kitab tanbih al-ghafilin

20
Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin Pengenalan Kitab Tanbih Alghafilin Kitab ini bernama tanbih alghafilin iaitu yang bermaksud peringatan kepada orang-orang yang lupa dan juga yang membicarakan mengenai dengan hadis-hadis nabi saw. Bahasa yang digunakan didalam kitab ini adalah Bahasa Melayu lama dan juga bahasa Arab yang disertakan dengan dalil-dalil Al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Kandungan yang terdapat didalam buku ini ialah sebanyak 12 bab iaitu : Bab Pertama : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang meninggalkan sembahyang. Bab Kedua : menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang derhaka kepada ibu bapa. Bab Ketiga : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang meminum khamar (arak). Bab Keempat : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang berzina. Bab Kelima : Menyatakn mengenai dengan siksaan orang-orang yang melakukan liwat (hubungan sesama jenis). Bab Keenam : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang memakan riba. Bab Ketujuh : Menyatakn mengenai dengan orang-orang yang tidak redha dengan qada dan qadar Allah dan yang menyatakan mengenai dengan pahala orang-orang yang sabar. 1

Upload: rafiuddinhabi4116

Post on 02-Jul-2015

1.049 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Ulasan kitab tanbih..

TRANSCRIPT

Page 1: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Pengenalan Kitab Tanbih Alghafilin

Kitab ini bernama tanbih alghafilin iaitu yang bermaksud peringatan kepada orang-

orang yang lupa dan juga yang membicarakan mengenai dengan hadis-hadis nabi saw.

Bahasa yang digunakan didalam kitab ini adalah Bahasa Melayu lama dan juga bahasa Arab

yang disertakan dengan dalil-dalil Al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw.

Kandungan yang terdapat didalam buku ini ialah sebanyak 12 bab iaitu :

Bab Pertama : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang meninggalkan

sembahyang.

Bab Kedua : menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang derhaka kepada ibu

bapa.

Bab Ketiga : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang meminum khamar (arak).

Bab Keempat : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang berzina.

Bab Kelima : Menyatakn mengenai dengan siksaan orang-orang yang melakukan liwat

(hubungan sesama jenis).

Bab Keenam : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang memakan riba.

Bab Ketujuh : Menyatakn mengenai dengan orang-orang yang tidak redha dengan qada dan

qadar Allah dan yang menyatakan mengenai dengan pahala orang-orang yang sabar.

Bab Kelapan : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang tidak mengeluarkan

zakat.

Bab KeSembillan : Menyatakan mengenai dengan siksaan orang-orang yang membunuh

orang lain tanpa hak yang betul.

Bab Kesepuluh : Menyatakan mengenai dengan hak wanita ke atas suaminya dan orang yang

memutuskan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga.

Bab Kesebelas : Menyatakan mengenai dengan Hari Kiamat.

Bab Kedua belas : Menyatakan mengenai dengan syurga dan isi-isi di dalamnya.

1

Page 2: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Latar belakang pengarang kitab ini :

Pengarang kitab ini bernama Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi rahmatullah

alaih yang lahir pada tahun 373 hijrah bersamaan dengan 983 masihi. Beliau ialah seorang

Ulama bermazhab Hanafi pada kurun ke 4 hijrah. Kitab yang popular diamalkan kan ialah

kitab Tanbih Al-Ghafilin.

Oleh kerana buku ini menggunakan bahasa melayu lama serta tulisan nya juga bersaiz kecil

dan isi nya padat maka ia mempunyai keluasan sebanyak 22 muka surat termasuk muka

depan. Dan jika ia digunakan dalam bentuk sistem tulisan melayu moden maka dianggarkan

lebih kurang boleh mencapai sebanyak 30 ke 40 muka surat semuanya.

Pandangan saya mengenai dengan mempelajari kitab ini:

Pada zahirnya kitab ini memang sukar dibaca dengan fasih kerana tulisan jawi nya yang

berbentuk kecil dan kurang jelas ayatnya serta susunan yang digunakan adalah gaya sususan

melayu klasik atau tulisan jawi lama yang tidak menggunakan perenggan-perenggan baru

untuk setiap isi dan juga ianya padat di dalam satu-satu muka surat itu.

Isi kandungan kitab ini sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat kepada pembaca

kerana ilmu yang terdapat didalamnya adalah ilmu tulen yang tidak dicampur adukkan

dengan keadaan moden yang ada sekarang. Dan ianya merupakan khazanah ilmu yang tidak

ternilai dan harus dijaga ketulenannya dan di simpan dengan baik agar ketulenan nya tidak

hilang di makan zaman.

Untuk generasi muda pula, memang sukar untuk membaca kitab ini lebih-lebih lagi yang

tidak mempunyai kemahiran di dalam membaca tulisan jawi dengan baik dan boleh jadi

tersalah bacaan atau bagi mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam pembacaan jawi,

adalah sukar untuk membacanya. Pada hemat saya, ada baiknya juga buku ini di karang

semula dalam gaya bentuk bahasa melayu moden dengan tidak mengubah dan menambah-

nambah isi asalnya untuk kefahaman dan memudahkan lagi bagi orang yang ingin membaca

dan memahaminya. Dan hanya untuk kefahaman sahaja.

Bagi orang yang mahir pula adalah elok untuk membaca kitab ini secara terus dan mengajar

kannya kepada orang lain serta mengambil manfaat daripadanya. Dengan adanya orang-orang

yang mengajarkan kitab-kitab seperti ini, ianya akan terus berkembang dan dijadikan sebagai

salah satu bahan bacaan seperti mana buku-buku ugama lain seperti yang sekarang ini.

2

Page 3: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Isi kandungannya juga sangat memberikan pengajaran dan memberikan keinsafan kepada

mereka-mereka yang benar-benar memahami dan mendalami kitab ini.

3

Page 4: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Ulasan bab : Siksaan orang yang meninggalkan sembahyang.

Bab ini mengandungi sebanyak 3 muka surat. Saya sertakan salinan asal seperti di bawah ini :

4

Page 5: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

5

Page 6: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

6

Page 7: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Bab yang pertama ialah menyatakan mengenai dengan siksaan orang yang meninggalkan sembahyang.

Ada 15 siksaan bagi orang yang meninggalkan sembahyang itu.

6 siksaan semasa berada di dalam dunia. 3 siksaan ketika sakaratul maut. 3 siksaan ketika berada di dalam kubur. 3 siksaan pada hari akhirat nanti.

6 siksaan semasa berada di dalam dunia :

1. Di cabut keberkatan umurnya. Allah taala menarik keberkatan pada umurnya .Dengan makna selama hidupnya ia akan sentiasa merasa duka cita , bernasib malang, susah hati, resah gelisah, pelbagai masalah menimpa dan seumpamanya.

2. Allah taala mencabut keberkatan rezekinya. Ia akan sentiasa merasa tak cukup dengan apa yang ada. Sentiasa menginginkan sesuatu diluar kemampuannya, sanggup berhutang kerana inginkan sesuatu, susah hendak mencari rezeki dan sebagainya

3. Allah taala menghilangkan tanda atau cahaya soleh di wajahnya . Wajahnya akan dilihat kusam dan dibenci orang. Bagi orang yang sembahyang walau ia berkulit gelap, masih dapat dilihat cahaya nur di wajahnya.

4. Tidak terpelihara agamanya. Ia tidak mempunyai tempat dalam Islam. Ia dikatakan orang fasik , munafik. Setengah sahabat Rasullullah saw menghukumkan Kufur .

5. Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan diterima.

6. Tidak di angkat doa nya oleh malaikat ke langit kerana Allah taala tidak menerima doanya. Jangankan doa orang yang tak sembahyang, sekiranya kita adalah orang yang sembahyang tetapi orang yang dibawah tanggungan kita tak sembahyang, maka doa kita tidak akan dikabulkan oleh Allah taala. Kebanyakkan orang Islam terlepas pandang terhadap anak-anak mereka yang tidak sembahyang. Nabi menyuruh umat Islam untuk menyuruh anak-anak mereka bersembahyang ketika umurnya 7 tahun dan dirotan sekiranya ia masih tidak sembahyang ketika ia berumur 10 tahun tetapi kebanyakan orang Islam tidak membuat begitu.

7

Page 8: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

�ه�م�ا ض�ي� الله� ع�ن �يه� ع�ن� ج�د�ه� ر� ب� ع�يب� ع�ن� أ �ن� ش� ع�ن� ع�م�ر�وب

�م� د�ك و�ال�� وا أ : م�ر� �م� ل �يه� و�س� و�ل� الله� ص�ل�ى الله� ع�ل س� : ق�ال� ر� ق�ال�

�اء� �ن �ب �ه�ا و�ه�م� أ �ي �وه�م� ع�ل ، و�اض�ر�ب �ن� �ي ن �ع� س� ب �اء� س� �ن �ب �ة� و�ه�م� أ �الص�ال ب

�م�ض�اج�ع� �ه�م� ف�ي ال �ن �ي ق�واب ، و�ف�ر� �ن� �ي ن س� ر� 1ع�ش�

)رواه أبو داود(

Ertinya: Dari Abdullah bin Amr Ibn as ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Perintahkanlah anakmu bersembahyang ketika tujuh tahun dan rotanilah dia jika tidak mahu bersembahyang ketika diumur sepuluh tahun dan pisahkanlah diantara tempat tidur mereka (antara adik beradik lelaki dan perempuannya)

(Hadis riwayat abu daud)

3 siksaan ketika sakaratul maut:

1. Matinya dalam keadaan hina.2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.3. Mati dalam keadaan yang sangat haus sehingga jika di minumkan seluruh air laut

tidak akan dapat menghilangkan kehausannya..Ketika inilah Syaitan akan datang menemuinya dengan menyamar bagai-bagai rupa dengan membawa segelas air dan menyerunya kepada kekufuran

3 siksaan ketika berada di dalam kubur.

1. Disempitkan kuburnya. Allah taala akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya sehingga Fatimah radiallahu anhuma ketika nak dibawa masuk kedalam kubur maka tanah itu pun berkata: “Aku tidak mengenal siapa yang memasuki aku, sekiranya ia golongan yang baik maka selamatlah ia dari azabku. Cuba kita membayangkan, yang masuk itu anak Nabi kita Nabi Muhammad saw. Bagaimana pula dengan orang-orang yang langsung tidak bersembahyang. Semoga kita dijauhkan dari menjadi golongan orang yang tidak mengerjakan sembahyang.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan dibakar di dalam bara api itu.

3. Allah men ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘Sujaul akraq’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari Qiamat

1

8

Page 9: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

3 siksaan semasa berada di akhirat

1. Di rantai tangan dengan besi dan di ikat pada leher mereka. Besi itu sepanjang 70 hasta yang dimasukkan ke dalam mereka dan keluar dari dubur mereka.

2. Tidak dapat melihat Allah Ta’ala. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Dimasukkan ke dalam neraka. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak sembahyang.” 

Hadis mengenai dengan siksaan orang yang tidak solat.

Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu, seksanya umpama:-

Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.  Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.  Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.  Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.  Isyak: Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Ada petikan cerita yang di tulis oleh Nur Majidah bt Yahya yang saya ambil dari portal rasmi Jabatan Agama Islam Perak mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

9

Page 10: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" 

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama

10

Page 11: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Hadis-Hadis Nabi tentang kelebihan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.

Berkata Nabi saw:

من صلى الصبح في جماعة اربعين يومالم يف تمركعة واحدةكتب برءاة من النار والنفاق

Ertinya: “Barangsiapa sembahyang subuh dengan berjemaah selama 40 hari dan tidak tertinggal satu rakaat pun maka dituliskan baginya terlepas daripada api neraka dan daripada munafik.”

Riwayat lain lagi mengatakan, Nabi Saw bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang subuh berjemaah dan kemudian duduk berzikir mengingati allah hingga naik matahari (waktu dhoha) maka di tulis oleh Allah pahalanya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna”.

Riwayat lain mengatakan bahawa Allah menyediakan 70 mahligai di dalam syurga Firdaus yang diperbuat daripada emas dan perak.

Nabi Saw bersabda:

مثل الصالة الخمس كمثل نهبر جار على باب أحدكم يفسل منه كل يوم خمس مرات هل يبقي عليه وسخ قالوا ال يا

رسول الله . قال كذلك الصالة مغسل الذنوب

Ertinya: “Adalah sembahyang lima waktu itu seumpama sungai yang mengalir dihadapan pintu seseorang daripada kamu, lalu kamu mandi sebanyak lima kali setiap hari, maka baginda berkata: adakah masih ada kotoran pada badan mereka itu ?” Maka berkata sahabat: “Kotoran tidak akan ada lagi pada badan mereka itu”. Dan baginda berkata: “Demikianlah sembahyang lima waktu yang sempurna itu menghapuskan segala dosanya”.

Ini adalah kelebihan-kelebihan orang-orang yang mengerjakan sembahyang dan menjaganya tepat pada waktunya. Tidak melalaikan sembahyang dengan sengaja maka segala dosanya yang dilakukannya pada hari itu akan dipadamkan oleh Allah Ta’ala.

Kata Nabi saw lagi bahawa barangsiapa yang menjaga sembahyangnya, menjaga waktunya, menjaga rukuknya, dan lainnya dan ia tahu bahawa sembahyang itu wajib atasnya maka Allah Ta’ala mengharamkan baginya daripada api neraka.

11

Page 12: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Pentingnya Sembahyang.

Daripada Anas ra. ia berkata:

“roh nabi Muhammad saw di dalam dadaku dan baginda berwasiat kepadaku untuk menjaga sembahyang dan jangan sekali-kali meninggalkannya sehingga akhir hayat”

Nabi saw bersabda :

إذا ترك العبد فرضاواحداكتب اسمه على باب النار

Ertinya: “Apabila seseorang itu meninggalkan suatu yang fardhu maka Allah menyuruh malaikat untuk menyeru namanya pada pintu neraka”.

Ibnu ‘Abbas ra. aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Apabila seseorang itu meninggalkan sembahyang maka tiada tempat baginya di dalam Islam, Allah tidak menerima tauhid, iman, sedekah, puasa dan syahadahnya dan terlepaslah ia daripada tanggungan Allah Ta’ala.”

Nabi saw mengatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang itu padahal ia dalam keadaan yang sihat maka dia tidak di pandang oleh Allah dengan pandangan rahmat dan bagi orang itu azab siksa yang amat pedih melainkan ia bertaubat.

Betapa agungnya kewajipan sembahyang ini, tidak sama dengan kewajipan-kewajipan lain seperti puasa, zakat dan lainnya kerana perintah sembahyang ini Allah Ta’ala telah membawa Nabi saw naik ke langit untuk berjumpa dengannya.

Beringat-ingatlah untuk tidak meninggalkan sembahyang. Orang yang sakit pun diperintahkan untuk sembahyang sama ada duduk, jika tidak mampu hendaklah berbaring, jika tidak mampu hendaklah menggunakan isyarat mata dan jika tidak mampu juga hendaklah menggunakan isyarat hati. Begitulah penting nya sembahyang, apatah lagi bagi mereka yang dalam keadaan yang sihat. Kita ambil iktibar dan sama-sama ambil peringatan.

Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur."(HR Ahmad)

10 jenis umat Nabi pada hari kiamat

Baginda mengkhabarkan:

“Pada hari kiamat nanti ada sepuluh jenis daripada umat ku yang di siksa oleh Allah Ta’ala dan mereka di suruh masuk ke dalam neraka dan berguguran lah daging mukanya. Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”

Lalu baginda memberitahukan bahawa ada 10 jenis:

12

Page 13: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

1. Orang tua yang berzina.2. Raja yang zalim.3. Orang yang meminum arak dan tuak.4. Orang yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.5. Orang yang suka mengumpat orang lain.6. Orang yang bercakap bohong.7. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.8. Orang yang menganiaya orang lain.9. Orang yang meninggalkan sembahyang.10. Orang yang mengadu domba melainkan jika ia bertaubat.

Para malaikat akan memalukan mereka di padang mashyar. Lalu di buka pintu neraka dan masuklah mereka ke dalamnya. Kemudian mereka terjatuh sepantas kilat dan yang sampai dahulu ialah kepala mereka dan mereka bersama-sama dengan Qarun dan Haman di tempat yang paling bawah.

Seperti yang kita maklum bahawa Qarun ialah orang yang kaya raya sehingga dikatakan 40 ekor keldai untuk membawa karung. Setiap ekor keldai membawa dua karung dan di dalam karung itu terdapat kunci-kunci gudang hartanya. Dan ada riwayat lain mengatakan 10 orang ahli bina badan pada masa itu pun tidak sanggup untuk mengangkat kunci-kunci gudangnya. Bayangkanlah betapa kekayaan yang diberikan Allah kepadanya akan tetapi dia engkar dan tidak mahu tunduk pada perintah Allah, tidak mahu sujud kepadanya lalu Allah menurunkan azab kepadanya dengan menimbus semua hartanya kedalam tanah bersama-samanya.

Baginda saw bersabda lagi:

“Tidak halal harta zakat orang yang meninggalkan sembahyang dan tidak harus kita bersedudukan dengannya dan tidak harus kita tinggal sekampung dengannya dan Allah Ta’ala melaknat atasnya iaitu muka nya akan menjadi hitam pada hari kiamat”

Ini bermaksud bahawa orang-orang yang tidak sembahyang itu sangat dibenci oleh Islam sehingga dalam hadis ini mengatakan bahawa jangan duduk bersamanya dan tidak harus tinggal sekampung dengannya. Betapa besarnya dosa orang yang tidak bersembahyang itu. Sia-sialah segala amalan nya semasa di dunia ini kerana ianya tidak akan diterima. Pada hari kiamat nanti amalan yang pertama sekali di Tanya ialah mengenai dengan sembahyang, jika sembahyang nya itu baik maka baik lah segala amalannya tetapi jika sembahyang nya buruk maka buruk jugalah amalannya.

13

Page 14: Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Kajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Dalam sebuah hadis yang panjang, di riwayatkan bahawa baginda berkata:

“Aku melihat umatku yang sedang menghadapi sakaratul maut pada hal ia adalah seorang yang taat kepada ibubapanya tetapi ia meninggalkan sembahyang maka ditolak segala amal kebajikannya dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku bahawa malaikat Malik Zanabiah telah datang untuk menyeksanya maka datang nasibnya untuk melepaskan ia daripadanya dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku bahawa telah datang malaikat Malik untuk menyeksanya tetapi berkat zikir dan tasbihnya maka diselamatkanlah ia dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku hampir disiksa lalu berkat selawatnya maka diselamatkanlah ia dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku bahawa ia terlalu dahaga maka berkat puasanya hilanglah dahaganya dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku bahawa di hadapannya ialah kala dan di belakangnya juga kala lalu datang haji dan umrah nya kemudian diselamatkanlah ia dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku bahawa pada muka dan badannya ada api lalu datanglah sedekahnya maka sejahtera dan selamatlah ia daripada api itu”.

Rujukan.

1. Tanbih Al-Ghafilin, Terbitan Percetakan AlMuarif Sendirian Berhad, Pulau Pinang.2. Hadzrat Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, Terjemahan Abu Abil Hassan

Ibn Musa, 2004, Muntakhab Hadith, Al-Izzath Sri Petaling Emporium, Kuala Lumpur.

14