khutbah aidilfitri negeri johor tahun 1441h / 2020m4. setelah salam sunat diikuti dengan dua khutbah...

13
1 KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M

Upload: others

Post on 26-Jun-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

1

KHUTBAH AIDILFITRI

NEGERI JOHOR

TAHUN 1441H / 2020M

Page 2: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

2

TAKBIR HARI RAYA

ڃٺڃٺڃٺ

ڃچ ٻ ٻ ۇ ۇ

3Xٱگ ڃٺ

ں پ پڍ ڃٺ

ڇ ڍڑ ک

ئۇ ئۇ ئۆڈ ۇ ې ۅ ٻ ٻ ۇ ۇ

ڀ ٺ ٺ

جدهوأعسپ وصر وعدهژ چ ٻ ٻ ۇ ۇ

چئي وس

ڃچ ٻ ٻ ۇ ۇ

ٱگ ڃٺ

Page 3: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

3

PANDUAN SOLAT AIDILFITRI

RAKAAT PERTAMA

1. Takbiratul Ihram serta Niat :-

“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai (imam / makmum) kerana Allah SWT”.

2. Membaca Doa Iftitah. 3. Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat

mengangkat tangan ketika takbir. 4. Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-

ٻ ڌ ٻ پ ٻ ۅ پ پ ڤ ڦ

5. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surah-

surah lain. RAKAAT KEDUA 1. Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan

tasbih seperti pada rakaat pertama. 2. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau

surah-surah lain. 3. Memberi Salam. 4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.

Page 4: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

4

RUKUN KHUTBAH

1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-

لله"ٱلحمد ٱ"

2. Membaca Selawat pada kedua-dua khutbah seperti :-

للهم صل على محمد"ٱ"

3. Berpesan mengigatkan Jemaah pada kedua-dua khutbah supaya mereka bertaqwa kepada Allah SWT seperti :-

لله"ٱأطيعوا / للهٱتقوا ٱ"

4. Membaca satu ayat lengkap daripada Al Quran dalam salah satu daripada dua khutbah.

5. Mendoakan orang mukmin dalam khutbah kedua seperti berikut :-

".ۀ ۀ ہ ڃ ڇ ڈ "

Page 5: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

5

AMALAN SUNAT KETIKA BERKHUTBAH

1. Berdiri di atas mimbar atau di tempat tinggi. 2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah. 3. Memberi salam kepada jemaah pada permulaan khutbah. 4. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan

salam. 5. Memegang tongkat atau seumpamanya. 6. Duduk sebentar antara dua khutbah sekadar panjangnya

membaca surah Al-Ikhlas.

Page 6: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

6

TINGKATKAN AMALAN DI BULAN SYAWAL DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19

24 Mei 2020M bersamaan 1 Syawal 1441H

ڃٺڃٺڃٺڃٺڃٺڃٺ

ٱگ ڃٺڃٺڃٺ

ڃٺ چ ٹ ٻ ہ ٱ ٻ ۇٴ ۋ ۋچ ٺ ڻ ڳٻ ٻ ڦ

ى عبده وحىداپ ڦ و ٿ ش د اں صن وشم يڈ

ئۇ وأصحاب ه آل ه ڇ ہ ہ ۇ ۆ فائح ٺ ڎ ۓڈ ئۆ ب تقىىچ أوص كي

: ڱك تاب ه ڍھ ڎٹ

ئۈ ئې ئې ئې ئى ئى ئى ی ی یی

ئج ئح ئم ئى ئي بج بح بخ بم بى بي تج

(95)الصاء: ثىتح تختم تى تي ثج ثم

Page 7: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

7

Bermaksud : "wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan

taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "ulil amr" (orang yang berkuasa)

daripada kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah

(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya

jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian adalah

lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya".

ولله الحمد ،الله أكبر ،الله أكبر ،الله أكبر

Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Di pagi syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan

ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh

melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Semoga dengan ketakwaan hasil dari didikan bulan ramadhan akan

menjadikan kita seorang muslim yang istiqamah dalam melaksanakan amal

ibadah bagi memperolehi keampunan daripada Allah SWT.

Sejak terbenamnya matahari semalam, kita dianjurkan untuk bertakbir,

bertahmid dan bertasbih sebagai tanda mengagungkan dan membesarkan

Allah SWT. Alhamdulillah pada pagi satu syawal ini kita masih lagi

mengagungkan Allah SWT sebagai tanda syukur dapat meraikan hari Raya

Aidilfitri yang mulia ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

... كهلوا ة ول وا ٱلعد ب ك ول كم تشكرون ٱلل لعل دىكم و نا ه ١٨٥عل Bermaksud : “…dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan

Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat

petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Page 8: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

8

Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Sesungguhnya kedatangan bulan Syawal ini bukan bermakna terhenti

segala amal kebajikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Sebaliknya kita

hendaklah sentiasa beristiqamah bagi meningkatkan lagi amalan dan ibadah

kita di bulan syawal dan bulan-bulan lain selepas ini. Sebagai umat Islam

yang beriman kita perlu menyambut aidilfitri dengan sentiasa

memperbanyakkan dan meningkatkan amalan di bulan syawal seperti berdoa,

berzikir, beristighfar dan melaksanakan puasa sunat enam syawal. Dalam

sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim daripada Abu Ayub

R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa

enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.

(Riwayat Al Imam Muslim)

Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Dalam kita menyambut aidilfitri ini, jangan kita lupa bahawa

kerajaan masih lagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) bagi menangani penularan wabak penyakit Covid-19. Oleh

itu, bagi membendung penularan wabak ini, kita diingatkan agar sentiasa

memelihara diri serta ahli keluarga kita dengan mengambil semua langkah-

langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

antaranya kita perlu mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci

tangan, tidak bersentuhan dan berjabat tangan dengan orang lain,

memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di tempat tumpuan ramai

dan melaksanakan penjarakan sosial dengan orang sekeliling.

Umat Islam juga disarankan tidak menghadiri sebarang bentuk

perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan wabak

ini. Bagi amalan ziarah menziarahi kita hanya dibenarkan menziarahi

kaum keluarga dan jiran yang terdekat sahaja serta elakkan

menganjurkan rumah terbuka. Manakala bagi keluarga yang jauh

pula kita digalakkan memanfatkan kemajuan teknologi maklumat seperti

Page 9: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

9

menggunakan alat perhubungan dan media sosial sebagai pengganti diri.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Ibnu Majah

daripada Abu Said Al Khudri R.A bahawasanya Rasulullah SAW

bersabda :

"ضرارل و ضرر ل "

Bermaksud : “Tidak boleh bahaya dan tidak boleh membahayakan

orang lain”

Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Sesungguhnya musibah yang kita hadapi ini adalah merupakan ujian

daripada Allah SWT. Sebagai umat Islam kita wajib beriman dengan

ketentuan qada dan qadar Allah SWT. Kita perlu meyakini bahawa segala

musibah yang menimpa pasti mempunyai hikmah kebaikanya. Dalam sebuah

hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah R.A

bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan,

kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang

melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus dosa kesalahan-

kesalahannya."

(Riwayat Al Imam Al-Bukhari)

Jesteru, mengakhiri khutbah ini, saya menyeru kepada saudara

saudari sekalian, agar kita sentiasa mempertingkatkan amalan di bulan

syawal dalam menghadapi wabak Covid-19. Marilah kita hadapi ujian ini

dengan penuh keimanan dan kesabaran, yakinlah setiap ujian yang

diberikan oleh Allah SWT pasti ada hikmahnya kerana semakin besar ujian

yang Allah SWT turunkan kepada kita, semakin besar pahala yang akan kita

perolehi. Marilah kita memanjatkan doa antaranya dengan membaca doa

Qunut Nazilah agar penularan wabak penyakit ini dapat dihapuskan.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan menghapuskan wabak Covid-

19 di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 107:

Page 10: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

10

ٱيهسسك وإن فل كشف ل لل ض ن ۥة وإ إل هو ضله لف ي فل راد ك ب ب ۦ يرد ي يص

ۦةه تاده و يشاء نو ع ١٠٧ لرحيم ٱ لغفور ٱوهو ۦ ن

Bermaksud : “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang

membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya

melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,

maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.

Allah SWT melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya

dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha

Mengasihani”.

ڻ ڻ ڻ ڦ ڑ ہفع ــو ،ئىلقرءا ب ائې ئە ٺبارك

ٹ ې ہبج بح بخ بمته ت لاو ڳ ٺوتقبنۀ

ۀ ۀ ڻ ول صائ ر ئې ئە ۉ ڃ ڄ

لتائ ب ينڀيا ولىصتغف ر يٱفىزفا ئحہ

Page 11: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

11

KHUTBAH KEDUA

ڃ ٺ ،ڃ ٺ ،ڃ ٺ ڃ ٺ ،ڃ ٺ ،ڃ ٺ

ٱگ ،ڃ ٺ

ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ ئې ئې ئې ئى ئى

ۇٴ ۋ ۋچ ٺ ڻ ڳٻ ٻ ڦ ى عبده وحىداپ ڦ و

ٿ ش د اں صن وشم يڈ

ئۇ وأصحاب ه آل ه ڇ ہ ہ ۇ ۆ فائح ٺ ڎ ۓڈ ئۆ ب تقىىچ أوص كي

pada hari yang penuh berkat ini, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita

kepada Allah SWT, mensyukuri Nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan

kepada kita. dalam suasana kita menyambut Aidilfitri ini, jaganlah lupa kita

memperbanyakan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Allah SWT

berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

ڃ چ چ چ چ ڃڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ

(65:الأحساب ) ڇڇ ڇ

Page 12: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

12

bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat (memberi

segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabinya (Muhammad), wahai

orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah Salam

sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

ٿ ش د اں صن وشم يڈ ٿ آه ش د اڇ

Marilah kita bermohon kepada Allah, semoga Allah meredhai khalifah-khalifah

Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A, Saidina Ummar Ibni Al-

khatab R.A, Saidina Othman Ibni Affan R.A dan Saidina Ali Ibni Abi Talib R.A,

dan juga sahabat-sahabat Baginda yang sama-sama berjuang menegakkan

Agama Allah yang Maha suci ini Radiyallahuanhum. Kepada bapa saudara

junjungan kita Saidina Hamzah dan Saidina 'Abbas Radiyallahuanhuma,

cucunda-cucunda Baginda Saidina Hasan dan Saidina Husain

Radiyallahuanhuma, puteri-puteri Baginda Saidatina Fatimah Azzahra dan

lain-lainnya Radiyallahuanhunna, isteri-isteri Baginda Saidatina Khadijah,

Saidatina Aisyah dan lain-lainnya Radiyallahuanhunna seterusnya kepada

sekalian keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat

Radiyallahuanhum dan yang menuruti mereka itu dari semasa kesemasa

hingga ke hari kiamat.

ۀ ڃ ئە ڈ

ٿ ھۀ ہ

Ya Allah, ampunkanlah sekalian kaum Muslimim dan Muslimat, mukminin dan

mukminat, samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah pelihara, lindungi, jauhi dan selamatkanlah apalah kiranya diri kami,

keluarga kami, zuriat keturunan kami dan umat Islam keseluruhanya daripada

apa jua mara bahaya, kesusahan, keburukan, bala dan bencana, wabak dan

penyakit terutama wabak Covid-19. Ya Allah kurniakan juga kemuliaan dan

kesejahteraan kepada mereka yang berjihad dan menafkahkan hartanya

kejalanmu seperti pembayar-pembayar zakat, pewakaf-pewakaf dan

Page 13: KHUTBAH AIDILFITRI NEGERI JOHOR TAHUN 1441H / 2020M4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya. 4 RUKUN KHUTBAH 1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-"للهٱ

13

seumpamanya. Ya Allah peliharakanlah akidah kami, yang berlandaskan

akidah Ahli Sunnah Waljamaah, aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Ya Allah, kurniakanlah Taufiq dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan

pertolongan kepada ketua-Ketua negara Islam dan raja-rajanya, khasnya

kepada:

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan yang Dipertuan bagi

Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

Kepada Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri

Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, dan Che Puan

Khaleeda Binti Bustamam, Putera-Putera dan Puterinya, Kerabat-Kerabat

Diraja dan rakyat sekalian.

ڈ

ڈ

پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ

ۈ ۇٴ ۋ ۋ ۅ ۅ ،ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ

،ۉ ۉ ې ې ې

ڃ چ چ

ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ چ چ ڇ ڇ

ڎ