kesilapan umum dalam matematik tambahan

Upload: salmizam-izam

Post on 02-Apr-2018

307 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    1/8

    KESILAPAN UMUM DALAM MATEMATIK TAMBAHAN

    1. Pembundaran pada peringkat awal jawapan

    Contoh : 32o = 32 o180

    = 0.5586 rad

    A = 0. 56 rad14 cm

    32o Panjang lengkuk AB = 14 0.56 = 7.84 cm

    B Luas sektor OAB = 142 0.56 = 54.88 cm2

    2. Kesilapan tanda positif atau negatif dalam kembangan

    Contoh :

    (a) x2 + x (-4x 8) = 2 menjadi x2 + x + 4x 8 = 2

    (b) 2y 3(x + 5) = 6 menjadi 2y 3x + 15 = 6 atau 2y 3x + 5 = 6

    3. Kesilapan dalam kembangan

    Sepatutnya!

    Panjang lengkuk AB = 14 32 o

    180

    = 7.819 cm

    Luas sektor OAB =2

    114232

    o180

    = 54.73 cm2

    Sepatutnya!

    (a) (b)

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    2/8

    Contoh :

    (a) (k 1)2 = k2 1 atau (k 1)2 = k2 + 1 ( ) 11 22 = kk

    (b) (2k + 3)2 = 2k2 + 9 atau 4k2 + 9

    4. Kesilapan dalam pemfaktoran

    Contoh :

    (a) x2 + 5x + 6 = 0 difaktorkan sebagai (x 3)(x 2) = 0atau (x 1)(x + 6) = 0atau (x + 1)(x + 6) = 0

    (b) 3x2 7x 2 = 0 difaktorkan sebagai (x 1)(x 2) = 0atau (3x 1)(x + 2) = 0

    5. Tidak dapat membezakan ungkapan/fungsi daripada persamaan

    Contoh :

    (a) f(x) = 3x2 + 6x + 9 Bahagi dengan 3 menjadi f(x) = x2 + 2x + 3

    (b) y = 6 + 2x x2 Bahagi dengan 1 menjadi y = x2 2x 6

    6. Salah menyelesaikan persamaan kuadratik

    Sepatutnya!

    (a) (b)

    Sepatutnya !

    (a) (b)

    Sepatutnya!

    (a)

    (b)

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    3/8

    Contoh :

    Selesaikan x2 x 6 = 5(x + 2)(x 3) = 5

    (x + 2) = 5 atau (x 3) = 5x = 3 atau x = 8

    7. Selesaikan ketaksamaan kuadratik seperti menyelesaikan persamaan kuadratik

    Contoh :

    Carikan julat nilai x jika 6x2 x 1 > 0

    6x2 x 1 > 0(3x + 1)( 2x 1) > 0

    x > -3

    1, x >

    2

    1

    8. Menganggap fungsi/pembolehubah sebagai pekali dan pengiraan yang salah

    Contoh :

    (a) log (x + 3) = log x + log 3 (f)2

    42 x+= 4x

    (b) sin (P + Q) = sin P + sin Q (g) a2 = 22 + 32 2 2 3 kos 60o

    = 4 + 9 12 kos 60o(c) f(2x 3) = f(2x) f(3) = 13 12 kos 60o

    = kos 60o

    (d) x(x + 2) = 3x x x + 2 = 3 (h) sin x kos x = sin x sin x kos x = 1

    (e) 240 = {2n 6 + (n 1) (5)}

    KELEMAHAN CALON DALAM BEBERAPA TOPIK MATEMATIK TAMBAHAN

    Sepatutnya!

    Sepatutnya!

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    4/8

    Topik Kelemahan Calon1. Fungsi a) Tidak dapat membezakan di antara objek dan imej.

    b) Cuai dalam proses mencari fungsi songsang.

    2. Persamaan Kuadratik a) Tidak menulis persamaan kuadratik dalambentuk am : ax2 + b x + c = 0.

    b) Kurang mahir dalam kembangan dan pemfaktoran.c) Penggantian nilai a, b dan c yang salah dalam

    rumus kuadratik.d) Pembundaran pada peringkat awal jawapan.

    3. Fungsi kuadratik a) Kurang mahir dalam kaedah dan prosespenyempurnaan kuasa dua dalam mencari nilaimaksimum atau minimum.

    b) Lakaran graf parabola tidak sempurna seperti tidaksimetri atau calon menyambungkan titik-titik dengangaris lurus (guna pembaris).

    c) Kurang mahir menentukan julat dalam soalan yangmelibatkan ketaksamaan kuadratik.

    d) Cara penulisan jawapan untuk ketaksamaan kuadratiktidak betul

    e) Tidak ingat syarat bagi jenis-jenis punca ; berbeza,sama, tiada punca.

    4. Persamaan Serentak a) Lemah dalam pengolahan algebra kesilapan menukarperkara rumus.b) Kurang mahir dalam kembangan dan pemfaktoran.c) Tidak mencari nilai-nilai anu yang kedua selepas

    memperolehi nilai-nilai anu yang pertama, misalnyatidak mencari nilai-nilai y setelah nilai-nilai xdiperoleh

    5. Indeks dan Logaritma a) Kurang mahir dalam penggunaan hukum logaritma.b) Memberikan jawapan kurang daripada 4 angka

    bererti dalam menggunakan kaedah logaritma untukmenyelesaikan persamaan indeks.

    6. Geometri Koordinat a) Kurang mahir menukarkan persamaan bentukpintasan kepada bentuk kecerunan.

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    5/8

    b) Salah andaian tertib bagi mencari luas segitiga atausisi empat.

    c) Tidak cuba melakarkan rajah untuk membantukefahaman.

    d) Kurang mahir mentafsirkan lokus.

    e) Gantian salah dalam rumus pembahagian temberenggaris lurus dalam nisbah m : n

    7. Statistik a) Tidak ingat simbol varian antara atau 2.b) Terkeliru antara rumus varians dan sisihan piawai.c) Menggunakan kekerapan longgokan untuk melukis

    histogram.d) Menggunakan sempadan bawah kelas untuk melukis

    historam dan ogif.e) Tidak ingat apa yang diwakili oleh pemboleh dalam

    rumus median.f) Keliru antara x2 dan (x)2.

    8. Sukatan Membulat a) Tidak tepat menukarkan sudut bahagian perpuluhandarjah kepada minit.

    9. Janjang a) Keliru di antara rumus sebutan dan hasil tambah nsebutan yang pertama.

    10. Hukum Linear a) Tidak menulis jadual.Tidak dapat menukarkan persamaan tak linear

    kepada persamaan linear.b) Tidak dapat menandakan titik dengan tepat pada

    graf.c) Sebilangan calon tidak meneruskan garis lurus yang

    dilukis sehingga memintas paksi-Y atau memplotgraf dengan paksi terbalik atau menggunakan skalayang tidak seragam.

    d) Membundarkan nilai-nilai pada jadual sehingga 1

    tempat perpuluhan dan kehilangan markah kejituan.

    11. Pengamiran a) Tertinggal pemalar c dalam pengamiran tak tentu.b) Menganggap pemalar c = 0.c) Keliru antara rumus isipadu janaan dan rumus luas

    di bawah graf.

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    6/8

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    7/8

    SEMASA PEPERIKSAAN

    1. Bersikap tenang dan jawab soalan yang mudah dan diyakini terlebih dahulu.

    2. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak tugasan soalan terlebih dahulusebelum mula menjawab.

    3. Tunjukkan langkah penyelesaian dengan jelas dan kemas.

    4. Jangan suka meninggalkan langkah kerja pengiraan atau buat padakertas kasar (kertas conteng-conteng), tuliskan semua langkah kerjapenyelesaian dalam kertas jawapan.

    5. Terus cuba menjawab sehingga tamat soalan walaupun jawapandi bahagian awal kurang diyakini atau pun meragukan.

    6. Jangan buat pembundaran atau penghampiran nilai terlalu awalterutamanya jika nilai itu digunakan dalam penyelesaian seterusnya.

    7. Jika darjah kejituan sesuatu jawapan tidak dinyatakan, bundarkanjawapan itu kepada 4 angka bererti.

    8. Sentiasa cuba melakar rajah untuk membantu kefahaman bagi soalanyang bersifat geometri atau graf.

    9. Sediakan jadual untuk melukis graf.

    10. Berikan jawapan akhir dalam bentuk paling ringkas.

    11. Pentingkan penggunaan simbol matematik yang betul seperti ( ), { } dansebagainya.

    12. Jangan cuai semasa memindahkan jawapan daripada ruang kerja keruang jawapan.

    13. Menguasai konsep asas bagi setiap topik Matematik Tambahan keranakertas 1 mengandungi soalan yang menguji konsep asas ini.

  • 7/27/2019 Kesilapan Umum Dalam Matematik Tambahan

    8/8

    SARANAN KEPADA PELAJAR

    1. Mengulangkaji sepanjang tahun dan bukan pada saat terakhir.

    2. Mesti memahami apa yang diajar dalam kelas dan membuat seberapa banyak latihanyang mungkin, khususnya, latihan yang mengandungi pelbagai jenis soalan tentangsesuatu tajuk.

    3. Selalu berjumpa dengan guru, atau sesiapa yang boleh membantu jika menghadapisebarang masalah yang timbul semasa mengulangkaji sesuatu tajuk atau membuatsesuatu latihan.

    4. Belajar secara berkumpulan supaya boleh saling membantu.

    5. Pastikan kemahiran seperti penggunaan kalkulator, pemfaktoran, kembangan, ungkapanalgebra dan prinsip asas dikuasai.

    6. Menguasai semua topik dan bukan hanya menumpukan kepada beberapa topik sahaja.

    7. Beri sepenuh perhatian tumpuan terhadap pengajaran guru semasa di dalam kelas.

    8. Bertanya dengan guru serta merta bila tidak dapat memahami sesuatu pelajaran.

    9. Jangan tangguhkan membuat latihan, tugasan atau kerja rumah.

    10. Cuba jawab soalan mengikut kadar masa tertentu untuk persediaan peperiksaan.

    11. Adakan jadual persediaan untuk latihan dan ulangkaji secara berkala dan sistematik.

    you may be DISAPPOINTED if you failBUT

    you are DOOMED if you dont try