kesan islam terhadap tamadun melayu

29
KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU 1 Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan India dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek. Akhirnya tamadun Islam telah menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun Hindu yang telah diamalkan oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu. Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang menjadi Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Syah. Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya melalui usaha-usaha yang gigih Islam dapat dikembangkan diseluruh Melaka.Melaka menjadi sebuah empayar Islam yang disegani di Nusantara Kedatangan Islam ke juga telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup penduduk yang terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan penganut -penganutnya. Sebelum itu agama Hindu adalah agama masyarakat atasan (golongan istana) kerana agama tersebut sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka. Manakala rakyat bawahan biasanya menganut kepercayaan animisme. Walaupun demikian dalam banyak perkara, ideologi Islam yang tiba di rantau ini telah memperlihatkan beberapa aspek yang rasional, radikal dan progresif, lebih daripada cara hidup tempatan itu sendiri sebelumnya. PENGENALAN

Upload: mastar-boneka

Post on 29-Jan-2016

488 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

1

Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara

keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat

Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh

kebudayaan India dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah

besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan

Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa

perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek. Akhirnya

tamadun Islam telah menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun Hindu

yang telah diamalkan oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu.

Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang

menjadi Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat

Iskandar Syah. Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya

melalui usaha-usaha yang gigih Islam dapat dikembangkan diseluruh Melaka.Melaka

menjadi sebuah empayar Islam yang disegani di Nusantara

Kedatangan Islam ke juga telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup

penduduk yang terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah

semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan penganut -penganutnya.

Sebelum itu agama Hindu adalah agama masyarakat atasan (golongan istana) kerana

agama tersebut sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka. Manakala

rakyat bawahan biasanya menganut kepercayaan animisme.

Walaupun demikian dalam banyak perkara, ideologi Islam yang tiba di rantau ini telah

memperlihatkan beberapa aspek yang rasional, radikal dan progresif, lebih daripada cara

hidup tempatan itu sendiri sebelumnya.

PENGENALAN

Page 2: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

2

Banyak unsur sosial Islam telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu

Nusantara hasil dan perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Antara aspek sosial yang

telah dilahirkan oleh tamadun Islam ialah:

(i) Terhapusnya sistem kasta yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf

Terhapusnya sistem kasta dan wujud nilai-nilai persamaan taraf di dalam

sesebuah masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan

perhambaan, kezaliman, hidup berpuak-puak dan sebagainya bukan lagi satu

kelaziman. Bagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi menjadi amalan

masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan mereka

tidak setaraf dengan rakyat bawahan. 1

Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti

yang diperkatakan oleh Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition,

Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsure demokrasi sebagai

sistem kasta hindu yang membahagikan penduduk alam melayu kepada beberapa

susun lapis seperti di India. Menurut Werteim, Islam juga telah menghapuskan

semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam

melayu melalui konsep Ummah atau masyarakat Islam. Proses perpaduan ini

menurut beliau dicapai melalui perlakuan ibadat termasuk mengerjakan Haji.

Beliau menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman permulaan

Islam di negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan

orang-orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang

bercorak universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit. 2

SOSIAL DAN AKIDAH

1. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 2. Peradan Melayu Dan Islam, halaman 55-56

Page 3: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

3

(ii) Islam membentuk akhlak yang mulia dan semangat bersatu padu

Masyarakat Melayu telah menjadikan akhlak Islam sebagai asas pedoman dan

amalan hidup mereka. Akhlak Islam telah membentuk manusia berkelakuan baik,

kasih-mengasihi, bantu-membantu, hormat-menghormati dan sebagainya. Dengan

perkataan lain, tiap-tiap orang Islam harus bertanggungjawab terhadap

masyarakatnya. Umat Islam telah dipandu untuk mengeratkan hubungan antara

individu dengan individu yang lain, hubungan dalam kekeluargaan umpamanya

antara anak dan ibu bapa, orang tua dan orang muda dan sebagainya. Hal ini

sudah tentu memberi natijah kepada hubungan sosial masyarakat Islam. Islam

memang memandang berat akan soal perhubungan persaudaraan. 3

Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman yang

merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam.

masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh

Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja Baginda

berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SA.W. pada ketika

itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai

yang cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang

dan menjadi contoh dan model bagi masyarakat manusia selepasnya.

3. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364

Page 4: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

4

Asas-asas Pembentukan Masyarakat Islam Pada Zaman Rasulullah Dan Para

Sahabat

Syari’ah sebagai asas

Pembangunan akhlak

Membentuk Peribadi Muslim

Pembinaan tempat Ibadah

Persaudaraan Islam

Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas IsIam.

Akhlak menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam

pembinaan sesebuah masyarakat. Jatuh bangun sesebuah masyarakat

bergantung sejauh akhlak dapat diterapkan dan cerakinkan. Dalam asas akhlak,

pembentukan peribadi menjadi tunggak masyarakat akan tercapai. Seseorang

individu dalam masyarakat harus mempunyai akhlak yang mantap untuk

membentuk sesebuah masyarakat yang stabil. Peranan tempat ibadah juga

merupakan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat Islam memandang

ibadah sebagai perkara penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, pembinaan

tempat ibadah juga diberi penekanan dan diletakkan sebagai asas pembentukan

masyarakat. Satu perkara yang tidak kurang pentingnya pembentukan

masyarakat ialah persaudaraan. Ikatan antara seseorang individu seseorang

individu yang lain adalah dengan persaudaraan. Setiap anggota masyarakat

bersaudara dengan erti kata saling menolong dan berkerjasama dalam semua

Page 5: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

5

perkara. Asas-asas tersebut saling berkait dalam pembinaan sebuah masyarakat

Islam. 4

(iii) Islam memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan yang lengkap

berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, Islam telah

memperkenalkan hukum-hukum yang lengkap Iagi saksama. Dalam pembentukan

keluargaan, Islam telah memperkenalkan hukum nikah kahwin dan cerai mengikut

Iunas-Iunas tertentu. Jelasnya Islam telah membawa satu bentuk undang-undang

yang sesuai digunakan oleh segenap Iapisan masyarakat dan peredaran zaman. 5

Dalam masa keagungan pemerintahan kesultanan di alam Melayu ini banyak juga

prinsip prinsip perundangan Islam telah dijalankan, walaupun di dalam beberapa

perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Ada beberapa buah

negeri di Sumatera yang telah menjalankan hukuman hukuman mencuri, zina,

pembunuhan dan jenayah-jenayah lain mengikut perundangan Islam, begitu juga

dalam soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (Faraid),jualbeli, dan sebagainya

telah cuba juga dijalankan seberapa yang boleh. Hal ini adalah merupakan suatu

pembaharuan yang penting bagi masyarakat di sebelah sini.

Walau bagaimanapun ada juga ciri ciri adat istiadat Hindu dan anamisma yang

masih terus menerus diamalkan, terutamanya, di dalam sistem kekeluargaan dan

sedikit sebanyak di dalam lapangan pentadbiran. 6

Selain daripada itu juga, terbukti di dalam kitab Sejarah Melayu di mana Sultan

Alauddin telah membina sebuah balai untuk diletakkan barang-barang tercicir di

jalan raya atau di mana mana agar tuannya dapat menuntut kembali dari balai

tersebut. Sesiapa yang tidak mengembalikan barang-barang yang dijumpainya

akan di hukum potong tangan sama sebagaimana orang yang mencuri.

4. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1,halaman 143-144 5. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 6. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541-542

Page 6: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

6

Contoh yang lain pula bila seseorang raja meninggal wasiat kepada anak-anaknya

supaya sabar jangan tamakkan harta. Sultan Mansur Syah di dalam wasiatnya

berkata:

“Jikalau kesukaran baginya (rakyat) hendaklah engkau tolong, jikalau teraniaya ia,

hendaklah engkau periksai baik-baik supaya di akhirat tiada diberatkan Allah”.

Begitulah tingginya moral dan tanggungjawab seseorang raja dan pemerintah

terhadap rakyatnya. Ini semua adalah kesan dan ajaran-ajaran Islam.

Di bidang undang-undang, mazhab Shafei telah memainkan peranan utama dalam

menentukan hal-hal mengenai kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal

berkaitan dengan warisan, harta, undang-undang mu’amallah perkara-perkara

yang berkaitan dengan perkahwinan, dan hukuman terhadap orang-orang yang

bersalah. Pengaruh undang-undang Islam juga terdapat di dalam undang-undang

tempatan seperti undang-undang luaran di Phiipina dan undang-undang Kanun di

Tanah Melayu.

Terdapat juga undang-undang adat yang diamalkan di beberapa daerah tertentu

yang bercampur dengan undang-undang Islam.

Jelas undang-undang Islam telah diamalkan begitu luas dan teguh. Ini terbukti bila

orang-orang Inggeris menghadapi masalah undang-undang di Tanah Melayu.

Contohnya Gibson seorang penasihat undang-undang British di masa permulaan

campur tangan Inggeris melaporkan yang tugasnya menghadapi kesukaran sebab

undang-undang Jenayah yang diamalkan di mahkamah-mahkamah Kedah ialah

undang-undang Islam. Contoh kedua Walter Scott yang bertugas di Trengganu

menyatakan tugasnya menterjemahkan undang-undang di Trengganu ini

mengalami kesukaran kerana terlalu banyak perkataan Arab dalam undang-

undang tersebut. 7

7. STPM Sejarah Islam, halaman 144-145

Page 7: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

7

(iv) Konsep tuhan yang esa

Pembaharuan terpenting yang jelas dapat dilihat ialah aspek kepercayaan yang

mempunyai hubungan rapat dengan cara penduduk di rantau ini berfikir. Sebelum ke-

datangan Islam kebanyakannya beragama Hindu, selain daripada menganuti

kepercayaan-kepercayaan Buddha dan anamisma, ataupun tidak berkepercayaan

langsung. Mereka mempercayai Tuhan Iebih daripada satu, menyembah berhala dan

berbagai Iagi, ini terutamannya dilakukan oleh penganut-penganut agama Hindu.

Sementara penganut-penganut anamisma pula mempercayai bahawa segala benda

di dalam dunia ini mempunyai semangat, atau dengan lain-lain perkataan,

berpenunggu.

Secara keseluruhannya kedatangan agama Islam itu telah membawa kepada

kepercayaan keesaan Tuhan, iaitu Allah. Kepercayaan ini merupakan suatu objektif

yang maha tinggi dan merupakan suatu hakikat rasional dan universal. Mereka juga

diperkenalkan dengan akidah-akidah Islam yang lain seperti Rukun Islam, Rukun

Iman dan perkara-perkara lain. 8

(vi) Membawa satu revolusi mental khususnya berkaitan dengan ilmu ghaib, tawakal,

qada dan qadar dan sebagainya.

Masyarakat Melayu disemai dengan pemikiran yang lebih rasional dan

berpengetahuan. Umpamanya, Islam menyatakan semua manusia mempunyai taraf

yang sama di sisi Tuhan kerana mereka berasal daripada keturunan yang sama.

Pengaruh Iogik dalam agama Islam telah memberi kesan yang mendalam kepada

masyarakat Melayu sehingga mereka tidak menolak konsep hidup dan mati, kada dan

kadar dan sebagainya.

Kepercayaan dan akidah ini datang dalam bentuk ajaran metafisik ahli tasauf. Menerusi

ilmu tasauf roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akliah menjalar ke dalam fikiran

8. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540

Page 8: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

8

orang ramai secara terbuka, menyebabkan timbulnya rasionalisma dan intelektualisma

yang tidak pernah terlibat dalam zaman sebelum kedatangan Islam. Kelahiran ini dapat

dipandang sebagai roh yang kuat yang memulakan proses perubahan falsafah hidup

Nusantara, dengan memalingkan dan alam yang menitikberatkan soal khayal, dongeng,

dewa-dewa,dan lain-lain kepada alam fikiran, akal dan peraturan. Ini menyediakan

Nusantara untuk dunia moden yang akan datang. Muballigh-muballigh Islam

mendakwahkan kepercayaan kepada Tuhan yang kekuasaanNya adalah dikendalikan

oleh kebijaksanaanNya; yang kudrat iradatNya penuh dengan dayacipta bertindak

mengikut kehendaknya. Manusia adalah dianggap sebagai alam kecil bagi alam

semesta. Hakikat dari manusia adalah berakal, dan sifat berakal itu menjadi

penghubung antara manusia dengan Allah. Konsep ini memberikan suatu kesedaran

tentang harga dan kemuliaan dirinya yang tiada diberikan kepadanya dalam masa

sebelum Islam. 9

Satu lagi unsur kepercayaan yang dipusakai dan kepercayaan Hindu itu ialah tentang

semangat, iaitu jiwa yang penting yang terdapat pada setiap benda, baik yang ben-

nyawa atau yang tidak bernyawa. Semangat itu ditakuti, dihormati, dan dipuja oleh

mereka. Dari sini timbullah adat kebiasaan menjamu atau memuja semangat untuk

menjamin keselamatan mereka, menjamin kesuburan tanah, menjamin penambahan

hasil mahsul dan sebagainya. Bomoh atau pawang memainkan peranan penting

mengepalai upacara memuja semangat tersebut.

Satu lagi kepercayaan yang dipengaruhi oleh zaman primitif itu ialah amalan memuja

keramat. Istilah kerarnat dalam Islam khusus bagi suatu kejadian luar biasa yang terjadi

dengan pertolongan Allah kepada orang yang benar-benar taat kepada Nya. Tetapi

keramat dalam masyarakat Melayu telah diumumkan kepada manusia, binatang, kubur,

pokok, busut, dan sebagainya. Mereka sentiasa mengunjungi tempat yang dikatakan

keramat itu dengan membawa telur rebus, nasi kunyit, air tawar, dan sebagainya untuk

melepaskan nazar, atau memberikan persembahan kepada penunggu di sana. 10

9. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 540-541 10. Ikhtisar perkembangan Islam, halaman 545

Page 9: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

9

Adat-adat yang dipengaruhi dan dipusakai dari zaman primitif ini bukan sahaja

mengenai konsep kepercayaan akidah, tetapi terlibat juga bidang-bidang sosial dan ke-

masyarakatan seperti adat mandi safar adat perkahwinan, menyarnbut hari kelahiran

bayi, dan sebagainya. Adat-adat ini telah bercampur-aduk dengan nilai-nilai Islam yang

sebenar hingga susah bagi orang awam hendak membezanya. Namun demikian

kepercayaan mereka terhadap Allah Yang Maha Esa dan Maha Kuasa tidak boleh

diperkecilkan. Sungguhpun mereka mempercayai adanya kuasa-kuasa ghaib,

penunggu, atau keramat, tetapi mereka masih percaya bahawa kuasa ghaib tersebut

tertakluk kepada kuasa Allah.

Kepercayaan-kepercayaan yang berbentuk primitif ini pula terus-menerus berkurangan

dari masa ke masa. Kepercayaan kepada semangat padi misalnya sudah tidak ada lagi

di kawasan yang menerima tanaman dua musim dalam setahun. Bomoh-bomoh juga

telah berkurangan dan tidak banyak memiliki peranan setelah meluasnya klinik-klinik

kesihatan di kawasan luar bandar. Lebih-lebih lagi di akhir akhir ini lahir golongan

berpelajaran yang berfikir rasional menentang kepercayaan dan adat yang

bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar. Adat-adat yang tidak bertentangan

dibiarkan sehingga ia menjadi suatu ciri kebudayaan Islam pula. 11

11. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 546

Page 10: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

10

Agama Islam juga telah mempengaruhi sebahagian besar bidang politik dan pentadbiran

sesebuah negeri. Antara aspek yang dapat dilihat ialah:

(i) Konsep Raja Hindu bertukar kepada Sultan

Bertukarnya sistem dan konsep raja dalam agama Hindu kepada sistem dan

konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu, raja

dianggap bayangan tuhan ataupun dewata, tetapi di dalam Islam raja adalah

manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama

dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem kekhalifahan pada

masa dahulu. Walaupun sultan tidak dianggap suci sebagaimana raja-raja Hindu,

namun sultan dianggap mempunyai daulat dan status yang Iebih tinggi danipada

orang kebanyakan. 12

Kedatangan Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran

secara kesultanan di rantau ini. Walaupun ini boleh dikatakan tidak

banyak bezanya dengan sistem Kerajaan Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga

terdapat ciri-ciri yang tersendiri. Pemakaian sistem mufti sebagai penasihat hal-

ehwal agama Islam khususnya adalah merupakan suatu pembaharuan yang

bererti. Malah secara khusus sultan atau raja telah dianggap sebagai khalifah

(pengganti Nabi), kadang-kadang sebagai bayang-bayang Tuhan. Tetapi

pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek konsep

politik Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang sebenarnya,

urnpamanya dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi Muhammad dan

Khalifah Empat (Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah. 13

POLITIK

12. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 364 13. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 541

Page 11: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

11

(ii) Agama islam telah menjadi agama rasmi dalam pentadbiran dan undang-undang

Agama Islam telah menjadi agama rasmi kebanyakan negara dan undang-undang

Islam telah dijadikan undang-undang negara. Bermula dari kerajaan Melaka,

undang-undang Islam telah bertapak di Kedah, Tenengganu dan negeri negeri

lain. Walaupun begitu, pada peringkat awal cara pentadbiran Islam tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya meskipun asas undang-undang Islam telah digunakan.

Umpamanya dalam Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka masih

terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

Islam juga merupakan suatu tenaga perpaduan di seluruh alam Melayu yang

menggerakkan satu proses ke arah kesedaran kebangsaan. Kesimpulan yang

wajar dan proses ini ialah berlakunya ubah ansur sebahagian besar alam Melayu

ini menjadikan bangsa Malaysia dan Indonesia moden dengan bahasa Melayu

sebagai bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama negara. Ubah

ansur ini berlaku dalam keadaan tenang sekali tanpa menerima apa-apa

kekacauan yang datang menganggunya. 14

(iii) Mewujudkan kefahaman tentang kesedaran tanggungjawab mempertahankan agama dan negara

Agama Islam juga rnenggerakkan umatnya ke arah kesedaran kebangsaan.Islam

menganjurkan perpaduan yang utuh di kalangan masyarakatnya. Tiap-tiap orang

Islam diberi tanggungjawab memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan

Islam.ini disemaikan melalui semangat jihad. Hasil daripada pengaruh tersebut

empayar Islam khususnya di zaman Kesultanan Melaka telah menjadi begitu Iuas

dan terkenal. 14

14. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 365

Page 12: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

12

Pada masa berlaku pencerobohan penjajah barat, Islamlah yang memberikan

semangat yang menentukan langkah pcrubahan ini melalui pergerakan-pergerakan

menentang penjajah dcngan cara jihad (perang suci) melawan penjajah yang kafir.

Sejarah perkembangan faham kebangsaan di alam Melayu, baik di Malaysia ataupun

di Indonesia, pada peringkat permulaannya merupakan peringkat agama, jihad yang

dipengaruhi oleh ajaran Islam yang menyuruh penganut-penganutnya supaya bergiat

bukan sahaja di lapangan ibadat semata-mata, tetapi mengambil bahagian yang aktif

dalam semua lapangan, termasuk politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain. Gerakan

Kebangsaan di Malaysia dipeloporkan oleh Syed Syeikh Abdul Hadi, murid kepada

Syaikh Muhammad Abduh, yang baru kembali ke tanahair dan Kahirah pada tahun

1904M. Dua tahun kemudian beliau mengeluarkan akhbarnya yang bernama Al-

Imam.

Akhbar ini merupakan akhbar Melayu yang pertama sekali mengandungi berita berita

politik dan fikiran-fikiran baru yang membentuk ke arah perubahan masyarakat.

Tujuannya ialah untuk menganjurkan suatu perubahan sosial melalui agama

sepertimana yang dikehendaki oleh agama Islam dan sebagaimana yang berlaku di

Timur Tengah pada waktu itu. Perkembangan gerakan ini dapat dilihat selepas itu di

mana berkembangnya kelab-kelab, sekolah-sekolah agama, akhbar-akhbar, majalah-

majalah yang menyiarkan gerakan-gerakan Islam di seluruh negara. Oleh yang

demikian orang Islam di rantau ini merasai sensitif sekali terhadap apa sahaja

perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan agama dan bangsa

mereka. 15

15. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 542

Page 13: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

13

(iv) Penubuhan institusi-institusi islam bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran islam dalam kegiatan dakwah, pelajaran, berjual-beli dan sebagainya

Berikutan dengan tertegaknya pemerintahan yang berlandaskan undang-undang

atau ciri-cirl Islam, ia telah memberi kesan kepada penubuhan beberapa institusi,

jabatan dan jawatan yang berkaitan dengan Islam. Dari segi jawatan, kadi, arnil,

imam dan sebagainya telah di beri peranan tertentu serta penghormatan dalam

masyarakat. Selain dari itu Jabatan dan Majlis-majlis Agama Islam telah

ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran Islam itu sendiri. Sepertimana

beberapa institusi pengajian Islam telah dibina untuk meningkatkan taraf

pendidikan Islam di sesebuah negara. Hasilnya, wujud beberapa tokoh ilmuan

yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan Islam di rantau ini. 16

Kedatangan Islam telah membantu kepada penubuhan beberapa institusi

pendidikan di Alam Melayu. Antara pusat pengajian yang penting seperti istana,

masjid, madrasah dan pondok.

Istana dalam sejarah keagungan Islam di Alam Melayu telah memainkan peranan

yang cukup besar sebagai pusat perkembangan keilmuan kepada anak-anak raja

dan golongan pemerintah. Sebagai contoh, Ibnu Batutah, telah mencatatkan

istana Pasai pada abad ke 14 telah menjadi pusat perdebatan ilmu yang turut

disertai oleh Sultan Malik aI-Zahir yang memerintah ketika itu. Sejàrah Melayu

juga mencatatkan bahawa Sultan Mansur Syah telah menjadikan istana sebagai

pusat pengajian dan sering berguru dengan Maulana Abu Bakar. Begitu juga

dengan Sultan Mahmud Shah dan puteranya Razak Ahmad yang pernah belajar

dengan Maulana Sadar Jahan di istana. Begitu juga dengan pemerintah Acheh,

Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 — 1636 M) dan Sultan Iskandar Thani (1636

— 1641 ) yang mempelajari dan memperdebatkan ajaran tasauf Hamka Fansuri

dan ilmu Nuruddin al-Ranini yang berakhir dengan pembakaran karya Fansuni

pada tahun 1637. 17

16. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 371 17. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman132

Page 14: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

14

Begitu juga dengan zaman pemerintahan Sultan Riayat Syah (1597 — 1602 ),

istana Johor menjadi pusat pengajian yang dimanfaatkan oleh Tun Sri Lanang dan

istana Sultan Raja Ali di Riau telah membenarkan Raja Ali untuk mengajar dan

mengarang kitab yang berkualiti.

Selain dan istana, masjid dan surau juga berperanan dalam proses penyebaran

ilmu di Alam Melayu. Ibnu Batutah dalam pelayarannya mencatatkan bahawa

Pasai di Alam Melayu antara tempat yang awal menyebarkan Islam melalui masjid.

Biasanya pengajian di masjid dan surau ini adalah dalam bentuk yang tidak formal

yang melibatkan pengajian al-Quran. Di samping itu ilmu-ilmu fardhu am seperti

fiqh, tasauf, usuluddin, hadis tafsir, faraid dan lain-lain lagi juga diajarkan di masjid.

Seiain dan itu madrasah dan pondok juga teiah berkembang sebagai pusat

penyebaran ilmu pengetahuan bersama-sama kehadiran Islam di alam Meiayu.

Sistem pengajian bercorak pondok ini dikatakan bermuia di Acheh yang

merupakan sistem pendidikan keislaman untuk rakyat. Istilah pondok itu begitu

meluas digunakan di tanah Melayu dan pasantren di Jawa. Sistem pondok ini

dipimpin oieh guru-guru tertentu, yang mengajar pelbagai ilmu keislaman. Bagi

mereka yang berkebolehan, dapat menyambung pengajiannya di Makkah, India

atau Mesir. Terdapat beberapa pasantren yang terkenal seperti pasantren Santi

Asrami di Jawa, Pasantren Tegalsari yang didirikan pada tahun 1548, dan

Pasantren Jasari yang didirikan pada tahun 1648. Manakala di Tanah Melayu

sistem pondok ini juga berkembang terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah,

Perils dan Pattani. Antara pondok yang terkenal iaiah Pondok Tok Kenali di

Kelantan dan Pondok Pokok Sena di Seberang Prai. 17

17. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 133

Page 15: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

15

Sistem Pengajian Pondok

Sistem pengajian pondok merupakan antara insitusi pendidikan Islam yang bersifat

formal dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan Masyarakat Melayu. Sistem

pengajian pondok mula berkembang sejak abad ke-18 hingga ke-20 masehi. Sistem

pengajian sebegini berkembang pesat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Antara institusi yang terkenal menggunakan pendekatan ini ialah Pondok Kubang

Pasu dan Pondok Tok Kenali di Kelantan, Pondok Tuk Ku Pulau Manis dan Pondok

Wan Hj Abd Latif di Terengganu dan Pondok Batu 16 (Pak Ya) di Kedah.

Sistem Pengajian Madrasah

Institusi pendidikan Islam berkembang setapak lagi di Alam Melayu dengan

pengenalan sistem madrasah yang merupakan institusi pendidikan yang Iebih

sistematik. Madrasah pertama yang didirikan iaiah al-Madrasah al-Masriyyah di Bukit

Mertajam pada tahun 1906 Masehi, diikuti oleh Madrasah Iqbal ai-Islamiyah di

Singapura, al-Madrasah al-Ahmadiah di Riau, Madrasah Muhammadiyyah Melayu di

Kelantan, al-Madrasah al-Masyhur al-Isiamiyyah di Pulau Pinang, al-Madrasah al-

Khairiyyah di Johor, al-Madrasah al-’Aiawiyyah al-Madaniyyah di Perlis, Ma’had

Mahmud di Kedah dan lain-lain. 18

(vi) Orang melayu dapat membaca karya-karya terjemahan, hasilnya semangat islam telah meresap dalam sanubari mereka

Perkembangan sastera Melayu adalah berasaskan pengislaman masyarakat

Melayu. Islam melaksanakan penyebaran Islam secara meluas. Kesusasteraan

dapat berkembang dengan pesat dan membawa perubahan yang dinamik

kepada perkembangan Islam. 19

Daripada sastera Arab inilah sastera Melayu meminjam banyak perbendaharaan

kata dan karya sastera “kitab” yang menyatakan persoalan hukum dan aqidah.

18. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 133 19. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 149

Page 16: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

16

Sastera Parsi juga turut membantu sastera Melayu membentuk hikayat-hikayat

berbingkai dan Salasilah. Penulis-penulis Melayu juga berupaya melahirkan

karya-karya sejarah dan salasilah. Daripada sifat-sifat seperti ini khazanah

sastera zaman ini dapat menjelaskan karya-karya warisan Islam. Kesusasteraan

Melayu tidak lagi terbatas kepada sifat stereotaip seperti kesusteraan zaman

Hindu, tetapi lebih luas lagi telah menekankan kepada aspek Tauhid kepada

Allah SWT.

Sastera Melayu telah dikaitkan dengan kesusasteraan Islam yang agung seperti

Sirah al-Rasul, kisah-kisah para Nabi, Mathnawi dan sebagainya. Mengikut

konsep Islam, sastera adalah sebagai alat untuk memperolehi kebaikan serta alat

untuk memberikan penerangan yang jelas tentang kehidupan dan tujuannya. ini

adalah disebabkan sastera Islam bersumberkan wahyu Allah yang banyak

menekankan tentang aspek-aspek kerohanian. Oleh itu karya sastera yang baik

mestilah memberikan pandangan hidup Islam yang tepat sepertimana ajaran

wahyu Allah. Perkara negatif yang berunsurkan hiburan dan nafsu adalah ditolak

oleh seni dan kesusasteraan Islam. Nilai-nilai seni yang boleh melupakan Allah

tidak termasuk di dalam nilai sastera yang murni.

Nilai etika dalam kesusasteraan Islam memerlukan teknik yang baik dan menarik.

Sebagai contoh, walaupun Kitab Al-Quran bukan merupakan kitab sastera namun

mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Fungsi sastera Islam dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

Sebagai media dakwah. Dua faktor penting sastera menjadi media dakwah

a) Hubungan sasterawan dan kesusasteraan

b) Sasterawan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai

seorang Islam. 20

20. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 149

Page 17: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

17

Sastera merupakan media terbaik menyampaikan dakwah. Sebagai contoh

zaman awal Islam karya-karya seperti syair, pidato, atau surat (risalah)

digunakan untuk dakwah.

ii. Berfungsi sebagai media pendidikan. Tujuannya adalah untuk

membentuk peribadi Muslim. Dalam bahasa Arab sastera disebut al-adab yang

bermaksud beradab ~ berakhlak atau untuk membentuk akhlak atau adab

Muslim.

iii. Berfungsi menyalurkan semangat jihad. Bertujuan menaikkan semangat

umat Islam. Contoh Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Au Hanafiah,

Hikayat Hasan Husin dan Perang Badar.

Menurut Syed Qutb, sastera terbahagikan kepada dua iaitu Sastera Islam dan

Sastera Musyrik. Sastera Islam ialah sebarang hasil tulisan atau sastera yang

berpegang teguh kepada akidah, syariah dan akhlak. Manakala sasterawan

dalam Islam ialah mereka yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Adapun

Sastera Muysrik ialah sebarang hasil sastera yang bersifat munafik, memuja

pemimpin yang zalim, serta mempengaruhi orang lain untuk melakukan

kejahatan.

Contoh Karya Melayu-Islam

Sumbangan penulis-penulis Islam dalam bentuk sastera ketatanegaraan

bersumberkan ajaran Islam adalah seperti Bustanus Salatin (Taman segala raja-

raja) dan Taj ai-Saiatin (Mahkota Raja-raja) karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri.

Penulis-penulis di AIam Melayu telah menyadurkan hikayat tokoh sufi untuk

dijadikan tauladan dan bahasa Arab ke bahasa Melayu, contohnya Hikayat

Sultan Ibrahim, Hikayat Abu Yazid al Bistari, Hikayat Sheikh Abd. Kadir Jailani

dan lain-lain lagi. Cerita-cerita mengenai raja-raja Islam yang disadur dan tulisan

Arab, Parsi dan Hindustan seperti Hikayat Raja Damsyik, Hikayat Gui Bakawaii

dan lain-lain. 21

21. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 150

Page 18: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

18

(vii). Bahasa Melayu berkembang

Dengan kedatangan Islam Bahasa Melayu berkembang menjadi Bahasa ilmu.

Ia berkembang menjadi bahasa rasmi dan akhimya menjadi bahasa “Lingua

Franca” di Alam Melayu.Tanda terawal kehadiran Islam di rantau ini ialah

dengan penemuan Batu Nisan di Brunei pada tahun 440 Hijrah.

Bukti pertama penggunaan Bahasa Melayu yang mengungkapkan pengaruh

agama Islam ialah pada tahun 702 Hijrah, berikutan penemuan Batu Bersurat

di Terengganu. Kandungannya dengan jelas menunjukkan bahawa Islam

sebagai agama rasmi di rantau ini.

Perkembangan Bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:

i. Melalui Pertuturan

ii. Melalui Penulisan

Melalui Pertuturan, berlaku interaksi dan campuran antara Bahasa Arab —

Melayu menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kedatangan

Islam menyebabkan perbendaharaan kata Arab yang berunsurkan agama

digunakan seperti kerusi, kitab, masjid, al-Quran dan lain-lain digunakan

sebagai sebahagian dan bahasa Melayu.

Melalui Penulisan, sebelum kedatangan Islam boleh dikatakan tiada tulisan

yang praktis digunakan. Islam membawa satu sistem tulisan menggunakan

tulisan jawi atau Arab. Bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Palava

digantikan dengan huruf jawi.Tulisan jawi digunakan secara meluas di Alam

Melayu. Ia menjadi dimensi baru dalam tradisi pengembangan ilmu khususnya

ilmu agama dalam masyarakat. Melalui tulisan jawi bidang sastera Melayu

mula berkembang. 22

22. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 148

Page 19: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

19

Penulisan kesusasteraan Islam dan bahasa Arab telah disadurkan ke dalam

Bahasa Melayu dengan pesat apabila banyak hikayat lama dikarang dan

disebarluaskan. Tulisan-tulisan sastera Arab juga telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Melayu.

Penyebaran agama Islam yang berpusat di Melaka ke daerah-daerah lain juga

menyebabkan Bahasa Melayu tersebar di seluruh kepulauan Melayu. Ia

menjadi bahasa penghantar penyebaran Islam. Martabat Bahasa Melayu

meningkat dan berkembang dengan meluas di kalangan masyarakat.

Kitab-kitab Melayu dalam tulisan jawi telah tersebar ke tempat-tempat baru

seperti Sri Langka, Malagasi dan Afrika Selatan. 23

23. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1, halaman 149

Page 20: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

20

Kesan kedatangan Islam ke atas masyarakat Melayu telah mewujudkan satu sistem

pendidikan yang Iebih moden dan berpengetahuan luas. Perkembangan dalam sistem

pendidikan telah membawa kemajuan dalam kehidupan orang-orang Melayu pada

keseluruhannya. Antara aspek-aspek kemajuan yang telah dibawa ole Islam ialah:

(i) Mewujudkan sistem pendidikan islam yang lebih teratur dan lengkap. Orang-orang melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan islam.

Wujudnya sistem pendidikan agama yang lebih moden dan teratur. Sebelum

kedatangan Islam, pendidikan umumnya terhad kepada golongan lstana sahaja.

Tetapi setelah kedatangan Islam, pendidikan telah tersebar dengan meluas di

kalangan rakyat sesuai dengan prinsip Islam itu sendiri yang menuntut umatnya

menimba ilmu pengetahuan setinggi yang boleh. Pada peningkat awal, pendidikan

dijalankan secara tidak formal di masjid-masjid dan pondok pondok tetapi

kemudian berkembang ke tahap yang lebih formal dengan wujudnya sekolah-

sekolah dan institusi-institusi pengajian Islam di peringkat tinggi.

Satu danipada sistem pendidikan yang terkenal yang berhubung dengan Islam

ialah sekolah Al-Quran, iaitu sekolah yang mempelajari hal ehwal pengajian Al-

Quran dan aspek-aspek bacaan, tajwid, tafsir, menghafaz, dan sebagainya. Kesan

daripada sekolah Al-Quran ini lahirlah pusat-pusat pengajian Islam secara

sederhana yang terkenal dengan nama sekolah pondok, madrasah dan lain-lain.

Pusat-pusat tersebut secara umumnya lebih meluas cara mengajar dan pelajaran-

pelajaran yang diajar daripada sekolah ialah Al-Quran. Ia meliputi perkara-perkara

yang berhubung dengan agama Islam seperti fiqah, tauhid, akhlak dan bahasa

Arab. Sistem pendidikan di pusat-pusat yang berkenaan tidak teratur. 24 Tetapi

24. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 365

PENDIDIKAN DAN

KEBUDAYAAN

Page 21: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

21

sekarang ini pada keseluruhannya telah banyak menerima pembaharuan dan

ubahsuai.

(ii) Pengenalan tulisan jawi telah mempercepatkan lagi kegiatan dalam

penulisan sama ada yang berbentuk karya asal ataupun terjemahan

Hasil perkembangan Islam di Nusantara, orang-orang Melayu telah diperkenalkan

dengan tulisan Jawi. Tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk menulis

mengenai perkara-perkara agama sahaja tetapi telah dijadikan tulisan rasmi

kerajaan dalam urusan pentadbiran dan sebagainya.

Agama Islam mulai mendapat tempat dalam masyarakat di alam Melayu kerana

agama Islam telah menjadi agama rasmi yang diamalkan dalam pemerintahan

kerajaan Melayu di Pasai. Sultannya yang pertama, iaitu Merah Silu telah

menganut agama Islam dan memakai gelaran Malik al-Salih meninggal dunia pada

1297 T.M.

Dengan perkembangan agama Islam, maka bahasa rasmi agama Islam, iaitu

bahasa Arab mulai mendapat tempat di kalangan penduduk yang menganut

agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf

dari India seperti Pallava dan Kawi mula menggunakan huruf-huruf Arab yang

disebut huruf Jawi.

Gelaran “Jawi” bagi huruf-huruf Arab mungkin berkait rapat dengan panggilan Jawi

yang digunakan oleh orang Arab terutama di Mekah terhadap bangsa Melayu dan

Indonesia hingga ke bari ini. Perkataan Jawi ini ialah kata sifat yang membawa erti

“orang Jawa” atau “berasal dan tanah Jawa”. Penulis-penulis Arab dalam zaman

klasik termasuk Ibn Batuttah dalam bukunya aI-Rihlah menggelarkan Pulau

Sumatera sebagai al-Jawah. Oleh itu, orang Arab merangkum orang Melayu dan

Jawa sebagai bangsa Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab itu

disebut tulisan Jawi. Apatah lagi tulisan itu mencampuri huruf-huruf Arab yang

Page 22: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

22

terdiri danipada 29 huruf dengan lima huruf bukan Arab yang dicipta oleh orang

Melayu sendiri. Menurut Prof. S.M. Naguib al-Attas hahawa lima huruf bukan Arab

yang terdapat dalam huruf Jawi, ialah ca( ),nga( ),pa( ),ga( ),dannya(

).Menurut beliau lagi, huruf-huruf baru itu dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi

yang lazim pada lidah orang Melayu. Huruf-huruf baru ini ditiru daripada huruf

Arab, misalnya huruf ca ( ) diambilkan daripada huruf jim ( ); huruf nga ( )

daripada huruf am ( ), huruf pa ( ) daripada huruf fa ( ), ga ( )

daripada huruf kaf ( ) tetapi menurut Omar Awang pula bahawa huruf ca ( ) dan

ga ( ) diambil daripada huruf Parsi kerana bahasa itu berkembang dengan

luasnya di Asia Tengah dan India dan pengaruhnya juga sampai ke alam Melayu

dibawa oleh penulis Islam seperti Hamzah Fansuri yang dikatakan telah

menguasai bahasa tersebut, malah membuat petikan-petikan bahasa Parsi dalam

tulisannya. 25

(iii) Perkembangan dalam pendidikan islam secara lebih formal dan teratur. Ilmu pengetahuan islam berkembang luas.

Masyarakat Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai bidang ilmu

pengetahuan Islam, seperti ilmu tasawuf, fikah, tauhid dan sebagainya.

Perkembangan ilmu ini telah melahirkan ulama-ulama terkenal seperti Hamzah

Fansuri, Hamka dan lain-lain.

Kedatangan Islam juga telah melahirkan ilmu pengetahuan yang memberi

munafaat kepada masyarakat Melayu. Bersama-sama dengan ajaran-ajaran Islam

ialah benbagai ilmu pengetahuan seumpama ilmu bahasa, kesusasteraan,

sejarah, falsafah, akhlak, mantik dan berbagai lagi. Di dalam bidang bahasa,

kedatangan Islam telah memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu.

Banyak perkataan di dalam berbagai aspek hidup telah lahir, urnpamanya

perkataan-perkataan seperti ilmu, sultan, kitab, masjid, hisab, alam, dan lain-lain. 26

25. Peradaban Melayu Dan Islam, halaman 35 26. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 543

Page 23: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

23

(iv) Mengubah cara hidup Hindu kepada cara Islam seperti cara berpakaian, makanan dan sebagainya.

Berdasarkan kajian terhadap masyarakat Melayu , sudahpun terdapat dasar-dasar

kepercayaan, nilai-nilai serta budaya dan adat resam meskipun ianya berbentuk

primitif Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan sistem kosmologi

tersebut turut dicampuri oleh pengaruh asing terutama daripada tradisi Hindu-

Buddha. Fenomena ini dikenali sebagai sinkritisme, iaitu percampuran atau

persenyawaan antara unsur-unsur tempatan dengan unsur-unsur asing.

Kesan pengaruh Hindu terhadap adat istiadat keistanaan tidak dapat dan banyak

mempenagruhi alam Melayu. Contohnya dalam istiadat pertabalan Sultan raja

dikehendakki duduk di singgahsananya tanpa bergerak dan berkata-kata.

menandakan petanda awal sifat ketuhanan. Sehingga beberapa abad yang Ialu,

Perak masih dilayani seperti tuhan Hindu, oleh anak-anak dara (Winstedt 1944:1

Semasa pertabalan juga, ketua bentara, Datuk Sri Nara Diraja membacakan yang

dalam bahasa Sanskrit: “Raja agung yang bertuah, penewas musuh, gagah,

permata mahkotanya mempesonakan tiga dunia, yang setuhannya

kesengsaraan...

Kesimpulannya, pengaruh agama Hindu dalam kehidupan dan budaya orang

Melayu sangat meluas dan mendalam sekali dan sebahagiannya masih bertapak

kukuh daham masyrakat ini. Ia boleh dilihat dengan jelas dalam adat perkahwinan

seperti berinai,bersanding sebagai raja sehari dan adat menepung tawar. Dalam

aktiviti seni kebudayaan terdapat persembahan yang berteraskan cerita-cerita dan

epik-epik Hindu seperti ayat Mahabrata dan Ramayana. Ianya dipersembahkan

dalam seni wayang kulit, ora, persembahan puteri, dan sebagainya. Seni-seni

kebudayaan seperti ini banyak khususnya di negeri Kelantan dan negeri-negeri

pantai timur sahaja dan sebelah utara Semenanjung. Bahasa pertuturan,

Page 24: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

24

ukiran-ukiran tangan serta seni lukisan di patung-patung wayang kulit, batik,

barang-barang tembikar,hiasan-hiasan kayu dan sebagainya ada melambangkan

kesenian dan budaya ala-Hindu. Dari segi amalan dan sistem sialnya, kesan

pengaruh Hindu banyak terjemah dalam bab-bab pantang larang, percayaan

kepada kewujudan penyakit-penyakit yang berbentuk metafizik dan amalan-am-

alan kedukunan. Sebahagian besar daripada aspek-aspek di atas masih lagi

bertapak kukuh daham hati sanubari dan kehidupan orang Melayu. Sehinggakan

pada ketika tertentu ianya mengelirukan dan disalah anggap oleh sesetengah

orang sebagai adat atau amalan keugamaan di dalam Islam, yakni bukan lagi

warisan Hindu. 27

Tetapi sebaliknya Islam telah merubah cara hidup Hindu kepada cara hidup Islam

umpamanya dalam soal cara berpakaian yang menutup aurat bagi lelaki dan

wanita ada dijelaskan di dalam peraturan Islam, cara adab pergaulan, makanan

(mengenai halal dan haram), upacara-upacara yang digalakkan dan tidak

digalakkan dan ini telah meninggalkan kesan cara islam walaupun dari aspek yang

lain masih diamalkan. 28

27. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, halaman 121 28. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 366

Page 25: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

25

Orang Melayu pada umumnya telah dipandu untuk menjalankan kegiatan ekonomi menurut

hukum Islam. Beberapa aspek perubahan yang dibawa ialah:

(I) Baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan Negara.

Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan

Baitulmal. Badan ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang-orang Islam.

Semua hasil yang didapati sama ada dalam bentuk cukai, jizyah dan sebagainya

disimpan di Baitulmal. Hasil kutipan ini pula akan digunakan untuk perbelanjaan

negara. 29

(ii) Orang-orang islam digalakkan menceburkan diri dalam bidang perniagaan

yang dibenarkan dalam islam

Pninsip-prinsip ajaran Islam telah diperkenalkan dalam bidang perniagaan. Orang-

orang Islam telah diperkenalkan dengan sistem perniagaan yang dibenarkan

Islam, umpamanya cara timbangan, dilarang rnengamalkan riba, menipu dalam

perniagaan dan sebagainya. Setiap kegiatan ekonomi diperkenalkan dengan

konsep perlaksanaannya yang betul. 29

(iii) Islam menggalakkan umatnya hidup saling bantu-mambantu bagi mengelakkan kemelaratan hidup bagi satu-satu golongan masyarakat.

Islam juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan

sedekah, wakaf dan sebagainya. Semuanya ni bertujuan untuk menggalakkan

orang Islam saling bantu-membantu antara satu sama lain. Cara ini akhirnya akan

EKONOMI

29. Sejarah Islam Untuk STPM, halaman 366

Page 26: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

26

mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang-orang

Islam. 29

Pada dasarnya harta yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu bukanlah harta

yang yang mutlak tetapi sebenamya adalah harta Allah yang diamanahkan

kepadanya sebab penyalur sahaja. Oleh kerana itu, Allah telah amanahkan

kepadanya bagi diberikannya pula kepada orang-orang yang berhak

menerimanya. Allah selalu menyebut yang bermaksud apa yang Kami kurniakan

kepadanya, selamanya Allah ingatkan bahawa Allah yang memberikan

kesenangan itu. Maka jangan ia lupa perkara itu sebagaimana Firman Allah yang

bermaksud:

“Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi)

hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari

meminta)

(Al-Zariyat:19)

Banyak lagi ayat yang menunjukkan kepentingan mengeluarkan zakat harta benda

dan sebagainya. Maka seseorang itu diberi peluang untuk mendapatkan harta

tetapi jangan pula ia merasakan harta benda itu hak mutlak baginya. Tiada siapa

lagi yang boleh campur tangan mengenai hartanya. Maka di sini ada dua perkara

yang perlu diketahui:

1- Hak milik memang diakui sendiri oleh Islam.

2- Dalam hak milik ada pula hak onang lain yang mesti dikeluarkan sama ada rela

ataupun tidak. Kerajaan Islam berhak memaksa dia mengeluarkannya.

Dalam sejarah Islam, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah memerangi orang-orang

yang enggan mengeluarkan zakat. Jadi, orang-orang yang enggan mengeluarkan

zakat beserta dengan iqtikad bahawa ianya tidak wajib dihukumkan sebagai

murtad (keluar dari islam). Orang yang demikian jika sabit kesalahannya memang

boleh dihukum bunuh dalam Islam. Maka tidak hairanlah kalau beliau menjatuhkan

hukuman kepada mereka sebagai murtad. Harta kekayaan yang dikurniakan oleh

Page 27: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

27

Allah adalah hak milik-Nya secara mutlak tanpa boleh dipertikaikan lagi.

Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Firman-NYA yang bermaksud:

“Kepunyaan Allahlah kerajaan di langit dan di bumi dan apa yang ada di antara

keduanya

(Al-Maidah: 17)

Segala yang ada di dalam alam sejagat ini semata-mata dijadikan untuk manusia

agar mereka hidup dalam keadaan selesa, makmur dan sejahtera. Dengan

sumber rezeki ini kekayaan itu, manusia dapat memakan makanan yang sedap-

sedap dan enak-enak. Malah hanya manusia sahaja yang dapat menikmati segala

ciptaan Allah. Ini dijelaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka

di daratan dan di lautan, Kami beri mereka nezeki yang baik baik dan Kami lebi

hkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang

Kami ciptakan”.

(Al-Isra’ 70)

Kenapa segala harta kekayaan alam sejagat ini dijadikan untuk manusia?

Segalaanya bertitik tolak daripada kudrat dan iradat Allah s.w.t. sendiri yang mahu

menjadikan manusia sebagai Khalifah-Nya di atas mukabumi ini agar Ia sentiasa

beribadah, patuh dan menyembah Allah s.w.t. ini dijelaskan oleh Allah dalam

Firman-NYA yang bermaksud:

“Dan tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu”.

(Al-Dzariyat 56)

Pengumpulan harta kekayaan adalah sesuatu yang amat digalakkan oleh Alláh

s.w.t. kepada manusia agar mereka menjadi kaya dan berkuasa di atas muka bumi

ini sebagai jambatan emas menuju ke syurga sebagaimana dijelaskan oleh Allah

s.w.t. dalam Firman-Nya yang bermaksud:

Page 28: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

28

“Dan tuntutlah apa yang didatangkan Allah kepada kamu untuk negeri akhirat dan

janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana A!lah berbuat

baik kepada kamu dan janganlah kamu lakukan kerosakan di muka bumi,

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan

(Al-Qashash: 77)

Islam menerangkan faktor kerohanian dan kejasmanian atau kebendaan dalam satu

ikatan yang cukup utuh dan padu bagi memenuhi keperluan sifat semula jadi manusia

yang terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Oleh yang demikian

permasalahan kepentingan kehidupan di dunia dititikberatkan oleh Islam setimpal

dengan kepentingan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Dunia adalah jambatan

bagi menuju akhirat. Kebahagiaan dan kesempurnaan hidup di dunia dalam erti kata

yang sebenarnya adalah untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. maka bahagialah

dan sempurnaláh kehidupan di akhirat kelak.

Tidak ada satu garis pemisah antara kepentingan harta kekayaan di dunia ini dan

kepentingan hidup di akhirat kelak menurut pandangan Islam. Hidup di dunia ini

bukanlah semata-mata mencari kekayaan semata-mata tanpa mementingkan implikasi

dan kehidupan di atas muka bumi di akhirat kelak sepertimana yang dijelaskan oleh

Allah s.w.t dalam Firman-Nya yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan di dunia, maka Kami segerakan baginya

di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami

tentukan baginya jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusahalah ke arah itu

dengan bersungguh-sungguh sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah

orang yang dibalasi usahanya dengan baik”. 30

(Al—Isra’: 18-19)

30. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1, halaman 94-96

Page 29: Kesan Islam Terhadap Tamadun Melayu

KESAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU

29

Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-

penduduknya menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman anismisme yang di

warisi dari datuk dan nenek mereka.

Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami oleh

rakyat bawahan sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang mudah difahami dan

dapat diterima pada akal oleh setiap golongan rakyat, sama ada rakyat atasan atau

bawahan tanpa memberatkan diri seseorang penganutnya.

Jadi tidak menghairankanlah agama Islam mendapat sambutan baik bila ianya

diperkenalkan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan nabi

Muhammad sebagai pesuruh-NYA, maka keislaman seseorang itu sudah diterima.

Walaupun Islam tidak dapat mengubah keseluruhan aspek kehidupan masyarakat

Melayu tetapi pada umumnya ia telah mengubah struktur hidup masyarakat Melayu dari

corak kehidupan Hindu kepada Islam.

Ternyata dengan kehadiran Tamadun Islam telah membawa perubahan yang besar

kepada masyarakat Melayu Nusantara dan kesannya kita dapat melihat dalam semua

aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sehingga

kini.

KESIMPULAN