kesan penggunaan teknik sigai dalam meningkatkan kemahiran dalam operasi darab

10
KESAN PENGGUNAAN TEKNIK SIGAI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM OPERASI DARAB Oleh ENRIQUEZ ORIBIO PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MATEMATIK) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) CT10210186 ABSTRAK Penyelidikan kajian ini adalah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik SIGAI dalam meningkatkan kemahiran operasi murid tahun empat. Penyelidikan kajian tindakan ini juga memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pedagogi pengajaran dan pembelajaran matematik saya. Kaedah SIGAI berasal daripada Jepun, di mana orang Jepun menggunakan kaedah garis dan titik untuk mengira hasil darab. Teknik SIGAI ini boleh digunakan untuk operasi darab dan bahagi, namun dalam kajian penyelidikan ini, saya hanya memfokuskan kepada operasi darab. Data penyelidikan kajian ini dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pasca. Di samping itu, penyelidikan tindakan ini juga meningkatkan amalan kendiri saya dan profesinaolisme saya sebagai seorang penyelidik 1

Upload: faridah-ani

Post on 16-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK SIGAI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM OPERASI DARAB

Oleh

ENRIQUEZ ORIBIOPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MATEMATIK)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)CT10210186

ABSTRAK

Penyelidikan kajian ini adalah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik SIGAI dalam meningkatkan kemahiran operasi murid tahun empat. Penyelidikan kajian tindakan ini juga memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pedagogi pengajaran dan pembelajaran matematik saya. Kaedah SIGAI berasal daripada Jepun, di mana orang Jepun menggunakan kaedah garis dan titik untuk mengira hasil darab. Teknik SIGAI ini boleh digunakan untuk operasi darab dan bahagi, namun dalam kajian penyelidikan ini, saya hanya memfokuskan kepada operasi darab. Data penyelidikan kajian ini dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pasca. Di samping itu, penyelidikan tindakan ini juga meningkatkan amalan kendiri saya dan profesinaolisme saya sebagai seorang penyelidik dan pendidik melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran operasi darab menggunakan Kaedah SIGAI.

1

Page 2: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

BAB 1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG

Pengalaman mengajar matematik selama 14 tahun memberikan saya gambaran yang jelas, bahawa murid-murid sekolah rendah masih lemah dalam penguasaan operasi asas matematik terumatanya darab. Fenomena fobia sifir biasa dihadapi oleh ramai murid dalam matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam kemahiran mendarab. Dalam kajian ini sampel yang diambil merupakan murid tahun $ yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kebanyakkan daripada mereka merupakan murid-murid LINUS numerasi dan sekarang menjadi murid program PROTIM matematik. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan penggunaan kaedah teknik SIGAI dalam membelajari operasi darab seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran menyelesaian masalah yang melibatkan operasi darab. SIGAI adalah singkatan nama sifir garis itamta. Sigai merupakan satu inovasi dalam rekreasi matematik yang dihasilkan oleh Guru Besar SK Kati di Kuala Kangsar, Encik Itamta Harun. Kaedah SIGAI melibatkan pengiraan menggunakan garisan menegak dan melintang bagi mendapatkan jawapan dalm orepasi darap atau bahagi tanpa perlu menghafal sifir 2 hingga 9. Untuk murid sekolah rendah SIGAI fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 perlu dikuasai. Sigai fasa 1 melibatkan kiraan satu digit darab atau bahagi. Sigai fasa 2 melibatkan 2 digit dan Sigai fasa 3 melibatkan 3 digit. Seramai 20 orang murid dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, temubual, pemerhatian dan dokumentasi. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada umumnya murid-murid Tahun 4 Bijak terdiri daripada murid-murid yang berpotensi dalam pembelajaran, mereka sentiasa berusaha menyiapkan latihan matematik yang saya berikan dalam masa yang ditetapkan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan mereka adalah berkaitan dengan operasi darab, sama ada soalan darab dan juga yang memerlukan sifir untuk mandapatkan jawaban. Menghafal sifir bagi murid lemah dan benci matematik merupakan mimpi ngeri terutama bagi murid sekolah rendah Melayu, (SK). Bagi saya sebagai guru pula, sering sakit kepala kerana tiada kaedah atau alat menghafal yang mudah supaya murid berupaya mengingat dan berjinak-jinak dengan sifir kerana sifir ialah ibu segala matematik. Masalah yang sering dihadapi oleh murid adalah kegagalan menghafal sifir dan kelemahan dan

2

Page 3: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

kiraan menambah secara berulang. Terdapat juga murid yang masih tidak boleh menguasai konsep darab sebagai hasil penambahan berulang. Apabila menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi darab murid-murid tahun 4 Bijak cenderung memberikan jawaban yang tidak tepat atau membiarkan dan mengabaikan soalan tersebut tanpa jawaban.

1.3 TINJAUAN AWAL

Hasil tinjauan dan pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi darab dalam matematik, saya dapati murid mengahadapi masalah bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Hasil pemerhatian saya daripada latihan dalam buku aktiviti dan buku latihan murid serta respon murid semasa aktiviti soalan lisan dalam bilik darjah. Dalam buku latihan, terdapat lebih banyak jawaban yang salah berbanding jawaban yang tepat diberikan. Adakalahnya murid membiarkan sahaja soalan tanpa jawaban.

3

Page 4: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

Gambarajah diatas menunjukkan contoh hasil kerja murid melalui buku aktiviti dan buku latihan daripada Tahun 4 Bijak bagi topik darab.

Masalah tidak menguasai kemahiran operasi darab ini dibawa dari tahun 3 lagi, dan jika murid pada tahun 4 belum boleh menguasai darab, maka permasalahan ini akan menjejaskan minat murid terhadap matematik, natijahnya murid mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Seperti yang dikatakan darab adalah ibu matematik maka banyak kemahiran pada topik lain dalam silibus matematik yang memerlukan murid menguasai kemahiran operasi darab. Selain daripada pemerhatian daripada buku latihan dan buku aktiviti, saya dapati murid-murid kurang berkeyakinn dalam menjawab soalan sifir yang saya berikan secara lisan. Murid cenderung bersifat pasif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila terdapat soalan berkaitan dengan darab. Daripada 20 orang murid dalam kelas 4 Bijak, hanya dua orang murid yang yakin bila menjawab soalan berkaitan dengan darab, di mana jumlahnya hanya 10% daripada murid dalam kelas tersebut.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF AM

Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid-murid tahun 4 Bijak menguasai kemahiran menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi darab. Teknik SIGAI iaitu kaedah menjawab soalan operasi darab tanpa perlu menghafal sifir digunakan dalam kajian ini.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dalam semua topik yang memerlukan operasi darab bagi mendapatkan jawaban

2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap operasi darab ( x ) menggunakan teknik SIGAI.

3. Meningkatkan keyakinan diri murid menjawab soalan yang melibatkan operasi darab.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

4

Page 5: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

Berdasarkan kajian tindakan ini, beberapa persoalan berkaitan dengan masalah yang dihadapi murid akan terjawab, antaranya ialah;

1. Apakah strategi atau kaedah yang akan digunakan bagi membantu murid-murid tahun 4 Bijak menyelesaikan masalah berkaitan dengan operasi darab dengan berkesan.

2. Adakah kaedah SIGAI dapat meningkatkan prestasi murid untuk opera darab nombor sehingga 3 digit dengan 2 digit?

3. Adakah kaedah SIGAI dapat meningkatkan minat murid untuk menyelesaikan soalan operasi darab?

4. Apakah punca-punca kelemahan dan kesilapan murid-murid tahun 4 Bijak dalam kemahiran mendarab.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Matematik merupakan suatu matapelajaran yang amat penting dan berguna dalam kehidupan seharian. Biasanya murid yang cemerlang dalam matematik akan turut cemerlang dalam pelajaran. Secara amnya matematik berkaitan dengan kemahiran operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Seperti yang dikatakan bahawa operasi darab (sifir) itu merupakan ‘ibu matematik’ maka jelaslah kajian ini penting demi kecemerlangan murid khasnya dan sekolah amnya. Murid yang selama ini hanya menguasai sifir dengan cara hafalan mempunyai kaedah baru untuk menguasai fakta asas darab. Ini merupakan alternatif baru bagi murid yang lemah dalam sifir. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada murid itu boleh berkembangkepada bentik kira darab. Kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada guru, kerana dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mempunyai pengajaran pilihan bagi murid yang berlainan tahap pencapaian.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara iaitu;

1. Kajian ini hanya mengenalpasti kelemahan murid dalam operasi darab dan keberkesanan penggunaan kaedah teknik SIGAI bagi murid-murid tahun 4 Bijak, tanpa melibatkan operasi bahagi yang juga merupakan daerah kelemahan murid dan boleh diselesaikan dengan teknik SIGAI.

5

Page 6: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

2. Pengkaji tidak mengambil kira faktor lain yang menyebabkan kelemagan murid dalam operasi darab, seperti latar belakang murid, faktor emosi serta persekitaran murid.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan, SIGAI adalah tangga daripada buluh atau kayu yang mempunyai cabang atau pasak tempat berpijak. Sigai merupakan satu inovasi dalam rekreasi Matematik yang memenangi hadiah penghargaan Anugerah Gemilang Akademik daripada JPN Perak 2001 dan penghargaan dalam penyertaan i-envex daripada JPN Perak 2012. SIGAI adalah singkatan nama SIfir GAris Itamta. Sigai pernah dibentang di UPSI (2004). Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Alison Resort Negeri Sembilan (2005), Hotel Sei Malaysia Ipoh (2008), Kursus Pengurusan Linus untuk guru-guru besar zon utara di Pangkor Dalam Resort (2011), PPD Kuala Kangsar (2012). SIGAI memenangi 2 gold medal daripada UniMAP dan MINDS, Special Award daripada Korea INaAIA semasa International – ENVEX di Kangar, Perlis pada 2012.

Kaedah Sifir garis Itamta (SIGAI) membantu murid yang mempunyai masalah Numerasi dengan :

1. Murid tidak perlu menghafal sifir.2. Murid tidak terikat dengan algoritma bentuk lazim.3. Murid hanya perlu menguasai kemahiran membilang dan menambah.4. Membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Matematik dengan berkesan.Kajian yang dilakukan oleh Nur Shahida Saberi yang bertajuk Penggunaan Sifir Garis Itamta (SIGAI) Untuk Meningkatkan Kemahiran Operasi Darab Sehingga Nombor 3 Digit Dengan 2 Digit Bagi Murid Tahun 4, telah menunjukkan hasil yang positif dikalangan murid. hasil kajian menunjukkan murid dapat menyelesaikan soalan darab dengan betul dan perubahan sikap murid terhadap pembelajaran Matematik menunjukkan respons yang positif.

Kajian yang dijalankan menggunakan lakaran atau lukisan garis menegak dan melintang dan menggunakan SIGAI KIT. SIGAI kit adalah sejenis alat bantu belajar untuk murid mencari jawaban dalam operasi darab 1 digit dengan 1 digit. SIGAI kit dibuat daripada 18 keping bahan lut sinar yang mengandungi lakaran 1 garisan menegak dan melintang. Sembilan keping berwarna merah jambu mempunyai lakaran garisan menegak 1 hingga 9, dan sembilang keping warna biru menggambarkan lakaran 9 garisan melintang 1 hingga 9. Apabila kepngan dicantumkan mengikut soalan berkaitan pendaraban, ia

6

Page 7: Kesan Penggunaan Teknik Sigai Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Operasi Darab

akan menemui jawapan setelah mengira jumlah titik-titik persilangan antara pertemuaan garisan menegak dan melintang tanpa perlu menghafal sifir. SIGAI kit juga merupakan salah satu kaedah di mana murid-murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi tanpa perlu menghafal sifir. Nama SIGAI kit diambil sempena dengan makna perkataan sigai iaitu tangga. Lakaran kaedah sigai hampir menyerupai tangga.

Gambar SIGAI Kit yang digunakan oleh murid pengkaji dalam kajian ini.

7