persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam … · sampel kajian ini terdiri daripada 150...

31
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MENGAWAL DISIPLIN PELAJAR DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU. MUHAMAD FAIROS BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM

MENGAWAL DISIPLIN PELAJAR DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH

SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU.

MUHAMAD FAIROS BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru
Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru
Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

i

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MENGAWAL

DISIPLIN PELAJAR DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR

KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU.

MUHAMAD FAIROS BIN ABD RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknoloogi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru
Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

iii

Segala puji bagi Allah S.W.T

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Kurnia dan Nikmatnya

TERISTIMEWA BUAT:

Mak dan abah yang dikasihi

Hamidah Hj Yusuf dan Abd. Rahman Abdullah yang telah banyak memberi sokongan

dan nasihat disepanjang pembelajaran saya disamping iringan doa dan pengorbanan

yang tiada penghujungnya. Semoga kejayaan akan mengiringi anakmu di dunia dan

akhirat.

Tak lupa juga buat Abang, Kak Long dan Kak Ngah. Semoga semuanya akan terus

berjaya. Serta sekalian pendidik yang mencurahkan bakti, “budak-budak SPH” dan

rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dengan lancarnya. Pergorbanan dan galakan kalian amat bermakna sebagai

perangsang untuk saya lebih maju. Semoga kita semua akan diberkatinya. Sekalung

terima kasih diucapkan.

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

pensyarah pembimbing En Asnul Dahar Bin Minghat di atas bimbingan, nasihat,

dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini

dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga

yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Johor, yang telah memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua

pengetua dan guru-guru yang terlibat. Tanpa sokongan dan bantuan mereka kajian ini

tidak mungkin akan dapat dijalankan.

Akhir sekali penyelidik turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan

seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah

diberikan kepada penulis.

Terima kasih, wassalam.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk

mengenalpasti persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal masalah

disiplin pelajar di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana bentuk tindakan yang digunakan

oleh guru, tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa dan bentuk

campur tangan ibu bapa tentang hal ehwal anak-anak mereka dalam mengawal disiplin.

Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah

menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru. Instrumen yang digunakan ialah

berbentuk soal selidik dan data yang diperolehi di proses dengan menggunakan perisian

SPSS 10.0 (Satatistical Package for Science Social) berdasarkan nilai peratus dan min.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bentuk tindakan yang cenderung digunakan oleh

guru untuk mengawal disiplin pelajar ialah menasihati pelajar yang melanggar disiplin

sekolah. Selain itu, bentuk tindakan guru yang mempengaruhi ibu bapa untuk campur

tangan dalam mengawal disiplin anak-anak mereka ialah dengan menjemput ibu bapa

pelajar datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah disiplin anak mereka.

Dapatan kajian juga memperolehi, bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah

disiplin anak-anak mereka di sekolah berada pada tahap yang kurang memuaskan. Di

akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak

tertentu untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

vi

ABSTRACT

This descriptive research is to recognize “ Teacher's opinion against parents

involvement in term to control the discipline problems among the students at five school

from the area of Skudai, Johor Bahru ”. The objective of this research to observe how far

teacher's action which influence parent's and what type of respond or action that parents

did to their son. Sample of this study is 150 class teachers at five secondry school in

Skudai area, Johor Bahru. Instrument that been used in this study is questionnaire and

data obtained was analyze using Statistical Package for Science Social version 10.0

(SPSS) based on percentage and mean value. The result of this study shows that teacher

action and type of involvement teacher's action to their student who broke the school

rules. There for, teacher action to influence that parents for intervation to settle the

discipline student problem is invite a parents go to school for discuss to settle discipline

problem that our children. The result aslo show that parent intervation in discpline

problem for their children the school sit at middle lever. At the end of this study, a few

suggestions have been made by the research for the benefit of all at the future.

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL I

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK

ABSTRACT

V

vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

xi

xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 12

1.4 Objektif Kajian 12

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

viii

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Batasan Kajian

13

13

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.8 Definisi / Istilah Kajian

1.9 Penutup

15

18

BAB II SOROTAN PENULISAN

19

2.1 Pengenalan 19

2.2 BentukTindakan Guru 20

2.3 Bentuk Tindakan Guru yang Mempengaruhi

campur tangan Ibu bapa

23

2.4 Bentuk Campur Tangan Ibu bapa 24

2.5 Penutup 27

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Penutup 38

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

ix

BAB IV ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 40

4.3 Analisis demografi

4.4 Analisis Bahagian B

40

44

4.5 Penutup 56

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

57

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 58

5.3 Perbincangan 59

5.4 Cadangan 64

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

67

68

BIBLIOGRAFI 69 - 71

LAMPIRAN

Lampiran A - I

72 - 86

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Perangkaan Jenayah Juvana dari tahun 1990

hingga 1997

5

1.2 Tangkapan juvana terlibat dengan jenayah bagi

tahun 1990-1997

6

1.3 Penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam

jenayah mengikut negeri, Malaysia 1997

7

1.4 Bilangan pesalah di bawah umur 18 tahun

mengikut daerah, Johor 1997

8

1.5 Statistik kesalahan pelajar sekolah menengah di

daerah Johor Bharu mengikut kes- kes tertinggi

bagi tahun 2003

9

1.6 Taburan bilangan kesalahan pelajar-pelajar

sekolah menengah di lima buah sekolah sekitar

Skudai Johor Bharu berdasarkan tiga kes

10

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

xi

tertinggi bagi tahun 2003

3.1 Taburan sekolah dan jumlah guru yang terlibat

sebagai sampel kajian

30

3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan

Markah Skor

31

3.3 Pemerikatan Skala Likert

32

3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian

Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap

Persoalan Kajian

33

3.5

3.6

3.7

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Peratus

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Pemeringkatan skala lima kepada tiga mata

berdasakan nilai min

37

37

38

4.1

4.2

Nilai Skor

Taburan Responden Mengikut Jantina

40

41

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur

41

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa

42

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Kelayakan 42

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

xii

Akademik

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar

43

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

bagi tindakan yang lebih cenderung yang

digunakan oleh guru untuk mengawal disiplin

pelajar

45

4.8 Taburan responden mengikut tindakan guru

yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa

dalam hal ehwal disiplin pelajar sekolah

49

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

bagi pandangan guru terhadap bentuk campur

tangan ibu bapa tentang hal ehwal anak-anak

mereka

53

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

STAR - Sekolah Tunku Abdul Rahman

MCKK - Malay College Kuala Kangsar

SPSS - Statistical Package For Science Social

S.M.K - Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman U - Taman Universiti

Taman U 2 - Taman Universiti Dua

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 72

B

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

78

C

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan

Pendidikan Johor

80

D

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Universiti

Teknologi Malaysia

81

E

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti II

82

F

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini

83

G

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Sri Skudai

84

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

xvi

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah

85

I

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti

86

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara Malaysia menjadi negara maju

dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang.

Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata

diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal, malah ia akan meliputi pengwujudan

satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh

dicontohi oleh negara-negara lain.

Dalam keadaan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku dengan pesatnya di

negara kita pelbagai masalah telah timbul. Di antara masalah yang wujud ialah masalah

keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda, terutamanya masalah disiplin pelajar

sekolah.

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

Permasalahan disiplin pelajar sekolah menengah adalah perkara pokok yang

telah menarik perhatian para pendidik, kaunselor, ibu bapa, guru, dan pemimpin dalam

negara ini. Salah satu matlamat pendidikan adalah melahirkan warganegara dan individu

yang bertatatertib, bertanggungjawab dan bermoral. Akibat kurang atau tiadanya disiplin

boleh menyebabkan penyelewengan tingkahlaku, ketidakharmonian dalam hidup dan

salahsuaian dalam masyarakat.

Keruntuhan akhlak pelajar sekolah bandar atau luar bandar pada masa sekarang

juga amat membimbangkan banyak pihak di negara ini. Guru dan ibu bapa adalah dua

pihak yang bertanggungjawab secara langsung yang perlu menangani masalah ini.

Masalah sosial pelajar sekolah pada masa sekarang boleh dikatakan berada pada tahap

yang membimbangkan semua pihak. Sebagai masyarakat pelapis, mereka sepatutnya

sedar akan tanggungjawab mereka pada masa yang akan datang. Tetapi, sekarang

kesedarannya amat kurang.

Keluarga adalah agen prima dan teras kepada pengwujudan masyarakat madani

dalam menghadapi abad ke 21. Institusi ini merupakan aset utama dalam membentuk

sahsiah dan peribadi generasi akan datang. Ia juga merupakan paksi kepada

pembangunan dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara. Walaupun keluarga

merupakan unit terkecil dalam masyarakat, tetapi ianya mampu mempengaruhi

pembentukan keseluruhan negara. Ini adalah disebabkan kemajuan sesuatu bangsa dan

negara adalah bergantung kepada keadaan orang-orang yang menjadi ahli kepada

kumpulan bangsa itu atau orang yang menjadi penduduk negara itu.

Bagi merealisasikan fungsinya, keluarga perlu wujud sebagai institusi yang

perkasa supaya dapat menjamin pembangunan yang dihasratkan sesuai dengan tuntutan

zaman. Pengwujudan keluarga yang mantap, utuh dan berdaya tahan amat penting bagi

menjana generasi penerus yang mampu menangani cabaran alaf baru yang semakin

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

kompleks. Keluarga sebagai tunjang masyarakat memegang amanah besar untuk

memastikan anak-anak dididik sesempurna mungkin dengan seberapa banyak nilai-nilai

terpuji. Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang diselubungi kasih sayang dan keimanan

mampu menghidari unsur-unsur buruk. Nilai-nilai keibubapaan mempunyai pengaruh

yang besar untuk perkembangan fizikal dan psikososial anak. Tingkahlaku ke ibu

bapaan didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan tingkahlaku penyesuaian anak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah disiplin remaja di institusi pendidikan baik di tingkat rendah mahupun

tinggi kini menjadi semakin rumit. Berbagai insiden kesalahan tatatertib sehingga ke

tahap paling serius termasuk memukul, gangsterism, pelacuran, zina dan membunuh kini

menjadi-jadi di sekolah sehingga di Institusi Pengajian Tinggi. Beberapa kes yang di

laporkan kebelakangan ini di dalam media massa, menggambarkan wujudnya

kepincangan yang amat ketara dalam keperibadian remaja masa kini. Bukan menjadi

suatu berita yang mengejutkan bila di siarkan kes pelajar berkelakuan ganas seperti

perkelahian antara kumpulan pelajar, bertindak ganas terhadap guru, tindakan merosak

harta awam, merokok, edaran bahan lucah dan termasuk juga maksiat yang kian

menjadi-jadi di kebelakangan ini. Walaupun terdapat pelbagai peraturan di wujudkan

untuk mengawal disiplin pelajar, namun ternyata masalah disiplin semakin meruncing.

Laporan mengenai kegiatan gangsterisme seperti di dakwa berlaku di tiga buah

sekolah baru-baru ini adalah tanda kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan

disiplin sekolah-sekolah kebangsaan sekarang ini. Pelbagai salah laku pelajar mula

menjadi perhatian masyarakat, bermula dengan kes kecederaan seorang pelajar akibat

pergaduhan di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Kemudian di susuli pula

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

dengan kematian seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setiu di Terengganu

pada tahun 2003. Salah laku pelajar semakin menjadi-jadi sehingga menular ke sekolah-

sekolah elit seperti STAR di Ipoh Perak, di mana terbongkarnya pertubuhan pelajar

secara haram iaitu High Council. Manakala di MCKK pula berlaku insiden salahlaku

ekstrim pelajar iaitu menyerang warden dengan menggunakan senjata yang merbahaya.

Menurut Hussain (2003), Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya

menyatakan,

“ Sekolah-sekolah kerajaan terpilih seperti ini yang mempunyai pelajar-pelajar

berkualiti dan cemerlang dalam akademik jelas tidak menjamin ketertiban dan disiplin

pelajar.” (Harian Metro, 23 Ogos 2003)

Masalah ini berlaku pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu

mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi

mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar

rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja

juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi

kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-

tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan

seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan

dewasa.

Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri

atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah,

lari dari rumah, seks bebas serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Pelajar kini

sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan

samseng seperti kumpulan gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun

dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme, penyalahgunaan dadah,

minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

sahaja berlaku di sekolah bandar dan di pinggiran bandar, malahan di sekolah luar

bandar. Jadual 1.1 di bawah menerangkan perangkaan jenayah juvana dari tahun 1990

hingga 1997. Keadaan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun bermula dari tahun

1990 sehingga ke tahun 1997, di mana 8 % tangkapan telah dibuat pada tahun 1990

bertambah pada tahun 1997 sebanyak 20 %.

Jadual 1.1 : Perangkaan Jenayah Juvana dari tahun 1990 hingga 1997

Tahun Bilangan Kes (%) Bilangan Tangkapan (%)

1990 1,736 (9.27) 2,386 (8.02)

1991 1,320 (18.92) 1,892 (6.35)

1992 1,957 (10.45) 3,164 (10.63)

1993 2,315 (12.36) 3,602 (12.10)

1994 2,084 (11.13) 3,247 (10.91)

1995 2,573 (13.73) 4,192 (14.09)

1996 2,820 (15.06) 4,681 (15.73)

1997 3,628 (19.73) 5787 (19.45)

Jumlah 18,731 29,755

Sumber : Kementerian Dalam Negeri 1998

Jadual 1.1 di atas menunjukkan perangkaan jenayah juvana dari tahun 1990

hingga 1997. Ini boleh dilihat dari data Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan

Kebajikan Masyarakat mengenai bilangan kes yang melibatkan juvana adalah tinggi dan

meningkat dari tahun ke tahun.

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

Jadual 1. 2 : Tangkapan juvana terlibat dengan jenayah bagi tahun 1990-1997

Jenis Jenayah

1990

1991

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Bunuh

Samun

Rogol

Mendera

Pecah rumah

Mencuri

6

51

28

84

485

709

7

23

25

58

317

504

17

60

37

112

482

827

14

62

50

112

539

969

12

51

66

103

430

930

7

58

70

154

472

2,134

26

86

95

263

399

1,130

26

108

117

357

523

1,065

Jumlah Besar 1,363 934 1,535 1,746 1,592 2,895 1,999 2,196

Sumber: Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.2 pula menunjukkan tangkapan yang melibatkan kesalahan juvana bagi

tahun 1990-1997 mengikut jenis-jenis jenayah yang dilakukan.

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

Jadual 1.3: Penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam jenayah mengikut negeri,

Malaysia 1997.

Negeri Bilangan Kes (%) Bilangan Tangkapan (%)

Johor Selangor

Kedah

Pulau Pinang

Kuala Lumpur

Perak

Sabah

Negeri Sembilan

Kelantan

Sarawak

Terengganu

Pahang

Melaka

Perlis

617 (17.0)

522 (14.4)

324 (8.9)

310 (8.5)

282 (7.8)

261 (7.2)

252 (6.9)

231 (6.4)

170 (4.7)

168 (4.6)

161 (4.4)

147 (4.0)

120 (3.3)

63 (1.7)

938 (16.2)

821 (14.2)

520 (9.0)

453 (7.8)

478 (8.3)

419 (7.2)

377 (6.5)

353 (6.1)

268 (4.6)

257 (4.4)

300 (5.2)

255 (4.4)

237 (4.1)

111 (2.0)

JUMLAH BESAR 3,628 5,787

Sumber : Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.3 menunjukkan penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam jenayah

mengikut negeri, Malaysia 1997. Di dapati daripada jadual tersebut negeri Johor

merupakan negeri yang tertinggi menghadapi masalah jenayah juvana. Maksud jenayah

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

juvana dalam kajian ini ialah kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah

yang berumur 18 tahun ke bawah.

Jadual 1.4: Bilangan pesalah di bawah umur 18 tahun mengikut daerah, Johor

1997.

DAERAH BILANGAN PESALAH (%)

Johor Bahru

Kota Tinggi

Batu Pahat

Muar

Mersing

Keluang

Pontian

Segamat

174 (32.2)

95 (17.6)

87 (16.1)

55 (10.2)

43 (8.0)

40 (7.4)

31 (5.8)

14 (0.7)

Jumlah Besar 539

Sumber : Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.4 menunjukkan taburan pesalah-pesalah di bawah umur 18 tahun

mengikut daerah di negeri Johor. Berdasarkan jadual tersebut, Johor Bahru didapati

menduduki tangga teratas sebagai daerah yang paling ramai anak remaja melakukan

kesalahan juvana berbanding dengan daerah-daerah lain iaitu sebanyak 32.2% daripada

jumlah keseluruhan. Ini telah diikuti pula oleh Kota Tinggi (17.6%) dan Batu Pahat

(16.1%) yang masing-masing mencatatkan peratusan yang agak tinggi. Sekiranya

diteliti, statistik tersebut memberi gambaran bahawa masalah sosial di negeri Johor

melanda bukan sahaja di kawasan bandar dan bandaraya yang pesat membangun malah,

Page 27: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

ia juga berlaku di kawasan luar bandar. Ini telah menunjukkan bahawa ia merupakan

satu penyakit negara yang perlu dirawat dan dikawal, agar kestabilan institusi

kekeluargaan seterusnya masyarakat dan negara dapat dipertahankan.

Jadual 1.5 : Statistik kesalahan pelajar sekolah menengah di daerah Johor Bahru mengikut kes- kes tertinggi bagi tahun 2003 KOD KES KESALAHAN JUMLAH PELAJAR

881 Ponteng Sekolah 2066

882 Ponteng Kelas 1891

556 Menghisap Rokok 1059

331 Rambut Panjang 664

442 Datang Lewat 595

911 Bergaduh 466

334 Pakaian Tidak Mengikut Peraturan Sekolah 447

JUMLAH 7188

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2003

Berdasarkan Jadual 1.5, kesalahan-kesalahan yang tertinggi di sekolah menengah

di negeri Johor bagi tahun 2003 terbahagi kepada tujuh kategori kesalahan. Antaranya

ialah ponteng sekolah, ponteng kelas, menghisap rokok, berambut panjang, datang lewat

ke sekolah, bergaduh dan pakaian tidak mengikut peraturan sekolah. Kesalahan ponteng

sekolah adalah kesalahan yang tertinggi di lakukan oleh pelajar iaitu sebanyak 2066

orang pelajar. Bagi kesalahan kedua tertinggi sebanyak 1891 orang pelajar telah

melakukan kesalahan ponteng kelas. Manakala kesalahan ketiga tertinggi ialah

menghisap rokok, ia telah dilakukan oleh 1059 orang pelajar. Bagi kesalahan seterusnya

adalah kesalahan berambut panjang dilakukan oleh 664 orang pelajar. Sebanyak 595

orang pelajar telah melakukan kesalahan datang lewat ke sekolah. Untuk kesalahan

Page 28: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

pergaduhan, sebanyak 466 orang pelajar terlibat dalam kesalahan ini. Rating kesalahan

yang terakhir paling tinggi dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan memakai pakaian

tidak mengikut peraturan sekolah, ia dilakukan oleh 447 orang pelajar. Jumlah

keseluruhan bagi kesalahan pelajar sekolah menengah di negeri Johor adalah 7188 orang

pelajar.

Jadual 1.6 : Taburan bilangan kesalahan pelajar-pelajar sekolah menengah di lima

buah sekolah sekitar Skudai Johor Bahru berdasarkan tiga kes

tertinggi bagi tahun 2003

NAMA SEKOLAH

KES

Ponteng Ponteng Menghisap

Sekolah Kelas Rokok

BIL.

PELAJAR

S.M.K Taman U 2

76 38 74

188

S.M.K Skudai

61 33 57

151

S.M.K Tun Aminah

97 22 30

149

S.M.K Mutiara Rini

55 14 32

101

S.M.K Taman U

42 19 36

97

JUMLAH

331 126 229

686

Sumber : Unit-unit disiplin sekolah yang terlibat bagi tahun 2003

Page 29: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

Berdasarkan jadual 1.6 menunjukkan taburan kesalahan pelajar di lima buah

sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru. Hasil daripada data yang diperolehi menunjukkan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 mempunyai kes ponteng sekolah

sebanyak 76 kes, diikuti ponteng kelas sebanyak 38 kes, menghisap rokok 74 kes dan

jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini adalah 188 kes. Bagi Sekolah Menengah

Kebangsaan Skudai pula mempunyai kes ponteng sekolah sebanyak 61 kes, diikuti

ponteng kelas sebanyak 33 kes, menghisap rokok 57 kes dan jumlah keseluruhan bagi

ketiga-tiga kes ini ialah 151 kes. Ini diikuti oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Tun Aminah yang mempunyai kes ponteng sekolah sebanyak 97, 22 kes ponteng kelas

dan 57 kes menghisap rokok. Jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini ialah 149 kes.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini menunjukkan sebanyak 55 kes ponteng

sekolah, diikuti 14 kes ponteng kelas, menghisap rokok sebanyak 32 kes dan jumlah

keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini ialah 101 kes. Sekolah yang terakhir ialah Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti yang mempunyai 42 kes ponteng sekolah,

diikuti 19 kes ponteng kelas, 36 kes menghisap rokok dan jumlah bagi ketiga-tiga kes ini

ialah 97 kes.

Jumlah keseluruhan untuk kes ponteng sekolah bagi kelima-lima sekolah ini

adalah sebanyak 331 manakala jumlah kes ponteng kelas sebanyak 126 dan 229 kes

dicatatkan bagi kes menghisap rokok. Jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes di lima

buah sekolah ini ialah 686 kes yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah

menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.

Oleh yang demikian, kepincangan yang berlaku di institusi sekolah ini perlu

dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, dikhuatiri masalah yang melanda

institusi sekolah ini akan menjadi semakin teruk.

Page 30: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

1.3 Pernyataan Masalah

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda pelajar kita pada

hari ini amatlah membimbangkan. Statistik yang diperolehi menunjukkan negeri Johor

merupakan negeri yang tertinggi terlibat dalam permasalahan disiplin atau jenayah

juvana, khususunya di daerah Johor Bahru. Berdasarkan daripada taburan bilangan

kesalahan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

menunjukkan lima buah sekolah menengah yang terlibat dengan permasalahan ini iaitu

S.M.K Taman Universiti 2, S.M.K Skudai, S.M.K Tun Aminah, S.M.K Mutiara Rini dan

S.M.K Taman Universiti mempunyai bilangan kesalahan pelajar meliputi tiga kes

tertinggi iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan menghisap rokok. Walaupun sudah

banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku

pelajar tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca

masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji

persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal disiplin pelajar di lima

buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti bentuk tindakan yang lebih cenderung digunakan oleh guru

untuk mengawal disiplin pelajar sekolah.

2. Mengenalpasti bentuk tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu

bapa dalam mengawal disiplin pelajar sekolah.

Page 31: PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM … · Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru

3. Mengenalpasti bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah disiplin anak-

anak mereka di sekolah.

1.4 Persoalan kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai, di antaranya ialah:

1. Apakah tindakan yang lebih cenderung digunakan oleh guru untuk mengawal

disiplin pelajar sekolah?

2. Apakah bentuk tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa

dalam mengawal disiplin pelajar sekolah?

3. Apakah bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah disiplin anak-anak

mereka di sekolah?