hsk202-prepare local breakfast

8
ZEG\ RJEG AZFGECPG KC@C\CE ONRXG\CFG\G ANFJK YNACRGNECF ACEDCP KCFCE RJANFCO LJPMC, 83888 ACEDCP, XJPFGR. \jfjine; 8<-749 8<43 Icasgmgfg; 8<-74? 08:? AJP\CR XJEJPCEDCE / GEINPMC\GNE ROJJ\ AZPRZR RJEG AZFGECPG RJMJR\JP / \COZE LZC / RC\Z BNZPRJ ECMJ JCR\JPE @CRGB BNNAJPW BNLJ ECMJ ORA 080 BNE\JE\ R\CELCPL M0 A9 ; XPJXCPJ FNBCF @PJCAICR\ FJCPEGED R\CELCPL Rtuljets sonufl `j c`fj tn !" N`tc#e fn$cf `%jc&'cst 0" Rjfj$t utjes#fs cel j(u#)*jet +" Rjfj$t fn$cf `%jc&'cst #e,%jl#jets -" J.j$utj fn$cf `%jc&'cst )%j)c%ct#ne BNZPRJ LJRBPGX\GNE \o#s $nu%sj )%n #lj Jcstj%e @cs#$ Bnn&j% tn lj jfn) stuljets &en3fjl,j cel s&#ff #e )%j)c%#e, fn$cf '%#jl l#sojs fn$cf snu)s )fc#e %#$j l#sojs j,jtc`fj l#sojs )n%%#l,j/$ne,jj cel fn$ l#sojs c$$n%l#e, tn toj #elust% ejjls" XJEDJECFCE Rc%c)ce )c,# *j%u)c&ce *c&cece ce, )j%tc*c ce, l#c*`#f )clc sjt#c) )c,#"

Upload: nurrul-aini-ramli

Post on 01-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Basic Eastern Cookery

TRANSCRIPT

UNIT SENI KULINARIJABATAN HOSPITALITIKOLEJ VOKASIONAL KANGARJALAN SEKOLAH DERMA,01000 KANGAR, PERLIS.Telefon: 04-976 0471 Faksimili: 04-978 2058

KERTAS PENERANGAN / INFORMATION SHEET

KURSUSSENI KULINARI

SEMESTER / TAHUNDUA / SATU

COURSE NAMEEASTERN BASIC COOKERY

CODE NAMEHSK 202

CONTENT STANDARDM2 K6 : PREPARE LOCAL BREAKFAST

LEARNING STANDARDStudents should be able to:1. Obtain local breakfast2. Select utensils and equipment3. Select local breakfast ingredients4. Execute local breakfast preparation

COURSE DESCRIPTIONThis course provide Eastern Basic Cookery to develop students knowledge and skill in preparing local fried dishes, local soups, plain rice, poultry dishes, vegetable dishes, porridge/congee and local dishes according to the industry needs.

PENGENALAN

Sarapan pagi merupakan makanan yang pertama yang diambil pada setiap pagi. Sarapan pagi biasanya mengandungi lebih karbohidrat kerana tubuh memerlukan bekalan glukosa dengan segera selepas beberapa jam perut kosong. Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialahnasilemak, nasi, mee atau bihun goreng, roti canai atau bijirin. Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan rasa jemu. Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.

Kebaikan Sarapan Pagi

Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktiviti pada waktu pagi seperti belajar serta sebelum makanan yang seterusnya diambil. Membekalkan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien. Menjana perkembangan otak dan daya tumpuan

Keburukan Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Mengurangkan tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pada pagi hari. Mengurangkan kecergasan di dalam kuliah pada waktu pagi. Sukar menerima pengajaran oleh guru/pensyarah di dalam kelas. Mudah berasa letih dan mengantuk.

CONTOH MENU SARAPAN PAGI ALA TIMUR

CINAINDIAMELAYUCINA

NASI LEMAKSAMBAL IKAN BILISTELUR & TIMUNKOPI @ TEHBUBUR AYAMYAU CHA KUEYKOPIPARATADALCA SAYURKOPI

PERALATAN DAN PERKAKASANBILPERALATAN/PERKAKASANKEGUNAAN

1

Memasak nasi secara merebus dan digunakan untuk masakan lain yang direbus seperti sup dan bubur. Ia merupakan alat penjimat masa.

2

Digunakan untuk menggaul nasi yang telah masak, bubur dan juga mencampurkan bahan untuk dimasak.

3

Digunakan untuk menggoreng dan saut makanan.

4

Digunakan untuk menggoreng dan menggaul sebati bahan masakan yang sedang dimasak di dalam kuali.

5

Digunakan untuk merebus nasi @ bubur, mencelur bahan masakan dan memasak kari serta lain-lain kegunaan.

6

Digunakan untuk membasuh dan mengetos bahan seperti bihun, kueyteow dan mee serta bahan-bahan masakan lain.

7

Digunakan untuk memasukkan bahan-bahan kering dan basah yang telah disukat dan ditimbang, menggaul bahan masakan yang hendak dimasak.

SUMBER PROTEIN DI DALAM HIDANGAN SARAPAN PAGI

Sumber protein amat penting di dalam penyediaan hidangan sarapan pagi untuk memberikan tenaga. Di antara contoh-contoh makanan yang mengandungi sumber protein yang sesuai disajikan di dalam hidangan sarapan pagi adalah seperti:

1. Daging2. Ayam3. Telur4. Keju5. Susu6. Air Soya

FAKTOR-FAKTOR YANG MESTI DIPERTIMBANGKAN APABILA MERANCANG MASAKAN UNTUK SARAPAN PAGI

1. Hidangan hendaklah mencukupi terutama untuk orang yang tidak makan apa-apa sebagai hidangan alas perut di waktu tengah hari atau pun untuk orang yang memakan hidangan yang ringkas pada tengah hari.2. Hidangan hendaklah jenis yang ringkas dan cepat dimasak, supaya sarapan pagi tidaklah dimakan dengan gopoh-gapah dan tidak mengurangkan selera waktu pagi.3. Jika hendak menghidangkan makanan yang cerewet dan mengambil masa, bahan-bahannya bolehlah disediakan pada malam sebelumnya dan dimasak pada waktu pagi. 4. Minuman sejuk dan panas seperti teh, kopi, koko dan minuman lain yang berkhasiat hendaklah dihidang bersama.5. Hidangan yang disaji hendaklah seimbang zat makanannya dan rupanya hendaklah menarik.6. Sarapan pagi boleh dihidang di atas dulang. Cara menghidang begini menjimatkan masa dan tenaga kerana seseorang itu tidak perlu berulang-alik mengambil makanan dan minuman serta hidangan. Ia juga menyenangkan kerja seseorang.

MAKANAN YANG SESUAI DIPILIH SEBAGAI SEBAHAGIAN HIDANGAN SARAPAN

1. Buah-buahan segar

Di Negara kita, tidak ramai orang yang memakan buah-buahan segar pada waktu sarapan pagi. Hidangan ini menyegarkan kita dan merangsangkan system penghadaman di dalam perut supaya bersedia menjalankan tugas penghadaman. Buah-buahan juga menambah zat-zat penting seperti vitamin dan garam mineral kepada hidangan.Buah-buahan segar boleh dimakan dengan dihiris atau dipotong atau dihidang sebagai jus atau stew buah-buahan. Buah seperti betik dan limau boleh dihidang sebagai jus. Buah-buahan kering seperti prun dan kurma boleh distewkan untuk sarapan.2. Bijirin

Makanan bijirin dibuat daripada beras, barli, oat, jagung dan gandum. Kesemua ini sangat berkhasiat jika dibuat daripada biji-bijian tulin. Bijirin membekalkan tubuh dengan haba dan tenaga dan boleh didapati dengan harga yang murah. Makanan bijian yang boleh didapati tanpa dimasak adalah seperti beras dan jagung.

3. Roti

Roti ialah bijirin yang dibuat daripada tepung gandum. Ia mengandungi banyak karbohidrat yang membekalkan tbuh badan kita dengan haba dan tenaga. Vitamin dan garam mineral ditambah untuk menambahkan lagi khasiat dan nilai zat pemakanan.

Jenis-jenis roti :

I) Roti putihwarnanya putih dengan kulit atasnya perang tua. Lebih senang dihadam daripada roti gandum tulin kerana roti ini tidak mengandungi makanan pelawas. Zat seperti vitamin dan garam mineral ditambah.

II) Roti perangsama keadaannya seperti roti putih. Jenis ini member nilai yang sama. Hanya warnanya sahaja perang.

III) Roti gandum tulinRupanya adalah sama biasa dengan warna perang tua pada kulit atasnya tetapi roti ini berbintik-bintik. Roti jenis ini mengandungi makanan pelawas dan oleh itu ia kurang senang dihadamkan daripada roti putih tetapi lebih berkhasiat kerana vitamin dan garam mineral dalam selaput dicampur ke dalam tepung. Makanan pelawas mengelakkan sembelit.

IV) Roti sandwichBoleh dibuat daripada tepung putih atau tepung jagung tulin. Ia rata disemua bahagian dengan kulit berwarna perang muda.

Roti sangat popular untuk sarapan kerana :

Rasanya lembut dan boleh dimakan dengan pelbagai makanan lain seperti mentega, jem, kuah kari dan sebagainya. Tidak perlu dimasak dan senang dihadam. Murah dan mudah didapati. Boleh disimpan dengan baik selama 2 3 hari (bergantung cara penyimpanan).

4. Makanan protein

Makanan seperti susu, telur, keju dan sebagainya hendaklah dimasukkan ke dalam hidangan sarapan. Ini akan menjadikan sarapan lebih menarik dan sedap serta membekalkan tubuh dengan protein yang perlu untuk membina dan membaiki tisu-tisu.

I) SusuSusu sangat penting dalam sajian kita terutama sekali kepada kanak-kanak membesar dan dewasa. Susu mengandungi protein dan zat-zat makanan lain seperti vitamin, garam mineral, lemak dan air. Susu boleh dihidang sebagai susu panas atau di dalam minuman panas seperti air teh, kopi dan koko. Susu boleh juga dihidangkan dengan bijirin seperti emping jagung, oat dan sebagainya.

II) TelurTelur sangat berkhasiat dan murah. Ia mengandungi protein nilai pemakanan yang tinggi, lemak, garam mineral( kalsium, besi, sulfur dan fosforus) dan vitamin A, B dan D. Lemaknya sudah dipecah-pecahkan dan senang dihadamkan. Untuk sarapan, telur boleh dimasak dengan kaedah : - Separuh masak atau direbus keras Rebus carak Masak hancur Goreng

5. Kuih-kuih tempatan

Savouri dan manis seperti kuih badak, kuih keladi, kuih lapis, kuih cara dan sebagainya.

2