usaha Parti Perlembagaan pada tahun 1926 hendak bergabung dengan badan-badan pergerakan lain bagi mewujudkan Parti Rakyat Progresif Vietnam, menemui kegagalan kerana tidak diizinkan oleh Perancis.

Page 23: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

5. sikap tidak percaya para pemimpin bandaran terhadap orang ramai sehingga sedikit sahaja cawangan-cawangan perjuangan mereka ke seluruh pelusuk negeri.

6. para nasionalis bandaran hanya mengharapkan kejayaan beberapa matlamat politik dan mengenepikan persoalan ekonomi, adat dan sosial dalam manifesto perjuangan mereka.

Page 24: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Perjuangan terus disegarkan oleh beberapa faktor.

i. kegiatan persuratkhabaran. Terdapat beberapa surat khabar yang berbau anti-penjajah seperti La Cloche Felee, L'Annam, La Lutte, dan La Echo Annamite.

ii. sekolompok orang Vietnam yang dibenarkan masuk ke dalam Majlis Jajahan semakin sedar tentang politik. Mereka mula faham terhadap dasar Perancis yang tidak baik kepada Vietnam.

iii. kesedaran kebudayaan iaitu kesedaran terhadap perbezaan budaya mereka dengan budaya yang dibawa oleh Perancis terutamanya soal hubungan kekeluargaan. Perancis cuba mengikis kekuatan hubungan kekeluargan dengan cara mengutamakan pendirian individu.

Page 25: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

iv. faktor ekonomi. Sejak 1919 keadaan ekonomi mulai menjadi pertimbangan utama dalam kehidupan orang Vietnam. Dari semasa kesemasa soal ekonomi diheret ke dalam perjuangan para nasionalis. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun-tahun 1920-1922 dan 1929-1933 mencetuskan masalah-masalah ekonomi yang turut membebankan lagi kehidupan orang-orang Vietnam.

Page 26: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Selepas tahun 1925 kegiatan nasionalisme Vietnam memasuki tahap baru berdasarkan kepada bentuk organisasi, kepimpinan dan ideologi. Dari tahun itu hingga tahun 1930 pertubuhan utama dalam gerakan nasionalisme Vietnam ialah Parti Nasionalis Vietnam (Vietnam Quoc Dan Dang) atau ringkasnya VNQDD.

Pertubuhan ini dipelopori oleh cendikiawan dan patriot Vietnam. Ia bermula sejak 1925 lagi, tetapi hanya pada 1927 barulah bergerak secara rasmi atau terbuka. Matlamatnya untuk melakukan revolusi nasional dengan menggunakan tenaga tentera demi menggulingkan sistem feudal penjajah dan akhirnya mewujudkan negara Vietnam yang bersifat republik demokratik.

VNQDD mengambil contoh dari Sun Yat Sen/Parti Kuomintang di negeri China. VNQDD menerima ahli dan sokongan dari rakyat umum dan mendapat bantuan dari luar negeri. Para pelajar, pegawai rendah kerajaan, askar, peniaga/burjuis kecil bandar, kaum buruh, petani dan wanita.

Page 27: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Kaedah perjuangan VNQDD menyerupai juga bentuk perjuangan Lenin, `democratic centralism', iaitu mengutamakan perbincangn

kolektif terhadap polisi parti disemua peringkat,

ketaatan hirarki rendah kepada hirarki atas; dan

pemilihan pemimpin dilakukan setiap enam 6 bulan sekali. Di dalam mesyuarat VNQDD pada bulan Julai 1928,

pertubuhan ini menyeru supaya diadakan perpaduan di antara badan-badan perjuangan kebangsaan termasuklah yang utamanya Parti Revolusi dan Liga Pemuda Revolusi Vietnam (LPRV). Malangnya tidak terjalin persahabatan yang konkrit antara badan-badan ini kerana kelainan ideologi dan sebagainya.

Page 28: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Sehingga tahun 1929, VNQDD telah mempunyai seramai 1,500 ahli dari kira-kira 120 cawangan yang kebanyakannya terdapat di kawasan Delta Sungai Merah (Tonking).

penjajah Peranchis pula semakin giat melaksanakan ekspoitasi ekonomi. Monopoli perniagaan candu, garam dan arak oleh Perancis menambah kegelisahan dan kemarahan rakyat kerana mewujudkan masalah kewangan dan ketidakadilan sosial.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia dari 1929 hingga 1932.

Kesukaran kehidupan rakyat memaksa VNQDD memperjuangkan kebajikan rakyat. Apabila berlaku pembunuhan ke atas Bazin (penguasa bahagian kerahan tenaga buruh) pada tahun 1929, VNQDD dituduh terlibat. Bermula dari sini, sikap curiga Peranchis terhadap VNQDD bertukar kepada sikap permusuhan.

Page 29: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pada 1930 berlakulah peristiwa yang dikenal sebagai "Yen Bay Revolt" (Pemberontakan "Yen Bay"). Peristiwa in berlaku kerana adalah menjadi harapan VNQDD supaya pemberontakan/penentangan terhadap Peranchis dimulakan oleh pegawai-pegawai askar bangsa Vietnam yang berada di Yen Bay dan Son Tay serta Lao Cay. Pemberontakan itu dirancang supaya berlaku serentak dan kemudian diikuti oleh penentangan cawangan-cawangan VNQDD lainnya.

Pemberontakan di Yen Bay sahaja yang berhasil memberi kesan ke atas pihak Peranchis, manakala lain-lainnya tidak mendatangkan sebarang kesan.

Badan yang mempelopori ideologi komunis di Vietnam ialah Liga Pemuda Revolusi Vietnam. Salah seorang yang menyalurkan komunisme ke dalam Liga ini ialah Ho Chi Minh. Pada tahun 1924, Ho Chi Minh (Nguyen ai Quoc) pulang dari Peranchis dan singgah di Canton, tempat tinggal pelarian-pelarian politik Vietnam ketika itu.

Page 30: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Di Canton, Ho telah mengatur dan mengadakan perhubungan dengan orang-orang pelarian politik. Ho juga mengadakan hubungan dengan kumpulan Tam Tam Xa (Heart-to-Heart Association), sebuah persatuan revolusionari yang ditubuhkan pada tahun 1923 oleh Le Hong Phong (yang menjadi Setiausaha Agung kepada Indochinese Communist Party/ICP pada 1935-59).

Le Hong Pong juga sedang berusaha menyatukan semua gerakan penentangan Vietnam ke dalam satu petubuhan. Atas hasrat inilah Tam Tam Xa telah diubahkan menjadi Liga Pemuda Revolusi Vietnam (Vietnam Thanh Nien Cach Menh Dpong Chi Hoi/LPRV, atau ringkasnya disebut Thanh Nien) pada tahun 1925. LPRV merupakan pertubuhan pertama Marxist di Indo-China yang sebenar-benarnya, tetapi tidak formal. Badan ini dijadikan asas bagi melatih pemuda-pemuda Vietnam tentang ajaran-ajaran Marxist.

Page 31: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Namun demikian Ho Chi Minh masih enggan menubuhkan sebuah parti komunis di Vietnam, kerana tidak ramai yang memahami ideologi komunis sepenuhnya dan tidak juga terdapat kelas pekerja, komponen penting dalam pergerakan komunis. Oleh itu LPRV merupakan persiapan awal pihak komunis melancarkan revolusi kebangsaan melalui sebuah barisan bersatu golongan-golongan anti-imperialisme di Vietnam.

Page 32: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Ibu pejabat LPRV bertempat di Canton sehingga tahun 1927 dan menerbitkan akhbar mingguan rasminya Thanh Nien (1925-1927). Badan ini mengambil belia-belia Vietnam menjadi anggotanya. Mereka diberi latihan di sekolah-sekolah latihan Parti Komunis dan parti Kuomintang yang terletak di kawasan China Selatan seperti di "Communist Party Peasant Seminar", Universiti Sun Yat Sen dan di sekolah-sekolah tentera seperti di Whampoa.

Pemuda-pemuda itu diajar mengenai kapitalisme, sejarah gerakan pembebasan Asia, falsafah-falsafah Ghandi dan Sun Yat Sen, anarkisme, Marxisme, Leninisme, revolusi Bolshevik, dialektika materialisme, dan hal-hal yang berhubung dengan pertubuhan Komunis Antarabangsa (Commintern). dan Ho Chi Minh sendiri mengajr teknik-teknik revolusi seperti yang diperolehi dari University of the Toilers of the East.

Page 33: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Buku Ho, The Road of the Revolution, menjadi tatapan pemuda-pemuda itu. Pergerakan mereka berupa aktiviti rahsia dan ahli-ahli yang tidak setia akan didedahkan kepada polis Perancis. Cara ini sangat berkesan bagi Ho memberi keutuhan dan kekuatan perjuangn LPRV.

Page 34: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pada penghujung tahun 1925 rekruit-rekruit LPRV telah dihantar balik ke Vietnam dan menubuhkan jawatankuasa LPRV Bahagian Tonking, Annam dan Cochin-China serta di peringkat daerah dan kampung. Mereka juga menyeludup dan menubuhkan sel-sel pergerakan di kalangan pengusahaan, kilang-kilang, ladang-ladang getah dan sekolah-sekolah untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan dan mengembangkan faham komunis.

Berbeza dari pergerakan nasionalisme sebelumnya, LPRV memperjuangkan juga kepentingan rakyat bawahan terutamanya golongan proletariat dan tani yang paling tertindas oleh imperialisme Perancis. Sementara itu LRPV juga mencari jalan untuk menggabungkan persatuan-persatuan perjuangan lain tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun LPRV berjaya meransang para pekerja melakukan beberapa mogok.

Page 35: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pada penghujung tahun 1920an, LPRV menghadapi perpecahan akibat dari krisis bentuk perjuangan. Dalam Kongres pertama LPRV di Hong Kong, pada bulan Mei 1929, wakil-wakil LPRV dari Tonking telah menarik diri dari Kongres dan kemudiannya keluar dari LPRV.

Mereka mahu perjuangan ideologi komunis dilancarkan sepenuhnya dan tidak lagi bertopengkan nasionalisme. Wakil-wakil dari Tonking kemudiannya menubuhkan Parti Komunis Indochina (Indo-chinese Communist Party/Dong Duong Cong San Dang), pada bulan Jun, 1929.

Parti ini mendapat sambutan hangat dari rekruit-rekruit LPRV Tonking, bekas-bekas ahli Parti Revolusi Vietnam Baru (Tan Viet Cach Mang Dang) yang ditubuhkan pada 1925 dan ahli-ahli dari Parti Harapan Pemuda (Cao Vong Thanh Nien Dang) yang wujud sejak tahun 1927. Parti Komunis Indo-China ini dengan cepat menjadi tandingan yang hebat kepada LPRV.

Page 36: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Menyedari saingan hebat dari Parti Komunis Indo-China ini, maka LPRV sendiri kemudiannya menubuhkan Parti Komunis Annam (ACP) untuk menjamin supaya ahli-ahlinya tidak memihak kepada parti Komunis Indo-China (ICP), pada tahun 1929

Persaingan hebat ICP dan ACP telah menyebabkan sebuah lagi organisasi komunis, Tan Viet (Parti Revolusi Vietnam Baru) mengumpulkan ahli-ahlinya di kawasan tengah dan selatan Annam ke dalam sebuah parti yang baru bernama Indochinese Communist League (ICL/Liga Komunis Indo-China). Ketiga-tiganya, ACP, ICP dan ICL berusaha menyaingi antara satu sama lain untuk menjadi juara perjuangan kebebasan berideologi komunisme.

Commintern bimbang kepada bahaya perpecahan itu dan mengarahkan Ho Chi Minh berusaha menyatukan ketiga-tiga badan pergerakan tersebut. Badan-badan ini dapat disatukan melalui Konfren Penyatuan yang diadakan di Kowloon (Hong Kong) pada tahun 1930. Mereka bergabung ke dalam sebuah organisasi yang bernama Viet Nam Cong San Dang (Parti Komunis Vietnam).

Page 37: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Beberapa bulan kemudian nama itu ditukar kepada Parti Komunis Indo-China (Dong Duong Cong San Dang) untuk menyesuaikannya dengan cita-citanya yang lebih luas, tidak sahaja ke atas Vietnam tetapi melibatkan seluruh Indo-China.

Pemberontakan yang dilancarkan oleh VNQDD dan percubaan ICP menguasai beberapa kawasan serta tindakan keras Perancis terhadap kedua ancaman itu telah memberi kesan besar kepada orang Vietnam dan Perancis. Berikutan dari itu sedikit perubahan dasar penjajahan dilakukan. Pada bulan September 1932, putera Bao Dai dibawa pulang dari Perancis untuk menghidupkan semula pemerintahan raja Vietnam. Walau bagaimanapun Bao Dai memerintah sebagai raja boneka sahaja.

Page 38: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Sementara itu para pejuang kebangsaan membina semula kekuatan mereka. Bermula dari tahun 1932, pusat kegiatan yang baru para nasionalis dan komunis Vietnam ialah di bahagian selatan (Cochin-China). Di bandar ini dasar Peranchis agak liberal dan kegiatan politik rakyat yang tidak eksterim dibenarkan bergerak. Peluang ini digunakan oleh komunis untuk mengumpulkan semula anggotanya yang bertaburan dan tidak tersusun selepas tindakan Perancis pada tahun 1930-1931.

Kepulangan Tran Van Giau dari Moscow pada tahun 1932 memberi kepimpinan baru untuk kegiatan komunis. Beliau telah memberi tenaga baru dengan kempen melalui majalah dan akhbar, Co Do (Red Flag) dan Tap Chi Cong San (Communist Review) serta menyatukan para komunis ke dalam Liga Anti-Imperialis. Dengan ini komunis sekali lagi memainkan peranan yang penting tetapi dengan cara yang agak berlainan sedikit, iaitu tiada kekerasan tetapi dengan mengunakan desakan dan mata pena.

Page 39: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Pada masa Perang Dunia Kedua, Vietnam kekal ditadbir oleh pihak Perancis (kerajaan Vichy). Jepun membenarkan keadaan ini setelah kerajaan Vichy bersetuju meletakkan kemudahan ketenteraan dan sumber ekonomi Vietnam kepada kehendak Jepun. Perkembangan ini menutup peluang pejuang kebangsaan Vietnam mengusir Perancis keluar.

Pada tahun 1940, ICP melakukan percubaan akhir menggulingkan Peranchis dengan menyeru rakyat berjuang menubuhkan rejim republikan yang sejajar dengan Soviet Union. Rancangan ini dapat dikesan oleh Peranchis dan telah dipatahkan.

Pemimpin-pemimpin komunis telah meminta perlindungan di Negeri China. Di sini mereka menyertai beberapa orang pemimpin-pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Ho Chi Minh.

Ho muncul sebagai pengatur nasionalis Vietnam dan pada tahun 1941 menubuhkan Viet Nam Doc Lap Dong Minh Hoi (Liga Kemerdekaan Vietnam) yang kemudiannya dikenali sebagai Vietminh, yang merangkumi kebanyakan organisasi nasionalis Vietnam.

Page 40: 20151124161159Kuliah 9  Vietnam

Vietminh membentuk angkatan tenteranya dengan bantuan China dan Rusia. Sehingga bulan September 1944, Vietminh sudah mempunyai tentera sebanyak 5,000 orang dan menguasai tiga kawasan pergunungan. Mereka juga menjangkakan bahawa masa untuk memerdekakan Vietnam sudah hampir. Apabla Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945 Vietminh memilih Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan.

Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai kerajaan sementara di Vietnam yang dibebaskan dari penjajahan sebelum Republik Demokratik Vietnam (Democratic Republic of Vietnam/DRV) diwujudkan. Setelah sebahagian dari Vietnam dapat dikuasai oleh Vietminh, maka pada 2hb September 1945, Ho Chi Minh mengistiharkan kemerdekaan dan pembentukan kerajaan Republik Demokratik untuk Vietnam.

Pengistiharan itu tidak diakui sah oleh sebarang negera lain pun dan keadaan ini menyebabkan perjuangan kemerdekaan Vietnam terpaksa diteruskan lagi.