kitab ayyuh al walad

Upload: azizan-ibrahim

Post on 14-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    1/20

    PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

    Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

    NASIHAT 1 :

    WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN

    Wahai anakku yang tercinta,sebahagian daripada nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya ialah:

    Mafhumnya:

    Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila diaselalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahajadaripada umurnya yang telah digunakannya pada sesuatu hal yang bukan menjadi tujuanhidupnya (yakni beribadat kepada Allah) maka layaklah panjang penyesalannya (diakhiratkelak) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannyamasih belum menguasai kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan diri untuk keneraka.

    Sebenarnya sekadar ini pun sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

    NASIHAT 2 :BAGAIMANA SEWAJARNYA KITA MENERIMA

    NASIHAT

    Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang beratnya ialah menerima isi nasihat tersebutkerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendakhawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yangmencari ilmu yang rasmi serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkankesenangan dunia,kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengansekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup untuk menjadi sebab keselamatannya dan sebab

    kebahagiaannya mala dia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.Orang yang sepertiini sebenarnya telah terpengaruh dengan itiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah.

    SubhanaLlah,alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.Bukankah dia telah mengetahuibahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramaldengan ilmu yang telah diketahuinya itu,nanti di akhirat kelak dia akan dipersoalkan dengan soalanyang lebih berat daripada orang-orang yang tidak tahu apa-apa.Sebagaimana Nabi Muhammad SAWbersabda:

    Mafhumnya:Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiyamat nanti ialah seorang alimyang Allah tidak memanfaat ilmunya

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    2/20

    Diriwayatkan oleh Syeikh Junaid al-Baghdadi bahawa seorang yang telah bermimpi bertemudengannya di waktu tidur selepas kematiannya.Lalu orang itu bertanya kepada Al-Junaid:Apakhabarmu wahai Abu al-Qasim.Lalu Sheikh menjawab :Sebenarnya telah hilang segala ilmu yangzahir dan ilmu yang batin Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat

    yang sempat kami lakukan di tengah malam.

    NASIHAT 3 :

    ILMU DIAMALKAN BERMANFAAT

    Wahai anakku,Janganlah engkau muflis dalam amalan serta janganlah kamu melakukan perkarayang tidak berfaedah.Ingatlah bahawa hanya berbekal ilmu tanpa amal belum boleh menjaminkeselamatanmu diakhirat nanti.Misalnya,seandainya seseorang memiliki sepuluh bilah pedang yangtajam dan pelbagai senjata lain.Dia juga seorang yang berani dan sangat handal dalam seluk beluk

    peperangan.Kemudian datang seekor singa tangkas terus menyerangnya.Adakah cukup diamempunyai pelbagai senjata yang canggih tetapi tanpa menggunakannya,sudah tentu dia tidak akandapat menangkis serangan singa itu.Segala senjata itu berguna apabila ia digunakan oleh pemiliknyaitu.

    Demikian juga seseorang yang menguasai ratusan ilmu sedangkan dia tidak beramaldengannya,nescaya segala ilmu tersebut tidak akan memberi manfaat.Analogi yang sama bolehdimisalkan dengan seseorang yang ditimpa demam kuning panas yang dinasihatkan oleh doktorsupaya dia meminum ubat sekanjabin dan kaskab.Dia tidak akan sembuh sehingga pesakit itumeminum ubat tersebut.

    Sehubungan dipetik satu syair Parsi yang bermaksud:Seandainya engkau menimbang dua ribukati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya.

    Justeru itu,walaupun anda menuntut ilmu seratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buahkitab,anda masih belum mendapat rahmat Allah kecuali setelah anda mengamal dan menghayatisemua ilmu tersebut.Dalam konteks ini Allah SWT berfirman:

    Maksudnya: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu kecuali apa yang

    diusahakannya.(Surah al-Najm ayat 39)

    Dan firman Allah lagi;

    Maksudnya: Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Tuhannya,maka hendaklahdia beramal dengan amalan yang sholeh.(S.Al-Kahf ayat 110).

    Firman Allah lagi:

    Mafhumnya: (Balasan yang diberikan kepada mereka) adalah sebagai ganjaran bagi apa yangdiusahakan oleh mereka.Surah at-Taubah ayat 82.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    3/20

    Firman Allah lagi:

    Maksudnya: Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal sholeh nescaya mereka akandikurniakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal didalamnya dan

    mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripada kediaman mereka itu.SurahAl-Kahf ayat 107-108).

    Firman Allah lagi:

    Maksudnya: Melainkan orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amalansholeh. Surah al-Furqan ayat 70.

    Apabila anda tidak beramal dengan ilmu maka apakah respons anda terhadap hadis berikut:

    Mafhumnya: Islam itu ditegakkan atas 5 perkara:Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkanAllah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,berpuasa

    Ramadhan,mengerjakan haji ke BaituLlah bagi mereka yang berupaya.

    Iman itu perkataan dengan lidah,membenarkannya dengan hati dan melaksanakannya denganpancaindera.Dalil yang menuntut kita beramal amat banyak.Walaupun seseorang itu masuk syurgadengan rahmat Allah,namun ianya tercapai dengan taat dan ibadah.Rahmat Allah amat hampirdengan orang yang berbuat baik.Sebelum ke syurga kita perlu melalui dugaan2 besar.Ujian pertamaialah iman.Apabila kita mati dalam keadaan beriman,adakah kita muflis dari segi amal.Hasan Basriberkata:Allah berfirman kepada hamba2Nya di akhirat:Masuklah kamu ke dalam syurga denganrahmatKu,dan tentukan kedudukan kamu mengikut amalan masing-masing.

    NASIHAT 4 :

    BALASAN SETIMPAL DENGAN AMALAN

    Selama mana anda tidak beramal,selama itu juga anda tidak akan mendapat pahala.Diriwayatkanbahawa seorang lelaki daripada Bani Israel yang beribadat selama 70 tahun,lantas Allah SWTmenunjukkan keadaannya kepada para malaikat.

    Allah SWT mengutuskan malaikat kepadanya yang berkata:Walaupun anda telah beribadat

    selama 70 tahun,namun itu tidak melayakkan anda untuk masuk syurga.Lelaki tersebutmenjawab:Itu bukan urusan saya.Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah.Itulahpekerjaan yang mesti saya laksanakan.Malaikat tersebut melaporkan hal tersebut kepadaAllah.Sehubungan ini Allah SWT berfirman kepada para malaikat.Apabila hambaKu tidakberpaling daripadaKu maka Aku akan membalasnya dengan kemurahanKu,Aku juga tidak

    akan berpaling daripadanya.Wahai para malaikatKu bersaksilah bahawa Aku telah

    mengampuni segala dosa lelaki itu.Sehubungan ini junjungan Rasulullah SAW:

    Mafhumnya:Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung,dan timbanglah amalan mu sebelumkamu diadili.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    4/20

    Ali karramaLlah wajhah menyatakan:

    Ertinya:Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha dia akan dapat masuk ke dalam syurgamaka orang itu hanya berangan-angan dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan

    usaha dia akan masuk syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah.

    Sehubungan ini Hasan al-Basri menegaskan bahawa mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosadaripada segala dosa.Beliau menegaskan lagi:Tanda seseorang itu memahami hakikat ilmu itu ialahmeninggalkan perbuatan memerhati pahala suatu amalan,dan bukan meninggalkan amalan.

    NASIHAT 5 & 6 :

    KEIKHLASAN NIAT & HAKIKAT HIDUP

    Berapa banyak ruang malam anda telah diisi dengan mengkaji ilmu dan membaca bahan bacaandengan mengurangkan tidur.Apakah tujuan anda berjaga malam.Apakah niat anda berjaga malam

    untuk mencari keuntungan duniawi,mengumpul harta kekayaan,mengejar pangkat dan bermegahdengan kebolehan anda di khalayak manusia.Alangkah ruginya apabila anda masih berada padatahap itu.

    Alangkah beruntungnya anda berjaga malam dengan berniat untuk menghidupkan syariah NabiMuhammad SAW,membersihkan jiwa dan akhlak anda serta menundukkan keinginan nafsu andayang sentiasa menyuruh berbuat jahat.

    Kata penyair:

    Mafhumnya: Berjaga malam bukan kerana zatMu nescaya hampa,Dan merintih bukan kerana kehilanganMu nescaya terbatal.

    Hakikat Hidup,Cinta dan Amal

    Wahai anakku tercinta!,

    Hiduplah anda menurut kemahuan lantaran anda pasti menemui kematian,dan cintailah apa yanganda kehendaki lantaran anda akan pasti berpisah daripadanya serta beramallah anda menurut apa

    yang anda mahu lantaran amal perbuatan anda akan dibalas

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    5/20

    NASIHAT 7 :

    UTAMAKAN ILMU FARDHU AIN

    Apakah hasil yang akan anda perolehi seandai hanya menghabiskan masa belajar ilmu kalam

    (perbahasan ilmu usuluddin yang mendalam),ilmu yang membahaskan fekah secara terperinci,ilmuperubatan,kesusasteraan,kesenian,astronomi dan ilmu tata bahasa Arab,walhal anda menyalahiperintah Allah dan melanggar larangannya.Aku telah melihat dalam kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. ada menyebut :

    Mulai seseorang itu menjadi mayat,dia akan ditanya dengan empat puluh soalan.Soalan yangpertama mempersoalkan:Wahai hambaku!Kenapa engkau sepanjang masa membersihkan zahirmu

    yang menjadi tempat pandangan manusia,tetapi engkau tidak menyucikan barang sesaat pun hatimu

    yang menjadi tempat pandanganKu ?

    Setiap hari Allah memandang hatimu lantas berfirman:

    Kenapa engkau memberi perhatian selain daripadaKu,sedangkan engkau dilingkungiihsanKu.Apakah engkau tuli tidak dapat mendengar lagi?

    NASIHAT 8 :

    ILMU GANDINGAN AMAL

    Ilmu tanpa amal adalah sesuatu yang tidak siuman.Amal tanpa ilmu pula adalah sesuatu yang sia-sia.Ketahuilah bahawa Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan dirimu daripadamaksiat.Malah belum berupaya mendorong anda mengerjakan ketaatan serta tidak akan menjauhkananda daripada api neraka di akhirat kelak.

    Apabila anda tidak beramal dengan ilmu serta tidak membetulkan kesilapan masa lalu anda,kelakakan berkata:

    Maksudnya:Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itumenundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): Ya Tuhan kami, kami telah

    melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal

    saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin. Surah al-Sajadah ayat 12.

    Lalu dikatakan kepadamu:Wahai manusia yang tidak menggunakan akal,kenapa engkau hendakkembali ke sama sedangkan engkau baru datang dari sana?

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    6/20

    NASIHAT 9 :

    TINGKATKAN HEMAH, KAWAL NAFSU & BEKAL

    UNTUK AKHIRAT

    Berhemahlah untuk meningkatkan kerohanian serta anggaplah kegagalan berpunca daripada hawanafsu yang songsang.Biarkanlah kematianmu itu hanya pada jasad kerana tempat persemadianjasad adalah didalam liang lahad.Para ahli al-kubur senantiasa menanti kedatanganmu bersamamereka,janganlah anda kesana tanpa persiapan.Saydina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berkata:Jasad kitaitu tidak ubahnya laksana sangkar burung atau kandang haiwan maka fikirlah dengan mendalamtentang hakikat dirimu.Dan tentukanlah dirimu yang mana satu antara dua perumpamaan itu.Jikalauanda umpama burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang dengan penuh kegembiraan apabilaia mendengar seruan:

    )( )()( )(Maksudnya: Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi

    diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.(Surah al-Fajr ayat 27-30)

    Anda akan terbang tinggi sehingga hinggap di pucuk pohon-pohon syurga sebagaimana sabdaRasulullah SAW ketika meninggal sahabat nya Saad bin Muaz:

    Mafhumnya:Telah bergegar aarasy Allah kerana kegembiraan ketika kematian Saad binMuaz.Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada menjadi seperti binatang ternaksebagaimana firmanNya:

    Maksudnya:Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin

    dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-

    tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk

    mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat

    lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-Araf ayat 179.

    Maka tidak mustahil anda berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.Imam HasanBasri telah diberi gelas yang berisi air sejuk lantas beliau memegangnya dan jatuh pengsan.Apabilasedar seseorang bertanya kenapa tuan pengsan.Jawab beliau tadi aku teringat angan-angan ahlineraka yang berkata kepada ahli syurga:

    Maksudnya:Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: Limpahkanlah kepada kamisedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu. Mereka (penghuni surga)

    menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang

    kafir, .(Surah al-Araf ayat 50)

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    7/20

    NASIHAT 10 :

    BANGUNLAH QIYAUMULLAI

    Wahai anakku yang tercinta ! Seandainya ilmu sahaja telah memadai maka apakah perlunya seruansupaya kita bangun beribadah diwaktu malam atau penghujung malam,sebagaimana berikut:

    Adakah disana orang yang meminta sesuatu ? Adakah di sana orang yang meminta ampun ?Adakah disana orang yang bertaubat ?

    Sebahagian sahabat Rasulullah SAW menceritakan tentang ketinggian peribadi Abdullah ibnUmar.Junjungan SAW bersabda tentangnya:

    Mafhumnya:Abdullah bin Umar itu baik orangnya apatah lagi apabila beliau selalu bangun sholatdiwaktu malam.

    Dan Rasulullah SAW pernah bersabda kepada salah seorang sahabatnya:

    Mafhumnya:Ya Fulan!Janganlah engkau terlalu banyak tidur diwaktu malam kerana terlalu banyaktidur diwaktu malam itu mengakibatkan seseorang itu papa kedana di hadapan Allah pada hariqiyamat nanti.Wahai anakku! Hendaklah engkau selalu mengingati firman Allah:

    Maksudnya: Dan hendaklah engkau bangkit sholat tahajjud pada sebahagian daripadamalam.(S.al-Isra` ayat 79)

    Maksudnya:Dan diwaktu sahur mereka sentiasa beristighfar mohon keampunan Allah.( S.az-Zariyat ayat18Maksudnya:(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur.Nabi SAW bersabda

    : Mafhumnya:Tiga suara yang dicintai Allah; Suara ayam jantan yang berkokok diwaktudinihari,suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu

    sahur.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    8/20

    Sehubungan ini Sufyan al-Thauri menyatakan bahawa Allah SWT menciptakan satu angin yangberhembus diwaktu sahur untuk membawa zikir Perkasa.

    Beliau menambah lagi bahawa apabila tiba malam terdengar suara yang memanggil dibawaharasy:Hendaklah kamu bangkit wahai ahli ibadat ! Lantas mereka pun bangin sholat sebanyak-

    banyaknya.Apabila berlalu separuh malam maka terdengar suara yang menyeru Hendaklah kamubangkit wahai para qanitin ! iaitu orang-orang yang beribadah dengan bersungguh-sungguh.Lantasmereka bangkit dengan mengerjakan sholat hingga waktu sahur.Dan apabila tiba waktu sahur makaterdengar suara.Hendaklah kamu bangkit wahai para mustaghfirin.Lalu mereka bangkitberistighfar.Dan apabila fajar sudah menyinsing maka memanggil satu suara.Hendaklah kamubangkit wahai para ghafilin iaitu orang yang lalai.Lantas mereka bangkit dari hamparan merekaseperti orang yang mati yang bangkit dari kubur mereka.

    Wahai anakku tercinta ! Luqman al-Hakim berwasiat kepada anaknya:Janganlah ayam jantan itulebih bijak daripada anda.Ia berkokok diwaktu sahur sedangkan anda masih tidur lagi.Syair berikutdigubah indah untuk menginsafkan anda wahai anakku !

    Sesungguhnya memanggil-manggil dikegelapan malam burung merpati yang bertenggekdiatas dahan kayu.Ia terus memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku

    Bohong,sebenarnya aku berbohong demi Tuhan BaytuLlah,seandainya aku sememangnyaasyikkan Allah sudah tentu burung tidak akan mendahuluiku menangis.

    Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang sangat dahaga untuk bertemukekasihnya,namun kenapa aku masih belum mampu menangis seperti menangisnya haiwan.

    NASIHAT 11 :IBADAH MESTI BERLANDASKAN SYARIAH

    Pengetahuan yang mendalam mengenai kaedah melaksanakan ibadah yang sahih kepada Allahmenjadi pati rahsia segala ilmu.Ketaatan dalam peribadatan bermakna mengikut peraturan AllahSWT dalam arahanNya dan tegahanNya yang merangkumi semua perkataan dan perbuatan.Contohnya berdosa seseorang yang berpuasa pada hari raya fitrah dan aidul adhha serta pada hari-hari tasyriq.Demikian juga berdosa bagi seseorang yang mengerjakan sholat dengan memakaipakaian curi,walaupun pada zahirnya dia telah beribadah.

    Wahai anakku,hendaklah seluruh perkataan dan perbuatanmu selaras dengan peraturan syarak,kerailmu dan amal yang menyanggahi syarak adalah sia2 sahaja.Janganlah anda tertipu dengansebahagian amalan melampau ahli2 tasawuf,kerana sebenar2 jalan akhirat hanyalah denganbermujahadah,melawan nafsu dengan riadhah atau latihan bukan hanya dengan ucapan yang direka-reka.

    Tanda-tanda kecelakaan seseorang ialah tidak mengawal lidahnya,tertutup hatinya dengan kelalaiandan syahwat.Cahaya marifah tidak akan bersinar dan hidup dalam hati2 yang empunyanya tidakbermujahadah melawan nafsu serta leka dengan kehidupan yang sia-sia.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    9/20

    NASIHAT 12 :

    HAKIKAT ILMU HANYA TERCAPAI DENGAN

    MENGAMALKANNYA

    Sebahagian daripada persoalan mu kepada ku memerlukan penghayatan kerana ia adalah masalahzauqiyyah.Tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkaufaham.Masalah ini tidak boleh dikupas dengan perkataan tetapi ia perlu dirasai dan diamalkan sepertimanisnya sesuatu yang manis atau pahitnya sesuatu.Ia memerlukan penghayatan bukan sekadarperkataan dan tulisan.

    NASIHAT 13 :

    *4 KRITERIA SEMPURNA BAGI ORANG YANG

    MENJALANI JALAN ALLAH SWTEmpat kreiteria yang perlu ada bagi orang2 salik;

    1. Itiqad yang benar yang tidak ada bidah didalamnya iaitu itiqad ahlussunnah waljamaah

    2. Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga seseorang itu tidak akan kembalimengerjakan dosa yang pernah dilakukannya

    3. Minta atau mohon halal daripada semua makhluk ini sehingga anda tidak akandituntut lagi pada hari qiamat kelak.

    4. Mendalami ilmu2 syariah demi melaksanakan segala perintah Allah dan mendalami

    serta menghayati ilmu akhiratyang menjamin keselamatanmu dengan izin Allah di akhiratnanti.

    NASIHAT 14 :

    AMANAT IMAM AL SYIBLI RH

    Imam asy-Syibli telah berkhidmat dengan 400 orang guru.Beliau pernah berkata aku telah menelaah4000 hadith Rasulullah SAW,tetapi aku benar2 mengingati dan mengamalkan satu hadith ini.Akudapati hadith ini boleh menjamin dengan izin Allah keselamatanku dan kesejahteraanku.Didalam

    hadith ini terkandung ilmu golongan terawal dan ilmu pengetahuan golongan terkemudian.

    Hadith tersebut ialah;

    Mafhumnya:Beramallah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal didalamnya.Danberamallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada disana.Dan beramallah kerana Allah

    SWT sejauhmana engkau berhajat kepadaNya.Dan bertindaklah dengan sebarang amalan yang akan

    menghumbankan engkau kedalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.

    Wahai anakku! Apabila anda mengetahui hadith ini,maka sebenarnya tidak perlu lagi engkauberbangga dengan ilmu yang banyak.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    10/20

    NASIHAT 15 :

    *8 WASIAT HATIM AL ASAM

    Imam al-Asam adalah pelajar kesayangan Imam Syaqiq al-Balkhi.Gurunya itu berkata

    kepadanya;Anda telah belajar daripadaku selama 30 tahun,apakah ilmu yang engkau perolehidaripadaku ? Hatim al-Asam menjawab:Aku telah perolehi 8 faedah daripadanya yang aku harapkandapat member keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti.8 faedah itu ialah:

    Faedah 1:Sesungguhnya aku telah melihat makhluk didunia ini yang mengasihi sesuatu dan terlaluashik tentangnya.Sebahagian yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga masa diasakit,dan ada yang menemaninya sehingga ke alam kubur.Manakala yang lainnya engganbersamanya malah balik meninggalnya sendirian dialam kubur..Aku merumuskan bahawa hanyaamalan yang sholeh adalah kekasih yang terbaik yang sanggup menemani kekasihnya hingga kealam kubur.Oleh itu aku menjadikan amalan sholeh sebagai teman dan kekasihku supaya ia dapatmenerangi kuburanku dan menghiburkan aku yang bersendirian dan kesepian.

    Faedah 2:Aku lihat kebanyakan makhluk ini sentiasa mengikut hawa nafsu dan menunaikan apa juakehendaknya.Aku teringatkan firman Allah:

    Maksudnya:Dan adapun orang yang takut untuk berdiri dihadapan Tuhannya serta menahan nafsudaripada mengikuti runtunannya,nescaya syurga akan menjadi tempat tinggalnya.Surah an-Naziat ayat 40-41.Berdasarkan kefahamanku terhadap ayat ini,nafsu patut dimusuhi danbangkit berjuang menentangnya.Aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepada kuyang berusaha mentaati dan beribadah kepada Allah SWT.

    Faedah 3:Aku melihat ramai orang berusaha menimbunkan harta dan menahannya untukdibelanjakan dijalan Allah lantas aku memikirkan firman Allah; Maksudnya:Apa yang ada disisimu itu akan habis dan pahala yang ada disisi Allah itu adalah kekal.Justeru itu aku merasa bahagia mengorbankan harta bendaku dengan membahagikannya kepadafakir miskin supaya ia menjadi pahala yang tersimpan disisi Allah.

    Faedah 4: Aku melihat sebahagian makhluk mengira bahawa kemuliaan dan keagungan ramainyajumlah mereka, para pengikut,banyaknya harta,kuatnya kuasa merampas hak dan harta golonganlain serta banyaknya harta yang telah dicurahkanMereka telah tertipu dengan kedudukantersebut.Aku teringat firman Allah yang menyatakan;

    Maksudnya:

    Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.S.al-Hujurat ayat 13.

    Aku pilih jalan taqwa..inilah jalan yang benar,dan kepercayaan mereka adalah salah.

    Faedah 5:Aku dapati ramai orang yang suka memaki hamun dan mengumpat akibat kedengkiandalam memiliki harta,kedudukan dan ilmu sedangkan Allah telahberfirman;

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    11/20

    Maksudnya:

    Dan Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka didunia ini.Surah al-Zukhruf ayat 32.

    Fahamlah aku bahawa Allah jualah yang membahagikan segala kenikmatan itu lalu aku tidakberhasad dengki dengan kelebihan orang lain serta merasa puas hati dengan kurniaan Allah.

    Faedah 6:Aku lihat manusia saling bermusuhan kerana sesuatu tujuan sedangkan Allahberfirman; Maksudnya:Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata kerana itu jadikanlah merekasebagai musuh.Surah Fathir ayat 6.

    Lantas aku berpendirian hanya syaitan yang patut dimusuhi bukan yang lain.

    Faedah 7: Aku lihat ramai orang bersungguh-sungguh mencari rezeki sehingga mengambil yangsyubhah dan haram.Dan ada yang sanggup menjual maruah,walhal Allah berfirman;

    Maksudnya:Dan tidak ada daripada sesuatu yang melata di atas bumi ini kecuali rezekinya telah dijaminoleh Allah.Surah Hud ayat 6.

    Sehubungan ini aku yakin rezekiku telah dijamin oleh Allah,lalu aku sibuk mengerjakan ibadatkepadanya dan memutus segala harapanku kepada yang lain daripadaNya.

    Faedah 8:Pegangan manusia pelbagai ada yang berpegang kepada wang,kepada harta dan

    kekuasaan,kemahiran dan pekerjaan,malah ada yang berpegang kepada makhluk selain Allahsedangkan Allah berfirman;

    Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Dia pasti akanmencukupkannya,sesungguhnya Allah menyampaikan segala urusanNya.Dan sesungguhnyaDia telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang telah ditentukan.Surah al-Talaq ayat 3.

    Justeru itu aku terus bertawakkal kepada Allah dan Dia mencukukan keperluanku.Dialah sebaik-baikyang layak kita berserah diri.Lalu Imam Balkhi berkata:Semoga Allah memberi tawfiqkepadamu.Semua kitab-kitab Allah membahaskan kelapan-lapan perkara yang kamu rumuskantadi.Bermakna sesiapa yang beramal dengannya,mereka telah beramal dengan kitab-kitab Allah.

    NASIHAT 16 :

    PERLUNUA GURU MURSYID

    Orang yang menjalani jalan menuju akhirat perlu bimbingan guru yang mursyid lagi bijakmendidik.Dia dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dengan tarbiahnya yang mantap.Sifat-sifatmazmumah itu diganti dengan sifat-sifat mahmudah.Proses tarbiyah diumpamakan pekerjaanseorang petani yangsentiasa membuang duri dan rumput yang tumbuh dicelah-celah tanamannya.Dengan sebab itu tanamannya akan subur dan menghasilkan rezeki yang lumayan.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    12/20

    Guru yang mursyid juga bertindak selaku penta`dib iaitu mengasuh adab dan membimbingnya kejalan Allah,kerana Allah SWT mengutuskan rasul-rasulNya untuk menjadi pembimbing umatnya danapabila rasul-rasul a.s. wafat tugas mereka diteruskan para khulafa` untuk membimbing manusia kejalan Allah.

    Guru yang mursyid adalah pewaris Rasulullah SAW yang mendalam ilmunya,tetapi tidak semuaorang alim layak menjadi waris Rasulullah SAW.Justeru itu diperturunkan sifat-sifat guru mursyid:

    1. Seseorang yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat.

    2. Guru mursyid dibimbing oleh guru mursyid dan salasilahnya sampai kepadaRasulullah SAW.

    3. Dia seorang yang berjaya mendidik dirinya sendiri dengan menyedikitkanmakan,kurang bercakap,kurang tidur,banyak bersolat,bersedekah dan berpuasa.

    4. Disebabkan guru tersebut dibimbing oleh guru mursyid yang menyebabkan diamemiliki akhlak mulia sebagai cara hidupnya sepertisabar,sholat,tawakkal,syukur,yakin,qanaah,berjiwatenang,penyantun,tawadhuk,berilmu,benar,malu,menyempurnakan janji,teguh pendirian danberhati-hati.

    Guru mursyid adalah nur daripada anwar Rasulullah SAW yang layak diikuti.Guru seperti ini jarangditemui seperti al-Kibrit al-ahmar {belerang merah) yang sukar ditemui.Apabila seseorang itu dibimbing oleh guru mursyid maka perlu dia menghayati adab-adab bergauldengannya.

    1. Jangan bertengkar dengannya dan hindari berhujah melawannya.

    2. Jangan terburu-buru menghamparkan sejadah dihadapannya kecuali pada waktusholat.

    3. Jangan memperbanyak solat sunat dihadapannya.

    4. Hendaklah dia mengamalkan apa-apa yang diperintahkan oleh gurunya itu dengankadar keupayaannya.

    5.

    Adab-adab batin pula ialah:1. Apa sahaja yng diterima daripada gurunya itu jangan sekali-kali mengengkarinya darisegi batin,perbuatan dan perkataan.Jangan dia menjadi seorang munafik,kalau dia tidakberupaya mematuhi gurunya adalah lebih baik dia meninggalkannya sehingga dia benar-benar mampu boleh datang semula kepada gurunya. Dan keadaan batinnya sama dengankeadaan zahirnya.

    2. Jangan bersahabat dengan orang jahat supaya terhindar dia daripada berhubunghatinya dengan syaitan manusia dan syaitan jin.Dengan itu hatinya suci daripada bisikan

    syaitan.Dia hendaklah memilih kehidupan fuqara` yang merendah diri daripada cara hidupgolongan kaya yang angkuh.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    13/20

    NASIHAT 17 :

    ILMU TASAWWUF

    Ilmu TASAWWUF itu mempunyai dua unsur:

    Pertama: Istiqamah atau tetap pendirian

    Kedua: Baik kelakuan dengan seluruh makhluk.

    Tegasnya,sesiapa yang tetap dan berterusan pendiriannya serta baik pergaulan akhlaknya denganmanusia maka dia dianggap sebagai seorang sufi.Istiqamah bermakna ia sanggup mengorbankansegala kehendak runtunan nafsunya semata-mata mencari keredhaan Allah dan menghiasiperibadinya dengan kemuliaan akhlak.Selanjutnya baik akhlak dengan manusia adalah anda tidakmemaksa manusia untuk mengikut semua kehendak anda.Malah anda wajib memaksa diri andauntuk melayani kehendak manusia asalkan tidak bersalahan dengan syariah Islamiyyah.

    NASIHAT 18 :

    UBUDIYYAH

    2.UBUDIYYAH pula mengandungi tiga elemen:1. Menjaga dan beriltizam dengan syariah

    2. Redha dengan qadha` dan qadar Allah SWT serta pembahagian/pemberian kepadahamba-hambaNya

    3. Anda mencari keredhaan Allah SWT walaupun mengorbankan keinginan

    sendiri

    NASIHAT 19 :

    TAWAKKAL

    3.TAWAKKAL bermakna bahawa anda mengukuhkan `itiqadmu dengan janji-janji Allah SWTdengan meyakini bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah bagimu pasti akan sampaikepada dirimu,tiada siapa yang dapat enghalangnya.Sebaliknya apa-apa yang ditentukan Allah SWTbukan untukmu pasti tidak akan sampai kepadamu walaupun seluruh makhluk berusaha untukmembantu supaya sampai kepadamu.

    NASIHAT 20 :IKHLAS

    4.IKHLASpula bererti anda menjadikan segala amalanmu hanya kerana Allah SWT dan hatimu tidakmerasa senang dengan pujian manusia dan anda juga tidak merasa tertekan dengan celaan dankecaman mereka.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    14/20

    NASIHAT 21 :

    RIYA

    5.RIYA` pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk.Dan kaedah menghapuskannya

    ialah bahawa anda melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Allah SWT dan anda merasakanbahawa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang statik yang tidak memiliki keupayaanuntuk membawa kemanfaatan atau kemudaratan.Dengan demikian anda akan terhindar denganmengambil kira pandangan mereka.Sebaliknya apabila anda merasakan bahawa makhluk itumempunyai kekuasaan dan kehendak yang menentukan nescaya sifat-sifat riya` itu tidak akan dapatdilenyapkan.

    NASIHAT 22 :KURANG BERTANYA BANYAK AMAL

    Persoalan-persoalan yang telah diajukan olehmu telah ku jawab didalam kitab-kitabku,silalah engkaumerujuk disana.Adalah tidak dibenarkan menulis sebahagian daripadanya kerana ia adalahilmu zauqiyang diperolehi melalui kelazatan beramal.Beramallah dengan ilmu yang engkau telahketahui supaya dengannya terbuka hijab ilmu yang engkau belum ketahui.Wahai anakku ! Selepas ini janganlah engkau banyak bertanya kepadaku tentangkemusykilanmu,melainkan pertanyaan itu datang dengan lidah hatimu.Nasihat ku ini berdasarkanfirman Allah SWT:

    Maksudnya:Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluarmenghadapi mereka.Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka.Dan Allah itu Maha

    Pengampun lagi Maha Pengasih.(Surah al-Hujurat ayat 5).Terimalah nasihat Nabi Khaidir a.s. ketika dia menasihati Musa a.s.:

    Maksudnya:Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu,sehinggga sampaimasanya aku akan memberitahumu tentang hal itu kepadamu.(Surah al-Kahf ayat 70)Justeru itu janganlah engkau terburu-buru hendak bertanya sebelum sampai masanya.Dan apabilatiba masanya ketika itu akan nampak segala-galanya bagimu.Firman Allah dalah Surah al-Anbiya`ayat 37:

    Maksudnya:Selagi akan Aku perlihatkan kepadamu tentang tanda-tanda kebesaranKu,makajanganlah kamu terburu-buru mendesakku.

    Maka janganlah engkau bertanya sebelum tiba masanya,dan yakinlah bahawasanya engkau tidakakan sampai kepenghujung jalan kecuali apabila engkau terus berjalan sebagaimana firman Allah :

    Maksudnya:Apabila mereka tidak mahu berjalan diatas muka bumi ini,lalu mereka dapat melihatakibat yang menimpa keatas golongan terdahulu daripada mereka iaitu segala sesuatu untukdijadikan iktibar.(Surah Fathir ayat 44).

    Wahai anakku,Demi Allah seandainya engkau terus berjalan,engkau akan dapat melihat perkara-perkara yang sangat menakjubkan pada setiap tempat,dan korbankanlah dirimu untuk sampai kesanalantaran punca kejayaan adalah pengorbanan jiwa raga sebagaimana perkataan hikmah Zun Nun al-Misri:Jikalau engkau bersedia untuk berkorban dengan jiwa dan ragamu maka teruskanlah

    perjalananmu.Jika tidak usahlah engkau mengikuti jalan kesufian.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    15/20

    NASIHAT 23 :

    SIRI 1 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

    Wahai anakku tibalah masanya aku (Imam al-Ghazali) kemukakan nasihatku yang terakhir yang

    terdiri daripada lapan perkara.Terimalah nasihat ini agar ilmu yang ada pada dirimu tidak menjadialas an yang memudaratkanmu diakhirat nanti.4 Perkara yang wajib engkau tinggalkan dan 4 perkaralagi wajib dilaksanakan.Empat perkara itu ialah:1. Berusahalah sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan pertengkaran yang akan mencetuskanpelbagai penyakit.Dosa dan kemudaratannya lebih besar daripada faedahnya.Pertengkaranmencetuskan sifat-sifat mazmumah/tercela seperti riya`,hasad dengki,sombong,permusuhan danmembangga-bangga diri.Seandainya perselisihan anda dengan pihak lain demi menegakkankebenaran,tentu wujud dua elemen penting,iaitu;a. Anda mengharapkan kebenaran itu akan terserlah melalui lidah anda atau orang lain.b. Anda lebih selesa seandainya perdebatan itu diadakan secara tertutup dan tidak dihadiri olehorang ramai.

    Ketahuilah bahawa mengajukan kemusykilan pada sesuatu masalah itu sama keadaannyasebagaimana anda mendedahkan penyakit hati atau jiwa kepada seorang doktor.Jawapan kepadakemusykilan itu setara dengan usaha menyembuhkan penyakit.Ingatlah bahawa orang yang jahil itu berpenyakit hati,sedangkan alim ulama` adalah para doktor yangberupaya merawati penyakit itu.Justeru itu seorang yang disangka berilmu tetapi belum sempurnadan mencapai kematangan dalam keilmuan sama dengan seorang doktor yang belum mencapaitahap kepakaran dan tidak mampu mengubati dan merawat penyakit pesakitnya.Dalam hal ini tidaksemua orang alim yang sempurna ilmu mahu mengubati semua orang yang sakit.Merekaberkemungkinan hanya mahu merawat pesakit yang berpotensi untuk sembuh.Sebaliknya pesakityang berpenyakit kronik dan kritikal sukar untuk dipulihkan,malah doktor itu berkata:Orang ini sudahtidak dapat diubati.Dia tidak mahu lagi membuang masa untuk merawatnya.

    Ketahuilah wahai anakku penyakit jahil ini dikategorikan kepada empat jenis.Hanya satu boleh diubatidan tiga lagi tidak boleh diubati lagi.Tiga kejahilan yang tidak boleh diubati itu adalah seperti berikut:i. Orang jahil yang bertanya untuk menimbulkan masalah kerana didorong oleh hasad dengki danakibat kemarahan/kebencian.Kejahilan seperti ini walaupun menerima penjelasan yang baik,lancar dan terang tetap tidakmemuaskan hati mereka malah menimbulkan kemarahan dan kebencian.Adalah lebih baik engkautidak menjawab soalan mereka.Sebagaimana yang dijelaskan oleh syair berikut:

    * Maksudnya:Segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya,kecuali permusuhanyang ditimbulkan daripada orang yang berhasad dengki terhadapmu.Jangan pedulikan soalannya dan biarkan dia dengan penyakitnya.Sehubungan ini Allah SWT

    berfirman:

    Maksudnya:Maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanyadaripada mengingati Kami,dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan

    hidup dalam dunia ini.(Surah al-Najm ayat 29).Sesungguhnya orang yang terperangkap dengan penyakit hasad dengki seluruh perkataan danperbuatannya telah menyalakan api yang menghanguskan seluruh amalannya.Hasad dengkidiumpamakan menghapuskan pahala pendengki seperti api membakar kayu bakar.ii. Kejahilan juga berakar punca daripada kedunguan atau al-hamaqah.Sifat dungu juga sukardiubati.Seperti mana kata Nabi Isa a.s. :Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telahmati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu.Contoh soalan sidungu yang baru

    belajar ilmu akal dan ilmu syarak,lantas dia berani mencabar seorang alim yang telah lamamendalami ilmu akal dan ilmu syarak.Si dungu ini tidak tahu persoalan yang diajukannya dan dia

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    16/20

    menyangka orang alim itu juga mempunyai masalah yang sama dengannya tentang persoalanitu.Soalan si dungu seperti ini tidak perlu dijawab.iii. Bahawa orang yang bertanya itu memang menghendaki pertunjuk dan hidayah.Tetapipersoalan yang ditimbulkan setaraf dengan perkataan para ulama` sufi.Pertanyaan itu timbuldaripada kecetekan kefahamannya,Ia tidak perlu dijawab demi kemaslahatannya.Sehubungan ini

    Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya:Kami para Anbiya` disuh berbicara dengan sekalian manusia menurut kadar

    akal mereka.iv. Adapun kejahilan yang boleh diubati itu ialah kejahilan yang ada pada seseorang yang benar-benar ingin mencari pertunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatumasalah.Ia bukan dipengaruhi oleh hasad,marah,cintakan kedudukan dan harta dunia.Dia benar-benar ingin mencari jalan yang lurus,pertanyaannya tidak ada unsure dengki dank eras kepala ataumahu menguji orang alim.Orang seperti inilah yang boleh menerima perbaikan.Soalannya wajibdijawab serta permasalahannya wajib diselesaikan.

    NASIHAT 23 :SIRI 2 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

    Perkara Kedua:

    Sewajarnya anda merasa takut bila engkau bertindak selaku penasihat dan pemberi ingat kepadaorang lain,kerana tugasan ini banyak cabaran dan gugaannya kecuali anda sendiri telah menghayatidan mengamalkan apa yang anda nasihatkan.Oleh itu layaklah anda member nasihat kepada oranglain.Renungkanlah apa yang pernah diutarakan oleh seseorang kepada Nabi Isa a.s.

    Mafhumnya:Wahai putera Maryam ! Nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkandengan isi kandungan nasihatmu,barulah engkau layak member nasihat kepada oranglain.Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu kepada Tuhanmu.Sebaliknya bila anda berada dalam situasi yang menyebabkan anda wajib member nasihathendaklah anda menjauhi dua perkara berikut:1. Elakkanlah menggunakan bahasa yang sukar difahami seperti anda menggunakan ibarat-ibaratdan isyarat-isyarat ahli sufi dan bunga bahasa mereka yang indah kerana Allah SWT membenciorang yang memaksakan dirinya.Pemaksaan diri melampaui batas dan mencerminkan batin yangrosak dan hati yang lupa.Makna tazkirah itu adalah memperingatkan oleh seorang hamba Allah tentang seksaan Allah

    diakhirat kelak bagi penderhakaNya dan dia juga mengukur tentang peribadatannya kepada Allahdan dia juga memikirkan tentang usianya yang telah dilaluinya dan telah disia-siakan tanpamanfaat.Dia juga merancang tentang masa depannya yang penuh dugaan yang bakal direntasinyadengan membimbangi keselamatan imannya ketika berdepan dengan kemelut dugaan.Adakah diamampu beristiqamah dalam keimanan sehingga keakhir hayatnya dan dia juga turut merasa cemasuntuk berdepan dengan sakaratul mautnya dan kegerunannya untuk berdepan dengan malaikat mautyang akan mencabut nyawanya.Apakah dia berupaya menjawab persoalan-persoalan bertubi-tubimalaikat mungkar dan nakir tentang amalannya didunia dahulu ketika dia berada di alam kubur.Begitu juag dia merasa sedih dengan keadaannya yang belum menentu lagi diakhirat nanti danbagaimana situasi dirinya ketika berdiri dihadapan mahkamah Allah kelak.Adakah dia termasukdikalangan orang selamat ketika menyeberangi titian sirat al-mustaqim adakah dia akan jatuh

    terjunam dalam api neraka Allah.Wal iyazubillah min zalik! Demikianlah pemikiran dan ahwal al-qalb yang selalu berpusar dalam hatinya.Dan ia sentiasa gelisah dan resah mengenainya.Pukulan

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    17/20

    yang bertubi-tubi itu dinamakan tazkirah atau peringatan.Sebagai seorang yang insaf dan sedar hendaklah dia memberitahu kepada orang lain mengenai halini dan mengajak mereka berfikir untuk menghitung diri dan menginsafi kelemahan diri.Peringatan-peringatan itu mudah-mudahan mampu menggoncangkan kealpaan mereka,sehingga mereka punturut menyesali diri dan berusaha menyempurnakan dan memperbaiki kelemahan dan kealpaan

    diri.Mereka juga turut kesal dengan masa yang telah disia-siakan dan kesempatan yang telahdibiarkan berlalu.Usaha seperti ini dinamakan nasihat.Keadaan penasihat itu seperti anda menyaksikan rumah yang sedang ditenggelami banjir lantas andamenyuruh penghuninya segera berpindah menyelamatkan diri.Adakah patut anda menggunakanisyarat dan bahasa yang sukar difahami oleh penghuni rumah yang hampir musnah itu? Adalah tidakwajar anda menggunakan kaedah seperti itu.2. Elakkan memberi nasihat untuk mengharapkan orang ramai berhimpun disekelilingmu danmenyanjung kehebatanmu dalam memberi nasihat sehingga mereka berkata;Alangkah bagusnyamajlis ini!.Jika demikian niat dan tujuanmu bermakna anda cenderung kepada keduniaan dan hatianda telah lalai.Bahkan sepatutnya anda menasihat agar mereka mengutamakan akhirat daripadadunia serta meninggalkan maksiat.Serulah mereka agar mengerjakan taat kepada Allah dan kikis

    sifat tamak kepada dunia.Bimbinglah mereka dengan sifat zuhud serta ajaklah mereka menghindarisifat bakhil.Pupuklah semangat kemurahan jiwa dan kedermawanan.Suburkanlah semangatkewaspadaan terhadap tipudaya dunia dan lazimilah diri dengan ketaqwaan.Dalam menasihati manusia, hendaklah memupuk semangat cintakan akhirat dan membenci sifatkerakusan terhadap dunia.Ajarkanlah mereka ilmu yang sahih tentang beribadah kepadaAllah.Tunjukkan kepada mereka jalan kezuhudan kerana kebanyakan manusia sering dan mudahterpesong daripada landasan hukum syarak serta mudah mengerjakan perkara-perkara yang tidakdiredhai Allah serta cenderung kepada akhlak mazmumah atau tercela.Suburkanlah kegerunan dankebimbangan mereka kepada kemurkaan Allah serta bimbang terjatuh kedalam jurangkebinasaan.Mudah-mudahan hati mereka mengingati Allah dan menjauhi maksiat.Inilah nasihat yangsahih.Sesiapa yang tidak memenuhi ciri-ciri penasihat seperti yang dijelaskan tadi ia merupakan

    suatu bala yang membahayakan orang lain.

    NASIHAT 23 :

    SIRI 3 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA

    Perkara Ketiga:Usahlah anda bergaul dengan kaum pemerintah yang zalim dan lalai serta janganlah andamengkagumi kemegahan hidup mereka dan duduk dalam majlis bersama mereka kerana iamerupakan penyakit yang amat kronik.Seandainya anda dipaksa atau terpaksa berada bersama

    mereka janganlah anda memuji dan menyanjung mereka.Ini disebabkan Allah amat benci apabilaorang yang zalim dan fasiq dipuji dan disanjung.Apabila seseorang itu mendoakan umara` yang zalimitu panjang umur bermakna ia telah rela maksiat berleluasa di muka bumi Allah SWT.Perkara Keempat:Janganlah anda menerima sebarang pemberian para umara` yang zalim itu dan usaha sekali-kalimenerima hadiah daripada mereka walaupun anda mengetahui bahawa hadiah dan pemberian itudari sumber yang halal sekalipun.Lantaran sifat tamak dan ghairahmu untuk menerima hadiah danhabuan daripada mereka akan merosakkan agama dan akhlakmu dan akan lahir sifat berpura-puradirimu kerana meraikan kedurjanaan mereka.Anda seolah-olah menyetujui kezaliman mereka.Iamerupakan antara perkara yang merosakkan agama.Apabila anda menerima pemberian merekabermakna anda telah mencintai mereka.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    18/20

    Justeru itu sesiapa yang menyukai seseorang yang zalim itu bermakna dia akan mengharapkansupaya sianu itu panjang umur dan kekuasaannya terus kekal dan anda mendapat habuandaripadanya.Ini bermakna anda menghendaki kerosakan dan kezaliman terus berleluasa diatas bumiAllah ke atas makhluk-makhlukNya yang lemah.Inilah kerosakan yang tiada tandingannya lagi.Anak-anakku! Janganlah engkau terpedaya dengan godaan syaitan yang menyatakan ,Bahawa yang lebih

    baik dan yang lebih utama bahawa anda ambil sahaja wang dinar dan dirham daripada mereka laluanda bahagikan kepada fakir miskin.Kalau tidak nanti pemerintah yang zalim akanmembelanjakannya wang itu untuk berbuat kefasikan dan kezaliman.Jadi lebih baik anda mengambilwang itu lalu disedekahkan atau bahagikan kepada orang-orang yang lemah. Janganlah anda tertipudengan perkataan seperti itu kerana sebenarnya syaitan telah banyak menjerumuskan orang denganhelah atau tipu muslihat seperti ini.

    Dan hal ini telah kami jelaskan dengan terperinci didalam kitab kami `Ihya` Ulum alDin.Wajarlahanda merujuk kedalamnya.(Persoalan ini dibahaskan dalam kitab al-Halal wa al-Haram Jilid ke2kitab tersebut).

    NASIHAT 24 :LAKSANAKAN EMPAT PERKARA

    Pertama:Hendaklah anda menilai dan mengukur perhubunganmu dengan Tuhanmu.Perhatikanperlakuan dan layanan pekerja atau orang bawahanmu denganmu yang anda merasa senangdengannya.Demikian juga apa yang anda tidak suka tentangnya hambamu yang majaz (yanghakikatnya dia adalah makhluk Allah juga sepertimu).Oleh itu janganlah anda bertindak sebagaimanapekerjamu itu ketika anda berhubung dan berinteraksi dengan Tuhanmu kerana Dia adalah Tuanyang memilikimu.

    Kedua:Segala tindakan anda terhadap orang lain hendaklah didahului dengan mengukur tindakan itusekiranya terkena keatas diri anda sendiri.Justeru itu apa yang anda suka orang lain melakukankeatas diri anda maka laksanakanlah yang sedemikian itu keatas orang lain.Ini disebabkan imanseseorang hamba Allah itu tidak akan sempurna sehingga dia mencintai seluruh manusia apa-apayang disukai keatas dirinya sendiri.Ketiga: Apabila anda mempelajari sesuatu ilmu atau menelitinya secara mendalam biarlah ilmu itudapat memperbaiki dan menyuci jiwa anda.Demikian juga seandainya anda mengetahui bahawa usiaanda hanya tinggal seminggu lagi,pasti anda tidak sibuk belajar ilmu feqah yang sibukberkhilafiah.Anda juga dalam keadaan seperti itu tidak akan sibuk belajar teori akhlak dan ilmu kalamuntuk berdebat semata-mata.Dalam keadaan seperti ini anda akan sibuk dengan muraqabah hati anda sendiri dengan mempelajari

    sifat-sifat kejernihan jiwa dan berpaling dari urusaqn dunia yang melalaikan.Ketika itu anda sibukmengisi hati anda dengan cinta Allah,beribadat kepadaNya dan menghiaskan diri dengan sifat-sifatmahmudah.Wahai anakku yang tercinta ! Dengarlah nasihatku dengan teliti mudah-mudahan anda berada dijalan keselamatan.Cubalah anda fikirkan sekiranya seorang sultan hendak melantikmu menjadi menteri besarnyaseminggu lagi.Beritahukan kepadaku apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh seminggu itu ?Sudah tentu dalam masa seminggu itu anda akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh sultan itu.Maka sekarang cuba anda fikirkan baik-baik apa yang telah aku katakana tadi kerana anda adalahseorang yang cerdas kefahamannya dan perkataan yang sedikit sudah cukup bagi seorang yangbijak.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    19/20

    Rasulullah SAW bersabda:

    Mafhumnya:Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada paras rupa anda dan amalan andayang zahir tetapi Dia Maha Melihat dan Menilai keadaan hati dan niat anda .Seandainya anda ingin memperdalamkan hal-hal yang berkaitan dengan hati maka hendaklah anda

    merujuk kepada kitab Ihya` Ulum al-Din dan yang lainnya daripada hasil nukilanku.Ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah termasuk dalam ilmu-ilmu fardhu ain dan yanglain daripadanya adalah ilmu fardhu kifayah,kecuali sekadar anda belajar hokum-hukum yangberkenaan dengan kesempurnaan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.Mudah-mudahan Allahmemberi tawfiq kepadamu dengan menghasilkan ilmu dari jenis itu.Keempat: Janganlah anda menghimpunkan harta benda dunia lebih banyak daripada cukup makansetahun seperti apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW bagi sebahagian daripada isteri-isterinya dan Junjungan SAW bersabda:

    Mafhumnya: Ya Allah jadikanlah makanan keluarga Muhammad hanyasecukupnya sahaja.Junjungan Nabi SAW tidak menyediakan makanan untuk keperluan setahun keluarganya,atau

    tegasnya Junjungan hanya menyediakan makanan untuk sehari setengah sahaja.

    NASIHAT 25 :PENUTUP DAN DOA

    Wahai anakku,sesungguhnya aku telah tuliskan dalam warkah ini apa-apa yang dikauinginkan.Sewajarnya dikau melaksanakan isi kandungannya dan janganlah dikau melupaiku dalamdoa-doamu.Ambillah doa ini dan amalkan selepas sholatmu.

    Maksudnya:Ya Allah aku memohon daripadaMu nimat yang paling sempurna,pemeliharaanyang berkekalan,rahmat yang menyeluruh,kesihatan yang berhasil,kehidupan yangmudah,umur yang berbahagia,ihsanMu yang paling sempurna,kenimatan yangmenyeluruh,kelebihan yang paling lazat dan kelembutanMu yang paling hampir.Ya Allahjadilah Dikau pembela kami dan bukannya penghukum kami.

    Maksudnya:Ya Allah tamatkanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan limpahkanlah kepada kamiyang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringilah kehidupan pagi dan petangkami dengan kesihatan serta jadikanlah kesudahan hidup kami dan kemuncak cita-cita kamiuntuk memperolehi rahmat dan redhaMu.Ya Allah curahkanlah kemaafanMu kepada kamiseperti hujan yang lebat yang menyucikan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kaminimatMu yang memperbaiki segala keaiban kami serta jadikanlah taqwa itu sebagai bekalankami dan kurniakanlah kesungguhan kepada kami untuk memperjuangkan agamaMu dan

    jadikanlah tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Dikau Ya Allah.

  • 7/30/2019 Kitab Ayyuh Al Walad

    20/20

    Maksudnya:Ya Allah tetapkanlah kami berada diatas jalan istiqamah dan lindungilah kamididunia ini daripada melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hariqiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kamikehidupan sebagai hamba-hambaMu yang baik dan jauhkanlah kejahatan orang-orang yangdurjana keatas kami dan lepaskanlah leher-leher kami,ibubapa kami serta seluruh saudara-saudara kami baik lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api nerakajahannam.Semuanya itu dengan berkat rahmatMu.Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi MahaMengampuni,Maha Pemurah serta yang menutup keaiban kami.Wahai Tuhan Yang Mengetahui

    lagi Maha Perkasa,Ya Allah Ya Allah Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang MahaPengasih,Wahai Tuhan Maha Terawal dan Yang Maha Terkemudian.Wahai Tuhan YangMempunyai kekuatan yang amat kukuh Wahai Tuhan Yang Mengasihi orang miskin,WahaiTuhan Yang Maha Pengasih,Tidak ada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan Dikau MahaSuci Engkau sesungguhnya aku ini termasuk dikalangan orang yang menzalimi diri sendiri.