khutbah pertama - jheains.sabah.gov.my

6

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

1.838 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my
Page 2: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my

1

KHUTBAH PERTAMA

محد لله الحقآئل :الح

ح إن نث وجعلنكم شعوبا وقبائل لعارفوان ذكر وأ ها ٱلناس إنا خلقنكم م ي

أ كرمكم عند ي

أ

عليم خبير ٱلله تقىكم إن ٱلله١٣ أ

ده لا شيحك ل وحح نح لآ إل إلا اللههد أ شح

ل ،أ دا عبحده ورسوح ن مم

هد أ شح

وسل مح عل ،وأ

اللهم صل د وعل ۦبه حح وص ۦل آسي دنا مم عيح جح

ا بعحد لمون آفي ،أم ها المسح يح اتقو ! أ ا وحصيحكمح وإيا ،الله

حمتقوحن ي أ فقدح فاز ال وى الله . بتقح

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita

meningkatkan ketaqwaan ke hadrat Allah S.W.T, dengan mentaati segala perintah-Nya dan

menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong sebagai hamba Allah S.W.T yang

terbaik, beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Islam menitikberatkan perpaduan di kalangan umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan

keturunan. Justeru itu, khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk “ISLAM MEMUPUK

PERPADUAN DAN KEHARMONIAN”.

HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Hak dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu hak Allah S.W.T dan hak manusia. Hak Allah S.W.T

merujuk kepada ikatan hubungan kepada Allah S.W.T oleh hamba-Nya melalui ibadat solat,

berpuasa, zakat dan sebagainya. Manakala hak manusia pula, ialah menanamkan sifat kebaikan

dengan cara menuntut hak yang telah diperuntukkan untuk dirinya demi meraih manfaat dan

menghindarkan sebarang kemudharatan, yakni berlaku adil sesama umat manusia dengan tidak

merampas hak orang lain. Justeru, kita diseru supaya berlaku adil dan berbuat baik bukan sahaja

di kalangan sesama saudara Islam tetapi juga terhadap penganut agama lain, sebagaimana firman

Allah S.W.T dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8:

ين ين لم يقتلوكم ف ٱل عن ٱل ح لا ينهىكم ٱلله وهم وتقسطوا ن تبركم أ ن دي ولم يرجوكم م

يب ٱلمقسطي ٨إلهم إن ٱلله

Page 3: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my

2

Bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-

orang yang tidak memerangi kamu kerana agama, dan tidak mengeluarkan kamu daripada

kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN,

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan perlindungan terhadap hak kebebasan asasi

sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 5 hingga 13 yang menyatakan tentang hak

kehidupan dan kebebasan diri, kesamarataan, kebebasan bersuara, hak pendidikan dan lain-lain

lagi. Malahan, semangat perpaduan di negara ini turut diperkasakan dalam Rukun Negara dengan

tujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat

Malaysia.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Islam amat menitikberatkan kepentingan ukhuwah (persaudaraan) dan perpaduan. Dalam hal ini,

sejarah perjuangan Rasulullah SAW harus dijadikan contoh melalui kisah penghijrahannya.

Baginda SAW telah mengambil pendekatan perpaduan dengan mempersaudarakan suku Aus dan

Khazraj yang telah lama bersengketa sekian lama. Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah al-

Hujurat, ayat 13:

ح إن نث وجعلنكم شعوبا وقبائل لعارفوان ذكر وأ ها ٱلناس إنا خلقنكم م ي

أ كرمكم عند ي

أ

عليم خبير ٱلله تقىكم إن ٱلله١٣ أ

Bermaksud: “Wahai manusia, kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, berbangsa bangsa dan

etnik supaya kamu saling kenal-mengenali (dan beramah mesra antara satu dengan lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah S.W.T, adalah orang yang lebih bertaqwa dari

kalangan kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)”.

Rasulullah SAW juga telah menggubal Piagam Madinah yang berpaksikan Rahmatan Lil ’Alamin

(rahmat seluruh alam) yang mengutamakan penyatuan ummah di kalangan penduduk Madinah.

Piagam ini menggesa penduduk Madinah untuk saling hidup Bersatu padu dan bertolongan antara

satu sama lain sebagaimana Fasal 2 Piagam Madinah yang menyatakan:

"Inilah piagam bertulis dari Muhammad antara orang-orang mukmin dan muslimin kalangan Quraisy

dan ahli Yathrib (Madinah) serta orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri dan

berjuang bersama-sama mereka".

Page 4: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my

3

Malah, piagam ini juga memperuntukkan kebebasan dalam mengamalkan agama masing-masing

tanpa gangguan serta paksaan dalam hal keagamaan sepertimana yang dinyatakan Fasal 25

Piagam Madinah:

“Bahawa orang-orang Yahudi Bani Auf adalah satu umat dengan orang-orang mukmin. Bagi

penganut Yahudi mengamalkan agama mereka dan bagi penganut Islam beramal dengan agama

mereka.”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN,

Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Pengisytiharan Kaherah telah

menggariskan hak-hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap insan manusia sejak lahir.

Pengisytiharan Kaherah telah dijadikan panduan bagi memupuk budaya hak asasi manusia dalam

konteks Islam, khususnya Artikel 1 memperuntukkan:

“Kesemua manusia adalah samarata dari segi martabat asasi kemanusiaan dan kewajipan-

kewajipan serta tanggungjawab-tanggungjawab asas, tanpa sebarang diskriminasi atas dasar

bangsa, warna kulit, bahasa, jantina, kepercayaan agama, afiliasi politik, status sosial ataupun

sebab-sebab yang lain.”

Malah, dokumen ini juga mengukuhkan lagi kebebasan sejagat yang sudahpun diperuntukkan

dalam undang-undang negara. Antaranya, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang melarang

diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras (etnik), keturunan, tempat

lahir atau jantina.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN,

Kesimpulannya, segenap lapisan masyarakat perlu mematuhi undang-undang negara serta

memainkan peranan mereka dalam memelihara ukhuwah sesama manusia dengan mengamalkan

prinsip tolong-menolong dan bertolak ansur sepertimana iktibar dari kisah Rasulullah SAW dalam

menyatukan umat manusia.

آن العظ ف ا بارك الله لح ولكمح ر الكيحم وتقبل لقرحكح يحم ونفعن وإياكمح بما فيحه من الآيات وال

ميحع العليحم اقول قوحل هذا و ومنحكمح تلاوته إنه هو الس من العظيحم لح ولكمح ولسائر أ تغحفر الله سح

و والمؤحمنات المحسلمحي والمؤحمنيح لمات وات المسح محوالأ منحهمح ياء حح

الحغفور الأ هو إنه تغحفروحه فاسح

.الرحيم

Page 5: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my

4

يکس خطبة کدوات

د مح الح مد سي دنا ع والسلام والصلاة ، الحعالمي رب لل م النب ن م آل وع ، احلأ

حابه صحمح ومنح الطاهرين وأ سان تبعه م إل بإحح يحن يوح .الد

هد شحده الل إل إل ل انح أ يحك ل وحح هد ، ل ش شح

ن وأ

مدا سي دنا أ ه م ل عبحد وح .ورس

ماوا ، الل عباد فيا ،بعحد أ وا ت قاته حق الل اتق لم ن واعح

مح الل أ مرك

ر أ مح

مح ، عظيم بأ مرك

أ

ليحم بالصلاة :تعال الل فقال ، الحکريحم نبي ه ع والتسح

ح ح عليه وسل موا ح صلوا ين ءامنوا ها ٱل يأ ي ئكتهۥ يصلون عل ٱلنب ومل تسليما إن ٱلله

م مد سي دنا ع صل الله مد سي دنا آل وع م إبحراهيم، آل وع إبحراهيم ع صليحت کما ،م يحد. يحد م انك ح ف الحعالميح

رب يا آمي آمي ،العالميح

م عي والحقرابة الصحابة بقية وعنح الراشدين الح لفآء عن ارحض الله جحسان وتابعيهمح أ بإحح

م ل إ ين يوح .الد

م نحزل الله ة أ كة الرحح حب حة والسکينة والسلامة وال نح الدائمة والص

ل وأ م ع بعنايتك تشح

الرئيس فخامة عحعل .ڠتراوتام يڠدڤرتوا نݢري سابهيتوان الأ م واجح ة هذه الله لح وسائر الح

لمي بلاد سح حم مئنة آمنة ال طح م ، رحيم رء وف إنك ، م فرح الله لمي اغح سح لمات للحم سح حم والمني ؤح حم منات وال ؤح حم ياء وال حح

مح الأ وات منحه مح

.والأ

Page 6: KHUTBAH PERTAMA - jheains.sabah.gov.my

5

م لاء عنا ادحفع الله حوباء الح شاء وال نحکر والحفحح حم حمحن وال ،بطن وما منحها ظهر ما، والحفت والنا منح ان ومنح ، خاصة هذا بل ب لح لميح سح حم ء ك ع إنك ، عمة ال م . قديحر شح إنا الله

وذ حبص من بك نع ء ومنح ، والح ذام ، والح ن ون ، ال قام س سحرححم يا ، الأ

أ .الراحيح

Ya Allah S.W.T! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta

lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19.

Ya Allah S.W.T! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan oleh

pihak berkuasa bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam

komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan.

Ya Allah S.W.T, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah

mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan

yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah S.W.T tempat Kami mengadu

dan memohon pertolongan.

خرة حسنة وقنا عذاب النار. نحيا حسنة وف الأ ربنا آتنا ف الد

، عباد الل

وٱلحسن وإيتاي ذي لل ٱ إن بٱلعدل مر يأ وٱلغ وٱلمنكر ٱلفحشاء عن وينه ٱلقرب

رون يعظكم لعلكم تذك

وا ر مح الحعظيحم الل فاذحک رحك ک وه ،يذح ر ک مح يزدح نعمه ع واشح ل وه ،ك أ له منح واسح مح فضح عحطك ي

ر کح ب الل ول كحنع ون ما يعحلم والل ، أ .تصح

**** Disediakan dan diedar oleh:

Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS 88737 KOTA KINABALU. Tel: 088-522142

Pihak JHEAINS berusaha untuk mempertingkat kualiti khutbah Jumaat yang diterbitkan.

Maklum balas dari pihak tuan/ puan amat dihargai. Sila semak QR code ini. Sekian, terima

kasih.