kisah cik siti

Upload: estimawish7346

Post on 06-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SEBAGAI RUJUKAN DAN PANDUAN

TRANSCRIPT

Kisah Cik Siti, Puteri & Seekor Kijang..

'SITI adalah gelaran yang diberikan oleh seorang ahli bisnes Arab, yang bahasakan Cik Siti Wan Kembang dengan Siti sahaja. Hal ini berlaku dalam perbualan didengari oleh beberapa orang yang berada di balai mengadap waktu itu.

"Apakah erti Siti itu?" Salah seorang dari mereka bertanya.

"Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai." Jawab ahli bisnes itu. seperti yang dinukilkan berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja.

Demikian sahabat saya Ustaz Tuan Junuh bercerita mengenai Cik Siti Wan Kembang atau negeri Kelantan. Kami sedang menuju dengan sebuah kereta ke negeri tersebut melalui rentasan lebuhraya timur-barat. Dia ingin balik kampong, dan kawan saya sorang lagi itu, isterinya adalah orang negeri Cik Siti.

Sambungnya lagi, "Ada juga sumber sejarah menyatakan beliau turut juga digelarpanggil dengan Paduka Cik Siti. Dalam buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid (terbitan Pustaka Al-Ahliah -1962), menyebutkan Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri."

Bila sebut sahaja Cik Siti Wan Kembang, orang pasti kaitkan dengan Kelantan, hingga menjadi nama timangan negeri berkenaan selain dari Serambi Makkah. Cik Siti adalah raja ke 6 yang diwariskan oleh ayahnya, adalah dari keturunan Iskandar Shah. Ayahnya ialah Sultan Ahmad (1548-1580) dan bondanya ialah Cik Banun.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayahnya yang mangkat, menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diserahkan kepada Raja Husain, sepupu Cik Banun (berasal dari Johor) dengan gelaran Sultan Husain Pemangku Raja (1580-1610). Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan mulai 1610-1677. selama 67 tahun. (Sumber :Detik-Detik Sejarah Kelantan, Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971)

Beliau yang tidak pernah berkahwin, dalam usia 30 tahun telah dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin. Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chinta Wangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

"Beliau adalah seorang Muslimah pertama perintah Kelantan, yang hebat lagi bijaksana." Sambung Ustaz Tuan Junuh lagi.

"Kenapa Ustaz kata begitu?"

"Saya beri 2 sebab." Terang Ustaz Tuan Junuh lagi. "Pertama, sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar negara, terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang jadi terkenal dan harum semerbak keluar negara waktu itu. Maknanya beliau terkenal kerana pandai membangunkan ekonomi negara. Kedua, walaupun muslimah yang memerintah, namun tidak nampakpun kelemahan-kelemahan yang menjolok, dan beliau berjaya mengatasi beberapa masalah"

"Apa masalah yang diatasinya?" Tanya sahabat saya yang seorang lagi.

"Bukti masalahnya .. bila bimbangkan pemerintahan di Gunung Chinta Wangsa mungkin diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.. Dua pusat pemerintahan, itulah strategi politiknya.."

Menurut Ustaz Tuan Junuh lagi, dalam mencari kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. "Di situ, beliau membuka Kota Tegayong, bagaikan kebijaksanaan Parameswara memilih tempat membuka kota Melaka dulu."

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman rekriasi dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong. Kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh. Semasa pemerintahannya, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti (1638M /1046H). Setelah Raja Sakti mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja (1649M).

Baginda dianugerahkan 2 cahaya mata iaitu seorang putera, (dinamakan Raja Sakti juga) yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadung. "Satu lagi kehebatan pentadbiran Cik Siti, di mana beliau berjaya menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Loyor di Jembal, melalui pengambilan Puteri Saadung sebagai anak angkatnya yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti."

"Tetapi kenapa pula Cik Siti tak kahwin-kahwin??" Sahabat saya tadi bertanya lagi. "Nak ikut macam Rabiah Adawiyah seorang sufiah di tanah Arab dulu ke?"

Rabiah binti Ismail Al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Rabiah menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan: "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun." Itu kisah seorang Muslimah sufiah.

"Sebenarnya memang ramai raja atau putera-putera raja yang nak kahwin dengan Cik Siti kerana beliau amat cantik. Tetapi peminangan mereka itu tetap ditolak .. alasannya tidak terlintas dihatinya untuk bersuami. Akhirnya, lama kelamaan keadaan ini menyebabkan beliau merasa sunyi, seolah-olah hidup bersendirian." Kata Ustaz itu lagi.

Menurut versi yang satu lagi, pada suatu hari apabila Cik Siti melihat ratu kecil Puteri Saadung ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat beliau untuk mengambil puteri anak raja tersebut sebagai anak angkatnya. Setelah berunding, akhirnya dengan kerelaan, Raja Loyor dan permaisurinya sanggup menyerahkan Puteri Saadung untuk dijaga atau dididik oleh Cik Siti Wan Kembang.

"Khabarnya, cerita Puteri Saadung pun menarik juga!?" Sampuk kawan saya itu lagi.

"Panjang ceritanya" Kata Ustaz Tuan Junuh. Puteri Saadung adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Kecantikan Puteri Saadung itu menyebabkan Maharaja Siam menghantar utusan meminangnya, tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang. Bimbang timbul masalah, Cik Siti kahwinkan Puteri Saadung dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadung sebagai muslimah kedua pemerintah Kelantan. Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chinta Wangsa, kota pemerintahan awalnya.. Akhirnya, kisahnya tidak diketahui lagi.

Ustaz Tuan Junoh menyambung. "Seterusnya, penglima tentera Siam bernama Phraya Decho telah menculik Puteri Saadung dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688). Namun kerana kesetiaannya pada suaminya, dirinya diusahakan supaya tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Akhirnya, Puteri Saadung berjaya kembali ke Kelantan. Tetapi malangnya bila bertemu suaminya Raja Abdullah itu, berlaku pula pergaduhan dan tuduh menuduh. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadung."

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadung telah melantik Raja Abdul Rahim (saudara raja Abdullah) menjadi Sultan di Kota Mahligai (1671M) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah (anak Penghulu Ngah Jembal). Selepas itu Puteri Saadung menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

"Khabarnya lambang seekor kijang kerajaan Negeri Kelantan ada kaitan dengan Cik Siti?"

"Ya! Bila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau. Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini."

PUTERI GUNUNG LEDANG

Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang kelapan pada ketika itu baru sahaja kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja Ahmad yang masih kecil. Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan. Tetapi hatinya masih sunyi terasa seakan Istana Mahligai yang didiaminya itu terlalu kosong dan tidak berpenghuni. Keadaan ini membuatkan baginda sudah berberapa hari tidak menjengah Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.

Namun apa yang berlaku pada suatu malam merubah segalanya apabila baginda bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik masyuk dengan baginda. Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari mimpinya. Menjelang matahari memancar di ufuk timur, segera baginda menitahkan agar dipanggil nujum istana dan lalu ditanyakan, siapakan perempuan tersebut yang muncul didalam mimpinya itu. Lalu dari telus tilikan sang nujum, lalu dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun yang lalu. Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, baharulah baginda tahu yang puteri itu terlalu cantik orangnya.

Titah baginda menggemparkan istana, Sultan Mahmud berkehendakkan puteri itu dan dijadikan Permaisuri. Titah itu seakan mustahil tetapi titah tetaplah titah, yang juga mustahil untuk dibantah. Puteri Gunung Ledang akan dilamar dan akan menjadi Permaisuri Melaka. Jika benar puteri itu menerima pinangan baginda, bertambah gahlah Kerajaan Melaka, yang sultannya beristerikan seorang puteri dari kayangan. Maka, sebuah rombongan peminangan diadakan, diketuai oleh Laksamana Hang Tuah sendiri yang pada ketika itu telah pun tua, diiringi oleh Sang Setia serta ketua orang Inderagiri bernama Tun Mamat, yang dikatakan mahir dengan selok-belok didalam hutan. Segala hantaran peminangan disiapkan untuk dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, dengan harapan puteri itu bakal menerima pinangan baginda.Maka menjelang subuh sesudah rombongan tersebut mengerjakan solat di Masjid Istana, mereka berangkat menuju ke arah selatan, dimana Gunung Ledang dikatakan terletak. Setelah berberapa hari berjalan kaki meredah hutan, rombongan itu yang dianggotai oleh Laksamana Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat dan berberapa orang pengiring kini dapat merasakan perubahan cuaca disekeliling mereka. Udara dirasakan semakin sejuk dan dingin dan tahulah oleh mereka yang kini mereka sedang menaiki gunung tersebut. Mungkin para pengiring yang lain masih gagah untuk meneruskan perjalanan ini untuk bernerapa hari lagi, tetapi ini menjadi tugas yang agak sukar bagi Hang Tuah. Hang Tuah ini bukanlah lagi Hang Tuah yang dulu terkenal dengan kegagahannya, menumpaskan Hang Jebat yan derhaka. Membinasakan pahlawan Jawa, Taming Sari dan membolot kerisnya yang kini tersisip di pinggangnya. Hang Tuah ini telah pun dimakan masa, yang kini berada diambang senja. Terlalu penat dan lemah untuk terus mendaki gunung yang gagah dan angkuh ini. Dan keadaannya ini disedari oleh Tun Mamat. Risau benar dia melihat keadaan Laksamana tua itu yang kelihatan teramat lelah dan tercungap-cungap. Akhirnya, pada suatu tempat perhentian di pertengahan jalan ke puncak gunung, Tun Mamat mengusulkan biarlah dia sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan. Sementara Sang Setia akan menemani Laksamana di pertengahan jalan. Tapi, ini terlalu sukar bagi Laksamana ini untuk menerima usul dari Tun Mamat itu. Diakan Laksamana, selama ini mana pernah titah dan tugas dari Baginda Sultan gagal disempurnakan? Dia adalah Hang Tuah, pahlawan teragung Kerajaan Melaka. Tapi...kini, keadaan dirinya benar-benar menyedarkan dia sebenarnya hanyalah manusia biasa yang punya kudrat dan fitrah yang terhad.Dengan berat Laksamana Hang tuah terpaksa mengiakan akan cadangan Tun Mamat itu. Laksamana Hang Tuah yang terkulai lemah di banir sebatang pokok besar , sambil ditemani Sang Setia, memerhatikan dengan rasa kecewa sebaik Tun Mamat dan pengikut-pengikut yang lainnya mula mengorak langkah menuju ke puncak gunung hingga hilang dari pandangan mata. Senja mula menjengah hari. Sudah terasa agak lama berjalan mendaki semenjak meninggalkan Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia. Dan udara bertambah menggigit sejuknya. Namun, Tun Mamat mula menyedari kelainan akan keadaan hutan disekeliling mereka. Mereka tidak lagi dikelilingi oleh pepohon hutan yang besar mahupun akar rotan yang berselirat disana sini, sebaliknya, muncul rimbunan pokok bunga yang pelbagai warna dan rupa. Malah udara yang mereka hirup bukan setakat dingin dan sejuk malah berbau harum pula.Tun Mamat merasai keanehan itu. Mereka tidak lagi berada disebuah hutan belantara sebaliknya disebuah taman yang terlalu indah. Lagi anehnya, suara merdu nyanyian bersyair dan gurindam mendayu-dayu disana sini. Namun apa yang benar-benar menarik perhatian Tun mamat dan engiringnya adalah apa yang berada nun dihujung taman, berada diatas puncak sebuah bukit kecil. Terdapat sebuah balai kecil yang menjadi pusat kepada taman tersebut dan apa yang menariknya tentang balai itu, ia dibina dari tulang manusia dan berbumbungkan rambut!Dan kedengaran suara-suara perempuan sedang bergurau senda dari arah itu, lantas membawa langkah Tun Mamat menghampirinya. Apabila telah benar-benar berada diperkarangannya, dapat dilihat seorang perempuan tua bersama berberapa orang perempuan lain sedang duduk bergurau senda. Tapi, sebaik menyedari akan seorang lelaki asing menghampiri balai itu, gurau senda dan bualan mereka terhenti serta merta. Pandangan mata mereka terpaku kepada kehadiran Tun Mamat yang sedang menanti di muka tangga balai tersebut.

Tun Mamat memperkenalkan dirinya sebagai utusan dari Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang membawa titah peminangan dari Baginda untuk Puteri Gunung Ledang. Sebaik mendengar akan kata-kata Tun Mamat itu, lantas perempuan tua itu memperkenalkan diri bahawa, beliau adalah Dang Raya Rani, ketua dayang-dayang istana Puteri Gunung Ledang, dan gadis-gadis lain yang bersamanya adalah dayang-dayang baginda. Setelah akan mendengar hajat Tun Mamat itu, Dang Raya Rani meminta untuk berlalu supaya kehadiran Tun Mamat dapat dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang. Hinggalah menjelang tengah malam, masih belum muncul Dang Raya Rani itu. Entahkan ya entahkan tidak, mereka itu dayang-dayang Puteri Gunung Ledang, perasaan curiga mula bercambah dihati Tun Mamat dan pengiring-pengiringnya. Tetapi, tiba-tiba, dari celah-celah rimbunan pohon yang membanjiri taman tersebut, muncul seorang nenek tua. Tapi nyata, yang ini, bukanlah Dang Raya Rani yang dilihatnya petang tadi. Sebaliknya nenek tua ini sudah pun bongkok tiga hingga seakan terlipat belakangnya. Dia berjalan menghampiri Tun Mamat yang mula berdiri di tangga balai sebaik menyedari kemunculan nenek tua itu. Tanpa memberi peluang untuk Tun Mamat memperkenalkan diri, nenek tua itu seraya berkata yang beliau membawa titah dari Puteri Gunung Ledang, yang baginda menerima akan lamaran baginda tapi Baginda Sultan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu

"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda"Terbeliak mata Tun Mamat mendengar akan syarat-syarat tersebut tetapi dia sebaik mungkin cuba menyembunyikan perasaan itu. Kalau difikir dan diamati, semua syarat itu semuanya mustahil untuk dipenuhi, dan kalau benar pun, ia tentu mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan...Sepanjang malam selepas nenek tua itu menghilangkan diri, sepatutnya setelah penat seharian mendaki gunung, pastinya mudah untuk melelapkan mata, mencari kembali tenaga sebelum mendaki turun menjelang subuh esok. Tapi tidak bagi Tun Mamat. Pelbagai perkara bermain difikirannya, tentang taman bunga dipuncak gunung, tentang balai tulang itu, tentang Puteri Gunung Ledang dan tentunya tentang syarat-syarat aneh tersebut....Entahkan bila matanya terlelap, Tun Mamat sendiri tidak sedar. Menjelang matahari mula memancar, Tun Mamat bersama pengiring-pengiring dan barang hantaran yang sepatutnya dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, mula mengorak langkah mendaki turun dari puncak gunung. Mereka akan bertemu kembali Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia di tempat dimana mereka ditinggalkan semalam.Laksamana Hang Tuah menunduk apabila mengenangkan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Tun Mamat. Dalam diam, Laksamana tahu akan maksud yang tersirat disebalik syarat yang dinyatakan oleh Puteri Gunung Ledang. Dan demi itu juga, Laksamana tua itu juga sedar, dia telah gagal. Gagal menjalankan titah Baginda Sultan dan ini tidak bermakna lagi bagi dirinya untuk pulang ke Melaka, menyembah Baginda Sultan. Maka sebaik sahaja rombongan peminangan itu tiba di kaki Gunung Ledang dimana terletaknya sebatang anak sungai, Hang Tuah berpesan kepada Tun Mamat

"Seandainya sungai ini bermuarakan Sungai Melaka, nescaya hamba akan muncul di Melaka, tapi seandainya tidak, nescaya hamba telah pun tiada. Sesungguhnnya khabarkan kepada Baginda Sultan hamba telah gagal menjalankan titah dan berasa amat aib untuk mengadap Baginda"Setelah menyerahkan Keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Sultan Mahmud, Hang Tuah mencecahkan kakinya ke air sungai tersebut dan meranduk airnya hingga hilang dari pandangan sekelian ahli rombongan tersebut...Semenjak itu tidak lagi didengari sebarang khabar berita dari Laksamana yang banyak jasanya itu.

PUTERI GUNUNG LEDANG

Di puncak Gunung Ledang, tinggal seorang puteri yang terkenal dengan kebijaksaan dan kecantikannya. Tiada siapa yang pernah sampai ke puncak gunung itu kerana ianya sangat jauh. Terdapat pelbagai binatang buas di dalam hutan Gunung Ledang.Berita tentang Puteri Gunung Ledang tersebar hingga ke istana Melaka. Sultan Melaka hendak menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya. Baginda memerintahkan pembesar istana untuk menghantar utusan peminangan itu.Rombongan ppeminangan yang diketuai oleh Tun Mamat berangkat dengan membawa banyak hadiah untuk tuan puteri. Mereka melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke puncak gunung.Dipertengahan jalan, mereka bertemu dengan nenek kebayan. Setelah bertanyakan arah istana tuan puteri, Tun Mamat dan ahli rombongannya meneruskan perjalanan mereka. Mereka tidak tahu bahawa Puteri Gunung Ledang telah menyamar menjadi nenek kebayan.Mereka akhirnya tiba ke istana tuan puteri yang cantik dan besar. Tun Mamat pun memberitahu hajat Sultan Melaka. Tuaan puteri bersetuju menerima pinangan itu jika Sultan Melaka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah semangkuk darah putera sultan.Setibanya rombongan ke Melaka, Tun Mamat segera memberitahu sultan segala syarat yang diminta oleh tuan puteri. Akhirnya, Sultan Melaka membatalkan niatnya untuk memperisterikan tuan puteri kerana tidak sanggup membunuh anaknya.MORAL :Jangan kita berhajat terlalu tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab yang sebenar.SAJAK DI GUNUNG LEDANG

Kabut

Kau menyalahkan kabut saat kita tidak dapat melihat mataharidi puncak gunung purbayang menyimpan mitos sang puterilangit adalah sayap suciyang menebar di kanan dan kirikita; ruang putih syurgaapakah kau mampu melihatwajahmu saat putih mengelilingihingga seluruh tubuh kita menjadi putihseperti malaikat yang datang dari cahaya

kau masih menyalahkan kabutsaat kita tidak dapat lagi melihat rumputdi bawah kaki kita yang hanya memijak putihdan kita mencari-cari misteri sang puteriyang menginginkan cintanyadalam semangkuk darahdan titisan airmatamasih lagi kita tertanyaapakah cinta itu seperti kabut putihatau hijau rerumputansedang kita tahubahawa cinta juga pernahdatang sebagai darah dan airmata

Kau masih ingin menyalahkan kabutsaat kita tidak lagi melihat cintadi putih langit mahupun di hijau rumputkerana darah dan airmatatelah menukarkan tubuh kitamenjadi cinta yang terpasak di batuUjar Puteri GunungLedang

Ledang gunung lagendaAdalah saksi sunyiKebijaksanaan seorang puteriYang mampu menukar wajahDaripada cantik kepada burukDaripada jelita menjadi tua bongkokSatu-satunya wanita yang berjayaMembuat Tuah yang gagahKehilangan arah

Sultan yang mengingininyaTerkesima mengigit jariKerana pinangan diberikan hargaSemangkuk darah putera raja wanita

Jangan akur apabila dikata lemahLembut kita lembut bijaksanaDiam kita diam-diam ubiKegagahan ditentang dengan akalKerakusan dibenteng dengan budiKekuasaan dipatahkan dengan helahBiarpun kekuatan bukan milik kitaNamun akal yang adaLebih bermakna daripadakehebatan lahiriah

Demikian wasiat Puteri Gunung LedangKepada seluruh wanita

~