ketupat 3.docx

Upload: abdullah-kipli

Post on 04-Oct-2015

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertama...Cara meletak Riben permulaan yang betulKedua...Gulungan Riben mesti berlawanan.Tangan kiri ke bawah(tapak tangan) manakala tangan kanankeatas(belakang tapak tangan).

Ketiga...Silangkan Riben yang berada di tangan kanan (hijau) ke atas riben tangan kiri (putih) dengan sifirtengah,atas dan tengah.Keempat...Setelah selesai silangan pertama,pastikan gulungan riben pertama tangan kanan berada pada arasyang paling bawah untuk memastikan ruangan mencukup untuk 2 silangan seterusnya.

Kelima...Masukkan gulangan kedua tangan kanan (hijau) dengan sifir atas,tengah dan atas.Keenam...Masukkan gulungan ketiga tangan kanan (hijau) dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Ketujuh...Silangan keempat riben tangan kanan (hijau) secara solo ke arah kiri dengan sifir atas,tengah danatas.Kelapan...Dan riben (hijau) seterusnya membengkok ke atas.Kesembilan...

Riben tangan kanan (hijau) naik ke atas dengan sifir tengah,atas dan tengah.Kesepuluh...Silangkan Riben tangan kiri (putih) arah bawah ke kanan dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Kesebelas...Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas.(Pandangan Belakang)Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas dengan sifir tengah,atas dantengah.Kedua belas...

Silangan seterusnya Riben tangan kiri (putih) ke kiri atas dengan sifir atas,tengah dan atas.Ketiga belas..Silangkan silangan terakhir riben tangan kanan(hijau) ke bawah dengan sifir atas,tengah dan atas.

Keempat belas...Tarik ketupat yang telah siap secara pelahan - lahan untuk meng"slim"kannya supaya lebihcantik.Sekiranya tidak berjaya,sila tarik silangan riben satu persatu untuk mendapatkan bentukketupat sebenar.Kelima belas...Potong hujung riben untuk mendapatkan menjadikan ketupat hiasan lebih menarik.

Akhirnya siaplah tutorial membuat ketupat.Cepat-cepat datang beli"2 seringgit,2 Seringgit,2 Seringgit".