kesantunan guru

5
KESANTUNAN GURU ISU SALAH LAKU GURU WANITA PENGENALAN Guru diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Ungkapan ini biasa kita dengar dan biasa digunakan untuk menghargai jasa seorang guru. Guru juga sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka (Boon Pong Ying, 2005). Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Semua warga guru juga bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap profesionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profesion. Dari itu, guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara. Bagi menjaga imej profesion guru, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika dan bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam. ISU YANG DIBANGKITKAN Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat, sensasi dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan

Upload: mk-iz

Post on 04-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesantunan Guru

TRANSCRIPT

Kesantunan GuruIsu Salah Laku Guru Wanita

PENGENALANGuru diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Ungkapan ini biasa kita dengar dan biasa digunakan untuk menghargai jasa seorang guru. Guru juga sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka (Boon Pong Ying, 2005).Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Semua warga guru juga bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap profesionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profesion. Dari itu, guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.Bagi menjaga imej profesion guru, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika dan bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam.

ISU YANG DIBANGKITKANPaparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat, sensasi dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti gangguan seksual, rasuah, dera dan sebagainya.Berdasarkan pembacaan laporan akhbar yang bertajuk NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita, Berita Harian bertarikh 2 Mac 2011 yang dilaporkan oleh Syuhada Choo Abdullah, yang dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual. Laporan akhbar tersebut menjelaskan bahawa guru wanita mengusik pelajar lelaki, terutama yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah. Perbuatan guru wanita sedemikian didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP. Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu dicubit-cubit manja oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas terhadapnya.Masalah salah laku guru terbabit berkaitan dengan isu kesantunan guru tersebut. Kesantunan ialah perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal ataupun nonverbal. Menurut Noriati A. Rashid (2003) bahawa kesantunan yang bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Laporan akhbar tersebut menunjukkan bahawa guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Dari itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) juga menyatakan guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan dan dipertanggungjawabkan.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA ISUIsu ini berlaku adalah disebabkan oleh pembentukan sahsiah dan pengetahuan guru wanita tersebut dalam bidang profesion perguruan yang tidak kukuh serta mempunyai pengetahuan yang cetek. Ini bertepatan dengan pernyataan Rubiah, (1998) untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Dari itu, guru wanita tersebut perlulah memahami dan mempersiapkan diri untuk mengelakkan kesalahan tingkah laku guru wanita itu. Berpandukan laporan akhbar tersebut bahawa seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu dicubit-cubit manja oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. Perbuatan yang dilakukan oleh guru wanita ini diklasifikasikan sebagai gangguan seksual. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama antaranya gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat atau bukan lisan, gangguan secara visual, gangguan secara psikologi, dan gangguan secara fizikal. Perbuatan guru wanita tersebut dikategorikan sebagai gangguan secara fizikal. Gangguan secara fizikal ini ditakrifkan oleh Lightle (1992) iaitu sentuhan yang tidak didingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual lain. Ini jelas menunjukkan guru wanita tersebut telah melakukan gangguan seksual terhadap muridnya. Masalah keluarga juga merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku negatif terhadap guru wanita tersebut. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka. Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Di sini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual.Seterusnya, punca penyebab tingkah laku negatif berlaku ialah tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang, secara tidak langsung mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit membuat tanggapan bahawa gangguan seksual yang dilakukan itu boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi. Namun, impak daripada perkara itu lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini berlaku ialah pengaruh media massa dan elektronik. Ini bertepatan dengan perbincangan Larking (1997) telah membincangkan bagaimana media massa, telah mempengaruhi perkembangan kehidupan seseorang. Di mana, kemungkinan guru wanita tersebut sering menonton drama dan filem yang berunsurkan seks telah menyebabkan guru tersebut terpengaruh. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara gangguan seksual terhadap anak muridnya.

BIBLIOGRAFI

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boon Poh Yeng. (2005). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru : Jabatan Ilmu Pendidikan.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2003). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Kementerian Sumber Manusia (1999). Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Malaysia : Kuala Lumpur.

Abdul Rahim Abdul Rashid (2003). Gangguan Seksual : Pengurusan Tingkah Laku dan Perkembagan Gender Dalam Organisasi. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Kyriacou C (2000) Stress-busting for teachers. Cheltenham: Nelson Thornes.

Etika Perguruan : http://www.learningdomain.com/Bab3.Etika_Perguruan.pdf (2 Mac 2015, 3:55 pagi)

NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita : https://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/03/02/nutp-dedah-salah-laku-guru-wanita/ (2 Mac 2015, 4.48 pagi)