kesimpulan

Upload: lolipop90

Post on 15-Jul-2015

354 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

5.0 KESIMPULAN Disleksia adalah salah satu daripada beberapa jenis kesukaran pembelajaran. Ciri-ciri disleksia memang terdapat pada sesetengah murid, Cuma tahap yang dialami mereka berbeza-beza, sama ada teruk, sederhana dan ringan. Antara ciri-ciri disleksia yang paling kerap di alami oleh mereka ialah komponen bermasalah membaca. Perbezaan peratus ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid adalah dipengaruhi faktor jantina, sejarah kesihata, genetik dan tempoh mengikuti progran pendidikan pemulihan. Bagi membantu murid yang mengalami ciri-ciri disleksia guru, ibu bapa dan sesiapa yang terlibat secara langsung harus tahu apakah kesukaran pembelajaran yang di alami oleh kanak-kanak tersebut. Setelah diketahui jenis kesukaran yang dialami, kanak-kanak tersebut haruslah dibimbing dengan kaedah p&p yang sesuai dengan keperluannya. Sekiranya bantuan peringkat awal diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia, berkemungkinan kesukaran-kesukaran pemebelajaran yang dialami akan dapat dikawal dan seterusnya diatasi. Jesteru Kementerian Pelajaran sebagai penggubal dasar pendidikan negara perlu menyediakan garis panduan bagi melaksanakan program membantu murid yang mengalami masalah disleksia di sekolah. Bagi melaksanakan program tersebut, Kementerian Pelajaran juga harus

menyediakan guru yang mahir dalam bidang pendidikan kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia.

27

6.0 REFLEKSI Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya. Dalam melengkapkan tugasan ini, saya banyak membuat rujukan dan pencarian maklumat dari sumber maya dan juga jurnal serta buku-buku rujukan yang terpilih. Bagi saya, tidak sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah disleksia kerana banyak maklumat yang boleh diperolehi khususnya melalui website-website terpilih. Banyak kajian dapatan

berkenaan masalah disleksia yang boleh diperolehi daripada internet. Hasil kajian dapatan tersebut banyak membantu saya dalam menjana idea dan pemikiran ketika membuat tugasan ini. Fokus utama yang diberi penekanan dalam tugasan ini adalah berkaitan dengan kaedah pengajaran multisensori. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar tentang kaedah ini. Tetapi apabila membuat serba sedikit pencarian, barulah saya memahami tentang konsep pengajaran multisensory yang menekan aspek deria iaitu kaedah pengajaran VAKT. Bagi saya, tugas ini agak mencabar keran saya dan rakan lain diminta untuk menyediakan RPH dan saya rasakan perkara itu adalah sesuatu yang merumitkan. Tetapi apabial diberi penjelasan oleh pensyarah pembimbing saya dapat

melengkapkan RPh seterusnya menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat rasakan perasaan seorang guru yang perlu menyediakan bahanbahan yang lengakap untuk sesebuah sesi p&p. Pengalam membuat RPH dan pengenalan kepada kaedah ini saya rasakan amat berguna kepada saya kelak untuk mendidik murid-murid saya iaitu murid pemulihan. Harapan saya semoga segala yang dipelajari dapat digunakan kelak dan membantu dan dapat membantu anak-anak bangsa. Akhirnya, saya berharap agar saya mampu menggapai kecemerlangan dalam subjek ini. Sekian.

28