kesan tun an

36
TUTORIAL EDU3083 Disediakan oleh: Nursyamimi Ismail Siti Atiqah Md Fahme

Upload: syedputrateen

Post on 09-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

TUTORIAL EDU3083

TUTORIAL EDU3083Disediakan oleh:Nursyamimi IsmailSiti Atiqah Md FahmeSOALANGuru perlu menunjukkan kesantunan yang sesuai ketika berinteraksi dengan seseorang. Huraikan bentuk-bentuk kesantunan yang perlu ditunjukkan oleh seseorang guru.

KONSEP KESANTUNANPerlakuan /tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Melibatkan verbal dan nonverbal. Merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.KESANTUNAN MENURUT ZABABeliau menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan etiket seperti perlakuan dalam percakapan.Menurutnya;pengawalan suara penting (tidak menjerit dan tinggi nada)Tidak membolot sidang perbualan dan bercakap terlalu banyak tentang diri sendiri.

KESANTUNAN MENURUT NORIATI (2004)Bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak.Kesimpulannya, kesantunan :Dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan seharian. Memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan seharian.

Kesantunan tingkahlakuIalah tatacara bertindak atau gerak geri guru ketikamenghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.

Contohnya:-ibu bapa yang datang berurusan di sekolah;berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan;duduk di dalam kelas;berhadapan dengan orang yang kita hormati;Berjalan di tempat umum;VIDEOKesantunan tingkahlakuWaktu makan bersama:-Kesantunan dalam cara duduk;Cara mengambil makanan;Cara makan atau mengunyah;Cara menggunakan senduk;Cara membersihkan mulut;

Kesantunan BerbahasaTercermin dalam cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa.

Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.VIDEOKesantunan BerbahasaCara berbahasa perlu sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.Perkataan atau bahasa yang digunakan perlu sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975)Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikasi perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran.Ini bermaksud guru perlu memberikan pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja.Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan, tempat perbincangan dan kewajaran pertuturan tersebut.4 Prinsip1) Kuantiti (sempurna): memberi maklumat yang cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya.2) Kualiti (betul): tidak menyebut sesuatu yang difikir akan tidak betul dan tidak menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.3) Kesinambungan: bahan mempunyai kesinambungan dan relevan maklumatnya.4) Cara penyampaian (sejelas mungkin): elakkan kesamaran dan terlalu ringkas, laksanakannya secara teratur.

Model Kesantunan Lakoff (1978)

1) Jangan memaksauntuk mengekalkan kesantunan formal: mengekalkan jarak pendengar dengan penutur.Ini bermakna kedua-dua pihak, sama ada penutur atau pendengar tidak boleh memaksa salah seorang daripada mereka untuk terus berkomunikasi.Situasi sebegini akan memberikan keselesaan kepada mereka semua.1) Jangan memaksaContoh: ketika berada di dalam sesebuah kelas, guru tidak seharusnya memaksa murid untuk terus mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan.Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid mereka.2) Berikan pilihanMerupakan prinsip dalam situasi tidak formal.Keadaan ini memberi peluang kepada pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir dan bertindak balas terhadap permintaan yang bersesuaian dengan kehendaknya.Dalam konteks di dalam sebuah kelas, guru harus memberikan pilihan kepada murid untuk berkomunikasi demi pembelajaran mereka.2) Berikan pilihanKomunikasi dua hala atau pelbagai hala sangat sesuai untuk digunakan oleh guru.Ini bermaksud guru boleh berkomunikasi dengan murid, murid dapat bertindak dan memberi respon terhadap apa yang diperbincangkan dan dalam masa yang sama murid juga boleh berinteraksi sesama mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum.Dalam proses komunikasi tersebut, setiap aspek kesantunan perlulah diamalkan.3) Jadilah pendengar selesaAkan merapatkan hubungan yang baik antara penutur dengan pendengar.Ini akan menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat.Namun begitu model ini hanya tertumpu kepada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik.3) Jadilah pendengar selesaPenutur akan melakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar.Model ini mengutamakan kepentingan pendengar, tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.Oleh yang demikian, guru harus bijak memilih prinsip yang boleh digunakan semasa berinteraksi cengan murid supaya akhirnya metlamat pembelajaran akan dapat dicapai.Prinsip Kesantunan Leech (1983)Leech membina prinsip kesantunan atas prinsip kualiti.Prinsip kesantunan bermaksud penghubung tersirat yang penting iaitu menjalinkan prinsip kerjasama dengan masalah bagaimana menghubungkan maksud dengan kuasa.6 prinsip1)santun/berhemah; meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain.2)budiman; meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri sendiri.3)sokongan/berkenan; meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain.

6 prinsip4)merendah diri/kerendahan hati; meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri.5)persetujuan; meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri dengan orang lain.Simpati; memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain.4 fungsi komunikasi dalam prinsip santun/berhemah;1)persaingan; matlamat perhubungan adalah berbentuk persaingan dengan matlamat sosial seperti memerintah, mendesak, merayu.2)beramah tamah; matlamat perhubungan sama dengan matlamat sosial seperti mempelawa, menyapa, mengucapkan terima kasih.4 fungsi komunikasi dalam prinsip santun/berhemah;3)kolaboratif; matlamat perhubungan tidak peka terhadap matlamat sosial, seperti menyatakan dan mengumumkan.4)berkonflik; matlamat perhubungan berkonflik dengan matlamat sosial seperti mengancam atau menuduh.Kesan positifGuru sebagai model yang menjadi ikutan murid.Membentuk identiti dan jati diri yang jitu.Memartabatkan imej profesion keguruan.Menjamin kualiti modal insan.Sebagai pemangkin ke arah membentuk masyarakat yang harmoni dan berbudi bahasa.Sekolah menjadi platform untuk murid dan guru meningkatkan potensi diri.

Implikasi Guru sebagai model Tidak dihormati oleh murid, rakan sejawat dan masyarakatMemberikan perspektif negatif masyarakat terhadap profesion keguruanDorongan negatif kepada muridguru kencing berdiri, murid kencing berlariInstitusi pendidikanMelahirkan guru yang tidak berdaya saing dan berkualitiTidak dapat melahirkan generasi yang inovatif Memberi pengaruh negatif kepada perkembangan prestasi sekolah.

KesimpulanKesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid.Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007).

BibliografiTin Lei Fen (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Personaliti Guru Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Teknik Sekitar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Johor.Khairul Anuar A, Rahman. (2013). Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan Kemahiran Komunikasi. Majalah Akademika, 82 (2), 37-44.Norazlina Hj. Mohd. Kiram, Raja Masittah Raja Ariffin. Universiti Putra Malaysia: SelangorKesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan Air Muka Dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey. Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional.Ibrahim Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepemimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Bab II: Kajian Teori. Diperolehi pada September 2, 2014 dari http://eprints.uny.ac.id/9437/3/bab%202-08201241013.pdf Isu Kesantunan Guru. Diperolehi pada September 2, 2014 dari http://ceritagurukini.blogspot.com/2012/09/isu-kesantunan-guru.html

SEKIAN, TERIMA KASIH