kesedaran ruang

Upload: leu-qiao-xin

Post on 14-Jul-2015

156 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kesedaran Ruang Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua, iaitu: o Ruang Diri : ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan o Ruang Am : kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan Ruang yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Daya cipta kreatif juda dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut : o Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang o Membuat pergerakan menggunakan ruang diri o Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras o Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah o Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan a. Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong, contohnya kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. b. Membuat pergerakan menggunakan ruang diri Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain, pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota badan boleh digerakkan. Selain pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan in melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. c. Bergerak menggunakan pelbagai arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang memboleh kan perlakunya bergerak mengikut arah yang digemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. d. Bergerak menggunakan pelbagai laluan Dalam bergerak menggunakan pelbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ular menyusur.

Kesedaran Tubuh Badan Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan lengan), torso, kaki (rermasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi Jenis-jenis pergerakan dalam tema kesedaran tubuh badan Jenis pergerakan Maksud jenis pergerakan Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian berselang pada tubuh badan berselang-seli menyentuh lantai Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian selalu tubuh badan menyentuh lantai sentiasa Bergerak tanpa sentuhan seketika Menyokong beban pada bahagian tubuh Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika Bergerak dengan beban di bahagian tubuh

Aktiviti - Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut - Gulingan, guling balak, manarik dan menolak

- Lompat binatan, lompat dakap dan lompat layang. Membawa pundi kacang di atas kepala serta menggolekkan bola kecil di atas belakang badan Pergerakan mengikuti situasi seperti : - Bunga sedang kembang - Arnab tidur dalam lubang - Galah menjulang awan - Kain dilipat dua Galop Lompat kanggaru dalam arag zigzag

Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang, pendek

Membekukan tubuh badan

Berhenti bergerak apabila isyarat diberi

Merangkaikan dua atau lebih Merangkaikan beberapa pergerakan kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil Merangkaikan dua atau lebih Merangkaikan beberapa pergerakan kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil

o o o o o

Lompat ke dalam gelung rotan Menyusup di bawah Lompat ke dalam gelung rotan Menyusup di bawah palang Berlari dan melompat melepasi palang

Kesedaran Beban Pergerakan di dalam kemahiran kesedaran beban lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang jelas, terang dan mudah difahami amat penting bagi murid untuk memahami dan mengikutinya. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini guru perlu memnerikan situasi. Contoh situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta berbuah. Berikut adalah penerangan lanjut untuk kesedaran beban. Kesedaran beban : bermaksud kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika melakukan pergerakan. Pergerakan juga dilihat dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri, kreativiti dan estetika dalam diri murid. Sememangnya diharapkan nilai ini dapat dibawa dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian murid. Aktiviti ini juga member kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan ini. Elemen keselamatan hendaklah diutamakan dalam setiap gerakan ini. Antaranya ialah: o Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid. Jika aspek ini diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan. o Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada murid. o Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid. Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistic dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema, iaitu : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kesedaran tubuh badan Kesedaran ruang Kesedaran masa Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan Kesedaran beban Kesedaran aliran Kesedaran perkaitan dengan orang lain Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah i. Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan ii. Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran iii. Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah iv. Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

Pergerakan Kreatif Pengenalan Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dank e kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan member peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan. Pergerakan Kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreatif untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya oergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri. Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif. Kesemua unsure yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah : o Tubuh badan o Ruang o Masa o daya Tujuan Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif member fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama pergerakan kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan. Nilai yang boleh ditanamkan dalam pergerakan kreatif Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan ialah : o keyakinan diri dalam melakukan pergerakan o kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi o semangat cintakan keindahan alam sekitar o bekerjasama keseronolan dan kepuasan o menyedari keperluan orang lain o menghormati orang lain o kerajinan o keadilan o kesyukuran o keberanian o bekerjasama o kebersihan fizikal dan mental o baik hati o kejujuran o berhemah tinggi o rasional o kasih saying o berdikari o kebebasan o semangat bermasyarakat o kesederhanaan

Faedah Pergerakan kreatif Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah : o Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitivity o Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia o Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi o Pergerakan kreatif membentuk sifat sofat jaya diri dan inisiatif o Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh o Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasi idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi o Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan. o Pergerakan kreatif menolong member makna kepada pelbagai aspek pergerkan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. o Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari. o Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. o Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai estetika. o Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan o Peningkatan kemahiran pergerakan o Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri o Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif o Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif o Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif o Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain o Peningkatan tahap kevergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan

Tema dalam pergerakan kreatif 1. Kesedaran tubuh badan Dalam tema kesedaran tubuh badan tumuan gerakan diberi kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan a. Keseluruhan tubuh badam Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik. b. Bahagian tubuh badan Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkaka seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan 2. kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema ini akan member tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. a. Beban Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu memdapat rintangan, misalnya beban. Kesan dariada beban ini akan menghasikan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergeraka n yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohny menyelam b. masa kesedaran rintangan terhadap masa member tumouan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contonnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi. 3. Kesedaran ruang Tema ini member tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam menontonkan sesuautu pergerakan. a. Kawasan Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini member tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah

b. Arah Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dank e bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juaga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta 4. Aliran beban badan dalam ruang dan masa Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa a. aliran aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunkan ruang dan masa dalam melakukan gerakan. Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu - aliran bebas Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berda di udara dan sukar diberhentikan - aliran terikat pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaaan seimbang b. ruang salah satu kmahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus - penyesuaian terhadap rakan penyesuaian terhadap rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah : Aktiviti 1(Kerja berpasangan) Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan temapat meniru sama ada selari atau pergerakan meniri bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan dipertontonkan secara unik Arahan tugasan Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas. Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniri selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tigasan sebagai ritma.

-

Contoh Aktiviti Kerja berkumpulan Dalam kerja berkumoulan penyeseuai terhadap rakan secar berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut o Ketua dengan pengikut o Kumpulan bekerjasama o Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan Pertukaran tempat, pergerakan meniri atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diterokai. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.

5. Penggunaan Tubuh badan sebagai alat Tema ini member peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas a. Lompatan asas Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan in berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan member kesan yang berbeza b. Bentuk tubuh badan Penekaan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru). c. Gaya isyarat Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan disokong oleh kedua belah beban badan. 6. Ritma berkaitan dengan pekerjaan Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerkan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangnya pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut : o bentuk tangan yang memegang sesuatu alat o Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan o Peralihan antara dua pergerakan o Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran bentuk-bentuk pergerakan Dalam kemahiran ini bentuk bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk bentuk pergerakan seperti garisan luris, lengkung dan bulatan. Bentuk bentuk ini boeh dihasilkan atau dilihat sama ada di lantai atau di awangan . Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secaea melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Alat gendang dan alat uzik lain seperti tamborin boleh digunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan Orientasi Ruang Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi ruang, Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan beberaoa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan da urutan. Penaikan Dari Lantai Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. Kemahiran penaikan dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu : - Penaikan dari lantai - Lepas dari lantai ke ruang udara - Membina pelbagai bentuk di ruang - Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang Kesedaran kumpulan Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan. Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Pergerakan Kreatif Pergerakan Kreatif (PK) PK ialah pergerakan-pergerakan yang digambarkan secara simbolik. Pergerakan ini menginterprestasikan perasaan, idea dan tanggapan deria. Pergerakan ini membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan, idea dan menysunkan perasaan dan idea berdasarkan tema tertentu. Definisi: - merupakan aspek pergerakan tertentu yang dipilih oleh seseorang guru sebagai titik focus untuk membentuk beberapa pelajaran. (William, 1981) - kreativiti merujuk kepada daya cipta seseorang untuk mencipta bentuk atau idea baru; menyusun objek, pola atau idea yang sedia ada untuk dinintegrasikan ke dalam masyarakat. (Murray, 1980) Pergerakan kreatif adalah bentuk pernyataan kendiri yang unik, iaitu muridmurid akan menggunakan pergerakan-pergerakan berentak untuk melahkan perasaan, pemikiran idea. (Lioyd. 1990)

Objektif PK 1. Member kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak 2. Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui perantaraan tubuh badan. 3. Memberi peluang kepada kanak kanak untuk mencipta, menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran. 4. Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan. Komponen-komponen PK Lloyd (1990) mencadangkan 5 komponen yang terdiri daripada tubuh badan, masa, ruang, daya dan aliran dalam PK - Terdiri daripada 5 komponen ; o Tubuh badan bahagian luaran badan; idea-idea pergerakan diluahkan dengan menggunakan bahagian-bahagian badan, permukaan badan dan bentuk yang dibentuk oleh badan. o Masa merujuk kepada tempo, denyutan, aksi dan tempoh o Ruang diri, am atau persekitaran. Faktor-faktor ruang; arah, aras, jarak, saiz, laluan, bentuk dan okus (arah mata memandang) o Daya digunakan di dalam semua pergerakan dan dikategorikan dari lemah hingga kuat. Penggunaan tenaga dalam sesuatu pergerakan menggambarkan daya lemah atau kuat. o Aliran merupakan factor penyatuan pergerakan. Aliran pergerakan menyatukan pergerakan bahagian-bahagian badan yang berbeza dan memberi ritma, kelicinan serta keseluruhan kepada pergerakan tersebut.

Tema Pergerakan Asas PK Pk mempunyai 16 tema sebagai panduan pengajaran. Tema tersebut dibahagi kepada dua tahap asas dan tahap lanjutan. Tema asas merangkumi Tema 1-8 sebagai pengenalan asas untuk membolehkan pelajar bergerak dengan kesedaran tubuh badan masa dan daya. Ini dikaitkan dengan kesedaran ritma dan perhubungan asas dengan rakan-rakan. Tahap lanjutan pula merangkumi Tema 9-16 yang merupakan variasi and perkembangan lanjut idea-idea pergerakan dari Tema 1-8. Tahap asas selalunya dilaksanakan di sekolah rendah dan tahap lanjutan dilaksanakan di sekolah menengah. Tema 1 : kesedaran tubuh badan Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema 3 : Kesedaran ruang Tema 4 : Aliran Beban Badan dalam ruang dan masa Tema 5 : Penyeseuai terhadap rakan Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat Tema 7 : Lapan lakuan asas Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan

Dalam melaksanakan tema-tema dalam PK beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira : 1. Rangsangan : muzik, suara, gambar, lukisan dan sesign 2. Daya cipta kreatif 3. Memperkenalkan imaginasi pergerakan 4. Tubuh badan sebagai alat curahan perasaan dan idea 5. Perasaan individu dan semangat berkumpulan dan pergerakan 6. Ritma semula jadi sebagai satu daya kreatif Kesedaran Ruang Melibatkan lokasi, arah, aras, alaluan dan ekstensi : a) Lokasi ~ ruang diri dan ruang am b) Arah ~ atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang c) Laluan ~ lurus, melengkung, zig-zag d) Ekstensi ~ besar-kecil, jauh-dekat Menentukan arah pergerakan tubuh badan dan dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya pergerakan Kesedaran tubuh badan Elemen asas : - Gerak laku asas tubuh ~ aktivii gerak laku anggota-anggota tubuh - Aktiviti serta bentuk-bentuk tubuh badan. Lakuan bahagian tubuh badan - Fungsi bahagian tubuh badan menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan. Beban o Kelajuan sesuatu pergerakan o Kekuatan a) Masa : cepat-lambat b) Daya : kuat-ringan c) Aliran : bebas-terikat