kesan media terhadap masyarakat

3
GROUP 5 Lee Kai Voon AEK140006 Lee Mil Wah AEK140007 Lim Hwang Dat AEK140008 Lim Kai Sze AEK140009 Neo Koh Ni AEK140018 SOALAN: Media dikatakan berpengaruh dan mampu memberikan kesan kepada masyarakat. Berdasarkan teori komunikasi yang anda pelajari, berikan justifikasi anda terhadap kenyataan di atas beserta contoh yang sesuai. Pada masa kini, media memang berpengaruh besar dan membawa banyak kesan kepada masyarakat. Lazimnya, kesan- kesan yang dibangkitkan melalui media dan masyarakat dapat dikaitkan dengan teori Defleur dan Ball-Roeachv tentang media sistem kebergantungan. Dalam isu ini, penerima mudah tertarik dengan media yang digemari dan mempercayai mesej yang disampaikan dengan mudah tanpa disedari. Sekiranya penerima kerap menggunakan sesetengah media untuk mendapat informasi, maka pengguna media itu akan mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap media tersebut lalu menganggapkan apa-apa yang dipaparkan sebagai realiti. Sebagai contoh, media sering dieksplotasi oleh parti politik tertentu. Media massa seperti akhbar, radio atau saluran televisyen arus perdana biasanya dikawal oleh parti politik tertentu. Hal ini demikian menyebabkan media tersebut hanya melaporkan berita yang memihak parti politik

Upload: kaivoonlee

Post on 20-Feb-2016

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KESAN MEDIA

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Media Terhadap Masyarakat

GROUP 5

Lee Kai Voon AEK140006 Lee Mil Wah AEK140007

Lim Hwang Dat AEK140008 Lim Kai Sze AEK140009

Neo Koh Ni AEK140018

SOALAN:

Media dikatakan berpengaruh dan mampu memberikan kesan kepada masyarakat. Berdasarkan teori komunikasi yang anda pelajari, berikan justifikasi anda terhadap kenyataan di atas beserta contoh yang sesuai.

Pada masa kini, media memang berpengaruh besar dan membawa banyak kesan kepada masyarakat. Lazimnya, kesan-kesan yang dibangkitkan melalui media dan masyarakat dapat dikaitkan dengan teori Defleur dan Ball-Roeachv tentang media sistem kebergantungan. Dalam isu ini, penerima mudah tertarik dengan media yang digemari dan mempercayai mesej yang disampaikan dengan mudah tanpa disedari. Sekiranya penerima kerap menggunakan sesetengah media untuk mendapat informasi, maka pengguna media itu akan mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap media tersebut lalu menganggapkan apa-apa yang dipaparkan sebagai realiti.

Sebagai contoh, media sering dieksplotasi oleh parti politik tertentu. Media massa seperti akhbar, radio atau saluran televisyen arus perdana biasanya dikawal oleh parti politik tertentu. Hal ini demikian menyebabkan media tersebut hanya melaporkan berita yang memihak parti politik tersebut, mahupun memaparkan maklumat yang kurang tepat atau membesar-besarkan sesuatu isu untuk mendapatkan sokongan terutamanya dalam tempoh pilihan raya. Maka khalayak yang bercenderung untuk mendapatkan informasi daripada media arus perdana tersebut akan mempercayai bahawa apa-apa yang dipaparkan dan menganggapkan sebagai kebenaran.

Selain itu, media turut mudah mempengaruhi pemikiran golongan yang kurang berpendidikan dan berbudaya. Hal ini akan mengakibatkan apa-apa yang dipaparkan oleh media itu menjadi “benar” dan diikuti oleh masyarakat sekiranya ia dipromosikan secara terang-terangan. Dengan ini, norma masyarakat bersifat negatif yang ditimbulkan oleh media akan dianggapkan perkara biasa sekiranya media hanya berkisar kepada persoalan gossip-gossip dan kenyataan yang penuh glamor dan berpoya-poya.

Page 2: Kesan Media Terhadap Masyarakat

Di samping itu, teori kultivasi yang menegaskan bahawa media merupakan alat bagi seseorang untuk belajar tentang masyarakat dan kultur dalam lingkungannya, persepsi dan norma masyarakat juga dapat dibentuk melalui interaksi dengan media yang tertentu. Sebagai contoh, sesiapa yang menghabiskan lebih banyak masa menonton televisyen mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk "memahami dunia" dengan mesej yang disampaikan oleh televisyen secara umum, dibandingkan dengan golongan yang kurang menonton televisyen.

Oleh itu, dari sudut pengaruh positif, masyarakat dapat mempelajari sesuatu pengetahuan baru dengan mudah dan cepat. Proses pembelajaran telah memudahkan proses pembelajaran dan menjadi lebih berkesan kerana ilmu boleh didapati melalui televisyen, radio, internet dan surat khabar. Sebagai contoh, khalayak boleh mengetahui berita pengeboman WTC dan peperangan di Iraq yang jauh kerana informasi disebar pantas melalui teknologi media massa. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu semasa. Pengetahuan yang diperoleh seterusnya dapat mempengaruhi pemikiran seseorang lalu membentuk ideologinya.

Justeru, melalui penggunaan Internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar dari kelompoknya. Dengan adanya interaksi dua hala antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain, maka pembukaan minda dan pertukaran idea antara masyarakat yang berbeza dapat membantu mereka mengenali antara satu sama lain dengan baik. Secara tidak langsung, hal ini juga membantu dalam pembentukan norma masyarakat lalu mempengaruhi kesan kognitif media seperti penetapan masyarakat yang berkaitan dengan ekonomi, politik, dan isu semasa.

Pada masa yang sama, media juga membawa pengaruh yang buruk kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Menurut kajian Hillyer (1993), sebanyak 46% iklan yang disiarkan di Amerika Syarikat mengandungi unsur seks dan keganasan. Iklan yang disebarkan melalui pelbagai saluran media seperti televisyen, media cetak dan sosial media telah membawa banyak kesan negatif terhadap masyarakat. Pendedahan mesej terkini yang terlampau banyak mampu menjejaskan konsep pembelanjaan dan pemikiran seks golongan masyarakat, mahupun mengakibatkan ketagihan penggunaan media dan ketakutan untuk bersosial. Oleh itu, wujudnya kritikan bahawa penerima mesej tanpa motivasi dan perencanaan sebelumnya lebih mudah untuk melupakan apa yang dilihatnya daripada mereka yang menerima mesej dengan motivasi dan perencanaan sebelumnya. Ia telah menunjukkan kepentingan penapisan maklumat dan penggunaan media bagi seseorang individu dalam kalangan masyarakat terkini.