kesusasteraan dalam bahasa melayu (2238) · pdf filekementerian pendidikan, ... memahami dan...

Download KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU (2238) · PDF fileKementerian Pendidikan, ... memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi moral, kemanusiaan sejagat,

If you can't read please download the document

Upload: vuongdieu

Post on 08-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1

    KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU (2238) 1 OBJEKTIF PENILAIAN

    Peperiksaan Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa bertujuan untuk menilai keupayaan calon: (a) mengenal pasti isi teks sastera berdasarkan pelbagai aspek seperti tema, perutusan

    atau pengajaran, persoalan, nilai, plot, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa; (b) memilih, menyusun dan mengaplikasikan aspek sastera yang telah dipelajari; (c) memahami dan memetik maklumat yang relevan untuk menyokong hujah; (d) menganalisis dan menilai teks sastera; (e) membuat interpretasi tentang teks sastera; dan (f) memberikan respons yang sesuai terhadap teks sastera secara tersusun dan

    meyakinkan. 2 HASIL PEMBELAJARAN

    Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2013 yang dihasilkan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, pada akhir pendidikan sekolah menengah kursus Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Peringkat Biasa, pelajar berupaya untuk:

    (a) memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi moral,

    kemanusiaan sejagat, keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kenegaraan untuk membina sahsiah yang seimbang;

    (b) memahami isi dan menganalisis aspek sastera; (c) meneroka unsur-unsur yang terdapat dalam pelbagai genre melalui kajian terhadap

    hasil sastera dan memahami bagaimana unsur-unsur ini berfungsi untuk mencapai maksud yang hendak disampaikan;

    (d) membuat interpretasi dan memberikan respons yang sesuai terhadap teks sastera

    secara tersusun dan meyakinkan; (e) menghargai dan menghayati keindahan bahasa yang terdapat dalam teks sastera;

    dan (f) menanam budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat

    terhadap karya sastera. 3 FORMAT PEPERIKSAAN

    Format peperiksaan bagi Peperiksaan Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa terbahagi kepada: Kertas 1: Prosa Tradisional dan Drama Kertas 2: Novel dan Prosa Moden/Sajak dan Analisis Sastera

  • 2

    Kertas 1: Prosa Tradisional dan Drama 50 markah (50%) Kertas 1 mengandungi dua bahagian. Calon dikehendaki menjawab satu soalan bagi setiap bahagian. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit. (a) Bahagian A: Prosa Tradisional (25 markah)

    Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja.

    (b) Bahagian B: Drama (25 markah)

    Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja.

    Kertas 2: Novel dan Prosa Moden/Sajak dan Analisis Sastera 50 markah (50%) Kertas 2 mengandungi dua bahagian. Calon dikehendaki menjawab satu soalan bagi setiap bahagian. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 40 minit. (a) Bahagian A: Novel dan Prosa Moden/Sajak (25 markah)

    Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Soalan 1: Novel Soalan 2: Prosa Moden atau Sajak

    (b) Bahagian B: Analisis Sastera (25 markah)

    Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon akan diberi dua teks bebas. Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Soalan 3: Sajak Soalan 4: Prosa Moden

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pengkhususan yang disediakan.

  • 3

    4 JADUAL PENGKHUSUSAN

    Kertas (Masa)

    Komponen Jenis Item Jumlah Soalan (Jumlah soalan

    yang perlu dijawab)

    Markah (Timbangan)

    Penerangan

    1

    (1 jam 30 minit)

    Bahagian A

    Prosa Tradisional

    Esei

    berstruktur 2 (1) 25 (25%) -

    Bahagian B

    Drama

    Esei

    berstruktur 2 (1) 25 (25%) -

    Subtotal - 4 (2) 50 (50%)

    2

    (1 jam 40 minit)

    Bahagian A

    Novel

    Prosa Moden/ Sajak

    Esei

    berstruktur 2 (1) 25 (25%) -

    Bahagian B

    Analisis Sastera (Teks bebas)

    Sajak

    Prosa Moden

    Esei

    berstruktur 2 (1) 25 (25%) -

    Subtotal - 4 (2) 50 (50%) -

    Total - 4 100 (100%) -

  • 4

    SENARAI TEKS UNTUK PEPERIKSAAN KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA

    1. NOVEL Azfa Hanani (Edisi Pelajar) oleh Halis Azhan Mohd Hanafiah (Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd, 2010) 2. TEKAD: Satu Perjalanan Penulisan Karya Sasterawan Kita (Marshall Cavendish Education,

    2012)

    (a) Prosa Tradisional

    Lebai Malang Cerita Bayan Yang Dicabut Bulunya Oleh Isteri Saudagar Abu Nawas Memecah Rumah Kadi Sang Nila Utama Menamakan Singapura Panji Semirang Menawan Utusan Ratu Kuripan

    (b) Cerpen

    Penawar Rindu oleh Wan Jumaidah Mohd Jubri Pasrah oleh A. Wahab Hj. Hamzah Bebunga oleh Mohd Gani Ahmad Siapa Yang Gila oleh Suratman Markasan Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong oleh Mohamed Latiff Mohamed

    (c) Sajak

    Sentuhan Warna oleh Masuri S. N. Membelah Budi oleh A. Ghani Hamid Pengertian oleh Rasiah Halil Kejujuran oleh Norulashikin Jamain Tekad oleh Mohamed Latiff Mohamed

    (d) Drama

    Dilema Gadis Masturah oleh Patimah Jaludin Gelombang Kasih oleh Peter Augustine Goh Hati Seorang Ibu oleh M Saffri A. Manaf Gerimis Di Hati oleh Amanah Mustafi Singkap oleh Hamed Ismail