kesan-kesan tamadun thanesh

6
Terdapat banyak kesan dan pengaruh islam yang dapat kita lihat telah berlaku dalam tamadun melayu setelah kedatangan islam. Jika dahulu, sistem ekonomi masyarakat melayu tidak terlalu tersusun dan tidak mengikut syariat islam. Namun, sejak kedatangan islam, banyak perubahan positif telah berlaku dan membawa perubahan yang baik kepada sistem ekonomi tersebut. Seperti yang diketahui, Islam menyediakan prinsip, ciri, etika dan sebagainya yang berkaitan dengan muslahat harta manusia. Peraturan-peraturan yang dibincangkan dalam ilmu muamalat memperkatakan sumber-sumber ekonomi, pengeluaran, pengagihan, penggunaan, konsep pemilikan, pengurusan harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian, pelaburan dan lain-lain. Hal-hal tersebut menunjukkn bahawa prinsip ekonomi yang dibawa oleh islam amat adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Perniagaan dalam bahasa Arab bermakna tijarah.Tijarah membawa makna pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain, yakni ia adalah jual beli. Allah SWT menggunakan perkataan ‘perniagaan’ bagi sesorang yang menjual amalan baiknya kepada Allah SWT untuk mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Perniagaan disebut tajir iaitu orang yanh menjual dan membeli (Al- Faruzabadi, 1997:507) iaitu

Upload: nash-ra-one

Post on 19-Jul-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan-kesan Tamadun Thanesh

Terdapat banyak kesan dan pengaruh islam yang dapat kita lihat telah berlaku

dalam tamadun melayu setelah kedatangan islam. Jika dahulu, sistem ekonomi

masyarakat melayu tidak terlalu tersusun dan tidak mengikut syariat islam. Namun,

sejak kedatangan islam, banyak perubahan positif telah berlaku dan membawa

perubahan yang baik kepada sistem ekonomi tersebut. Seperti yang diketahui, Islam

menyediakan prinsip, ciri, etika dan sebagainya yang berkaitan dengan muslahat harta

manusia. Peraturan-peraturan yang dibincangkan dalam ilmu muamalat

memperkatakan sumber-sumber ekonomi, pengeluaran, pengagihan, penggunaan,

konsep pemilikan, pengurusan harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian,

pelaburan dan lain-lain. Hal-hal tersebut menunjukkn bahawa prinsip ekonomi yang

dibawa oleh islam amat adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Perniagaan dalam

bahasa Arab bermakna tijarah.Tijarah membawa makna pertukaran sesuatu dengan

sesuatu yang lain, yakni ia adalah jual beli. Allah SWT menggunakan perkataan

‘perniagaan’ bagi sesorang yang menjual amalan baiknya kepada Allah SWT untuk

mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Perniagaan disebut tajir iaitu orang

yanh menjual dan membeli (Al- Faruzabadi, 1997:507) iaitu seseorang yang menjual

barang ataupun perkhidmatan. Ia kemudianya membeli kembali barang perniagaan

daripada pembekal untuk dijual. Daripada maksud yang telah dinyatakan di atas, dapat

kita huraikan bahawa

Antara dasar-dasar ekonomi yang utama yang diamalkan dalam islam ialah

tauhid, amanah, tanggungjawab dan kebertanggungjawab, keadilan, kebebasan, syura,

berinovasi dan mengeluarkan diri daripada menjadi pak turut dalam ekonomi. Nilai-nilai

yang diamalkan dalam perniagaan setelah kedatangan islam telah member keuntungan

Page 2: Kesan-kesan Tamadun Thanesh

dan peluang yang abnyak kepada peniaga dan dapat menggelakkan gejala rasuah dan

penindasan. Konsep kerasionalan Islam juga berlainan dan kerasioanalan ekonomi

barat kerana ekonomi islam mendatangkan keuntungan di dunia beserta pahala di

akhirat. Islam tidak hanya tertumpu kepada pelaburan di dunia sahaja malahan member

fokus kepada keredhaan Allah terhadap apa yang diusahakan oleh manusia. Ekoran

daripada perkara tersebut, masyarakat tamadun melayu sepatutnya dapat

menghasilkan keuntungan yang bukan sahaja memberi manfaat di dunia namun

member pulangan yang lumayan di akhirat kelak.

Selain itu, kesan dan pengaruh islam dalam tamadun melayu juga dapat kita lihat

dari aspek sosial. Contoh yang paling ketara yang dapt dilihat adalah dari segi

kekeluargaan iaitu keluarga telah dijadikan sebagai agen sosialisasi ke arah

pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang beragama, berakhlak dan berbudi telah

menjadi fokus utama. Berbanding daripada zaman sebelumnya, tamadun melayu

dahulu kala tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh lalu mempunyai nilai akhlak

yang rendah. Disebabkan itu, tahap sosial dan pergaulan mereka tidak berlandaskan

ajaran agama yang betul. Apabila datangnya islam, konsep dan amalan kekeluargaan

telah berubah dan menjadi lebih teratur. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik

berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Oleh itu, seseorang itu akan

mendapat didikan yang berteraskan syariat yang betul seterusnya dapat menggelakkan

diri daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam seperti

amalan menghormati ibu bapa dan orang tua, menunaikan solat, menutup aurat dan

sebagainya.

Page 3: Kesan-kesan Tamadun Thanesh

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi

warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran

Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. Dengan tersebarnya agama islam di tanah melayu, masyarakat di

sana telah mengalami perubahan hidup kearah yang lebih baik. Antara contoh-contoh

perubahan hidup tersebut ialah kelahiran bayi disambut dengan azan dan iqamat,

perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan

berzanji serta mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.

Page 4: Kesan-kesan Tamadun Thanesh

BIBLIOGRAFI

1) Ahmad, I. (2010, February 9). PISMP MATH COHORT 5 IPG KBA. Retrieved March 8, 2011, from iloveislamsokmo: http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html

2) Deraman, D. H. (n.d.). Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu. Retrieved March 5, 2011, from Pro Tajdid: http://protajdid.blogspot.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam.html

3) HABA. (2009, May 3). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA. Retrieved March 5, 2011, from http://titas-haba.blogspot.com/2009/05/sumbangan-tamadun-islam.html

4) Sejarah, Pencapaian dan Masa Depan. (n.d.). Retrieved March 8, 2011, from Pengajian Tamadun Islam : http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf

5) Aros, A. H. (2004). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6) Abdullah, Z. (2009). TAMADUN ISLAM. Selangor: Federal - Marshall Cavendish Education.