keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · web...

12
1. PERFORM LAB SAFETY 1.1 Prepare for work 1.1.1 Use safety rules according to job specifications and standards a. Keselamatan di tempat kerja Setiap manusia perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan sebelum ,semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja. Keselamatan boleh di takrifkan kepada: Keselamatan adalah sikap dan kesedaran seseorang terhadap tindakannya dan persekitarannya pada setiap saat setiap hari sepanjang usianya. Keselamatan adalah peka terhadap apa yang berlaku, apa yang boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan ,tahu apa yang boleh dibuat untuk menghalangnya serta bertindak mengatasinya. Keselamatan sangat penting kepada juruteknik dan juga perkakasan. Garispanduan keselamatan membantu memastikan teknik dan langkah berjaga-jaga yang yang sepatutnya dilaksanakan dengan betul dan seragam. b. Garis Panduan Keselamatan Am Ikut tatacara keselamatan asas untuk mengelakkan luka, melecur, renjatan elektrik, dan kecederaan mata. Ini merupakan sebahagian daripada garis panduan keselamatan yang asas ketika menggunakan komputer: Urus kabel dengan baik untuk mengelakkan bahaya tersadung dan membantu melindungi kabel. Tanggalkan jam dan barang kemas serta pakai pakaian yang longgar. Matikan suis dan tanggalkan plug perkakasan sebelum melaksanakan penyelenggaraan. Tampal bahagian tajam di dalam casing computer dengan pita pelekat. Jangan sesekali membuka bekalan kuasa dan monitor CRT. Jangan sentuh bahagian pencetak yang panas atau yang menggunakan voltan tinggi. Ketahui di mana letaknya alat pemadam api dan cara menggunakannya. Jauhkan makanan dan minuman daripada ruang kerja anda. Pastikan ruang kerja anda bersih dan bebas daripada bertaburan.

Upload: haanh

Post on 29-Mar-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

1. PERFORM LAB SAFETY

1.1 Prepare for work1.1.1 Use safety rules according to job specifications and standards

a. Keselamatan di tempat kerja Setiap manusia perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan sebelum ,semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja. Keselamatan boleh di takrifkan kepada:

Keselamatan adalah sikap dan kesedaran seseorang terhadap tindakannya dan persekitarannya pada setiap saat setiap hari sepanjang usianya.

Keselamatan adalah peka terhadap apa yang berlaku, apa yang boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan ,tahu apa yang boleh dibuat untuk menghalangnya serta bertindak mengatasinya.

Keselamatan sangat penting kepada juruteknik dan juga perkakasan. Garispanduan keselamatan membantu memastikan teknik dan langkah berjaga-jaga yang yang sepatutnya dilaksanakan dengan betul dan seragam.

b. Garis Panduan Keselamatan Am

Ikut tatacara keselamatan asas untuk mengelakkan luka, melecur, renjatan elektrik, dan kecederaan mata. Ini merupakan sebahagian daripada garis panduan keselamatan yang asas ketika menggunakan komputer:

Urus kabel dengan baik untuk mengelakkan bahaya tersadung dan membantu melindungi kabel.

Tanggalkan jam dan barang kemas serta pakai pakaian yang longgar. Matikan suis dan tanggalkan plug perkakasan sebelum melaksanakan penyelenggaraan. Tampal bahagian tajam di dalam casing computer dengan pita pelekat. Jangan sesekali membuka bekalan kuasa dan monitor CRT. Jangan sentuh bahagian pencetak yang panas atau yang menggunakan voltan tinggi. Ketahui di mana letaknya alat pemadam api dan cara menggunakannya. Jauhkan makanan dan minuman daripada ruang kerja anda. Pastikan ruang kerja anda bersih dan bebas daripada bertaburan. Bengkokkan lutut ketika mengangkat barang berat bagi mengelakkan kecederaan belakang.

c. Garis Panduan Keselamatan Elektrikal

Patuhi panduan keselamatan elektrikal bagi mengelakkan kebakaran, kecederaan dan kematian berpunca daripada elektrik di rumah dan tempat kerja. Bekalan kuasa dan monitor CRT mengandungi voltan yang tinggi. Jangan pakai antistatic wrist strap apabila membaiki bekalan kuasa atau monitor CRT. Hanya juruteknik berpengalaman dibenarkan membaiki bekalan kuasa dan monitor CRT.

Beberapa bahagian pencetak menjadi sangat panas apabila sedang digunakan dan beberapa bahagian lagi mungkin mengandungi voltan tinggi. Periksa manual pencetak bagi menentukan lokasi komponen yang bervoltan tinggi. Beberapa komponen masih mengekalkan voltan tinggi tersebut

Page 2: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

walaupun telah dimatikan bekalan kuasa. Pastikan pencetak telah diberikan masa untuk proses penyejukan sebelum diselenggarakan.

Peralatan elektrik mempunyai keperluan kuasa tertentu. Sebagai contoh adapter AC dikilangkan untuk computer riba yang teretentu. Menukar power cords sesebuah komputer riba dengan yang lain boleh merosakkan kedua-dua adapter AC dan komputer riba.

Lain-lain Keselamatan elektrikal

Keselamatan peralatan elektrikal perlu mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau IEE.

Pastikan dawai yang digunakan mempunyai penebat. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar. Menggunakan kasut yang berlapik dan bergetah. Setiap peralatan mestilah dipasangkan dengan wayar bumi.

d. Garis Panduan Keselamatan Kebakaran

Ikut panduan keselamatan kebakaran bagi menyelamatkan nyawa, struktur dan peralatan. Bagi mengelakkan kejutan elektrik dan kemusnahan komputer, matikan suis dan tanggalkan plug sebelum memulakan penyelenggaran komputer.

Api boleh merebak dengan cepat dan mengakibatkan kerugian. Penggunaan alat pemadam api yang betul boleh mengelakkan kebakaran kecil menjadi tidak tekawal. Apabila bekerja dengan komponen komputer, awasi kemungkinan berlakunya kemalangan kebakaran dan ketahui cara untuk bertindak. Waspada terhadap sebarang bau yang muncul dari komputer dan sebarang peralatan elektronik. Apabila sesuatu komponen elektrik terlebih atau terkurang kuasa, ia akan mengeluarkan bau hangit. Apabila berlakunya kebakaran, ikuti prosedur keselamatan berikut:

Jangan lawan kebakaran yang tidak terkawal. Sentiasa sediakan pelan laluan kecemasan kebakaran sebelum memulakan sesuatu kerja. Keluar daripada bangunan secepat mungkin. Hubungi segera pihak berkuasa kecemasan (bomba) untuk bantuan. Cari dan baca arahan penggunaan alat pemadam api di tempat kerja anda sebelum anda

perlu menggunakannya.

Kenali jenis pemadam api yang digunakan di tempat anda. Setiap jenis pemadam api mempunyai bahan kimia tertentu untuk memadamkan pelbagai jenis api yang disebabkan oleh:

Kertas, kayu, plastik, cardboard –Bahan mudah terbakar yang biasa

Minyak petrol, minyak tanah, cecair organic – Cecair mudah terbakar Peralatan elektrik Besi mudah terbakar

Penting untuk anda mengetahui bagaimana menggunakan alat pemadam api. Ingat P – A – S – S sebagai peraturan asas cara untuk menggunakan alat pemadam api:

Page 3: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

P: Pull the pin. A: Aim at the base of the fire, not at the flames. S: Squeeze the lever. S: Sweep the nozzle from side to side.

e. Lain-lain Garis Panduan Keselamatan Ketika di Tempat Kerja

Patuhi tanda, poster, amaran dan arahan keselamatan yang ada. Bersihkan laluan keselamatan dari sebarang halangan dan tompokan minyak. Bersihkan kawasan dan meja kerja dari sebarang tumpahan minyak dan sisa kerja. Hendaklah dipastikan adanya pengudaraan yang baik dan keamatan cahaya yang tinggi di

dalam bengkel. Lantai bengkel hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih bebas dari tompokan minyak dan

alatan. Mesin dan meja kerja serta peralatan hendaklah disusunatur dengan kemas. Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja, persekitaran kerja, penumpuan

kepada kerja dan kesihatan diri. Pakai pakaian dan alatan keselamatan (PPE - Personal Protective Equipment) yang sesuai dengan

kerja yang dilakukan Buat kerja mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan sama ada di dalam tempat

terbuka atau confined space. Kerja di tempat terbuka adalah seperti di dalam bengkel, tapak pembinaan, kawasan Industri. Confined space adalah seperti Cold Storage Room, terowong bawah tanah, laluan kabel dan sebagainya. Dapatkan kebenaran dari site supervisor dan terlatih jika ingin bekerja di confine space.

1.2 Follow basic security procedures

1.2.1 Apply equipment and work area for service able condition in accordance with work place

Mengenalpasti prosedur keselamatan bagi melindungi perkakasan daripada kerosakan dan data daripada hilang.

Pengeluaran caj elektrostatik (ESD), cuaca yang melampau, dan sumber bekalan elektrik yang tidak berkualiti boleh menyebabkan kerosakan kepada perkakasan computer. Ikut garis panduan pengendalian, sedar isu-isu alam sekitar, dan gunakan peralatan yang dapat menstabilkan kuasa untuk mengelakkan kerosakan peralatan dan kehilangan data.

Electrostatic Discharge (ESD) dan Electromagnetic Interference (EMI)

ESD

Elektrik statik adalah pembentukan cas elektrik di atas sesuatu permukaan. ESD berlaku apabila pembentukan ini berpindah kepada komponen dan menyebabkan kerosakan. ESD boleh merosakkan elektronik dalam sistem komputer.

Sekurang-kurangnya 3000 volt elektrik statik perlu terbentuk sebelum seseorang dapat merasakan ESD. Sebagai contoh , elektrik statik boleh terbentuk pada anda apabila anda berjalan di lantai berkarpet . Apabila anda menyentuh orang lain , anda berdua menerima kejutan. Sekiranya aliran menyebabkan kesakitan atau mengeluarkan bunyi , caj itu mungkin melebihi 10,000 volt. Sebagai perbandingan, kurang dari 30 volt elektrik statik boleh merosakkan komponen komputer.

ESD boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen elektrik. Ikut cadangan ini untuk membantu mencegah kerosakan disebabkan ESD :

Page 4: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

• Simpan semua komponen dalam beg antistatic sehingga anda sudah bersedia untuk membuat pemasangan.• Gunakan grounded mats pada workbenches .

• Gunakan grounded floor mats di kawasan kerja .

• Gunakan antistatic wrist straps apabila bekerja dengan komputer.

EMI

Gangguan elektromagnet (EMI) adalah pencerobohan isyarat elektromagnet luar dalam media penghantaran seperti kabel tembaga. Dalam persekitaran rangkaian, EMI memesongkan isyarat menjadikan peranti penerima mempunyai kesukaran mentafsirkan isyarat yang diterima.

EMI tidak selalu datang daripada sumber-sumber yang dijangkakan, seperti telefon selular. Lain-lain jenis peralatan elektrik juga boleh mengeluarkan medan elektromagnet yang senyap serta tidak kelihatan yang boleh berlanjutan sejauh lebih daripada satu batu ( 1.6 km).

Terdapat banyak sumber EMI :

• Mana-mana sumber yang direka untuk menjana tenaga elektromagnet

• sumber buatan manusia seperti power lines atau motor

Page 5: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

• peristiwa semula jadi seperti ribut elektrik, atau radiasi solar dan interstellar

Rangkaian wayarles dipengaruhi oleh gangguan frekuensi radio (RFI) . RFI adalah disebabkan oleh radio dan alat-alat lain memancar di frekuensi yang sama. Sebagai contoh, telefon tanpa wayar boleh menyebabkan masalah dengan rangkaian wayarles apabila kedua-dua peranti menggunakan frekuensi yang sama. Ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebabkan gangguan apabila diletakkan berdekatan dengan peranti rangkaian tanpa wayar.

CuacaCuaca memberi kesan kepada peralatan komputer dalam pelbagai cara:• Jika suhu persekitaran terlalu tinggi, peralatan boleh menjadi terlalu panas .• Jika tahap kelembapan adalah terlalu rendah , kemungkinan berlaku ESD.• Jika tahap kelembapan adalah terlalu tinggi, peralatan boleh mengalami kerosakan akibat lembapan.

SUHU DAN KELEMBAPAN PERSEKITARAN SISTEM KOMPUTER

Suhu Persekitaran Komputer

Suhu adalah penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Komponan computer seperti cip adalah sensitif kepada suhu yang tinggi. Sesebuah makmal komputer itu, haruslah mempunyai pengudaraan yang baik. Suhu yang sesuai untuk persekitaran sistem computer adalah 16 – 28 ‘C (paras suhu bilik).Kesan suhu yang tinggi pada komputer ialah :i) Sering berlaku gangguan berkala.ii) Komputer sering ‘hang’.iii) Komponen dalaman akan mudah rosak (seperti cip dan komponen kecil)iv) Masalah berkaitan suhu boleh diatasi dengan langkah – langkah berikut :Tempatkan komputer dikawasan yang sejuk (kering).Tempatkan komputer jauh dari pancaran matahari.Mengurangkan kepanasan suhu bilik dengan memasang alat penyaman udara dan kipas yang secukupnya.Pastikan alat penyaman udara atau kipas berfungsi dengan baik.

Page 6: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

Kelembapan Persekitaran Komputer

Selain dari suhu, kelembapan persekitaran makmal komputer juga merupakan faktor penting bagi menjamin jangka hayat sesebuah komputer. Udara persekitaran mengandungi kelembapan yang berbentuk wap. Komputer harus di tempatkan di kawasan yang sejuk (kering). Kelembapan yang sesuai bagi persekitaran komputer ialah 50-70%. Sekiranya komputer berada didalam keadaan lembab atau terkena air, ia bolehmerosakkan komponen di dalam komputer. Masalah kelembapan ini selalu terjadi di kawasan yang seringmengalami hujan dan kawasan tepi pantai. Komputer yang mengalami kelembapan atau terkena air bukan sahaja akan menyebabkan komputer rosak, malahan akan menyebabkan bahaya pada pengguna. Masalah yang sering timbul akibat dari kelembapan yang melampau ialah :i) Komponen dalaman komputer seperti pin, kabel, soket dan kad antara muka akan mudah rosak.ii) Komponen dan perkakasan lama-kelamaan akan rosak dimakan karat.iii) Isyarat (signal), trek perjalanan arus elektrik akan terputus saluran akibat karat.Langkah bagi mengatasi masalah akibat kelembapan ini ialah :i) Tempatkan komputer jauh dari alat penyaman udara bagi mengelakan komputer terkena titisan air dari alat tersebut.ii) Laraskan alat penyaman udara pada had kelembapan yang sesuai bagi persekitaran makmal komputer.iii) Berhati – hati dengan air dan kelembapan di persekitaran makmal komputer.

Alat PengukurSuhu bilik boleh diukur menggunakan termometer, manakala kelembapan bilik diukur dengan menggunakan hygrometer.

TermometerTerbahagi kepada 2 jenis iaitu termometer klinik dan thermometer bilik.Digunakan utk menyukat suhu.Disukat dalam unit darjah celcius (‘C) atau farenheit (‘F).HygrometerAlat untuk menyukat kelembapan.Diukur dalam unit gram per ml (g/ml), tetapi biasanya disukat dalam bentuk %.

Penyelarasan Suhu dan Kelembapan

Suhu persekitaran bilik yang tinggi boleh diselaraskan atau ditetapkan dengan menyediakan unit penghawa dingin. Suhu dan kelembapan perlu diukur sebelum diselaraskan sesuai dengan persekitaran bilik. Berikut adalah langkah-langkah pengukuran suhu dan kelembapan bagi persekitaran bilik.i) Pastikan termometer dan hygrometer diletakan di tempat yang selamat.ii) Biarkan termometer dan hygrometer mencatatkan suhunya sendiri.iii) Ambil bacaan suhu bilik tersebut selang 1 atau 2 jam. Seelok-eloknya masa bekerja.iv) Buat satu jadual untuk mengetahui bacaan suhu dan kelembapan persekitaran bilik.v) Pastikan purata suhu dan kelembapan berada pada paras yang sesuai dengan keadaan bilik.Penyelarasan suhu dan kelembapan yang betul dan sesuai dengan keadaan bilik bukan sahaja penting untuk komputer dan peralatannya, malahan untuk keselesaan pengguna bilik atau makmal tersebut.

Masalah Bekalan KuasaVoltan adalah daya yang menggerakkan elektron melalui litar. Pergerakan elektron dipanggil current

Page 7: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

(arus). Litar komputer perlu voltan dan arus untuk komponen elektronik beroperasi. Apabila voltan dalam komputer tidak tepat atau mantap, komponen komputer mungkin tidak beroperasi dengan betul. Voltan tak mantap dipanggil turun naik kuasa .Antara masalah bekalan kuasa yang boleh menyebabkan kehilangan data atau kegagalan perkakasan:• Blackout : Bekalan elektrik terputus. Fius terbakar, transformer rosak, atau pencawang dan kabel kuasa elektrik mengalami masalah boleh menyebabkan blackout .• Brownout : Kekurangan voltan . Brownouts berlaku apabila voltan talian kuasa jatuh di bawah 80 peratus daripada tahap voltan yang normal. • Gangguan Bunyi : Gangguan daripada generator dan kilat. Gangguan boleh menyebabkan kualiti bekalan kuasa merudum yang boleh menyebabkan kesilapan dalam sistem komputer.• Spike : lebihan voltan secara tiba-tiba yang berlangsung dalam tempoh yang singkat (kurang dari 1 milisaat) dan melebihi 100 peratus daripada voltan normal. Boleh disebabkan oleh kilat , tetapi juga boleh berlaku apabila bekalan kuasa elektrik kembali selepas blackout .• Power surge: lebihan voltan lebih dari 1 milisaat.

Peranti Perlindungan Bekalan KuasaSebagai perisai terhadap masalah turun naik kuasa, gunakan alat-alat perlindungan kuasa untuk melindungi data dan perkakasan komputer:• Surge Suppressor : Membantu melindungi daripada kerosakan akibat surge dan spike. Lebihan voltan akan dialihkan ke bumi..• Uninterruptible power supply (UPS) : Membantu melindungi daripada masalah kuasa elektrik yang berpotensi dengan membekalkan tahap konsisten kuasa elektrik ke komputer atau peranti lain. Bateri sentiasa dicaj ketika UPS sedang digunakan. UPS menyediakan bekalan kuasa kualiti yang konsisten apabila brownouts dan blackouts berlaku. Banyak peranti UPS boleh berkomunikasi secara terus dengan sistem operasi komputer. Komunikasi ini membolehkan UPS selamat menutup komputer dan menyimpan data sebelum UPS kehilangan semua kuasa elektrik.• Standby power supply (SPS) : Membantu melindungi daripada masalah kuasa elektrik yang berpotensi dengan menyediakan bateri sandaran untuk membekalkan kuasa apabila voltan yang masuk jatuh di bawah paras biasa. Bateri adalah dalam keadaan siap sedia semasa operasi biasa. Apabila voltan berkurangan, bateri menyediakan kuasa DC ke inverter kuasa, yang menukarkan kepada kuasa AC untuk komputer. Peranti ini tidak sebaik UPS kerana ia mengambil masa untuk beralih kepada bateri. Jika peranti pensuisan gagal , bateri tidak boleh membekalkan kuasa kepada komputer.

AMARANPengeluar UPS mencadangkan supaya pencetak laser tidak disambung ke UPS kerana pencetak boleh melebihi muatan UPS.

Lain-lain Keselamatan mesin dan peralatan

Perkakasan hendaklah disusun pada tempat yang telah disediakan dan hendaklah dipasang di tempat teguh.

Off suis perkakasan setelah digunakan. Off suis utama setelah butang suis off perkakasan ditekan. Setiap perkakasan hendaklah di tampal dengan helaian S.O.P (Prosedur Operasi yang Selamat)

dan S.O.P tersebut perlu dipatuhi. Penyelenggaraan perkakasan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang yang kompeten sahaja.

Page 8: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

Alatan tangan hendaklah disusun dan disimpan di dalam tool box, beg canvas atau kabinet apabila tidak digunakan.

1.3 Carry out basic first aid

1.3.1 Select applicable tools and equipment to meet the job requirement and standard

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:

1. Dresing steril - beberapa saiz.

2. Plaster - beberapa saiz.3. Bendej tiga segi ( kain anduh )4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )

5. Larutan Flavin ( Iodin)

6. Larutan atau krim antiseptik

7. Gunting kecil

Page 9: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

Peti pertolongan cemas Peralatan asas yang perlu ada

NAMA UBAT / ALAT KEGUNAAN

1. Kain Pembalut yang berlainan - Menolong menahan rawatan luka- Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak dan juga

membantu membetulkan sendi yang terseliuh.

2. Kain tekap yang berlainan saiz - Untuk menetapkan rawat- Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk merawat luka

3. Kapas - Untuk membersihkan luka- Digunakan sebagai “Pading” untuk rawat luka untuk menyerap

darah daripada luka.

4. Plaster / Elastoplast - Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut.- Untuk merawat luka-luka kecil

5. Gunting kecil berkilat - Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya

6. Pin Penyemat - Untuk menyemat pembalut

7. Termometer Klinik - Untuk mengambil suhu badan

PERTOLONGAN CEMAS

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

- Menyelamatakan nyawa - Mengurangkan kesakitan - Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk - Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. - Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu - Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja

dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula - memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. - Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. - Tindakan serta merta pertolongan cemas: - Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

Page 10: Keselamatan di tempat kerjacikgupc.weebly.com/.../_231068283-1-perform-lab-safety.docx · Web viewPERFORM LAB SAFETY Prepare for work Use safety rules according to job specifications

- Memberikan rawatan renjatan dengan segera. - Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. - Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

- Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika

mangsa sedar. [R] - Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan

letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] - Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] - Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan

CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

1.4 Clean up work area and maintain equipment

1.4.1 Prepare equipment according to Standard Operating Procedure (SOP)

STANDARD OPERATING PROCEDURES ( SOP )

Standard Operating Procedure [SOP] adalah satu langkah yang biasa dibuat apabila hendak menjalankan sesuatu peralatan atau mesin. Ianya dibuat bagi memastikan sesuatu peralatan itu beroperasi dengan betul serta berkeadaan baik.Tujuan :Mengatasi kemalangan ditempat kerja juga menjaga peralatan atau mesin agar ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat. Keselamatan tempat kerja adalah penting bagi orang luar menilai sesuatu organisasi atau jabatan dan juga faktor kecekapan.

Setiap mesin yang ingin digunakan mestilah berpandukan kepada SOP terlebih dahulu. Lazimnya akan diletakkan berhampiran atau pada mesin. Terdiri daripada 3 peringkat iaitu :

a. Sebelum Digunakanb. Semasa Operasic. Selepas Digunakan