khas

19
Salam sejahtera dan 1 Malaysia. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya. . Kes yang saya pernah hadapi ialah murid yang hyperaktif. Semasa saya mengajar dalam kelas, murid ini tidak boleh duduk diam di tempatnya, malah dia berjalan di dalam kelas lalu mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas. Dia suka membuat kerja sendiri seperti bermain pensel dan pemadam, berjalan ke tempat rakan lalu mengacau dan lari di dalam kelas dan sebagainya. Murid ini tidak suka bertulis. Apabila dia disuruh menulis, tangannya agak lemah di mana dia pegang pensel dan caranya adalah salah. Murid ini kurang berminat dalam mata pelajaran membaca, menulis dan mengira. Tetapi, jika cikgu mengemukakan soalan kepada dia, dia dapat menjawab soalan cikgu. Dia sangat suka melukis. Gambar yang paling suka dilukis ialah kereta. Dia melukis kereta sambil menyebut apakah kehebatan kereta. Selain itu, murid ini tidak dapat menjaga kebersihan kendiri. Ibunya meneman dia ke sekolah pada setiap hari. Selepas waktu PJ, ibunya akan menukarkan bajunya. Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message | Read Re : forum 1 24 Mar 2012 11:03:41 PM Posted By : Law Chew Fan 22 Mar 2012 02:46:03 PM Reply To : Rohayawati Binti Ishak Attachment : No File Attach Ya. Saya juga ada pengalaman yang sama. Kanak-kanak autism memang luar biasa kerana saya tidak dapat berkomunikasi dengannya. Beberapa tahun yang lepas, seorang pelajar dimasukkan ke kelas saya. Pelajar itu suka bercakap dengan sendiri dan tidak berhenti-henti melukis. Dia melukis apa-

Upload: wan-zulkifly-yaacob

Post on 20-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

khas

TRANSCRIPT

Page 1: Khas

Salam sejahtera dan 1 Malaysia. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya.  . Kes yang saya pernah hadapi ialah murid yang hyperaktif. Semasa saya mengajar dalam kelas, murid ini tidak boleh duduk diam di tempatnya, malah dia berjalan di dalam kelas lalu mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas. Dia suka membuat kerja sendiri seperti bermain pensel dan pemadam, berjalan ke tempat rakan lalu mengacau dan lari di dalam kelas dan sebagainya. Murid ini tidak suka bertulis. Apabila dia disuruh menulis, tangannya agak lemah di mana dia pegang pensel dan caranya adalah salah. Murid ini kurang berminat dalam mata pelajaran membaca, menulis dan mengira. Tetapi, jika cikgu mengemukakan soalan kepada dia, dia dapat menjawab soalan cikgu. Dia sangat suka melukis. Gambar yang paling suka dilukis ialah kereta. Dia melukis kereta sambil menyebut apakah kehebatan kereta. Selain itu, murid ini tidak dapat menjaga kebersihan kendiri. Ibunya meneman dia ke sekolah pada setiap hari. Selepas waktu PJ, ibunya akan menukarkan bajunya.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Read Re : forum 124 Mar 2012 11:03:41 PM

Posted By     : Law Chew Fan22 Mar 2012 02:46:03 PM

Reply To       : Rohayawati Binti IshakAttachment  : No File Attach

Ya. Saya juga ada pengalaman yang sama. Kanak-kanak autism memang luar biasa kerana saya tidak dapat berkomunikasi dengannya. Beberapa tahun yang lepas, seorang pelajar dimasukkan ke kelas saya. Pelajar itu suka bercakap dengan sendiri dan tidak berhenti-henti melukis. Dia melukis apa-apa sahaja yang dia suka dan bermain dengan sendiri. Setelah pemerhatian dibuat, saya dapati dia suka melukis reka bentuk. Suatu hari, semasa saya sedang mengajar Matematik dan menjelaskan cara-cara penyelesaian di papan hijau, budak itu memasukkan kasut putihnya ke dalam mulut secara tiba-tiba. Anak-anak murid saya menjerit dengan kuat untuk menghentikanya tetapi gagal. Saya juga terkejut akan perbuatannya lalu mendapatkan kasut putih yang digigitnya dan membuangkannya keluar kelas dengan serta-merta. Selepas itu, saya menghantar budak itu ke pejabat lalu menghubungi ibunya agar datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Penolong Kanan 2.

Ini disebabkan saya kekurangan pengalaman dalam kes ini, saya takut budak itu berlaku sebarang kemalangan akibat memasukkan kasut putihnya ke dalam mulut.  Saya terpaksa membuangkan kasutnya secepat yang mungkin.

  | Reply to This Message | Print Message |

Page 2: Khas

Read Re : forum 125 Mar 2012 07:57:03 PM

Posted By     : Teow Tien Shir22 Mar 2012 02:46:03 PM

Reply To       : Rohayawati Binti IshakAttachment  : No File Attach

Saya juga pernah menemui kanak-kanak begini di dalam kelas saya. Pelajar tersebut dimasukkan ke kelas saya pada tahun tiga. Pelajar ini tidak dapat menumpukan perhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya diberitahu oleh guru kelas sebelum itu bahawa pelajar ini banyak menimbulkan masalah sepanjang tahun dua. Dia telah mengguntingkan baju sekolah pelajar yang duduk di sebelah dia. Pada suatu hari, pelajar ini ingin memukul cikgu bahasa melayu kelas saya kerana cikgu itu ingin menghukum dia akibat kerap kali tidak membuat pembetulan ejaan. Anak murid kelas saya terus memberitahu saya di pejabat guru. Nasib baik saya berjaya menenangkan perasaan pelajar tersebut. Selepas kejadian ini, saya telah berjumpa dengan ibu pelajar tersebut. Ibu tersebut baru beritahu saya bahawa pelajar ini telah didiagnos bahawa dia seorang kanak-kanak hyperaktif dan sepatut mengambil ubat setiap hari. Masalahnya, ibu tersebut tidak ingin membenarkan anaknya mengambil ubat kerana dia takut bahawa perubatan ini akan menjelaskan kesihatan atau kepintaran anaknya. Saya terus melaporkan kes ini kepada guru besar dan beliau berpendapat bahawa kami tidak berkuasa mencampur hal sedemikian. Saya terpaksa merujuk kes ini kepada guru kaunseling dan saya telah memberi perhatian yang selebih-lebihnya kepada pelajar ini agar dia tidak menimbulkan sebarang masalah lagi. Saya berasa amat bersyukur kerana dengan kasih sayang dan lebih prihatin, pelajar ini berjaya dikawal dan dia berjaya mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam UPSR tahun lepas. Saya berterima kasih kepada pelajar ini kerana dia telah memberi peluang kepada saya untuk banyak mempelajari dan lebih berekspos kepada masalah golongan kanak-kanak ini.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Re : forum 1 04 Apr 2012 10:55:32

Page 3: Khas

PM

Posted By     : Normiliana Bt Ali25 Mar 2012 07:57:03 PM

Reply To       : Teow Tien ShirAttachment  : No File Attach

Pada pendapat saya, kemungkinan besar murid ini bukan seorang yang lemah tetapi dia adalah seorang yang genius. Murid ini mungkin mempunyai kelebihan seperti Adi Putra dan mampu mempelajari subjek diluar usianya. Jika ibu bapa murid ini daat mengesan kecerdasan yang ada pada murid ini, masa depan dia akan cerah.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : forum 106 Apr 2012 01:19:38 AM

Posted By     : Roneyta Binti Mak Noh22 Mar 2012 02:46:03 PM

Reply To       : Rohayawati Binti IshakAttachment  : No File Attach

 Sebenarnya kanak-kanak yang hiperaktif adalah salah satu daripada kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention Defict-Hyperactivity Disorder (ADHD). Kehadiran kanak-kanak ADHD di dalam keluarga sentiasa menimbulkan kekecohan dan memeningkan kepala ibu bapa dan pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : forum 1 24 Apr 2012 04:03:00 PMPosted By     : Hariharan Nayar A/L Prabhakaran 22 Mar 2012 02:46:03 PMReply To       :

Rohayawati Binti Ishak

Attachment  : No File Attach

Ciri-ciri Khusus

Kebolehan yang luar biasa. Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi. pergaulan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas. Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Kemukakan soalan yang bertalu-talu. Suka bergaul dengan orang yang lebih tua. Suka mencari helah.

Page 4: Khas

  | Reply to This Message | Print Message |

Forum 2Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas. Oleh itu, strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Program pendidikan inklusif merupakan  mengintergrasikan pelajar berkeupayaan khas dalam kelas biasa dan belajar dalam keadaan yang normal seperti murid yang lain.  Pada pendapat saya kita boleh mengekalkan murid keperluan khas secara sepenuh atau secara separuh masa dalam kelas biasa. Sejurus itu, guru-guru  harus memahami kebolehan murid khas sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi memudahkan dalam menyediakan atau melaksanakanmaktiviti yang sesuai dengan mereka.pendidikan inklusif ini juga boleh dijalankan kerana dapat mewujudkan situasi kanak-kanak normal yang lain terima mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat dan tidak dipinggirkan. Seterusnya kanak-kanak khas juga dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal. Murid-murid khas juga dapat peluang untuk meningkatkan konsep kendiri iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diterima standing dengan yang lain. Akhirnya pendidikan inklusif juga dapat mengelakan diskriminasi dalam pendidikan dan semua kemudahan yang disediakan  terima oleh semua kanak-kanak.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Read Re : FORUM B04 Apr 2012 01:27:39 PM

Posted By     : Rohayawati Binti Ishak03 Apr 2012 03:32:05 PM

Reply To       : Srikohkelawhani A/P MarkandanAttachment  : No File Attach

Pada pandangan saya, murid-murid istimewa ini tidak sesuai ditempatkan bersama kanak-kanak perdana. Gabungan murid perdana dan istimewa akan mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi  sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sekiranya mereka bergabung secara penuh, dikhuatiri murid berkeperluan khas tidak dapat mengadaptasi kehidupan mereka yang serba kekurangan ini. Kita juga harus memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh guru dan murid-murid perdana itu sendiri.

Dari sudut positif, jika mereka bergabung dengan kanak-kanak normal, ianya akan meluaskan perhubungan sesama rakan dan menjalani suasana persekolahan yang normal. Murid-murid ini akan beruntung jika mereka serasi dengan suasana ini. Apa akan terjadi sekiranya mereka tidak serasi?

Page 5: Khas

Oleh itu, saya berpendapat sewajarnya murid-murid berkeperluan khas ini berada di dalam kumpulan mereka sendiri bersama-sama guru yang dilatih khas dalam bidang ini.Sekiranya ingin juga dicampurkan bersama murid-murid normal, pihah Kementerian Pendidikan perlu memastikan agar guru-guru yang disediakan mencukupi, layak dan mampu menghadapi pelbagai peringkat kecerdasan murid-murid istimewa dan perdana ini.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Re : FORUM B04 Apr 2012 05:34:54 PM

Posted By     : Leong Yee Yen04 Apr 2012 01:27:39 PM

Reply To       : Rohayawati Binti IshakAttachment  : No File Attach

Saya setuju pandangan cikgu, Kementerian Pendidikan harus melatih lebih banyak guru yang dapat menguasai kemahiran khas untuk mengajar murid keperluan khas. Ini disebabkan mereka baru tahu teknik mengajar dan cara berhubung dengan murid itu. Jika murid khas itu belajar dengan murid perdana, guru tersebut akan menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kurikulum.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : FORUM B04 Apr 2012 09:14:39 PM

Posted By     : Lim Say Ling03 Apr 2012 03:32:05 PM

Reply To       : Srikohkelawhani A/P MarkandanAttachment  : No File Attach

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu.

Semua murid patut diberikan pendidikan dan layanan yang sama rata.

Page 6: Khas

Sebagai guru kita perlu yakin dengan kemampuan anak murid kita sendiri untuk membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka di kelas pendidikan normal ini.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Re : FORUM B11 Apr 2012 08:42:54 AM

Posted By     : Normiliana Bt Ali04 Apr 2012 09:14:39 PM

Reply To       : Lim Say LingAttachment  : No File Attach

Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu. Setiap murid mempunyai potensi masing-masing. Guru yng mengajar tahu di mana tahap pencapaian setiap murid sama ada murid khas atau biasa. Sekiranya semua murid hendak disamaratakan, kenapakah rata-rata sekolah mengamalkan konsep streaming class?? Sekiranya nak diletakkan murid pendidikan khas ke lkelas biasa, cuba letakkan ke kelas yang paling pandai.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : FORUM B20 Apr 2012 06:22:01 AM

Posted By     : Goon Mei Yuen03 Apr 2012 03:32:05 PM

Reply To       : Srikohkelawhani A/P MarkandanAttachment  : No File Attach

Ya, saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Pendidikan Inklusif memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar dalam kelas normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Mereka berpeluang untuk menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dan seterusnya dapat mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan. Kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya. 

Page 7: Khas

  | Reply to This Message | Print Message |

Forum3Salam 1 Malaysia. Pada pendapat saya, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kesediaan ibu bapa untuk mengandung adalah sangat penting. Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi. Bagi mencegah kelahiran bayi cacat, ibu hendaklah berjumpa dengan doktor berdasarkan kekerapan yang telah ditetapkan. Ibu mengandung juga perlu menjalankan ujian saringan sifilis, ultrabunyi, hepatitis, HIV dan memeriksa tahap perkembangan dan tumbesaran bayi. Selain itu, gaya hidup boleh memberikan kesan kepada ibu yang mengandung. Ibu yang mengamalkan tidak bermakanan seimbang atau menghadapi gangguan makan akan menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu yang merokok pula dikaitkan dengan kadar keguguran yang tinggi dan minuman alkohol boleh merencatkan perkembangan bayi. Untuk mengelakkan kesan buruk terhadap bayi, ibu yang hamil harus makan makanan yang seimbang agar dapat lahirkan bayi yang sihat. Ibu juga harus mengurangkan pengambilan alkohol terutama semasa sel otak bayi sedang terbentuk. Selepas kelahiran, ibu bapa haruslah memberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan anak mereka.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum 322 Apr 2012 12:12:25 PM

Posted By     : Yong Soak Han20 Apr 2012 07:26:15 AM

Reply To       : Goon Mei YuenAttachment  : No File Attach

Salam sejahtera. Saya setuju dengan pendapat guru.Untuk mencegah kecacatan ,ibu yang hamil harus mengambil langkah yang disuruh oleh doktor iaitu berjumpa doktor pada masa yang ditetapkan  agar doktor memeriksaan tahap perkembangan tumbesaran bayi.Selain itu,tabiat yang buruk seperti merokok,minum minuman yang beralkohol atau menghisap dadah akan merencatkan akal dan otak bayi.Mengamalkan makanan yang seimbang dan tabiat yang baik akan membawa kesan yang baik dalam proses pertumbuhan bayi. 

Page 8: Khas

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum 322 Apr 2012 08:00:40 PM

Posted By     : Khoo Chai Yee20 Apr 2012 07:26:15 AM

Reply To       : Goon Mei YuenAttachment  : No File Attach

ya, saya setuju dengan kata cikgu bahawa setiap ibu mengandung harus berjumpa dengan doktor berdasarkan kekerapan yang telah ditetapkan. ini kerana pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh doktor seperti ujian saringan sifilis, ultrabunyi, ekokardiogram, amniosentesis, pengambilan CVS dapat mengensan kecacatan bayi semasa di rahim supaya dapat mengambil tindakan yang wajar seawal mungkin.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum 322 Apr 2012 11:29:36 PM

Posted By     : Ananthy A/P Arumugam20 Apr 2012 07:26:15 AM

Reply To       : Goon Mei YuenAttachment  : No File Attach

Salam perpaduan. Saya merasakan bahawa ibu hamil perlu menjaga pemakanan dan kesihatan semasa hamil. Ibu hamil perlu memakan makanan yang berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Ibu perlu menyayangi anak yang berada di rahim dengan berjumpa dengan pakar perubatan dari masa ke semasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan bayi di dalam rahim. Untuk pengetahuan bukan sahaja semasa hamil, malahan semasa bersalin juga boleh menyebabkan masalah berlaku sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya berjumpa dengan pakar semasa bersalin agar anak dapat dilahirkan dengan selamat. Langkah yang berterusan iaitu berjumpa dengan doktor semasa anak memerlukan rawatan dan pantauan yang berterusan sehinggalah ia meningkat dewasa.

  | Reply to This Message | Print Message |

Page 9: Khas

Read Re : Forum 322 Apr 2012 11:45:57 PM

Posted By     : Norliza Binti Md Nuri20 Apr 2012 07:26:15 AM

Reply To       : Goon Mei YuenAttachment  : No File Attach

Terdapat pelbagai faktor yang mampu menyumbang kepada berlakunya kecacatan anak-anak. Antaranya ia mungkin berpunca daripada ibu yang mengandung. Oleh yang demikian, semua individu perlu berhati-hati dan mengambil berat akan tahap kesihatan masing-masing sama ada sebelum melahirkan, semasa melahirkan atau selepas kelahiran bayi. Individu yang tidak menjaga kesihatan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat berisiko tinggi untuk mendapat anak-anak yang mengalami kecacatan. Justeru itu, bakal-bakal ibu perlu sedar akan punca dan faktor ini serta mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kecacatan kepada anak-anak.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum 324 Apr 2012 03:13:57 PM

Posted By     : Chia Ean Looi20 Apr 2012 07:26:15 AM

Reply To       : Goon Mei YuenAttachment  : No File Attach

Salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu, kebanyakan punca-punca kecacatan kanak-kanak berlaku kerana kelalaian ibu. Ibu mengandung yang kurang peka terhadap risiko-risiko menyebabkan terjadinya kecacatan pada bayi. Contohnya, ibu yang merokok dan mengambil minuman keras mempunyai potensi untuk mendapat anak yang hiperaktif. Selain itu, ibu mengandung juga perlu elakkan daripada melahirkan anak pada usia yang tinggi, ibu mengandung dinasihat mendapatkan suntikan seperti rubela untuk mengelakkan jangkitan virus semasa hamil. Seterusnya, ibu yang hamil juga perlu

Page 10: Khas

elakkan diri penggunaan forsep atau ubat penahan sakit supaya tidak mengganggu perkembangan kandungan. Selain itu, orang ramai juga perlu elak daripada perkahwinan antara pasangan yang mempunyai perhubungan talian darah yang dekat. Ini akan mempengaruhi gen atau baka yang menjadi kecacatan pada bayi.

      Secara kesimpulannya, ibu mengandung haruslah peka terhadap informasi tentang punca-punca kecacatan dan langkah pencegahan. Ibu mengandung juga digalakkan mengambil  makanan seimbang , mengambil vitamin yang disyorkan oleh doktor seperti asid folik untuk kesihatan diri sebelum dan semasa mengandung serta membuat lawatan ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan.

  | Reply to This Message | Print Message |

Forum4  Memang tidak dapat dinafikan bahawa,pendidikan khas merupakan program khas yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas yang mengalami pelbagai kecacatan. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.

      Sebagai Guru pendidikan khas haruslah menyediakan rancangan pendidikan individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Selain daripada itu, guru khas juga boleh mengubah strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuian dengan kurikulum.  Aktiviti ataupun program pendidikan khas bukan sahaja boleh dijalankan di dalam kelas, tetapi guru juga boleh membawa kanak-kanak ke kawasan luar agar mereka dapat terdedah pada masyarakat luar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang patutlah bersesuian dengan aras mereka. Masa bagi aktiviti juga tidak patut terlalu lama kerana tahap tumpuan perhatian mereka adalah

Page 11: Khas

rendah. Pengubahsuai ini adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya supaya potensi diri mereka dapat dikembangkan agar dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum D24 Apr 2012 09:26:00 PM

Posted By     : Yasmin Bt Yasin24 Apr 2012 03:23:33 PM

Reply To       : Chia Ean LooiAttachment  : No File Attach

Salam Sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Sebagai guru pendidikan khas, program pendidikan yang tersusun amat diperlukan bagi proses pembelajaran murid-murid khas. Kaedah dan aktiviti pembelajaran mestilah bersesuaian dan tidak terlalu extrem agar murid-murid khas ini dapat mengikuti dan mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih baik dan sesuai mengikut kemampuan murid-murid ini. Pengubasuaian perlu ada dalam proses pembelajaran supaya murid-murid khas ini dapat dibentuk dan dididik dengan cara yang efektif dan berkesan.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum D24 Apr 2012 09:31:49 PM

Posted By     : Siti Saripah Binti Awang24 Apr 2012 03:23:33 PM

Reply To       : Chia Ean LooiAttachment  : No File Attach

Selamat sejahtera

Page 12: Khas

Guru pendidikan khas mestilah sentiasa membuat perubahan dari segi corak pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan murid. Ini adalah bertujuan bagi menarik minat mereka untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru mestilah sentiasa memastikan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid sahaja digunakan bagi mengelakkannya berasa kecewa dan tidak memberi perhatian di dalam kelas. Guru pendidikan khas juga harus berfikir secara kreatif, inovatif dan imaginatif supaya dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian. Guru harus tahu bagaimana cara untuk mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat menganggap rumah kedua mereka.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid-murid berkeperluan khas kebiasaannya sukar untuk menerima arahan yang kompleks. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Salah satu cara bagi menarik minat murid untuk belajar ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami masalah dalam memahami arahan-arahan am di dalam kelas semasa pembelajaran. Ini adalah kerana tahap keupayaan kognitif mereka adalah lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Oleh itu, semasa guru hendak memberi latihan hendaklah diubahsuai kepada aras bawah dan mudah difahami oleh kanak-kanak bermasalah ini. Ini kerana tahap pembelajaran mereka adalah berbeza dan pelbagai latihan ini dapat membantu mereka mencapai kebolehan mereka.

Kesimpulannya, kita sebagai pendidik haruslah sentiasa peka dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan khas, malah perlu menambahbaikkan lagi kualiti pendidikan untuk golongan khas ini.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum D25 Apr 2012 01:27:50 AM

Posted By     : Khoo Chai Yee24 Apr 2012 03:23:33 PM

Reply To       : Chia Ean LooiAttachment  : No File Attach

betul, cikgu. guru boleh membawa kanak-kanak ke kawasan luar untuk menjalankan aktiviti ataupun program pendidikan khas. ini dapat menggalakkan mereka terdedah pada masyarakat luar. selain itu, Kemahiran Hidup juga merupakan salah satu mata pelajaran yang sesuai dipelajari oleh murid pendidikan khas kerana ia dapat membantu mereka mengaplikasi apa yang dipelajari di dalam kehidupan mereka sehari-hari pada suatu hari

Page 13: Khas

nanti. tetapi kemungkinan kerja-kerja yang ditentukan dalam isi kandungan mungkin agak sukar dicapai oleh murid-murid tersebut maka guru harus mengubah suainya supaya mereka dapat selesaikan tugasannya,  dan membelajari menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas mungkin juga perlu ditambah panjang kerana mereka tidak dapat selesai dengan kepantasan murid-murid normal.

  | Reply to This Message | Print Message |

Read Re : Forum D26 Apr 2012 09:12:47 AM

Posted By     : Lim Kim Heu24 Apr 2012 03:23:33 PM

Reply To       : Chia Ean LooiAttachment  : No File Attach

Salam Sejahtera.

Saya berpendapat guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa untuk beraktiviti, matapelajaran yang diajar dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Semua ini perlulah bersesuaian dengan keadaan dan jenis kecacatan atau kekurangan mereka. Ini adalah kerana secara umumnya kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.

Apa yang paling penting ialah pendidikan yang diberi tidak menghalang mereka untuk berkembang dari segi mental dan fizikal.

Penyediaan rancangan pendidikan dibuat secara individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas perlu menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini membolehkan guru merancang apakah yang hendak dicapai oleh murid-murid khas dalam satu-satu jangka masa yang ditentukan agar bersesuaian dengan mengambil kira potensi dan kekurangan kanak-kanak khas.

Contohnya di dalam kelas pendidikan khas terdapat murid A yang bermasalah mental yang selalu mengasingkan diri dan pemalu, manakala murid B yang bermasalah emosi dan tingkah laku. Murid A boleh diberikan aktiviti mencarik-carikkan kertas, manakala murid B boleh diminta melekatkan kertas tersebut di

Page 14: Khas

kertas lukisan. Ini bagi mewujudkan interaksi sosial dan mengawal tingkah laku sesama mereka disamping memperkembangkan potensi yang ada.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |