keutuhan wacana

10
KEUTUHAN WACANA 1. Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu merupakan sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. 2. Kita boleh menilai keutuhan sesebuah wacana dengan melihat penanda wacana, mengenal pasti ayat-ayat yang berfungsi dan mengesan serta menginterpretasi organisasi penulisan. 3. Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu : - terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami) ; - wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). 4. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

Upload: ryn-shani

Post on 01-Jul-2015

433 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEUTUHAN WACANA

KEUTUHAN WACANA

1. Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan

menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks

itu merupakan sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.

Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat memahami hubungan bahasa

dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.

2. Kita boleh menilai keutuhan sesebuah wacana dengan melihat penanda wacana,

mengenal pasti ayat-ayat yang berfungsi dan mengesan serta menginterpretasi

organisasi penulisan.

3. Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau

teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang

menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan

kumpulan ayat yang tidak teratur.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu :

- terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan

wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami) ;

- wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur

linguistik dengan unsur linguistik yang lain).

4. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek

semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

Page 2: KEUTUHAN WACANA

1.0 Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik.

1.1 Hubungan wacana daripada aspek semantik bermaksud hubungan daripada

aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini

dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu

wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.

Hubungan Semantik :

Hubungan sebab dan akibat

Contoh = Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung

sampai mati.

Hubungan sebab dan hasil

Contoh = Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan STPM.

Hubungan latar dan kesimpulan

Contoh =Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga

yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus

tanaman.

Hubungan syarat dan hasil,

Contoh = Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara.

Hubungan perbandingan

Contoh = Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah.

Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan

Contoh = Bencana Tsunami sungguh dahsyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan

ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda.

Page 3: KEUTUHAN WACANA

1.2 Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-

unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian, intonasi, dan

nada suara.

CONTOH :

Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandungi ketaksamaan makna,

bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.

- Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini

membawa maksud “kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”.

- Akan tetapi, sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan

perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud “bapa Ali telah meninggal dunia”.

1.3Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat

nada yang meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi

ayat tanya Ali menulis surat?

1.4Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan nada yang

lembut, maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada yang

keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan

tidak boleh ditentang.

1.5Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dikaitkan dengan situasi

wacana. Dalam hal ini, pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan

membantu seseorang memahami sesuatu wacana.

1.6Pemahaman tentang sesuatu wacana juga dibantu oleh unsur-unsur

paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Unsur-unsur paralinguistik merujuk

kepada alat-alat lain yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan

wacana. Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca seperti

koma, noktah, koma bertitik, noktah bertindih, tanda petik, dan sebagainya.

Page 4: KEUTUHAN WACANA

1.7Dalam lisan, keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan tangan akan

menghasilkan wacana yang utuh daripada segi semantik kerana penggunaan

unsur-unsur paralinguistik ini membantu seseorang memahami ujaran tersebut.

2.0Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal

2.1 Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan

dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai

dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk

memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya ialah

- Mengulang kata yang sama :

CONTOH :

“Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang

gemar termenung”.

- Menggunakan sinonim :

CONTOH :

“Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh

membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”.

- Menggunakan antonim :

CONTOH :

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

- Menggunakan hiponim :

CONTOH :

“Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah

keli, haruan, tilapia dan puyu”.

Page 5: KEUTUHAN WACANA

- Menggunakan kolokasi

CONTOH :

“Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan

habitat semula jadi”.

- Memanfaatkan unsur bersambut

CONTOH :

“Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.

3.0Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal.

3.1 Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang

berkaitan dengan tatabahasa.

3.2Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah

penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.

3.2.1 Penanda Rujukan.

1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama

diri tunjuk.

2. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana.

3. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri

orang:

- Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam

contoh ini ialah mereka, :

“Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu

suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan

sumbangan dalam pembangunan negara”.

Page 6: KEUTUHAN WACANA

4. Beikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama

tunjuk :

- Kata ganti nama tunjuk yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh

ini ialah ini :

“Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun

yang lalu”.

3.2.2 Penanda Penggantian.

1. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan

unsur lain.

2. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal), kata kerja

(verbal), dan klausa.

Contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:

• “Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”.

Contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal :

• “Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. Perbuatan seperti itu

menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.

3.2.3 Elipsis.

1. Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut dalam

ayat sebelumnya.

2. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui

maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.

3. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi

tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya :

REMAJA A: Sekarang kamu belajar di mana?

REMAJA B: Institut Bukit Mertajam. (Sepatutnya, “Sekarang saya belajar di

Institut Bukit Mertajam”)

REMAJA A: Sejak bila? (Sepatutnya, “Sejak bila kamu belajar di situ?”)

REMAJA B: Tiga bulan lalu. (Sepatutnya, “Saya belajar di situ sejak tiga bulan

yang lalu”)

Page 7: KEUTUHAN WACANA

3.2.4 Penanda Penghubung.

1. Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan

frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

2. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung

menjalin semua yang dinyatakan itu :

a) Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan.

Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa Melayu ialah

drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan

alasan untuk memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia.

b) Sebagai contoh, dalam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-kata

atau ungkapan-ungkapan seperti :

“cubateral”, “you ni teruk la”, “I punya motor buat trouble”, “break no eat”, “What la you

ni”, dan sebagainya.

3. Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan

bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonton rancangan

hiburan seperti ini.

Page 8: KEUTUHAN WACANA

4.0 MAKLUMAT

1. Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada

maklumat lama dan maklumat baharu.

2. Untuk mengetahui hal ini, perhatikan contoh ini :

• ”Saya membela seekor kucing. Kucing itu sangat comel”.

• Dalam wacana itu, frasa kucing itu dalam ayat kedua merupakan maklumat

lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat baharu.

• Dalam sesuatu wacana, setiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang

belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

• Oleh hal yang demikian, ayat yang berupa tautologi, iaitu mengulang idea

yang terkandung dalam ayat yang sebelumnya, tidak harus wujud dalam

sesuatu wacana seperti ini :

a) ”Pesakit AIDS itu telah meninggal dunia. Pesakit AIDS itu telah

menghembuskan nafas terakhir”. Ayat kedua merupakan tautologi bagi ayat

pertama dan oleh itu, contoh tersebut bukanlah suatu wacana.

3. Sesuatu wacana juga tidak seharusnya mempunyai maklumat yang

bertentangan seperti ayat ini :

• ”Pelajar itu amat berdisiplin. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi peraturan

sekolah”.

• Kedua-dua ayat ini tidak dianggap sebagai wacana kerana maklumat yang terkandung

dalam ayat kedua bertentangan dengan maklumat dalam ayat pertama.

4. Selain itu, maklumat yang terkandung dalam wacana mesti bersifat logik, iaitu

dapat diterima akal.

5. Sekiranya maklumat dalam sesuatu wacana tidak logik, maka ayat-ayat itu tidak

menghasilkan sesuatu wacana yang mantap.

Page 9: KEUTUHAN WACANA

6. Contoh yang berikut ini tidak memprlihatkan wacana yang logik :

• ”Negara kitas menghadapi masalah kekurangan tenaga. Oleh itu, kerajaan

terpaksa membenarkan pekerja asing yang merugikan”.

• Dalam hal ini, penggunaan perkataan merugikan adalah tidak logik dan dengan

demikian, kedua-dua ayat tersebut tidak menghasilkan wacana yang mantap.

• Wacana itu dapat dibaiki dengan menukar perkataan merugikan kepada klausa

yang mendatangkan pelbagai kesan ekonomi dan sosial.

7. Contoh ini juga tidak memperlihatkan wacana yang logik :

• ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin Indonesia pulang

ke negara mereka tetapi bencana Tsunami telah berlaku”.

• Ayat tersebut tidak dapat dianggap sebagai wacana kerana idea-idea yang

dikemukakan tidak memperlihatkan proses berfikir yang sistematik dalam membuat

penaakulan (reasoning), iaitu idea-ideanya tidak dikemukakan secara logik.

• Ayat ini dapat menjadi wacana yang mantap dengan pembaikan seperti yang berikut :

• ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin Indonesia pulang

ke negara mereka tetapi bencana Tsunami yang berlaku di negara berkenaan telah

menyukarkan kerajaan untuk berbuat demikian”.