kesediaan pelajar pendidikan teknikal dan … · akhir sph, di fakulti pendidikan, utm skudai telah...

21
KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, UNTUK MENGAJAR MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DALAM BAHASA INGGERIS AIN AISYARINA BINTI HAMADIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Upload: hadieu

Post on 05-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, UNTUK MENGAJAR

MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DALAM BAHASA INGGERIS

AIN AISYARINA BINTI HAMADIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penulis : AIN AISYARINA HAMADIN

Tarikh : ..................................................

Page 3: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ..............................................................

Nama Penyelia : PUAN NOR FADILA MOHD AMIN

Tarikh : .............................................................

Page 4: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

iv

Dedikasi

Ku Panjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi

Kerana Memberi Aku Kekuatan Yang Tinggi

Hingga Bertahan Sampai Ke Penghujung Garisan...

Terima Kasih Buat Emak Dan Abah yang dikasihi

Yang Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Ku

Dan Menjadi Sumber Inspirasi Kehidupanku...

Untuk Kakak Serta Adik Ku Yang Disayangi

Ayu Hamiza Dan Adzmin Ashraf Yang Sentiasa

Memberi Sokongan Disaat-saat Ku Memerlukan...

Terima Kasih Juga Kepada Khaizir Muzani

Yang Sering Disisi Memberi Banyak Motivasi

Serta Sentiasa Mengerti Perjuangan Ku Di Sini...

Tidak Lupa Teman-Teman Seperjuangan

Yang Bersama-Sama Menempuh Pelbagai Cabaran

Kenangan Bersama Kalian Tidak Mungkin Di Lupakan...

Page 5: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Puan Nor

Fadila Mohd Amin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar

dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang

mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk

anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang

banyak memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

Akhir sekali untuk rakan-rakan seperjuangan sekalina. Terima kasih yang

tidak terhingga di atas segala bantuan yang diberika. Jasa kalian tidak mungkin dapat

dilupakan.

Page 6: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

vi

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini bertujuan mengenalpasti kesediaan

bakal guru terhadap pengajaran Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris. Aspek

yang dikaji adalah penguasaan, keyakinan diri dan masalah yang dihadapi oleh bakal

guru berkenaan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 97 orang pelajar tahun

akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada dua

bahagian yang terdiri daripada 34 item. Nilai pekali alpha bagi kajian ini adalah 0.72.

Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for

Social Science ( SPSS ) versi 11.5 bagi mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan keyakinan diri bakal

guru adalah sederhana. Ini kerana terdapat beberapa masalah terutamanya aspek

keyakinan diri untuk menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dikenalpasti

merupakan faktor utama kesediaan bakal guru berada pada tahap itu.

Page 7: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

vii

ABSTRACT

The purpose of this descriptive quantitative study was to identify the

readiness of future teachers to teach the Living Skills subject in English. The focus

of the study were mastery of the language, self-confidence and problems faced by

the teachers regarding the use of English language. A total of 97 final year SPH

students, Faculty of Education, UTM Skudai participated as research subjects. The

instrument used was a two-part questionnaire consisted 34 items. The alpha value for

the instrument was 0.72. Data analysis was carried out using the Statistical Packages

for Social Sciences software (SPSS) version 11.5 to obtain the frequency and

percentages. Research findings showed that the readiness of future teachers

concerning mastery of the language and self-confidence were moderate. The major

factor contributing to the situation is problems that they face especially in confidence

level to teach using English language.

Page 8: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA

PENGAKUAN PENULIS

ii

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI SINGKATAN

x

SENARAI LAMPIRAN

xi

Page 9: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

ix

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 9

1.8 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Penguasaan Bahasa Inggeris 13

2.2 Kesediaan guru 15

2.3 Keyakinan mengajar dalam Bahasa

Inggeris

17

24 Masalah yang dihadapi untuk

mengajar menggunakan Bahasa

Inggeris

19

2.5

2.6

Dapatan kajian-kajian terdahulu

Kesimpulan

21

25

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 26

3.1 Reka Bentuk Kajian 27

Page 10: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

x

3.2 Prosedur Pensampelan 28

3.3 Instrumen Kajian 29

3.4 Pengesahan Instrumen 32

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 35

3.8 Batasan Kajian 38

3.9 Kesimpulan 38

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Persoalan Kajian ( Bahagian

B)

41

4.3 Aspek Penguasaan Bahasa Inggeris

Responden

41

4.3.1 : Soalan Kajian 1 42

4.4 Aspek Tahap Keyakinan

Menggunakan Bahasa Inggeris

Responden

45

4.4.1 : Soalan Kajian 2 45

4.5 Aspek Masalah Menggunakan

Bahasa Inggeris

46

4.5.1 : Soalan Kajian 3 48

4.6 Kesimpulan 51

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.0 Pengenalan 52

5.1 Rumusan 52

Page 11: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

xi

5.1.1 Rumusan Persoalan Kajian 1 53

5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 2 55

5.1.3 Rumusan Persoalan Kajian 3 56

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian

1

56

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian

2

59

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian

3

61

5.3 Cadangan 62

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.5 Penutup 64

BIBLIOGRAFI

65

LAMPIRAN

A Set borang soal selidik 66

B Surat Pengesahan Soal Selidik dari

Dr Mohd Safarin Bin Nordin

71

Page 12: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Kedudukan nombor item mengikut persoalan

kajian

30

3.2 Contoh item soalan kajian 31

3.3 Skala pemeringkatan likert 32

3.4 Contoh item sebelum dan selepas pembetulan 33

3.5 Nilai alpha cronbach bagi item dalam kajian rintis 34

3.6 Data demografi responden (bahagian A) 37

3.7 Pengkelasan maklumbalas responden 38

4.4 Taburan responden mengikut peratus dan

kekerapan bagi aspek tahap penguasaan Bahasa

Inggeris

44

4.5 Taburan responden mengikut peratus dan

kekerapan bagi aspek tahap keyakinan Bahasa

Inggeris

47

4.6 Taburan responden mengikut peratus dan

kekerapan bagi aspek menggunakan Bahasa

Inggeris

50

Page 13: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

xiii

SENARAI SINGKATAN

DBP : Dewan Bahasa dan Pustaka

JPTK : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

MUET : Malaysian University English Test

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia.

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

LK : Lukisan Kejuruteraan.

% : Peratus

f : Kekerapan

Page 14: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Soal Selidik dari

Dr Mohd Safarin Bin Nordin

Page 15: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antara bangsa, oleh itu

penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat penting kepada pelajar dalam menghadapi

cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Dengan penguasaan Bahasa

Inggeris yang baik, pelajar-pelajar dapat memperolehi ilmu dengan lebih banyak dan

mudah. Hasil kajian oleh Anisfield (1964) menunjukkan pelajar-pelajar yang bilingual

didapati mempunyai kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan

keupayaan berfikir yang lebih baik.

Menurut Cummin dan Swain (1986), pelajar-pelajar yang bilingual didapati

mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual.

Berdasarkan kepada kepentingan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sebagai bahasa kedua. Antara

cadangan yang dikemukakan adalah Bahasa Inggeris digunakan sebagai alat

Page 16: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

pembelajaran di samping mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar

menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu satu keputusan telah dibuat oleh pihak kerajaan

supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar menggunakan Bahasa Inggeris pada

awal 2003.

Pada awal tahun 2006, kerajaan telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan menggunakan Bahasa Inggeris. Rasional

kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan

Kejuruteraan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar

keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai

taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam

era globalisasi perindustrian pada masa akan datang.

Usaha meningkatkan Bahasa Inggeris adalah baik kerana selari dengan keperluan

semasa menjadikan Malaysia pusat pendidikan di rantau ini. serta usaha kerajaan untuk

menggalakkan anak-anak watan merebut peluang ekonomi di luar negara. Penguasaan

Bahasa Inggeris yang baik menjadikan Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.

Perkembangan ini seimbang dengan arus globalisasi sekarang ( Robiah Sidin, 1998 ).

Ketika dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris dilaksanakan, pihak universiti tidak mempunyai peruntukkan masa yang

mencukupi bagi mempersiapkan bakal guru bersedia untuk mengajar menggunakan

Bahasa Inggeris. Rentetan daripada itu timbul situasi di mana guru menjadi pasif semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, sentiasa bimbang, tidak yakin dan tidak

bermotivasi.

Page 17: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

Subjek Kemahiran Hidup berpotensi besar untuk di tukar dasar pengajaran dan

pembelajarannya kepada Bahasa Inggeris kerana subjek ini merupakan salah satu

daripada elemen yang terdapat pada Lukisan Kejuruteraan. Di mana subjek Lukisan

Kejuruteraan telah pun diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Lantaran itu, satu kajian

tindakan dilakukan dalam usaha persediaan kepada kebarangkalian yang bakal berlaku

pada masa akan datang.

1.1 Latar Belakang Masalah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Berita Mingguan, Ahad 7

September 2003) menekankan bahawa untuk merealisasikan Wawasan 2020, salah satu

syarat ialah rakyat perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk membangunkan negara

Malaysia kepada sebuah industri yang maju. Menurut beliau juga, rakyat Malaysia perlu

fasih dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara

yang turut merupakan bahasa ilmu. Beliau juga menyatakan bahawa keperluan

menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak dalam era globalisasi sehingga negara-

negara seperti Perancis, China dan Jepun serta negara-negara lain yang sebelum ini amat

berbangga dengan bahasa masing-masing turut mengambil inisiatif mempelajari bahasa

ini.

Berdasarkan ekuiti Pendidikan dalam Pembangunan Pendidikan 2000-2010,

Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan bahawa kurikulum pendidikan negara

menepati keperluan pasaran kerja dan industri khususnya dalam penguasaan Bahasa

Inggeris. Bagi mencapai matlamat tersebut, seseorang guru perlulah mempunyai

kemahiran dan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kemahiran mengajar dalam

kalangan guru-guru yang terlibat dengan matapelajaran tersebut perlulah dipertingkatkan

supaya mutu Bahasa Inggeris pelajar dapat dipertingkatkan.

Page 18: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

Menurut Edelhoff (1985), kecekapan menggunakan Bahasa Inggeris adalah

sesuatu perkara yang baik dan apa yang lebih penting ialah sikap guru itu sendiri terhadap

pembelajaran antarabangsa. Ini bermaksud, sikap guru untuk bersedia menerima

komunikasi tindak balas antara manusia dalam semua kebolehan, pendapat, bangsa dan

latar belakang sosial. Selain itu, guru perlu meningkatkan kefahaman terhadap kebebasan

manusia, pembangunan demokrasi dan penggayaan individu. Tuntutan kebebasan

berkomunikasi sewajarnya mendapat perhatian pelajar. Ini adalah penting bagi keperluan

mereka dan kelantangan menganggap pengajaran untuk membolehkan mereka

membangunkan bakat dengan cara yang tersendiri sebagai ahli dalam kumpulan ataupun

individu.

Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar bagi pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik pada awal tahun 2003. Manakala, pada

awal tahun 2006, pengajaran dalam Bahasa Inggeris bagi matapelajaran teknikal telah

dilaksanakan. Perubahan pengajaran menggunakan Bahasa Melayu kepada Bahasa

Inggeris ini selaras dengan kehendak perkembangan Pendidikan Negara. Justeru itu para

guru hendaklah bersedia untuk melaksanakannya agar matlamat Kementerian

Pendidikan Malaysia akan tercapai. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru hendaklah peka

terhadap perubahan kurikulum dan kehendak masyarakat serta negara. Dengan ini, guru

hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan ilmu dan mengemaskini bahan dan

kemahiran yang perlu diajar. Penerimaan guru teknikal terhadap perubahan ini sedikit

sebanyak akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu tidak akan tercapai jika guru

bersikap sambil lewa terhadap betapa pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris pada masa

kini. Peranan guru di dalam bilik darjah adalah signifikan mempengaruhi sikap dan

pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa asing (Rosli Talif, 1995).

Keyakinan guru yang tinggi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris adalah amat

penting. Menurut Curtis (1993), seseorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris itu

Page 19: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

perlulah berkeyakinan untuk memuaskan kehendak individu kepada pelajar dalam

matapelajaran yang mereka ambil. Guru yang berkeyakinan tinggi semasa pengajaran

akan meningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk belajar. Isi pelajaran akan dapat

disampaikan dengan lancar dan berkesan. Pelajar akan menganggap guru tidak pandai

mengajar sekiranya guru tiada keyakinan semasa mengajar.

Perubahan pengajaran dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris sedikit

sebanyak akan mengubah gaya pengajaran guru. Ini kerana, menurut Curtis (1993), guru

yang mengajar Bahasa Inggeris hendaklah berkemampuan untuk mengenalpasti dan

menyelia semasa proses pengajaran berlangsung serta berkemampuan memberi

sokongan, nasihat, cabaran dan menilai pelajar. Walaubagaimanapun, perubahan ini tidak

akan menjejaskan peranan guru di dalam bilik darjah jika guru sentiasa bersedia.

Menurut Cogan (1958), guru yang sistematik dalam proses pengajarannya lebih

diminati oleh pelajarnya. Dalam penyelidikanya, beliau menyatakan bahawa pelajar

menganggap guru mereka seorang yang teratur dan sistematik di dalam bilik darjah dari

segi penyusunan gerak kerja proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sebegini adalah

seorang yang berkomitmen yang sentiasa mencari punca kelemahan di dalam kerumitan

yang dihadapi dan mengutamakan kesesuaian sesuatu alat pengajaran untuk penguasaan

pembelajaran oleh pelajar-pelajarnya. Kriteria penting bagi seorang guru adalah

menghasilkan pengajaran yang baik iaitu berkeupayaan untuk meransang dan

menimbulkan minat pelajarnya supaya dapat melibatkan diri dalam pembelajaran serta

mengadakan suasana dalam mengekalkan proses pemikiran pelajar. Justeru itu, guru

perlulah merancang kaedah dan alat bantu pengajaran yang bersesuaian sebagai

persediaan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris bagi sesuatu matapelajaran

memerlukan seseorang guru bersedia dari pelbagai aspek seperti pengetahuan, kesediaan

Page 20: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

dan sebaginya. Ini kerana guru merupakan tenaga pengajar dan juga sebagai fasilitator di

dalam bilik darjah. Seseorang guru mestilah menunjukkan minat terhadap apa yang di

ajarnya. Ini akan dapat memberikan contoh motivasi yang baik kepada pelajar. Pelajar

juga akan turut menunjukkan minat terhadap pelajaran itu. Ini akan menggalakkan

mereka untuk belajar dengan lebih giat lagi. Glenn (2001,dalam: Esah 2003), mengatakan

guru mestilah menguasai isi kandungan atau isi pelajaran yang di ajar. Perkembangan

terkini dalam bidang yang diajar hendaklah di ikuti dan di kuasai.

1.2 Pernyataan Masalah

Melihatkan masih belum ada kajian mengenai kesediaan pelajar Teknikal dan

Kejuruteraan UTM, Skudai untuk mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dalam

Bahasa Inggeris dijalankan, maka pengkaji mengambil inisiatif untuk melaksanakan

kajian ini bagi mengenalpasti adakah pelajar Teknikal dan Kejuruteraan bersedia untuk

mengajar subjek Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris ataupun sebaliknya. Pengkaji

turut melakukan kajian ini memandangkan pelbagai kebarangkalian yang akan terjadi

dalam sistem pendidikan Malaysia. Seperti perlaksanaan pengajaran matapelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada awal tahun 2003 dan pengajaran

matapelajaran Lukisan Kejuteraan pada awal 2006. Perubahan yang berlaku telah

memberi tamparan hebat kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains,

Matematik dan Teknikal dan tidak kurang juga kepada bakal guru yang akan mengajar

subjek-subjek tersebut. Justeru itu tidak mustahil sekiranya satu hari kelak, subjek

Kemahiran Hidup turut akan di ajar menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,

pengkaji merasakan kajian mengenai kesediaan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan, UTM,

Skudai untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris perlu dijalankan.

Page 21: KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalahagi kepada

1.3 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.3.1 Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar Teknikal dan

Kejuruteraan untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.

1.3.2 Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan untuk

mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.

1.3.3 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Teknikal dan

Kejuruteraan untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 Apakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar Teknikal dan

Kejuruteraan untuk penggunaan dalam pengajaran Kemahiran Hidup

1.4.2 Apakah tahap keyakinan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan untuk

menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Kemahiran Hidup

1.4.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar Teknikal dan Kejuruteraan

untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.