kesan reformation

Upload: kamal-leo

Post on 14-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

qqq

TRANSCRIPT

Kesan-Kesan Zaman Reformation

Kesan utama yang dapat dilihat dalam Zaman Reformation ini adalah negara-negara Eropah telah berpecah mengikut mazhab masing-masing. Berlaku beberapa perbalahan antara mereka, contohnya perang keagamaan di Perancis pada tahun 1562 yang berakhir pada tahun 1598 dan perang 30 tahun yang telah melibatkan beberapa buah negara iaitu Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.

Kesan Reformasi juga telah menimbulkan kesedaran kebangsaan kerana telah dikaitkan dengan agama Kristian. Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian bagi negara Jerman dan Scandavia manakala ajaran Calvin telah menjadi agama kebangsaan negara Belanda dan Scotland dan fahaman Anglican pula telah menjadi agama orang Inggeris. Agama Kristian Katholik telah menjadi agama rasmi bagi negara Sepanyol, Portugal, Poland, Perancis dan Ireland; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:202).

Kesan jangka panjang yang dapat di lihat dalam Zaman Reformation ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab agama Kristian, iaitu bersama-sama mempergiatkan pendidikan sambil menyebarkan ajaran mereka. Zaman ini juga telah memperlihatkan keruntuhan kuasa Gereja. Pada zaman ini, kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa Gereja terhadap kerajaan juga telah berkurang dan kuasa Raja pula telah meningkat. Raja-raja telah merampas kembali tanah-tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh Pope; (Nik Hassan Sulaiman.:2002:222).

Selain itu, kesan yang paling nyata ialah perkembangan sekularisme atau penduniaan iaitu pemindahan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di bawah hukuman kegerejaan. Penduniaan telah diamalkan pada abad ke-16 terutamanya di negara-negara yang mengamalkan fahaman Protestan. Penduniaan ini bukan sahaja dikenakan terhadap tanah dan cukai kegerejaan tetapi juga dalam hal ehwal pendidikan dan pelajaran; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:202).