kesilapan peniaga semasa menjual

Upload: anne

Post on 27-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kesilapan Peniaga Semasa Menjual

    1/2

    Barang siapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah diamengucapkan Laa Haula wa laa

    quwwata illa bil-laahil aliyyil-azhiim (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

    yang maha Tinggilagi Maha Agung (H.R Baihaqi dan Ar Rabii)

    Rasulullah SAW telah pun memberikan kepada kitapetunjuk apabila mengharungi pelbagaimasalah dan kesulitandi dalam kehidupan.

    Terutama sekali jika berlaku kegagalan dalam melakukan jualan. Ia harus tidak sama sekalidapat melemahkan hati dan perasaan kita yang boleh menyebabkan rasa kecewa dan putus asa.

    Berada dalam modsebegini membuatkan pergerakan kita akan lebih terbantut dan terbatas,

    apabila melakukan jualan seperti mana yang diingini.

    6 Kesilapan Ketika MenjualBagi mengelakkan daripada terus dibelenggu kesukaran dan kesusahan ketika menjual,hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti berikut:

    #1

    Bersikap Ego

    Tidak kira apa juga keadaan dan situasinya, kita merasakan segala tindakan kita betul. Segala-

    galanya mengikut hati dan logikakal kita sahaja.

    Berlaku adil pada diri kita kerana Allah menjadikan manusia tidak sempurna seperti Rasulullah,dan sentiasa bersedia untuk ditegur dan diperbetulkan segala tindakan. Baik daripada pelanggankita, rakan sekerja kita, rakan-rakan kita mahupun bos kita sendiri.

    #2Tidak Bersabar Untuk Bertindak

    Kerana kita gopoh dan tamak, kita hilang sabar ketika menjual. Kita tidak memikir sebaik-baiknya.

    Firman Allah bermaksud,

    Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaran kamu itu

    (Surah Ali-Imran Ayat ke 200)

    #3Tidak Mengikut Arahan

    http://adsiniscreen.wix.com/advertise
  • 7/25/2019 Kesilapan Peniaga Semasa Menjual

    2/2

    Jika kita makan gaji dalam melakukan jualan, sudah pasti wujud bos kita sebagai seorang yangakan menyelia tugasan kerja, dan amanah yang perlu kita lakukan.

    Tiada istilah menjadi hero seperti dalam filem atau dramatelevisyen. Tetapi cukup kita

    menghormati dan mengikut arahan-arahan yang dikemukakan demi kemajuan karier kita.Asalkan ia tidak sama sekali menyalahi peraturan, undang-undang dan hukum Allah.

    #4Mudah Terasa Hati & Kecewa

    Adakah kita mudah kecewa dan merajuk apabila gagal?

    Puncanya adalah daripada diri kita sendiri, bukannya menyalahkan orang lain. Sepatutnya kitakaji terlebih dahulu di mana kesilapannya supaya perkara tersebut tidak lagi berulang di masahadapan.

    #5Pentingkan Diri

    Sentiasa hidup bermasyarakat kerana bukan kita seorang sahaja yang hidup di dunia ini .

    Jangan pentingkan diri kita sendiri secara berlebihan sehinggakan kita rasa begitu takbur danbongkak diri.Terlalu pentingkan diri sendiri sehingga kita terlupa rezeki pada orang lain, umpama kitamencuripelangganyang sepatutnya menjadi pelanggan rakan sekerja kita.

    #6Keras Kepala, Bodoh Sombong

    Teguran telah diberi, tetapi kita tetap keras kepala masih mengatakan segala tindakan kita betul.Hanya kerana kita tidak mahu berubah demi mencapai kejayaan,kita sebarkan perkara-perkara yang negatif tentang orang yang inginkan kepada perubahan baru.

    Bersedia untuk sentiasa mengalami perubahan demi kemajuan dan kebaikan diri kita sendiri.

    Bersedia dan berwaspada untuk meminimumkan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan.Terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan ketika melakukan jualan.

    Bermula dengan sedikit, kemudian merebak dengan banyaknya jika kita masih enggan untukmemperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri.

    Dekatkan diri kita dengan Allah selalu dan konsisten agar segala pekerjaan kita di muka bumi inisentiasa dibantu Allah. Baik dalam kesenangan apatah lagi dalam kesusahan dan kesukaran.