khutbah martabatkan quran

8
 Khutbah Jumaat 27.2.14 ) Masjid At-Taqwa, Proton City ( Bahasa Arab bahasa orang-orang beriman  حل ا نيد و ىهل ب لس ر سر أ ذل ا  ل محل اه ش أ    !"# مل ا $"! ل و   ! نيل ا  %   & $"  ه '(  ل$  )& ا * م ح +  ,  (  س  أ هشأ و ل ا -. ل.- أ  ,  (  س %   & / رب و 0 س و   1 0 ه 2 ل ا لسر و%  ل. 3    456  ب 0  ه 7)8 ن + و ب ح 1 أ و  ل 9   %   & و  3 م ح + :::  7  ب   + أ; نيل ا < يSidang Jumaat yang dirahmati Allah, =>?@ ABC DEF>FG ?EHIED>J K EI>L> GM>NJO> ?EHN>PQ>F>R L>F>M R@LGI K>MGS KEH>J> N>KQ> @NG MEJT>L@K>J K>MG ?EH>RKRF>K MGF@> L>J ?EH@FMG O>JU MEM?EH@ R@L>O>R: BFVARE@KR WGN>Q>FF@ >FVAO>XH>Q@ ?EHK>N>Y Z>KQ> @>F>R K>MG MEJ[F>K KET>R>N>J NEN>I@ L>F>M M>D> O>JU D>M> K>MG MEJ>H@K \E?>@K>J: A>GL>H> MGDF@M@JS Z>PQ> @J@ N@L>K >K>J L>I>N L@]>I>@ MEF>@JK>J K@N> MEJ]>H@JO> L>F>M BFV^GH>J: \@N> ]>H@S K@N> ?>]>S _>R>MS >M>F L>J DE?>HK>J: `>H@ @J@S M>H@F>R K@N> ?EH  D>M>VD>M> ?EHIEU>JU NEUGR KEI>L> DGM?EH R@L>O>R K@N> O>JU GN>M>S IENGJTGK L>J IEJOGFGR KER@LGI>J K@N>S @>@NG >FV^GHX>J O>JU WGF@>S K>F>MGFa>R bK>N>VK>N> BFF>Rc O>JU L@Q>ROGK>J KEI>L> GNGD>J=O> O>JU NEH>KR@HS KR>N@MGF >J?@O>X Q> FV MGHD>F@JS WGR>MM>L D:>:Q : dNGF>R O>JU L@DE?GN [FER BFF>RY c 0 e  ff  لe ا g b c ن ff (hi  م ل  ى ff j (k ر - lfff  min off   لp د   ه  ب   ٱ ٲ q b r"h)  الBF@_S a>MS W@MS \@N>? >FV^GHX>J dNGS N@>L> KEH>UG>J I>L>JO>S DE?>U>@ DGM?EH R@L>O>R ?>U@ MEHEK > O>JU ?EHN>PQ>: s@HM>J BFF>R Z>X>F> F>U@Y t

Upload: taj-rijal

Post on 05-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Khutbah Jumaat

TRANSCRIPT

Khutbah Jumaat27.2.14 (Masjid At-Taqwa, Proton City)Bahasa Arab bahasa orang-orang beriman ...Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Nabi SAW selalu berpesan kepada umatnya bertaqwalah dalam hidup kamu, kerana takwa itu menjadikan kamu berahkhlak mulia dan berilmu yang memberi hidayah.

Al-Sheikh Mutawalli al-Syarawi berkata: Takwa ialah kamu menolak kejahatan tetapi dalam masa yang sama kamu menarik Kebaikan.

Saudara muslimin, Taqwa ini tidak akan dapat dicapai melainkan kita mencarinya dalam Al-Quran. Kita cari, kita baca, faham, amal dan sebarkan.

Hari ini, marilah kita bersama-sama berpegang teguh kepada sumber hidayah kita yang utama, petunjuk dan penyuluh kehidupan kita, iaitu al-Quran yang Mulia, kalamulLah (kata-kata Allah) yang diwahyukan kepada utusanNya yang terakhir, khatimul anbiya wa l-mursalin, Muhammad s.a.w.

Itulah yang disebut oleh Allah: () () Alif, Lam, Mim, Kitab al-Quran Itu, tiada keraguan padanya, sebagai sumber hidayah bagi mereka yang bertaqwa.

Firman Allah Taala lagi: () Sesiapa yang mengikuti hidayah petunjukKu nescaya mereka tidak akan merasa takut dan tidaklah mereka berdukacita.

Allah berfirman lagi: () Sesiapa yang mengikuti hidayahKu nescaya dia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara.

Sidang hadirin sekalian, dengan berpegang kepada al-Quran sebagai sumber hidayah, Allah akan hindarkan kita dari empat (4) perkara;

dari rasa takut menghadapi hari mendatang, dari rasa sedih dan dukacita terhadap apa yang telah berlaku, dari kesesatan dengan mentetapkan kita di jalan yang lurus dengan HidayahNya dan dari kesengsaraan, kesakitan dan memberi kita Shifa dan RahmatNya.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya kemulian dan kehebatan sesuatu generasi di sisi Allah adalah diukur menerusi sejauh mana mereka berpegang kepada al-Quran, memahaminya dan melaksanakan tuntutan-tuntutannya. Sebaliknya, umat Islam akan menjadi umat yang hina dan terburuk di sisi Allah jika mereka tidak mengambil al-Quran sebagai sumber hidayah dan berpaling dari ajaranya.

Marilah kita renungkan amaran daripada Allah bagi mereka yang meninggalkan Al-Quran sebagai panduan hidup. Firman Allah: ()Sesiapa yang berpaling dari peringatanku (al-Quran) nescaya baginya kehidupan yang sempit (di dunia) dan kami akan bangkitkannya pada hari kiamat kelak dalam keadaan buta

Lalu ia akan bertanya Tuhannya: ()Tuhanku, kenapa Engkau membangkitkan aku dalam keadaan buta, sedangkan aku di dunia dulunya celik?

Lantas Allah menempelak: () Begitulah balasannya, dulu telah datang kepadamu ayat-ayatKu tapi kamu telah melupakannya, maka pada hari ini kerana kamu melupakan ayat-ayat peringatanKu kamu juga dilupakan.

Demikianlah, saudara-saudaraku sekalian, membelakangi al-Quran seumpama buta hati, dan di akhirat kelak balasannya Allah akan butakan matanya dan melupakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Hidup kita tidak boleh melainkan dengan al-Quran! Cuma setakat mana kita berpegang teguh dengan al-Quran?

Al-Shekh Fathi Yakan rahimahulLah-, apa berpesan dalam buku kecilnya yang " (apa ertinya saya menganut islam) kata beliau:

Selaku seorang muslim saya mestilah meluangkan waktu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya, terutama pada waktu pagi, kerana Allah berfirman bahawa bacaan al-Quran di waktu pagi adalah disaksikan oleh para Malaikat (al-isra: 78) Saya mesti membacanya degan penuh tadabbur, berfikir, merenungi dengan khusyu, merintih dan menangis di hadapan kata-kata Allah Saya juga mesti akur dan melaksanakan segala apa yang diperintahkan al-Quran dan meninggalkan segala larangannya, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda tidaklah beriman dengan al-Quran sesiapa yang menghalalkan apa yang diharamkan Al-Quran (tarmidzi)

Firman Allah: () Mereka yang kami datangkan kepada mereka akan al-kitab (al-Quran) lalu mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah dikatakan orang-orang yang benar-benar beriman dengannya, sebaliknya barangsiapa yang menolaknya, merekalah orang-orang yang rugi.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Dahulu di kala Umat Islam cemerlang dan memerintah dunia dengan Takwa, ilmu dan amal. Kerana mereka menjunjung al-Quran sebagai penimbang akal pemikiran baik dan buru mereka. Mereka beriman pada fahaman al-Quran dan mereka beriman pada huruf-huruf dan bacaannya juga.

Namun kini, setelah Barat memerintah Dunia, mereka berjaya memisahkan kita antara fahaman dan bacaan. Kita hari ni banyak beramal pada bacaan, tetapi tidak pada fahaman. Itu kerana, jihad ilmu, jihad pemikiran dan budaya pengajian dan pembelajaran Al-Quran kita pisahkan jauh-jauh dari kehidupan kita. Al-Quran bukan lagi aliran pahaman tetapi sekadar bacaan-bacaan literal yang tidak kita fahami walaupun sepatah perkataan pun.

.

.{ } Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila Allah menurunkan Al-Quran sebagai sumber hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus, Allah telah memberi kemudahan kepada kita selaku hamba-hambaNYa untuk menggapai hidayah tersebut, dengan kata lain, Allah telah menjadikan kitab al-Quran itu mudah dipelajari

Orang yang mengatakan belajar bahasa Al-Quran adalah payah, itu kerana mereka ibercakap dari neraca Barat yang tidak mahu kita kembali kepada al-Quran. Tetapi kalau kita bercakap melalui neraca Allah, neraca al-Quran, nescaya kita akan berkata belajar al-Quran itu mudah.

Allah taalah sendiri telah menyebutkan sebanyak empat kali dalam surah al-Qamar dengan firmanNya: (): 17 22 32 40.Sesungguhnya kami telah memudahkan al-Quran untuk dipelajari, maka di manakah orang-orang yang ingin mempelajarinya?

Dan Alhamdulillah , kita dapat lihat hari ini pelbagai kaedah mudah mempelajari al-Quran diperkenalkan, bacaan mahupun hafazan. Ramai daripada kita yang dapat membaca al-Quran dengan baik iaitu dengan bahasa Arab yang fasih, sudah ramai para huffaz yang dada mereka diisi dengan al-Quran, tidak ada suatu buku pun yang dapat dihafaz dengan sedemikian tepat dan jitu selain al-Quran.

Begitu juga dalam memahami al-Quran, Al-Quran tidak akan hilang kerana itu janji Allah untuk menjaganya. Akan ada hamba-hambanya sentiasa beramal, memahami, mengkaji dan membacanya.

Itulah yang Allah Taal tegaskan, Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi Allah suruh kita perahkan otak untuk memikir dan memahami kehidupan ini berdasarkan panduan Al-Quran. ()Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (dan bertafaqquh pada maknanya)

Muslimin yang dirahmatilah

Saya mengambil sedikit peluang ini, untuk bersama-sama dengan Unit Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kita menawarkan kursus Bahasa Arab Qurani untuk Awam atau singkatannya (BAQA) sebagai suatu usaha dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap al-Quran, seterusnya menjadi suatu persediaan bagi umat Islam menghadapi bulan Ramadhan 1436H yang juga dikenali sebagai bulan al-Quran.

Saudara-saudara sekalian dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini, sesi taklimat dan pendaftaran kelas Bahasa Arab Qurani ini akan diadakan pada hari Ahad ini, 1 Mac 2015, jam 10.00 pagi di Fakulti Bahasa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim. Semoga kursus selama 3 bulan ini mampu meningkatkan kualiti interaksi kita bersama al-Quran sebagai tapak mula kita untuk hidup bersama menjadikan al-Quran sebagai fahaman dan aliran dalam pemikiran kita.

} . .

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, rahmatilah kami dengan Al-Quran; Jadikanlah Al-Quran itu sebagai pemimpin kami, jadikanlah Al-Quran sebagai petunjuk hidayah kami, penglipur lara dan penawar duka kami, peneman kami di alam barzakh dan pembela dan pemberi syafaat kepada kami di hadapan-Mu kelak, ya Arhama r-Rahimin. . . . . .

KHUTBAH JUMAATKEMBALI KEPADA AL-QURAN SEBAGAI SUMBER HIDAYAH UTAMASEMPENAPROGRAM BAHASA ARAB QURANI UNTUK AWAM (BAQA)ANJURAN UNIT BAHASA ARABJABATAN BAHASA MODENFAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1