kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar....

22
Kandungan 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media 2 2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari 3 3.0 Peranan media dalam mempengaruhi kehidupan manusia 5 3.1 Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat 6 3.2 Kepentingan media dalam kehidupan. 8 3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan. 10 0

Upload: silvia-li

Post on 27-Jul-2015

15.122 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Kandungan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media 2

2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari 3

3.0 Peranan media dalam mempengaruhi kehidupan manusia 5

3.1 Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat 6

3.2 Kepentingan media dalam kehidupan. 8

3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan. 10

4.0 Penutup 12

Rujukan

0

Page 2: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

1.0 PENDAHULUAN

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah

dihasilkan. Manusia sekarang tidak heran dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media

cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini.

Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini. Penciptaan

media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan

kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan

ataupun kemusnahan. Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan

bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi

sosial medan.

Menurut W.Schramm dalam Syed Arabi Idid, media berperanan untuk menyedarkan

tentang semangat kenegaraan selain dapat digunakan sebagai suara perancang negara dan

mengajar kemahiran yang baru. Di samping itu, menurut A.Samad Ismail, seorang tokoh

wartawan yang terkenal bahawa peranan media baik media cetak mahupun media elektronik

bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk

membentuk pendapat dan fikiran umum, mempengaruhi, mendidik serta meningkatkan tahap

fikiran, nilai hidup yang baik dan mensejahterakan masyarakat (A.Karim, 1997:3).

Di Negara Brunei Darussakam sekarang sudah terkenal dengan media cetaknya seperti

Media Permata, Borneo Bulletin, Pelita Brunei dan majalah-majalah lain. Bahan-bahan seperti

ini memang banyak mengandungi banyak informasi-informasi yang penting. Media-media ini

1

Page 3: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

akan memberikan ilmu pengetahuan yang belum kita ketahui. Kebanyakan orang ingin

mengetahui mengenai tips-tips kesihatan, jawatan-jawatan kosong dan banyak lagi ilmu

pengetahuan sama ada yang di dalam negeri ataupun luar negeri. Begitu juga dengan media

elektronik seperti radio dan televisyen yang sudah meningkat saluran-salurannya. Dunia hiburan

masa kini sudah jauh meninggalkan zaman.

2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media?

Media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik media

dan sasaran orang ramai. Peranan media amat penting untuk menyampaikan pelbagai bentuk

maklumat seperti pendidikan, kebudayaan, ekonomi, hiburan dan berita. Walau bagaimanapun,

sejak kebelakangan ini media banyak menyiarkan rancangan yang berbentuk mistik, kisah-kisah

jenayah, cara hidup yang liar dan program-program hiburan yang tidak bersesuaian dengan

budaya hidup masyarakat negara kita. Program-program ini ditayangkan oleh semua saluran

media sama ada media cetak mahu pun media elektronik seperti televisyen, empayar internet,

media interaktif , akhbar, buku, majalah, artikel dan sebagainya.

Dahulu media hanya ditunjukkan kepada bahan-bahan bertulis contohnya suratkhabar,

buku, majalah dan sebagainya dan berbentuk audio-visual seperti televisyen dan radio. Tetapi

hari ini skop media telah berkembang melampaui pelbagai bentuk dan alat seperti Internet,

teknologi telefon bimbit seperti SMS. MMS dan multimedia lainnya, malahan melintasi

teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan media untuk berhubung dalam masa yang sangat

cepat, pantas, mudah dan terbuka yang melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa.

2

Page 4: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Media di zaman sekarang benar-benar menjadi ‘tuan’ dalam seluruh aspek kehidupan.

Dari orang yang paling kecil sampai konglomerat, semua mengenal perkembangan media, baik

dalam bidang informasi, komunikasi, komputer, teknologi, internet dan sebagainya. Media yang

berkembang begitu cepat sekali bukan saja teknologi media itu sendiri, tetapi pengunaan dan

pemanfaat media sangat cepat.

Media mempunyai nilai yang sangat positif dalam perkembangan kehidupan manusia,

namun juga menjadi perosak yang menjerumus manusia ke dalam kegagalan dan kehancuran.

Dengan demikian media sebenarnya neutral dalam diri sendiri dan sekarang tergantung kita yang

menggunakan alat tersebut, apakah itu dipakai sebagai alat kebenaran atau alat itu digunakan

untuk senjata kejahatan.

2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari

Media cetak mahupun media elektronik mempunyai fungsinya yang tersendiri. Lazimnya

setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan fungsi yang

dimainkan agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Ini

dapat di ambil contoh iaitu majalah hiburan seperti Mangga dan Hai, ia memaparkan kehidupan

seharian artis dan ada di antara gambar yang disiarkan agak keterlaluan. Bagi mereka yang

gemarkan media begitu akan menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi golongan

tertentu, mereka akan melihatnya dari sudut yang berbeza dan menganggapnya sebagai

keterlaluan serta lari dari budaya dan hukum agama sendiri.

3

Page 5: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media mempunyai empat

peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur. Keempat-empat peranan

ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap media terbabit dan pengisiannya, adakah

ia memberikan manfaat kepada khalayak? Adapun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai

kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Khalayak sewajarnya dapat menilai sama ada baik

atau buruk suatu media bagi memastikan mereka memperoleh maklumat yang berfaedah, seperti

yang dikatakan oleh John R. Wenburg dan William Wilmot bahawa komunikasi itu adalah suatu

usaha untuk memperoleh makna’. Ia juga sejajar dengan Donald Byker dan Loren J. Anderson

yang menafsirkan komunikasi itu satu proses perkongsian maklumat antara dua individu atau

lebih.

Jika di lihat secara mendalam, keempat-empat fungsi media terbabit mempunyai kesan

baik dan buruk kepada pengguna. Kesan tersebut akan berlaku sekiranya masyarakat terlalu

bergantung kepada media untuk mendapatkan maklumat, berita yang tanpa merujuk kepada

mana-mana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk bekerja dan sikap individualistik. Begitu

juga halnya, sekarang dunia serba moden ini, akan timbul kekeliruan apabila merujuk kepada

terlalu banyak sumber, media hanya menyampaikan maklumat berdasarkan agenda dan

kehendak organisasi yang diwakili mereka manakala selebihnya tidak disalurkan kepada

masyarakat untuk membuat pertimbangan.

Ini dapat di ambil contoh dalam laporan dari akhbar arus perdana seperti Utusan

Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Strait Times amat berbeza dengan Harakah serta

4

Page 6: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Suara Keadilan. Tetapi kedua-dua jenis akhbar itu tidak menipu khalayak kerana mereka hanya

mengutip isi yang hanya menguntungkan organisasi mereka sahaja.

Keadaan bertambah buruk apabila teknologi maklumat berkembang dengan pesat dan timbul

media baru yang disalurkan melalui internet seperti blog. Pertumbuhan blog seperti cendawan

selepas hujan sejak akhir-akhir ini menyebabkan wujudnya satu fenomena baru, masyarakat

seolah-olah lebih mempercayai blog sedangkan kredibilitinya tidak diragui.

Berdasarkan penerangan di atas bahawa fungsi media itu adalah sebagai pemerhati,

pentafsir, penghubung dan penghibur yang mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada

masyarakat.

3.0 Peranan media dalam mempengaruhi kehidupan manusia

Dari sudut Sains Minda, media mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar

dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seseorang individu. Media

terutamanya media cetak dan visual adalah dua media yang mempunyai pengaruh atau daya

hypnosis yang besar kepada seluruh penduduk dunia atau penggunanya. Media juga adalah

channel yang menjadi alat yang paling utama oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika

untuk menyampaikan mesej dan alat memasukkan kepercayaan atau maklumat kepada

kepercayaan pengguna media tersebut.

3.1 Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat

5

Page 7: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Menurut kajian Flemming dan Levie (1993) mengenai peranan media dan perubahan

tingkah laku individu di Amerika Syarikat, beliau mendapati produksi yang digunakan oleh

media dengan mudah menarik minat remaja yang sukakan keseronokan dan fantasi dalam

kehidupan mereka. Kajiannya mendapati program-program media ini dapat menyediakan

pelbagai bentuk keseronokan, permainan video, ruangan sembang, gaya hidup moden, fesyen

pakaian terkini, maklumat mengenai barangan dan pelbagai bentuk perkhidmatan yang

disediakan oleh agensi tertentu. Kajiannya juga mendapati, media menyiarkan filem-filem ‘box-

office’ yang biasanya menghidangkan adegan yang hangat dan panas seperti pembunuhan,

perkosaan, bercumbu, berpelukan, menakutkan dan seram, pertengkaran, pergaduhan, adegan

tembak menembak, aksi pergaduhan dan wanita seksi yang mempunyai watak kekuatan luar

biasa. Beliau merumuskan dalam kajiannya, kesemua bentuk program-program media ini telah

menjadi daya tarikan untuk diadaptasi oleh golongan remaja dan akan mendedahkan remaja

kepada bentuk-bentuk keganasan melampau yang akan memudaratkan diri sendiri.

Dalam kajian Anderson dan Dill’s (2000) pula mengenai kisah-kisah ganas dalam media

dan kesannya terhadap persepsi dan pemikiran pelajar-pelajar di Amerika Syarikat, beliau

mendapati individu terutama remaja lebih mudah tertarik dengan pelbagai adegan yang langsang

dan ganas dalam media kerana keadaan psikologi mereka yang belum matang, lebih sukakan

hiburan, aktiviti yang lasak dan mencabar. Menurutnya keadaan ini bersesuaian dengan zaman

remaja dalam keadaan tidak stabil dan dalam proses membentuk personaliti diri. Kajiannya juga

mendapati aktiviti-aktiviti yang langsang memang sesuai dengan jiwa pelajar-pelajar remaja

yang sedang memberontak dan mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi. Oleh itu, beliau

merumuskan dalam kajiannya bukanlah sesuatu yang menghairankan jika individu memang

6

Page 8: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

tertarik dan berasa seronok menonton program-program langsang yang terdapat dalam media

kerana ia bersesuaian dengan naluri dan keadaan psikologi pelajar.

Menurut laporan Bahagian Jenayah dan Keganasan di Amerika, pada tahun 2001 terdapat

lebih 20,000 kes pembunuhan, 75,000 kes rogol dan 600,000 kes penyerangan fizikal yang

berlaku dalam masa setahun (Taylor, PePlau dan Sears, 2001). Pakar-pakar psikologi telah

membuat banyak kajian dan mendapati pendedahan kepada kelangsangan dalam media

merupakan antara sebab utama mengapa keadaan ini berlaku. Dalam beberapa tahun

kebelakangan ini pengkaji mendapati perlakuan delinkuan yang terdapat dalam televisyen dan

video menjadi pemangkin dalam meningkatkan tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar

(Pennel dan Browne, 1999). Keganasan dalam media juga meningkatkan rangsangan dan

menyebabkan seseorang itu hilang kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson

dan Dill, 2000). Kajian ini juga menyebut golongan pelajar merupakan golongan yang paling

ramai terlibat dengan tingkah laku langsang kesan dari pendedahan berulangan tingkah laku ini

dalam media (Pennel dan Browne, 1999).

3.2 Kepentingan media dalam kehidupan.

Sekarang zaman globalisasi ini, manusia sangat membutuhkan teknologi dalam kegiatan

sehari-hari. Media juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan penggunaan

teknologi seperti contoh buku-buku dihasilkan dengan adanya mesin fotokopi untuk dicetak,

akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga terhasil dengan adanya teknologi canggih untuk

mencetak sedala media-media yang diperlukan. Selain itu juga, teknologi seperti komputer kini

7

Page 9: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

sudah dikenali seluruh masyarakat apatah lagi dengan kemunculan internet. Penggunaan

komputer dalam melayari internet telah berkembang pesat dan memberi impak kepada

pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web,

mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai

medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama. Teknologi

multimedia interaktif menerusi web juga menjadi fenomena baru yang semakin mendapat

sambutan ramai seluruh dunia. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi membawa perubahan

dalam penggunaan media, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh

guru dan pelajar di sekolah. Penggunaan media bermaksud penggunaan alat dan bahan yang

membawa mesej atau maklumat isi pelajaran yang direka bentuk untuk pengajaran pelajar.

Contoh media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat,

internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon, mesin fotokopi, projektor dan

seumpamanya.

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan media

dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Kajian Toh dan Abd. Rahim

(1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai motivasi

yang tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran

sahaja. Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana ia

meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi pelajar dan

pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut Jonassen

(1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Pembelajaran menerusi multimedia

8

Page 10: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) dalam

buku mereka bertajuk Multimedia For Learning adalah:

i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana saja mereka

berada.

ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang

terdapat di seluruh dunia.

iii. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas.

iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan

pendidik.

Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat

menghasilkan perubahan pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar memperoleh pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang diperlukan tajuk yang berkenaan. Selain itu, pelajar memperoleh

pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan

pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang

perlu.

McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan terdapat

pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-sama teknologi web

atau internet.

3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan.

9

Page 11: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan

seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalam

Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53% ibu

bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja

sekolah. Kajian menunjukkan 43% daripada responden kajian menyatakan penggunaan internet

dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah. Mengikut kajian yang

dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penggunaan internet

dalam pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan internet semasa mengajar. Kajian

tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudah menggunakan internet dalam

pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat di Amerika Syarikat percaya bahawa

internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana internet dapat meningkatkan pencapaian

pelajar selain menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan dan mengurangkan kos

yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam kelas.

Kajian yang dijalankan oleh Becker (1999) terhadap 2,250 orang guru sekolah di

Amerika Syarikat mendapati majoriti seramai 59% guru mempunyai akses internet di rumah dan

39% hanya mempunyai akses internet di sekolah. Dalam penggunaan internet dalam pengajaran

dan pembelajaran, didapati 68% guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk

mencari maklumat bagi tujuan pengajaran. Sementara itu dalam penggunaan internet sebagai alat

komunikasi, didapati bahawa hanya 16% guru berkomunikasi dengan menggunakan e-mel

dengan guru dari sekolah lain dan hanya 18% guru menghantar informasi, pendapat, cadangan

dan hasil kerja pelajar ke laman web.

10

Page 12: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Oleh yang demikian, penggunaan internet kian berkembang dengan rancak. Di Malaysia

pada tahun 2000 hanya sebanyak 700,000 pengguna internet dan pada masa itu hanya sebanyak

250,000 orang guru di negara ini yang memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% saja yang

mempunyai akses internet. Perangkaan ini jelas menunjukkan pemilikan komputer ada kaitannya

dengan penggunaan teknologi internet. Pertambahan penggunaan teknologi internet kian

berkembang selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia.

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan

warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang

dirancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang

belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin

ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada

guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru

yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap

media elektronik komputer merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan komputer dalam

pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

4.0 Penutup

Secara kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan untuk

menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta membantu

11

Page 13: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

dalam tugas dan kegiatan sehari-hari. Dengan menggunakan alat media kita akan mengetahui apa

sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu juga media

berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan seseorang jika disalahgunakan media tersebut.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Imran: 104 yang bermaksud:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru

kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang

beruntung.”

Oleh yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media untuk

mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada

diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka. Dalam dunia sejagat sekarang,

kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan

alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah

kepada minda negara-negara yang disasarkan. Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan

dimuatkan dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang

memerlukan kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah

Subhanahu Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam

Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu

berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan

sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya

sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

12

Page 14: Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini

Rujukan

Buku:

Abd. Karim bin Haji Abu Bakar. Peranan media cetak dalam pembangunan Negara analisa mengenai lidah pengarang, Pelita Brunei (1983-1985), Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam 2000/2001.ms 25-27

Internet:

Amar Mahmood. Media sebagai alat membangun atau merosakan minda (Part 1). Jun.13, 2008. Di ambil dari:

http://amarmahmood.com/2008/06/13/media-sebagai-alat-membangun-atau-merosakan-minda-part-1/

Azran Fitri Rahim. Tukang Canang, Peranan Media Massa. Selasa, Ogos 25, 2009. Di ambil dari: http://azranfitri.blogspot.com/2009/08/peranan-media-massa.html

Haji Afiq bin Haji Julah. Minda Pembaca. Manfaatkan media untuk menggali ilmu. Di ambil dari: http://www.brunet.bn/news/pelita/14feb/minda.htm

Rohani. Artikal Renungan umum: Pengaruh media dalam kehidupan kita. Selasa, 2 Julai 2009. Di ambil dari:

http://www.imcmedia.org/index.php/artikel-rohani/41-renungan-umum/300-pengaruh-media-dalam-kehidupan-kita

Rosly bin Kayar. Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkahlaku agresif pelajar, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. April 2007. Di ambil dari: http://eprints.utm.my/6442/1/RoslyKayarMFP.pdf

Peranan media massa menurut perspektif Islam. Khutbah Jumaat, 10 Julai 2009. Jabatan Agama Islam Selongor. Di ambil dari:

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=787&Itemid=1

13