program khidmat bantu di rumah (home help)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... ·...

41
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 1 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH KANDUNGAN 1. Ringkasan Inovasi 2. Latar Belakang 3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan 4. Objektif/Tujuan Inisiatif 5. Penerangan Mengikut Kriteria AIPM 5.1 Kreativiti 5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Adaptasi) 5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspektasi 5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa 5.2 Keberkesanan 5.2.1 Hasil Yang Ketara 5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar 5.2.3 Penciptaan Nilai 5.2.4 Kelestarian 5.2.5 Pelaksanaan Dalam Garis Masa Yang Singkat 5.3 Relevan 5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional 5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di Peringkat Tempatan/Global 5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

1 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

KANDUNGAN

1. Ringkasan Inovasi

2. Latar Belakang

3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

4. Objektif/Tujuan Inisiatif

5. Penerangan Mengikut Kriteria AIPM

5.1 Kreativiti

5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Adaptasi)

5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspektasi

5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa

5.2 Keberkesanan

5.2.1 Hasil Yang Ketara

5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar

5.2.3 Penciptaan Nilai

5.2.4 Kelestarian

5.2.5 Pelaksanaan Dalam Garis Masa Yang Singkat

5.3 Relevan

5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional

5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di

Peringkat Tempatan/Global

5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik

Page 2: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

2 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.4 Signifikan

5.4.1 Keberhasilan Yang Memenuhi Objektif Inisiatif

5.4.2 Penjimatan Kos/Sumber (Value For Money)

5.4.3 Kepentingan Yang Nyata

6. Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperoleh

6.1 Tersenarai Sebagai Inisiatif NBOS

6.2 Diiktiraf Sebagai Program Inovasi Sosial Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

6.3 Program Teras Dalam Kembara Kebajikan 1Malaysia Family

Care

6.4 Menerima Kepercayaan Untuk Menjadi Rakan Strategik

7. Lampiran

Page 3: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

3 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

RINGKASAN INOVASI

Page 4: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

1. RINGKASAN INOVASI

Inisiatif untuk melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah

(Home Help Services) ini adalah hasil daripada penyertaan Malaysia

dalam ROK-ASEAN (Republic of Korea-ASEAN) Summit Conference

(10 +1) yang diadakan di Manila pada bulan November 1999. Lanjutan

daripada itu, pada 22-25 Mei 2012 JKM dengan kerjasama Persatuan

Kebajikan Usiamas Malaysia (USIAMAS) menganjurkan ROK ASEAN

Conference on Home Care for Older Person di Avillion Legacy Hotel,

Melaka. Persidangan yang diadakan ini merupakan platform serantau

untuk membincangkan tentang pelaksanaan program penjagaan warga

emas di rumah dan usaha-usaha yang dijalankan bagi meluaskan lagi

penyertaan sukarelawan dalam kerja-kerja kesukarelaan.

Secara umumnya, Program Khidmat Bantu di Rumah ini menyediakan

perkhidmatan sokongan sosial di rumah kepada warga emas yang

tinggal bersendirian atau dengan keluarga melalui aktiviti lawatan

mingguan oleh sukarelawan. Sukarelawan yang dikenali sebagai

Petugas Home Help ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan

sokongan sosial kepada klien seperti menyediakan perkhidmatan

pembersihan diri, rakan berbual, mengemas serta membersihkan

tempat tinggal, membasuh pakaian dan aktiviti yang bersesuaian.

Setiap Petugas Home Help yang terlibat akan diberi insentif sebanyak

RM100.00 hingga RM200.00 setiap sebulan untuk perkhidmatan kepada

dua (2) hingga empat (4) orang klien. Setiap seorang klien yang

menerima perkhidmatan akan menerima sumbangan saguhati sebanyak

RM40.00 sebulan dalam bentuk barangan keperluan harian yang akan

Page 5: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

5 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

diberikan kepada Petugas Home Help sebanyak RM10.00 setiap kali

lawatan.

Dengan mengambil kira impak yang tinggi kepada kumpulan sasar JKM

daripada program ini iaitu warga emas, JKM mula melaksanakan

Program Khidmat Bantu di Rumah dengan beberapa inovasi baru

antaranya:

i. Memperluaskan kumpulan sasar kepada Orang Kurang

Upaya (OKU) Terlantar dan Berkeperluan Khas;

ii. Mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Khidmat

Bantu di Rumah yang seragam meliputi tugas dan

tanggungjawab sukarelawan dan pelaksana;

iii. Meletakkan Program Khidmat Bantu di Rumah sebagai Key

Performance Indicator (KPI) YB Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2013 dan

2014;

iv. Melaksanakan inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS)

-1Malaysia Family Care dengan menjalinkan kerjasama

strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia,

Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat;

dan

v. Mempromosikan Program Khidmat Bantu di Rumah melalui

Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care di

seluruh Malaysia.

Page 6: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

6 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

1.1 Memperluaskan Kumpulan Sasar Kepada Orang Kurang

Upaya (OKU) Terlantar dan Berkeperluan Khas

Perluasan perkhidmatan kepada OKU merupakan alternatif

kepada penempatan ke institusi kebajikan dengan hasrat untuk

mengurangkan kebergantungan kepada program penginstitusian

OKU dan sebagai langkah penjimatan kos. Selain daripada itu,

OKU dapat meneruskan kehidupan dalam komuniti setempat dan

menggalakkan proses pengintegrasian serta mewujudkan

masyarakat penyayang (caring society).

1.2 Mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Khidmat

Bantu di Rumah Yang Seragam

Bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan program ini,

JKM telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program

Khidmat Bantu di Rumah sebagai dokumen rujukan kepada

penyedia perkhidmatan yang terlibat seperti Pertubuhan Sukarela

Kebajikan (PSK), Sukarelawan dan Pegawai JKM. Antara

kandungan utama garis panduan ini merangkumi aspek

mekanisme pelaksanaan, pengurusan program, peranan dan

tanggungjawab serta rekod dan pelaporan.

1.3 Meletakkan Program Khidmat Bantu di Rumah Sebagai Key

Performance Indicator (KPI) YB Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pada tahun 2013 dan 2014, Program Khidmat Bantu di Rumah

telah ditetapkan sebagai KPI YB Menteri Pembangunan Wanita,

Page 7: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

7 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Keluarga dan Masyarakat yang mensasarkan sebanyak 1,500

klien baru. Sehingga Disember 2014, JKM telah berjaya mencapai

sejumlah 2,227 klien baru meliputi 1,580 orang warga emas dan

647 OKU iaitu pencapaian sebanyak 148 peratus. Pencapaian

yang melebihi sasaran ini membuktikan program ini telah diterima

baik oleh masyarakat dan menjadikan ia sebagai program teras

dalam sektor komuniti.

1.4 Melaksanakan Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) -

1Malaysia Family Care

Program Khidmat Bantu di Rumah merupakan salah satu program

di bawah inisiatif NBOS7-1Malaysia Family Care yang merupakan

program berteraskan perkhidmatan sokongan sosial dan kesihatan

secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya

kerajaan, swasta, NGO’s dan lain-lain dalam konteks multi agensi

bagi mengoptimumkan manfaat kepada kumpulan sasar yang

memerlukan terutama warga emas dan OKU.

Jaringan kerjasama ini digariskan dalam cadangan NBOS iaitu

setiap agensi atau pihak yang terlibat perlu mengadakan program

atau perkhidmatan secara kerjasama strategik yang memberi

manfaat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang

dilaksanakan adalah mengadakan lawatan ke rumah klien untuk

membuat pemeriksaan kesihatan kepada warga emas dan OKU

Terlantar dan Berkeperluan Khas di rumah oleh kakitangan

daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 8: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

8 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa bersama warga emas yang menerima perkhidmatan Program Khidmat Bantu di Rumah.

1.5 Mempromosikan Program Khidmat Bantu di Rumah Melalui

Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care di

Seluruh Malaysia

Mesyuarat Majlis Sosial Bilangan 1/2014 pada 6 Februari 2014

yang di pengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah

memutuskan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care

diangkat sebagai program peringkat nasional. Penumpuan utama

program ini adalah penyampaian perkhidmatan di bawah Program

Khidmat Bantu di Rumah oleh sukarelawan kepada kumpulan

sasar yang memerlukan di semua kawasan Parlimen.

Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care telah

dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April

2014 di Pagoh, Johor dan diteruskan ke 14 buah negeri lain.

Penganjuran Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care ini

Page 9: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

9 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

merupakan salah satu usaha JKM untuk mempromosikan NBOS

7-1Malaysia Family Care serta meningkatkan kesedaran

masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu mereka

lunaskan untuk golongan yang memerlukan bantuan.

Sepanjang pelaksanaan program ini, sebanyak 200 buah rumah

telah dilawati merangkumi 131 buah rumah warga emas dan 69

OKU. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 619 orang

sukarelawan baru telah berdaftar dengan JKM.

Antara pengisian utama yang dijalankan selain daripada Program

Khidmat Bantu di Rumah ialah Mini Karnival dan Jejak PR1SMA

(Psikologi Rakyat 1Malaysia).

Page 10: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

10 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

LATAR BELAKANG

Page 11: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

11 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

2. LATAR BELAKANG

Program ini merupakan tindakan proaktif kerajaan selaras dengan Dasar

dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2010 sebagai persediaan

awal Malaysia bagi mencapai status ‘Negara Tua’ menjelang tahun

2030. Mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

sesebuah negara akan mencapai status “Negara Tua’ apabila jumlah

populasi warga emas mencapai 15 peratus (15%) daripada jumlah

penduduk.

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh

USIAMAS pada tahun 2012, warga emas sangat menghargai dan

mengharapkan sukarelawan membuat lawatan ke rumah. Warga emas

juga menyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh sukarelawan

adalah memberi kelegaan dan kegembiraaan kepada warga emas yang

tinggal berseorangan, lemah dan daif. Sukarelawan sangat

bersemangat untuk melaksanakan program ini dan mempunyai empati

yang mendalam terhadap warga emas, mampu menyediakan

perkhidmatan yang berkualiti, memberikan kepuasan psikologi dan

kekuatan kerohanian kepada kumpulan sasar.

Sejak program ini dilaksanakan, seramai 1,841 orang Petugas Home

Help telah terlibat. Seramai 6,318 orang klien telah mendapat manfaat

daripada program ini yang meliputi 5,218 orang warga emas dan 1,190

OKU.

Page 12: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

12 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

KUMPULAN SASAR

DAN

SKOP LIPUTAN

Page 13: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

13 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

3. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN

Program Khidmat Bantu di Rumah menyediakan perkhidmatan bantuan

dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU Terlantar dan

Berkeperluan Khas yang sesuai dan memerlukan perkhidmatan ini.

3.1 Warga Emas

Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas

seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly

on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara

ASEAN. Warga emas yang layak mendapatkan perkhidmatan ini

adalah warga emas yang tinggal berseorangan atau bersama

keluarga tetapi memerlukan perkhimatan sokongan sosial, lemah

dan daif.

3.2 Orang Kurang Upaya (OKU)

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU ditakrifkan

sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang

fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi

dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan

berkesan mereka dalam masyarakat.

Page 14: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

14 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

3.3 Sukarelawan

Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan

kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan

rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa

makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan

sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan

“sukarelawati” bagi perempuan.

Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan

sebagai melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan apa-apa

pulangan kepada diri sendiri. Seseorang sukarelawan mempunyai

ciri-ciri seperti berikut:

i. Tanpa Paksaan

ii. Rela Hati

iii. Tanpa mengharapkan ganjaran material

iv. Ikhlas

Page 15: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

15 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

3.4 Skop Liputan Perkhidmatan

Antara skop liputan perkhidmatan yang disediakan menerusi

program ini adalah seperti jadual berikut:

KLUSTER PERKHIDMATAN

Menyediakan makanan dan

minuman

Membeli keperluan harian

Pembersihan diri Membasuh pakaian

Menjadi rakan berbual Menyediakan khidmat

fisioterapi

Aktiviti riadah Menawarkan khidmat

kaunseling

Mengemas rumah Membantu pembayaran bil

Menemani ke tempat ibadah Membantu ke hospital / klinik

Membantu mengeluarkan

wang di bank

Bantuan lain yang

bersesuaian

Page 16: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

16 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Petugas Home Help

Memotong kuku Memasak

Menjadi rakan berbual Memandi dan membersih diri

Page 17: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

17 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

OBJEKTIF/TUJUAN INISIATIF

Page 18: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

18 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

4. OBJEKTIF / TUJUAN INISIATIF

Program Khidmat Bantu di Rumah dilaksanakan adalah untuk mencapai

objektif seperti berikut:

i. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas

dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan

lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka

disisihkan;

ii. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada keluarga

yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus

mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli

keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU;

iii. Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu

warga emas dan OKU atau keluarga yang menjaga warga

emas dan OKU selaras dengan konsep masyarakat

penyayang; dan

iv. Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di

kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana

kekeluargaan dan masyarakat.

Page 19: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

19 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

PENERANGAN MENGIKUT

KRITERIA AIPM

Page 20: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

20 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5. PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM

5.1. Kreativiti

5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Diadaptasi)

Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan ini

merupakan satu adaptasi inovasi sosial dalam meningkatkan

kesejahteraan hidup golongan warga emas dan OKU yang

vulnerable dan marginalise. Ia merupakan satu pendekatan baru

kerajaan yang paling efektif dan relevan dalam mendekati dan

menghayati denyut nadi rakyat memandangkan program ini

menawarkan perkhidmatan sokongan sosial kepada kumpulan

sasar yang sangat memerlukan.

Program ini adalah berbentuk Pendampingan Sosial (social

outreach) yang mana sukarelawan dipadankan dengan klien

mengikut latar belakang sosial seperti agama, etnik, bahasa dan

budaya. Pendekatan ini digunapakai untuk memastikan

perkongsian nilai (shared value) antara sukarelawan dan klien

dapat diwujudkan.

5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspetasi

Program ini juga merupakan satu idea kreatif kerajaan dalam

usaha menggerakkan semangat kesukarelaan di kalangan

komuniti serta menjadi ikhtiar yang paling berkesan untuk

menyemarakkan budaya penyayang di kalangan masyarakat

selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Menerusi pendekatan

Page 21: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

21 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

ini, ianya dapat mengurangkan kemasukan warga emas dan OKU

ke institusi-institusi kebajikan kerajaan, swasta dan NGO sekaligus

menyokong usaha JKM dalam menjayakan program

Deinstitutionalisation (DI).

5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa

Program ini membantu kerajaan dalam menyediakan

perkhidmatan yang lebih efisien tanpa perlu melantik kakitangan

secara tetap. Peranan ini dapat dipertanggungjawabkan kepada

sukarelawan, keluarga dan komuniti setempat.

Program ini juga dapat meringankan beban keluarga untuk

memberi penjagaan kepada warga emas dan OKU dengan

memberi sokongan sosial secara berterusan kepada kumpulan

sasar dan ahli keluarga yang terlibat.

Selain daripada itu, program ini turut menyediakan kemudahan

kepada keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan

sosial kepada warga emas dan OKU di kawasan setempat

berbanding dengan menghantar ke institusi kebajikan yang

terletak di luar kawasan mereka tinggal.

Page 22: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

22 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.2 Keberkesanan

5.2.1 Hasil Yang Ketara

Berdasarkan kepada jumlah klien yang menerima perkhidmatan ini

dalam tempoh mulai tahun 2012 sehingga tahun 2014, terdapat

peningkatan ketara klien yang berminat menerima program ini.

Perbandingan ini dapat dilihat seperti jadual berikut:

Statistik perbandingan kemasukan ke Institusi dengan jumlah klien

yang menerima perkhidmatan Program Khidmat Bantu di Rumah

pada tahun 2013 dan 2014 adalah sepertimana jadual di bawah:

BIL. PERKHIDMATAN 2013 2014 JUMLAH

1. Rumah Seri Kenangan 182 128 310

2. Rumah Ehsan 74 69 143

3. Taman Sinar Harapan 54 49 103

4. Home Help Warga Emas 1506 1580 3086

5. Home Help OKU 230 647 877

5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar

Hasil daripada soal selidik bagi mengukur tahap kepuasan

kumpulan sasar yang dilaksanakan oleh JKM pada Januari 2015

menunjukkan 82 peratus (82%) daripada 150 responden berpuas

hati dengan Program Khidmat Bantu di Rumah dan

mencadangkan agar program ini diteruskan. Keputusan soal

selidik adalah seperti jadual di bawah:

Page 23: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

23 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

BIL. SOALAN BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS

DAPATAN

1. Layanan oleh sukarelawan

adalah mesra

(Ya/Tidak)

150 Ya 88%

Tidak 12%

2. Saya gembira menerima

kunjungan sukarelawan

(Ya/Tidak)

150 Ya 100 %

Tidak 0%

3. Adakah program ini

membantu saya

(Ya/Tidak)

150 Ya 100%

Tidak 0%

4. Perlukah program ini

diteruskan

(Ya/Tidak)

150 Ya 100%

Tidak 0%

5. Perlukah ditambah

kekerapan lawatan

sukarelawan

(Ya/Tidak)

150 Ya 22%

Tidak 78%

Purata Skor Kepuasan 150 82%

* Borang soal selidik kepuasan klien terhadap Program Khidmat

Bantu di Rumah adalah seperti di Lampiran 1.

Page 24: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

24 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.2.3 Penciptaan Nilai

Program Khidmat Bantu di Rumah juga merupakan usaha tanpa

henti kerajaan untuk menerapkan semangat kesukarelaan bagi

melahirkan masyarakat penyayang (Caring Society) selaras

dengan matlamat Wawasan 2020.

Program ini juga berjaya membina jati diri positif serta menerapkan

nilai-nilai murni di kalangan Petugas Home Help yang memberi

perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran.

Di samping itu, program ini turut membantu meningkatkan

kesedaran masyarakat, syarikat swasta dan sektor sukarelawan

mengenai keperluan dan kepentingan penjagaan yang sempurna

dan intensif kepada kumpulan sasar.

5.2.4 Kelestarian

Selain daripada itu, inovasi sosial yang diperkenalkan ini juga

berupaya mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang akrab dan

kukuh agar warga emas dan OKU mendapat penghormatan dan

penjagaan yang sempurna.

Program ini mampu memperkukuh tanggungjawab institusi

keluarga dalam penjagaan warga emas dan OKU yang merupakan

sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Dalam pada itu,

program ini turut berperanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan

dan kesihatan warga emas dan OKU dalam komuniti dengan

Page 25: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

25 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

menyediakan keperluan fizikal, emosi dan sokongan sosial dalam

aktiviti harian mereka.

Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan ini telah

memberi impak yang besar kepada kumpulan sasar yang

memerlukan. Sehingga Januari 2015, sejumlah 6,318 orang klien

telah mendapat perkhidmatan ini. Daripada jumlah tersebut,

seramai 5,128 orang warga emas dan 1,190 OKU telah menerima

perkhidmatan ini dengan melibatkan sejumlah 1,841 orang

sukarelawan.

TAHUN 2013 2014 2015

(SASARAN)

SUKARELAWAN

1,266 1,841 2,001

KLIEN

4,091 6,318 6,958

Page 26: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

26 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Perkhidmatan ini telah berjaya merentasi dan bertapak di 200

buah kawasan Parlimen di Malaysia dan mendapat maklum balas

positif stake holder. Pada tahun 2015, pihak jabatan meletakkan

sasaran agar perkhidmatan program ini dapat diluaskan ke 22

buah kawasan Parlimen lain yang masih belum melaksanakannya.

Di samping itu, program ini juga dilaksanakan secara kerjasama

strategik dengan melibatkan lima buah Pertubuhan Sukarela

Kebajikan (PSK) serta menjalinkan usahasama secara kolaboratif

dan NBOS dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

5.2.5 Pelaksanaan Dalam Masa Yang Singkat

Tindakan progresif yang telah diambil membolehkan program ini

dilaksanakan dengan cepat di seluruh Malaysia. Sukarelawan

yang dilantik sebagai Petugas Home Help akan diberi latihan

intensif selama 3 hari yang mana modul latihan merangkumi aspek

pengurusan warga emas dan OKU serta kemahiran asas

kaunseling. Dalam tempoh satu (1) minggu selepas mendapat

latihan, Petugas Home Help akan dipadankan dengan klien yang

bersesuaian dan berdekatan dengan tempat tinggal Petugas bagi

memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan.

Klien dikenalpasti oleh Pegawai JKM yang membuat lawatan ke

rumah serta menjalankan temubual ringkas berkaitan dengan

penilaian keperluan klien dan seterusnya akan memadankan

dengan Petugas Home Help. Proses ini mengambil masa selama

satu (1) minggu. Ini jelas menunjukan bahawa pelaksanaan

program ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat.

Page 27: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

27 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.3 Relevan

5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional

Program ini sangat relevan kerana ia mampu memenuhi

hasrat dan aspirasi rakyat selaras dengan slogan “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dalam masa yang

sama, program ini selari dengan Program Transformasi

Kerajaan kerana menggunakan pendekatan secara synergy

multi sectoral melalui pendekatan NBOS. Malah ia sangat

relevan dengan persekitaran sosial masyarakat sekarang

yang tidak lagi menitik beratkan soal kerjasama dan tolong

menolong dalam komuniti setempat.

Justeru itu, dengan pelaksanaan program ini ia secara tidak

langsung dapat membina kapasiti bangsa, membentuk jati

diri yang terpuji dan dihormati serta meneroka generasi

muda yang perkasa dengan budaya membantu, prihatin dan

ikhlas membela masyarakat yang memerlukan.

5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di

Peringkat Tempatan/Global

Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan oleh

oleh JKM dengan kerjasama strategik Pertubuhan Sukarela

Kebajikan adalah sangat bertepatan dengan tuntutan

semasa memandangkan keperluan warga emas dan OKU

terhadap perkhidmatan sokongan sosial sangat mendesak.

Di saat Malaysia dan negara lain memberikan fokus utama

Page 28: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

28 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

kepada pembangunan fizikal dan kemajuan ekonomi,

segmen kesejahteraan dan kemakmuran sosial tidak boleh

sama sekali diketepikan.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program ini dilihat

mampu memenuhi agenda nasional negara untuk

memastikan golongan minoriti yang menjadi kumpulan sasar

program ini mendapat pembelaan dan perhatian yang

sewajarnya. Usaha yang dilakukan menerusi program ini

adalah bertepatan dengan objektif jabatan untuk

meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui

perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang

profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik

Dalam usaha untuk memastikan Program Khidmat Bantu di

Rumah dapat dilaksanakan dengan lancar, pihak JKM telah

menjalinkan kolaborasi strategik dengan lima (5) buah

Pertubuhan Sukarela Kebajikan. Pertubuhan Sukarela

Kebajikan yang terlibat dalam melaksanakan program ini

ialah:

i. Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia

ii. Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia

iii. Persatuan Gerontologi Malaysia

iv. Bulan Sabit Merah Malaysia

v. Pusat Sukarelawan Sabah

Page 29: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

29 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Selain daripada itu, JKM turut menjalinkan kerjasama rapat

dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak

sebagai rakan NBOS di bawah inisiatif NBOS7-1Malaysia

Family Care. Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama

membantu menyediakan petugas bagi menyalurkan

perkhidmatan kesihatan ke rumah-rumah klien Program

Khidmat Bantu di Rumah.

5.4 Signifikan

5.4.1 Keberhasilan Yang Memenuhi Objektif Inisiatif

Impak daripada pelaksanaan Program Khidmat Bantu di

Rumah telah berjaya memenuhi objektif inisiatif program ini.

Rentetan daripada pelaksanaan program ini sejak tahun

2012, telah mencapai objektif memberi bantuan dan

sokongan sosial kepada warga emas dan OKU menjalani

kehidupan seharian dengan lebih selesa dan tidak merasai

diri mereka disisih. Malahan ia bukan sahaja dapat

membantu klien tetapi ia turut meringankan bebanan ahli

keluarga masing-masing.

Program ini juga telah berupaya menarik minat komuniti

untuk terlibat dengan kerja-kerja sukarela dan

menggerakkan peranan mereka dalam usaha membantu

klien menjalani kehidupan seharian. Selain daripada itu,

program ini juga memberi ruang kepada klien untuk terus

tinggal bersama keluarga dan komuniti setempat tanpa perlu

mendapat penjagaan di institusi JKM.

Page 30: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

30 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.4.2 Penjimatan Kos/Sumber (Value For Money)

Dengan pelaksanaan program Khidmat Bantu di Rumah,

JKM dapat menjimatkan peruntukan kerajaan sebanyak

79.47 peratus (79.47 %) sebulan bagi setiap klien OKU

berbanding dengan kos yang perlu ditanggung sekiranya

OKU tersebut di tempatkan di Taman Sinar Harapan.

Kerajaan juga dapat menjimatkan kos sebanyak 74.71

peratus (74.71%) bagi setiap klien warga emas jika

dibandingkan dengan kos penjagaan di Rumah Seri

Kenangan. Perbandingan kos adalah seperti di bawah:

Perbandingan Kos Penjagaan Warga Emas dan OKU di

Institusi dengan Program Khidmat Bantu di Rumah yang

meliputi kos belanja mengurus sebulan adalah seperti

berikut:

BIL KUMPULAN

SASAR

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH

PERKHIDMATAN INSTITUSI

1. OKU Terlantar

dan

Berkeperluan

Khas

RM390.00 Taman Sinar Harapan:

RM1,900.00

Rumah Ehsan:

RM1,542.00

2. Warga Emas

RM390.00 Rumah Seri Kenangan:

RM1542.00

* Butiran terperinci adalah seperti di Lampiran 2A dan 2B.

Page 31: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

31 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

5.4.3 Kepentingan Yang Nyata

Usaha berterusan kerajaan melalui program ini dalam

menggalakkan penyertaan rakyat menerusi kegiatan

kesukarelaan adalah sangat signifikan untuk melahirkan

masyarakat yang berbudaya penyayang. Program ini juga

telah memberi kesan kepada penjimatan kos berbanding

dengan penjagaan di institusi kebajikan, tanpa perlu

membina institusi penjagaan tambahan.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada

pemimpin tempatan yang memohon untuk menambah

bilangan klien yang mendapat perkhidmatan sokongan sosial

di kawasan masing-masing. Ini adalah berdasarkan kepada

kenyataan akhbar oleh pemimpin setempat serta surat

permohonan daripada Ahli Yang Berhormat (YB) seperti

lampiran di bawah.

Berita Harian

Page 32: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

32 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Page 33: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

33 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Page 34: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

34 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Page 35: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

35 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Page 36: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

36 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Permohonan Penambahan Sukarelawan Daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor Untuk

Melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah di Parlimen Kuala Selangor.

Page 37: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

37 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

YANG DIPEROLEHI

Page 38: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

38 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

6. PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEH

Program Khidmat Bantu di Rumah telah berjaya mencapai beberapa

pengiktirafan semenjak ia diperkenalkan. Antara pencapaian dan

pengiktirafan yang diperoleh ialah seperti mana penjelasan di bawah.

6.1 Tersenarai Sebagai Inisiatif NBOS

Pengiktirafan yang paling utama yang dicapai ialah apabila

Program Khidmat Bantu di Rumah dipilih oleh pihak kerajaan

sebagai salah satu inisiatif NBOS. Kejayaan program ini disenarai

sebagai salah satu inisiatif di bawah NBOS7-1Malaysia Family

Care membuktikan keyakinan dan kepercayaan kerajaan kepada

perkhidmatan program ini kerana ia menjadi pemangkin kepada

kelestarian agenda sosial negara.

6.2 Diiktiraf Sebagai Program Inovasi Sosial Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pengiktirafan lain yang diperoleh oleh program ini ialah apabila

diangkat sebagai Program Inovasi Sosial KPWKM. Pengiktirafan

ini diberi oleh pihak KPWKM kerana program ini bukan sahaja

telah berjaya menjadi medium terbaik kepada pihak kerajaan

untuk mendekati dan membantu rakyat, tetapi ia turut menjadi

antara program perkhidmatan sosial yang paling hadapan dalam

sejarah penubuhan KPWKM. Impak program ini kepada kumpulan

sasar dan Petugas Home Help sangat dirasai dan ia sangat

siginifikan dengan usaha KPWKM untuk memenuhi ruang dan

tuntutan spiritual rakyat yang sangat memerlukan.

Page 39: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

39 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

Program Khidmat Bantu di Rumah berjaya memberi faedah yang

besar kepada kumpulan sasar jabatan khususnya kepada warga

emas, OKU dan ahli keluarga mereka. Perkhidmatan sokongan

sosial yang ditawarkan kepada mereka bukan sahaja telah

menyentuh hati rakyat malah turut menjadi pengajaran berguna

kepada ahli komuniti setempat akan kepentingan menjaga dan

mengambil berat masyarakat yang memerlukan.

Program ini juga turut menjadi platform terbaik kepada pimpinan

masyarakat untuk mendekati rakyat secara lebih dekat tanpa perlu

melalui halangan birokrasi yang menyukarkan rakyat bertemu

dengan mereka. Malah sejak program ini diperkenalkan, ia mula

menarik minat stake holder khususnya pimpinan negara untuk

menambah bilangan klien di kawasan Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri yang mereka bertanggungjawab.

6.3 Program Teras Dalam Kembara Kebajikan 1Malaysia Family

Care

Program ini juga diiktiraf sebagai program teras dalam Program

Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care yang telah diangkat

sebagai program peringkat nasional oleh YAB Timbalan Perdana

Menteri. Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care telah

dirasmikan pelancarannya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

pada 5 April 2014 dan perasmian penutup oleh YB Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 29 April

2014 di Parlimen Batang Lupar. Program Kembara Kebajikan

Page 40: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

40 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

1Malaysia Family Care merupakan langkah berterusan kerajaan

untuk menyemarakkan budaya kesukarelaan di kalangan rakyat.

6.4 Menerima Kepercayaan Untuk Menjadi Rakan Strategik

Dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan pelaksanaan

program ini, pihak JKM sedang berusaha untuk merintis kerjasama

dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan

Budi Penyayang bagi melaksanakan Program Khidmat Bantu di

Rumah dengan melibatkan sukarelawan di kalangan pelajar

Institut Pengajian Tinggi (IPT) di 24 buah universiti. Usaha ini

diharap akan dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan muda dan

lebih penting dari itu ia secara tidak langsung dapat menanam

semangat tolong menolong dan bantu membantu di kalangan

masyarakat selaras dengan keperluan mewujudkan masyarakat

penyayang.

Page 41: PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program... · PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH 1. RINGKASAN

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)

41 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH

LAMPIRAN