kesan fahaman liberalisme · pdf filesekularisme daripada perspektif politik dan sistem...

11
104 PERCATURAN LICIK ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME Lebai Kacak 2015 KESAN FAHAMAN LIBERALISME Oleh kerana dasar mereka di dalam memahami ajaran Islām ini berpaksikan ‘aqal bebas tanpa kawalan Syarī‘at atau ‘aqal sapere aude; bersifat individualistik dan fahaman Relativisme, maka hujungnya ialah mereka menolak autoriti keagamaan. Gantinya, mereka membuat autoriti baru yakni autoriti atas nama mereka sendiri. Ini bercanggah dengan ajaran al-Qur'ān. Manusia disuruh bertanya sesuatu berkaitan dengan ehwal agama kepada ahlinya iaitu golongan al-rāsikhūn dan ahli zikr dalam epistemologinya yang baku yakni golongan ‘Ulamā’, jika tidak, ajaran Islām akan menjadi caca-marba dan rosak. Kesan langsung daripada sikap seperti ini, akan wujud fahaman Anarkisme dalam falsafah ‘ilmu dan seluruh ajaran berkaitan Agama . Justeru, akan muncul anarkis-anarkis agama di dalam masyarakat Islām yang Liberalis-Pluralis adalah orangnya. Mereka yang Anarkis itu kerjanya mencabar, membuat tohmah, membuat fitnah, menolak bahkan meruntuh sebahagian ajaran Islām atas dasar fahaman Dekonstruksionisme. Di atas fahaman Dekonstruksionisme ini mereka bina pula fahaman dan falsafah Rekonstruksionisme yang akan menyebabkan kegoncangan di dalam masyarakat. Perbuatan seperti ini akan menjadikan ontologi dan epistemologi Islām yang baku itu berubah wajah kerana konsep dan dasar serta sistem keilmuan di dalamnya telah mengalami perubahan struktural yang radikal. Sekularisme Selain daripada apa yang telah disebut di atas, kesan yang paling parah akibat daripada fahaman Liberalisme ialah wujudnya fahaman dan falsafah Sekularisme di dalam sistem dan budaya

Upload: hoangbao

Post on 09-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

104

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

KESAN FAHAMAN LIBERALISME

Oleh kerana dasar mereka di dalam memahami ajaran

Islām ini berpaksikan ‘aqal bebas tanpa kawalan Syarī‘at atau

‘aqal sapere aude; bersifat individualistik dan fahaman

Relativisme, maka hujungnya ialah mereka menolak autoriti

keagamaan. Gantinya, mereka membuat autoriti baru yakni

autoriti atas nama mereka sendiri. Ini bercanggah dengan ajaran

al-Qur'ān. Manusia disuruh bertanya sesuatu berkaitan dengan

ehwal agama kepada ahlinya iaitu golongan al-rāsikhūn dan ahli

zikr dalam epistemologinya yang baku yakni golongan ‘Ulamā’,

jika tidak, ajaran Islām akan menjadi caca-marba dan rosak.

Kesan langsung daripada sikap seperti ini, akan wujud

fahaman Anarkisme dalam falsafah ‘ilmu dan seluruh ajaran

berkaitan Agama . Justeru, akan muncul anarkis-anarkis agama di

dalam masyarakat Islām yang Liberalis-Pluralis adalah orangnya.

Mereka yang Anarkis itu kerjanya mencabar, membuat tohmah,

membuat fitnah, menolak bahkan meruntuh sebahagian ajaran

Islām atas dasar fahaman Dekonstruksionisme. Di atas fahaman

Dekonstruksionisme ini mereka bina pula fahaman dan falsafah

Rekonstruksionisme yang akan menyebabkan kegoncangan di

dalam masyarakat. Perbuatan seperti ini akan menjadikan ontologi

dan epistemologi Islām yang baku itu berubah wajah kerana

konsep dan dasar serta sistem keilmuan di dalamnya telah

mengalami perubahan struktural yang radikal.

Sekularisme

Selain daripada apa yang telah disebut di atas, kesan yang

paling parah akibat daripada fahaman Liberalisme ialah wujudnya

fahaman dan falsafah Sekularisme di dalam sistem dan budaya

Page 2: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

105

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

hidup manusia berkaitan dengan konsep politik, sosial, akhlāq dan

malah di dalam agama seluruhnya.

Secara mudah, konsep, prinsip, fahaman dan falsafah

Sekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan

kenegaraan ialah memisah semua peraturan dan hukum-hakam

agama daripada urusan pentadbiran negara bahkan di dalam

masyarakat juga. Mengikut konsep dan doktrin ini, negara tidak

boleh meletak dan menamakan sebarang agama dalam

Perlembagaannya. Ini bermakna hukum-hakam dan peraturan-

peraturan agama tidak ada tempat di dalam urusan bernegara dan

ruang awam. Mengikut prinsip tersebut lagi, negara juga tidak

boleh menyalurkan wang awam kepada mana-mana agama untuk

tujuan apa sekali pun seperti yang dibuat oleh banyak negara

Ummat Islām termasuk Malaysia yang menyalur peruntukan

kepada badan-badan dan institusi-institusi Agama Islām.

Konsep dan polisi seperti di atas amat bertepatan dengan

pendirian Anwar. Beliau tidak mahu meletakkan agama [baca:

Islām] ke dalam Perlembagaan sesebuah negara sebagai agama

bagi negara tersebut. Pendiriannya bertambah-tambah jelas

apabila badan pemikir beliau, IKD, menerbitkan buku Hukum

Barat Pun Islam, Islam & Pemerintahan, Islam & Pluralisme

dan banyak lagi buku-buku yang menolak hukum dan peraturan

Islām tertegak di dalam sesebuah negara. Walaupun buku-buku ini

nipis sahaja tetapi ia padat mengandungi prinsip dan konsep serta

sarat dengan makna yang amat dalam dan luas serta serius

berkaitan dengan pendirian Sekularisme beliau. Prinsip dan

konsep Sekularisme itu, dihurai secara lebih terperinci di dalam

program-program IKD di bawah wacana ‘sekolah politik’ dan

sekarang melalui perbincangan terbuka di kampus-kampus

universiti dan tempat-tempat awam.

Page 3: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

106

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Sekularisme didefinisi oleh Harvey Cox dalam The

Secular City sebagai disenchantment of nature, desacralization of

politics dan deconsecration of value. Yang pertama, dunia ini

perlu dibebaskan daripada pengaruh ketuhanan; yang kedua, perlu

dihapuskan kekuasaan dan legitimasi politik daripada agama; dan

yang ketiga ialah segala nilai termasuklah nilai agama terbuka

kepada perubahan dan manusia bebas berbuat demikian.

Sementara George Holyoake menafsirkan Sekuralisme sebagai

detached from religion.

Pun begitu, sekiranya dicermati tulisan-tulisan dan

meneliti ceramah-ceramah politik beliau serta interview beliau

dengan stesen-stesen TV luar negara, tidak ada satu ungkapan pun

yang beliau nyatakan yang beliau berhasrat hendak meletakkan

Agama Islām sebagai berdaulat dengan melaksanakan hukum-

hakam dan peraturan-peraturannya sekiranya beliau berkuasa.

Bahkan yang nyata daripada tulisan dan ucapannya serta

kenyataan-kenyataan beliau di pelbagai tempat dan kesempatan,

beliau amat menentang adanya ketentuan yang meletakkan

sesuatu agama sebagai agama bagi negara tersebut di dalam

Perlembagaan Negara seperti Malaysia meletakkan Islām di dalam

Perlembagaannya sebagai Agama Persekutuan.

Pendirian sekularnya jelas ketika dia bercakap mengenai

keadaan politik yang dirujuk kepada negara-negara Islām. Beliau

berkata: “...sesetengah kepentingan dari segi polisi awam,

memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islām

mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islām ke atas

seluruh masyarakat”. Memang benar tidak semua polisi awam

boleh dikenakan kepada semua warganegara tetapi kepada

warganegara yang beragama Islām, mereka perlu mengikut ajaran

dan mematuhi peraturan-peraturan Islām yang ditetapkan oleh

negara [lihat kitab-kitab turāth mengenai teori Politik Islām].

Page 4: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

107

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Kalimat di atas ternyata beliau tidak berminat

memperjuangkan tertegaknya peraturan dan undang-undang Islām

di sesebuah negara. Beliau memetik contoh yang tidak releven

dalam isu perkahwinan orang Majusi seperti yang disebut

terdahulu yang tujuannya mahu memberi mesej negatif kepada

orang ramai. Anwar ternyata tidak mahir memahami konsep dan

sistem politik Islām dengan kenyataan demikian. Di dalam teori

politik Islām, sebuah negara Islām, bukan sahaja tidak boleh

campur tangan berkaitan urusan agama bukan Islām tetapi juga

negara tidak boleh memaksa hukum Fiqh yang menjadi Mazhab

rasmi negara kepada warganegara Islāmnya yang berlainan

mazhab Fiqh, terutamanya di dalam urusan Aḥwāl Sakhṣiyyah.

Malaysia yang bermazhab Fiqh Imam Syāfi‘ī, tidak boleh

memaksa masyarakat yang bermazhab Imam Abū Ḥanīfah

mengikut mazhab Imam Syāfi‘ī di dalam urusan tatacara nikah

kahwin atau kayfiyat bersolat misalnya. Sebenarnya, Anwar mahu

menyampaikan mesej negatif kepada audiens bukan Islām di LSE

itu dan dunia seluruhnya, bahawa ada kerajaan Islām dewasa ini

yang tidak tolerans dalam maksud menindas penganut agama

selain Islām dengan merujuk kepada Malaysia [lihat lampiran -

Religious Persecution Under Najib Administration]. Kenapa

dia membawa contoh tersebut dan tidak kepada contoh yang ramai

orang Yahudi dan Kristian diberi jawatan penting di dalam negara

Bani ‘Abbāsiyyah bahkan Khalīfah Rāsyidah membiayai orang

Majusi dan Kristian daripada gudang Bayt al-Māl untuk nafkah

hidup? Gambaran negatif tersebut menjadi bukti kukuh bahawa

dia benar-benar tidak mahu apa sahaja peraturan yang berbau

Islām terlaksana di sesebuah negara yang justeru dia memang

Sekularis tulen. Dia jelas dan tegaskan lagi yang dia mahu

mewujudkan negara atas prinsip, yang katanya: “...liberal

democratic state...” dalam wawancara dengan Australian

Broadcasting Channel (ABC) pada 25 Mac 2007 dan tidak mahu

Islamic State. Sebab itu parti pimpinannya, tidak meletakkan

Page 5: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

108

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Islām sebagai dasar, matlamat dan objektif perjuangan di dalam

perlembagaan parti.

Bahkan baru-baru ini dia melancarkan buku yang ditulis

oleh pastor dan aktivis evangelis Dr. Allers mengenai dirinya

yang digelar sebagai Islam Demokrat. Kami percaya dia

berbangga dan lega kerana terkeluar sebagai pejuang Islām dari

senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Oleh kerana pendiriannya yang keras menolak negara

menyebelahi sesuatu agama, justeru beliau amat konsisten

menolak pelaksanaan hukum dan peraturan Islām pada paras

negara, bahkan pada paras individu juga dalam erti kata negara

tidak boleh campur tangan berkaitan hal peribadi yang melibatkan

pelaku kesalahan jenayah Syarī‘ah. Pendirian ini adalah selaras

dengan konsep dan prinsip Sekularisme terutamanya aliran

George Holyoake yang diimani juga oleh tokoh-tokoh Sekularis,

Liberalis dan Pluralis Agama yang lain, seperti Ab. Rahman

Wahid, Nurcholish Madjid, Dawam Rahardjo, Ulil Absor, Budhy

Rachman dan banyak lagi. Sebab itu IKD badan pemikir beliau

menerbitkan semula dan mengusung serta mewacanakan buku

‘Ali ‘Abdul Raziq yang menolak perlaksanaan Syarī‘at oleh

sesebuah negara. Anwar membiarkan pemikiran ‘Ali ‘Abdul

Razik ini berkembang melalui program-program tajaan aktivis

IKD. Pengarang buku ini telah dikafirkan oleh ‘Ulamā’ al-Azhar.

Ini jelas juga dalam sikap beliau yang memperlekeh cadangan

untuk memperketat undang-undang LGBT di Malaysia atas dasar

doktrin Sekularismenya yang pekat.

Jika sekiranya ditakdirkan sudah ada di dalam

Perlembagaan sesebuah negara yang meletakkan Islām sebagai

Agama Negara, maka baginya, pun begitu, kerajaan tidak boleh

memihak kepada agama tersebut, seperti Malaysia ini. Negara

tidak boleh melaksanakan peraturan hukum-hakam Islām di dalam

Page 6: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

109

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

negara tersebut. Sebab itu Anwar tidak menyokong bahkan

membangkang usaha parti PAS untuk melaksanakan hukum

ḥudūd. Logik yang dipakai Anwar ini bermakna jika seseorang

Islām mahu murtad seperti kes Lina Joy yang hendak memeluk

agama Kristian misalnya, negara tidak boleh campur tangan

kerana itu adalah hak asasinya seperti yang telah lalu disebut.

Baginya, dengan adanya peraturan Islām yang melarang

pemurtadan, bererti ini bersifat diskriminatif kepada agama

Kristian kerana peraturan melarang murtad itu dilihat Anwar

sebagai merugikan agama Kristian kerana akan kehilangan

seorang pemeluk baru, disebabkan sekatan peraturan negara. Ini

tidak adil di dalam pandangan beliau. Justeru, beliau berpendapat,

wajar sekali diberi kebebasan mutlak kepada orang-orang Islām

dan perlu mencari suatu mekanisme, bagaimana mereka boleh

murtad - na‘ūdzubillāhi min dzālik yang baginya barulah bersifat

adil dan tidak diskriminatif. Pendiriannya itu boleh dilihat dalam

komennya kepada isu permurtadan Lina Joy yang mana beliau

tidak menolak perbuatan murtad. Sama seperti pendirian anaknya,

Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang juga tidak menolak

dengan jelas dan keras perbuatan kebebasan memilih agama

dikalangan orang Melayu Islām alias mewajarkan pemurtadan.

Kata-kata Nurul Izzah ini sebagai respons berkaitan suatu soalan

mengenai kewajaran orang Melayu mempunyai hak yang sama

dengan orang bukan Islām dalam memilih agama pada suatu

forum di sebuah gereja, di Subang Jaya, pada 03hb November

2012 dahulu. [dipetik dari sumber

http://www.youtube.com/watch?v=GMgSgMBz3H4].

Pegangan keagamaan Anwar seperti ini, benar-benar

menyalahi suruhan al-Qur'ān dan al-Sunnah serta al-Ijmā‘, kerana

orang Islām disuruh melaksanakan amar ma‘ruf yakni

menegakkan Tawḥīdu ’llāh yang khāliṣ dan nahi mungkar yakni

mencegah kesyirikan dan kemaksiatan dan apabila memerintah

Page 7: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

110

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dan berkuasa, mereka diperintah menegakkan Agama: an aqīmū

’d-dīn yakni dīnu ’l-Islām di dalam wajah Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah dan menyekat pemurtadan serta kebatilan dan

kemungkaran di dalam semua aspek. Inilah yang dibenci oleh

pemikiran dan falsafah kaum Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme Agama.

Warganegara Malaysia semuanya bertuah, yang beragama

Islam mahupun yang bukan, kerana dengan kebijaksanaan

pendahulu mereka, Agama Islām dapat dijadikan Agama

Persekutuan dan penganut-penganut agama lain bebas

melaksanakan kegiatan keagamaan mereka. Ini termaktub di

dalam Perlembagaan. Kedudukan Islām sebagai Agama

Persekutuan bagi Negara Malaysia, tidak boleh dilihat secara

terpisah daripada konsep ‘Aqīdah Islām kerana semua teori politik

Islām meletakkan negara di dalam kekuasaan ‘Aqīdah [lihat al-

Māwardiy, Abū Yu‘la, al-Fārabi, Al-Ghazzāliy, Ibn Khaldun dsb].

Anwar jelas menolak konsep Islām sebagai al-Dīn wa ’d-dawlah.

Di dalam ajaran Agama Islām seperti yang dihuraikan oleh

‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah, sesebuah negara

bertanggungjawab memelihara Agama Islām dan meletakkannya

paling tinggi. Ini menepati Maqāṣid Syarī‘ah iaitu ḥifẓu ’d-dīn

yang puncak paling tinggi ialah memelihara ‘Aqīdah.

Di dalam perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin agama

bukan Islām iaitu MCCBCHST, satu ketika dahulu, Anwar

menyatakan, Agama Islām menyuruh supaya agama bukan Islām

dipelihara dengan memetik Abū Isḥāq al-Syāṭibīy rh secara salah.

Sila lihat dan teliti kitab al-I‘tiṣōm dan al-Muwāfaqāt kalau

terdapat perkara tersebut. Urusan agama bukan Islām itu diurus

oleh mereka sendiri. Ketika Islām menjadi Agama Negara, Islām

dengan tegas mengharamkan kezaliman dan menindas agama lain

bahkan secara jelas al-Qur'ān melarang keras Ummah Islām

mencerca objek sembahan orang beragama lain.

Page 8: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

111

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Di dalam Perlembagaan Malaysia, mereka yang bukan

beragama Islām, diberi kebebasan mengamalkan upacara

keagamaan, mendiri kolej-kolej latihan keagamaan dan membina

rumah-rumah ritual mereka, tetapi dengan satu nota penting,

bahawa mereka wajib mematuhi peraturan-peraturan Negara

[tetapi banyak yang melanggarnya!]. Tujuannya ialah untuk

memelihara kesejahteraan umum. Sejarawan bukan Islām sendiri

pernah mencatat, orang bukan Islām bergembira di bawah

pemerintahan kerajaan Islām bahkan Rabbi-Rabbi Yahudi sendiri

mengakuinya. Anwar melihat sikap orang bukan Islām di

Malaysia yang mengkhianati kontrak sosial dan membuat

tuntutan-tuntutan tidak masuk ‘aqal dengan membelakangkan

Perlembagaan, sebagai sesuatu yang wajar, padahal orang Islām

berbudi kepada mereka yang bukan Islām itu dengan memberi

status warganegara kepada nenek moyang mereka terdahulu yang

datang merantau dan mencari rezeki di sini.

Oleh kerana baginya semua agama sama benar, justeru

beliau menolak kedudukan eksklusiviti Agama Islām yang

bermakna tidak wajar peraturan Islām dilaksanakan, padahal

Nabiy ṣ.‘a.w telah bersabda: al-Islām ya‘lū walā yu‘lā ‘alayh [HR

Aḥmad dll]. Anwar memperjuangkan supaya Perlembagaan mana-

mana negara tidak boleh meletakkan Agama Islām sebagai Agama

Negara seperti Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini,

sedangkan Nabiy ṣ.‘a.w dan pengganti-pengganti Baginda

semuanya meletakkan Agama Islām sebagai Agama Negara

seperti yang jelas dalam Perlembagaan Madinah, walaupun

terdapat warganegara yang bukan beragama Islām. Baginya,

negara tidak boleh memaksa peraturan-peraturan Islām berlaku,

walaupun kepada orang Islām sendiri, sebab itu ia tidak sensitif

kepada gerakan pemurtadan. Malah secara bebal, dia berkata

kedudukan Agama Islām di Malaysia tidak terancam oleh gerakan

tersebut terutamanya gerakan evangelikal Kristian.

Page 9: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

112

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Suatu konsep lain yang berkait rapat dengan falsafah

Sekularisme tetapi kurang mendapat perhatian Ummah Islām ialah

konsep Civil Society. Civil Society ialah suatu konsep yang mana

masyarakat tidak perlu terikat kepada agama sebagai dasar dan

nilai hidup serta perjuangan mereka. Mereka tidak berlembaga

dan tidak bersifat struktural tetapi individu-individu di dalamnya

mempunyai pemikiran dan objektif yang sama. Ahli politik

pembangkang dan juga pemerintah mahukan mereka sebagai alat

untuk memperkukuh kekuasaan. Aktivis sosial juga mahukan

Civil Society ini kerana mahu jadikannya sebagai alat untuk check

and balance kerajaan. Hakikatnya, gerakan Civil Society ialah

perlakuan yang mahu menyingkirkan pegangan dan nilai Agama

Islām di dalam masyarakat kerana dasar mereka ialah bebas

agama seperti dalam agenda The Protocols kaum Illuminati-

Masons itu. Jika beliau yakni Anwar yakin kepada ajaran Dīnu ’l-

Islām seperti yang diIjmā‘ sebagai dasar yang boleh membentuk

masyarakat yang dirahmati dan diredhai Allāh, dia tidak akan

menyarankan supaya dibentuk pergerakan Civil Society. Dia akan

berjuang dan menyarankan supaya dibentuk dan diperkukuhkan

masyarakat berdasarkan ajaran Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah

bukan selainnya. Tetapi fahaman Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme tidak membenarkan wujudnya masyarakat yang kuat

berpegang kepada ajaran Dinu ’l-Islām.

Civil Society dibicarakan setiap masa oleh tokoh politik,

ahli akademik dan aktivis sosial seperti Adam Smith, Karl Marx,

Kant, Noam Chomsky, Alexis de Tocqueville dan banyak lagi.

Oleh kerana Civil Society itu amat berfikiran bebas dan tidak

terikat dengan institusi negara atau mana-mana parti politik

berlembaga, justeru ia dilihat sebagai ancaman kepada demokrasi

oleh sesetengah pemerhati dan pemikir politik Barat sekarang.

Sekarang ini, sudah ada perbahasan serius mengenai peranannya

yang bersifat anarkistik dan destruktif itu. Ini adalah ekoran

daripada kejayaan demi kejayaan pergerakan Civil Society

Page 10: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

113

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

menjatuhkan beberapa kerajaan di dunia secara tidak demokratik

dan bersifat anarkistik atas idea Gene Sharp dengan konsep

Nonviolent Struggle, melalui grand strategy mereka. Walaupun

konsepnya adalah Nonviolent Struggle tetapi apa yang berlaku

adalah sebaliknya iaitu new tyrant! Bahkan ia adalah sebahagian

daripada falsafah dan agitasi kaum Illuminati iaitu: anarchism,

seperti yang telah disebut. Inilah yang berlaku pada Revolusi

Perancis dahulu.

Di Malaysia, idea Civil Society ini dibawa oleh Anwar

Ibrahim. Idea ini telah diterjemah oleh aktivis politik dan sosial ke

dalam aktualiti tindakan dan perlakuan melalui demonstrasi

jalanan BERSIH, Occupy Movement seperti menduduki Dataran

Merdeka, Padang Merbok dan sebagainya. Satu nota penting perlu

diberi perhatian bahawa Civil Society yang diterjemah sebagai

Masyarakat Madani oleh golongan Liberalis-Pluralis adalah salah.

Nurcholish Madjid seorang Sekularis-Liberalis kawan Anwar

misalnya, mengaitkan perkataan madani dengan Madīnah al-Rasūl

justeru diterjemahkan dalam Bahasa ‘Arab sebagai Mujtama‘ al-

Madānī. Terjemahan ini tidak tepat kerana konsep yang dibina

oleh pemikir Civil Society yang asal ialah kumpulan manusia

bebas nilai-nilai agama dan benar-benar sekular padahal

masyarakat al-Madīnah terikat ketat kepada nilai-nilai Agama

yang tinggi. Adalah mustahil Marx atau Hegel akan menerima

terjemahan Nurcholish ini. Adalah pelik jika civil courts di

Malaysia diterjemah sebagai mahkamah madani.

Anwar sepatutnya melontarkan idea kepada masyarakat

Islām Malaysia supaya mereka bergerak ke arah membina

mujtama‘ al-muslimīn atau jamā‘ah al-muslimīn bukannya

jamā‘ah mina ’l-muslimīn seperti sekarang yang menjadi penyakit

di dalam masyarakat Islām, menyebabkan mereka berpecah belah.

Apabila Anwar melontarkan pula idea Civil Society yang bebas

nilai dan ajaran agama itu, maka akan bertambah-tambahlah lagi

Page 11: KESAN FAHAMAN LIBERALISME · PDF fileSekularisme daripada perspektif politik dan sistem pemerintahan ... senarai CIA dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Oleh kerana pendiriannya yang

114

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

perpecahan mereka, padahal Anwar menyebut di dalam

ucapannya di LSE bahawa manusia dewasa ini tidak tertampung

lagi oleh perpecahan. Adalah lebih mudah mengajak masyarakat

bersatu di dalam naungan Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah oleh

dua faktor. Pertama, Agama Islām itu bersifat raḥmatan li ’l-

‘ālamīn - di dalam ontologinya yang sebenar. Dan faktor kedua,

kerana mereka sudah mempunyai asas dan ikatan agama

berbanding idea baru yang mahu membebaskan daripada ikatan

keagamaan itu. Tetapi atas fahaman Sekularisme yang tebal dan

hitam pekat, Anwar terhijab dan tidak dapat melihat kelebihan dan

kebaikan jamā‘ah al-muslimīn dalam epistemologi dan ciri-

cirinya yang baku.