teknik gridot dalam penguasaan fakta asas darab

Download Teknik GriDot dalam Penguasaan Fakta Asas Darab

Post on 29-Jan-2018

245 views

Category:

Education

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENGGUNAAN GRIDOT DI KALANGAN MURID TAHUN DUA Norazlin binti Mohd Rusdin Universiti Pendidikan Sultan Idris 2015
  2. 2. PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENGGUNAAN GRIDOT DI KALANGAN MURID TAHUN DUA Norazlin binti Mohd Rusdin Tugasan ini adalah sebahagian daripada kerja kursus bagi kursus Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (UKP 6013 & GRU 6014) yang perlu diserahkan untuk memenuhi syarat lulus kursus ini Universiti Pendidikan Sultan Idris 2015
  3. 3. 2 SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN i BAB 1 : PENGENALAN 1.1 : Pendahuluan 1 1.2 : Latar Belakang Kajian 4 1.3 : Pernyataan Masalah 7 1.4 : Kerangka Konseptual 9 1.5 : Objektif Kajian 10 1.6 : Soalan Kajian 10 1.7 : Kepentingan Kajian 10 1.8 : Batasan Kajian 11 1.9 : Definisi Pembolehubah 12 1.10: Rumusan 16 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 : Pendahuluan 17 2.2 : Teori dan Konsep Berkaitan 17 2.3 : Kajian-kajian Lepas 24 2.4 : Rumusan 27 BAB 3 : METODOLOGI 3.1 : Pendahuluan 29 3.2 : Rekabentuk Kajian 29 3.3 : Persampelan 30 3.4 : Instrumen Kajian 30 3.5 : Analisis Data (Deskriptif) 32 3.6 : Rumusan 32 RUJUKAN 34 LAMPIRAN 36
  4. 4. 3 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 : Pendahuluan Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu daripada Modul Teras Asas dengan peruntukan masa perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 180 minit seminggu. Di bawah bidang Nombor dan Operasi, tajuk Darab merupakan tajuk keempat yang perlu dipelajari oleh murid selepas tajuk Nombor, Tambah dan Tolak. Dalam kurikulum Matematik yang dterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Dokumen Standard, Tahun 2 merupakan tahun pertama di mana murid mengenal operasi dan konsep darab dengan tumpuan pada fakta-fakta asas sifir 0, 1, 2, 4, 5 dan 10 sahaja. Sifir-sifir yang lain iaitu 3, 6, 7, 8 dan 9 perlu dikuasai semasa di Tahun 3. Adalah sangat penting bagi murid-murid menguasai konsep dan fakta asas sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum (BPK). Ia adalah berdasarkan standard kandungan yang mengkehendaki murid agar berupaya melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar. Dengan penguasaan fakta asas, murid akan berupaya untuk menguasai standard pembelajaran yang berikutnya iaitu menyatakan secara spontan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar. Seterusnya, penguasaan ini memungkinkan murid berkebolehan untuk menyelesaikan masalah berkaitan darab pada standard kandungan yang berikutnya. Malah, penguasaan fakta asas darab akan memudahkan murid mendarab nombor-nombor yang lebih besar serta menggunakannya dalam pembelajaran tajuk Bahagi juga pada peringkat pembelajaran Matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar kemampuan individu murid itu sendiri. Ini bermaksud murid perlu menguasai sesuatu kemahiran atau topik pada tahap yang ditetapkan oleh guru (biasanya
  5. 5. 4 dengan skor 80% dan ke atas) sebelum beralih ke kemahiran atau topik berikutnya. Dalam konteks skop kajian ini, murid sepatutnya menguasai konsep dan fakta asas darab sebelum boleh meneruskan ke hasil pembelajaran seterusnya iaitu menyatakan secara spontan sifir darab dan seterusnya menyelesaikan masalah harian melibatkan sifir darab. Rujuk Jadual 1 di bawah untuk perincian standard kandungan dan standard pembelajaran tajuk Darab bagi silibus KSSR Matematik Tahun 2 yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadual 1: Perincian Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Tajuk Darab Bagi Silibus KSSR Matematik Tahun 2 4. DARAB Tahun 2 STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing untuk STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk 4.2 Melengkap ayat matematik darab. (i) Membina sifir dua, lima, 10 dan empat dengan berpandukan: (a) objek konkrit, (b) gambar, (c) garis nombor. (ii) Menentukan nilai bagi sifir satu dan sifar. (iii) Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, 10, empat, satu dan sifar. 4.3 Menyatakan secara spontan sifir darab. (i) Menyatakan secara spontan sifir dua, lima, 10, empat, satu dan sifar mengikut: (a) tertib menaik, (b) rawak, (c) salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu. (ii) Menunjukkan hasil darab dengan menggunakan abakus 4:1. 4.4 Menyelesaikan masalah harian (i) Menggunakan sifir dua, lima, 10 dan empat
  6. 6. 5 yang melibatkan sifir darab. bagi: (a) Mereka cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi. (b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor. Menurut BPK lagi, strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuiri penemuan berpusatkan murid dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar. Dalam kajian ini juga, murid akan belajar secara inkuiri penemuan di mana murid membuat penambahan bilangan tertentu dot pada GriDot yang disediakan, mencatatkan ayat matematik darab setiap kali satu kumpulan dot ditambahkan dan akhirnya murid akan mendapat suatu sifir yang lengkap. Penekanan diberikan kepada pembentukan konsep darab daripada penambahan berulang supaya ia lebih realistik kepada murid berbanding jika guru terus memperkenalkan konsep darab. Melalui penambahan berulang, murid akan dapat melihat bagaimana suatu sifir darab dibina satu persatu dengan perkaitan yang jelas antara dua fakta asas yang berturutan. 1.2 : Latar Belakang Kajian Kajian ini akan dijalankan terhadap 20 orang murid Tahun 2 Bijaksana di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam yang tidak menguasai fakta asas sifir dua, lima dan empat. Murid-murid ini tidak dapat menjawab soalan-soalan berdasarkan fakta asas sifir dua, lima dan empat sama ada secara lisan mahupun bertulis. Sesetengah daripada mereka langsung tidak menguasai sifir-sifir ini sama ada melalui pengiraan menggunakan jari atau teknik hafalan berlagu yang diikuti secara rutin di dewan sekolah pada hampir setiap hari, sebelum sesi PdP bermula. Isu ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat serius kerana jika bahagian paling asas sudah tidak dapat murid kuasai, bagaimana mungkin murid menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang lebih sukar seperti mendarab 2 nombor
  7. 7. 6 yang lebih besar atau mendapatkan jawapan bagi penyelesaian masalah melibatkan operasi darab. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah mengkaji isu ini berdasarkan dua teori utama iaitu Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Fasa-fasa Penguasaan Fakta Asas Baroody (2006), supaya langkah penyelesaian yang efektif dapat dicetuskan. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Bruner, melalui Nani dan Rohani (2004), urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakkan guru-guru lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang sebelumnya (Nani & Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. Murid-murid Tahun 2 juga memerlukan pembelajaran berasaskan Teori Perkembangan Kognitif Bruner untuk menguasai konsep dan fakta asas darab dengan mendalam dan realistik. Bersandarkan kepada teori yang diyakini ini, suatu inovasi dalam penguasaan fakta asas darab diperkenalkan iaitu Gridot. GriDot mengaplikasikan peringkat ikonik secara optimum sebelum membawa murid ke peringkat simbolik. Gridot merupakan sekeping kad yang mempunyai satu grid 10 x 10 yang dibina dengan menggunakan perisian PowerPoint, dicetak dan kemudiaannya dilapisi plastik (laminate) supaya ia boleh digunakan berulang kali. Ia digunakan bersama-sama sebarang alat tullis yang boleh dipadam semula seperti marker pen untuk papan putih. Konsep darab dalam Gridot merupakan konsep darab yang paling asas iaitu melibatkan kumpulan dan ahli kumpulan serta penambahan berulang suatu set kumpulan objek atau nombor. Setiap baris mewakili satu kumpulan manakala setiap lajur yang digunakan pula merupakan bilangan ahli kumpulan. Cara-cara penggunaan GriDot diajar kepada murid- murid melalui dua cara iaitu menggunakan PowerPoint beranimasi dan juga secara penulisan biasa menggunakan papan GriDot sebenar bersama-sama marker pen. Kepelbagaian persembahan cara penggunaan GriDot ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid. Malah, cara penggunaan GriDot menggunakan PowerPoint beranimasi akan dikongsikan di blog Dunia Matematik Sekolah Rendah di pautan http://norazlinrusdin.blogspot.my/, kumpulan Facebook Bahan PdP Tahap 1 di pautan https://www.facebook.com/groups/746095198734096/ serta pada site Frog VLE yang dapat diakses oleh semua pelajar bagi membolehkan murid membuat rujukan berulang kali mengikut keperluan mereka.
  8. 8. 7 Fasa-fasa Penguasaan Fakta Asas Baroody (2006), terdiri daripada 3 fasa iaitu i. Fasa 1: Pemodelan dan/atau membilang untuk mendapatkan jawapan Contoh: Menyelesaikan 6 x 4 dengan melukis 6 kumpulan empat-empat dot dan langkau aktiviti membilang dot itu. ii. Fasa 2: Menerbitkan jawapan menggunakan strategi penaakulan berasaskan fakta- fakta yang diketahui. iii. Contoh: Menyelesaikan 6 x 4 dengan memikirkan 5 x 4 = 20 dan menambah satu lagi kumpulan empat-empat. iv. Fasa 3: Masteri (perolehan jawapan secara efisien) Contoh: Tahu bahawa 6 x 4 = 24 Seperti mana kajian yang dilaksanakan oleh Gina and Jennifer (2015), fasa-fasa di at