fahaman jabariah

27

Upload: atiqah-saad

Post on 27-Jun-2015

1.672 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAHAMAN  JABARIAH
Page 2: FAHAMAN  JABARIAH

d inzu l f

AQIDAH (JABARIYAH)

Page 3: FAHAMAN  JABARIAH

>> Fahaman Jabariyah

Page 4: FAHAMAN  JABARIAH

Asal daripada perkataan Jabar (terpaksa).

Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah.

Hamba itu tidak berkuasa,tidak berkehendak & tidak ada ikhtiar baginya.

Bagi mereka yang melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

DEFINISI

Page 5: FAHAMAN  JABARIAH

Golongan ini melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

KESIMPULAN

Perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifat manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagiannya daripada manusia itu sendiri, maka berlakulah syirik dengan perkara af’al (perbuatan). Perkara ini sangat bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

Page 6: FAHAMAN  JABARIAH

SEJARAH KEMUNCULAN

Muncul di Kuffah pada zaman Bani Umaiyah. Berasal daripada pegangan orang Yahudi yang

kemudiannya mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam.

PENGASAS

1. Jaad Bin Darham :Menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham Bin Safwan. Seterusnya memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.

2. Jaham Bin Safwan :Beliau kuat beribadat tetapi banyak mengeluarkan fatwa

yang mengelirukan.

Page 7: FAHAMAN  JABARIAH

REAKSI TERHADAP FAHAMAN JABARIAH

Sarjana Salaf & Khalaf :Menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya.Antara mereka ialah Abdullah Ibnu ‘Abbas.

Imam Hassan Al-Basri :Beliau menyeru kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah supaya tidak terpedaya dengan golongan ini.

Imam Abu Mansur al-Maturidi :Beliau lahir pada abad ke-4 Hijrah.Beliau mematahkan hujah golongan Jabariah yang bertapak di Nahawinah.Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan mazhab Jabariah

berpecah kepada 3 kumpulan iaitu : Al-Jahmiah, Al-Tabariah dan Al-Dirariah.

Page 8: FAHAMAN  JABARIAH

-Pengikut Jaham bin Safwan.-Melahirkan kesesatannya di Tarmiz.

-Pengikut Al-Husin bin Muhammad Al-Najam.

-Pengikut Dirar bin Amru.

Al-Jahmiah

An-najjariah

Al-Dirariah

Page 9: FAHAMAN  JABARIAH

AL-JAHMIAH

Syurga & Neraka itu binasa kerana tiada yang kekal abadi.

Gerak-geri ahli Syurga dan ahli neraka akan berhenti kerana tiap-tiap yang bergerak akan berhenti.

Iman itu ma’rifah dan yang kufur itu jahil. (orang Yahudi yang tahu sifat-sifat Rasulullah dianggap beriman)

Kalam Allah itu baru dan bukan Qadim (sependapat dengan Mu’tazilah)

Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, sebaliknya harus berserah segala sifatnya kepada hamba

Menafikan melihat Allah pada Hari Khiamat kelak

Page 10: FAHAMAN  JABARIAH

AT-TABARIAH

Menafikan melihat ALLAH

pada hari kiamat.

Menafikan sifat ilmu,berkuasa,

berkehendak, hidup, mendengar, dan

melihat.

Kalam ALLAH itu apabila dibaca menjadi hak,

manakala apabila ditulis menjadi jisim.

Iman itu membenarkan. Siapa mengerjakan dosa besar akan mati dalam

keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas dengan dosa itu dan

wajib dikeluarkan dari neraka.

Page 11: FAHAMAN  JABARIAH

AL-DIRARIAH

Menerima ijmak sahaja selepas kewafatan Rasulullah. Segalanya yang

diambil daripada Rasulullah secara ahad (tunggal) tidak diterima.

Adanya pancaindera tambahan daripada yang

ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.

Page 12: FAHAMAN  JABARIAH

Perbezaan Fahaman Antara…

Qadariyah , Jabariah&

Ahlu Sunnah wal jamaah

Page 13: FAHAMAN  JABARIAH

Allah Menjadikan perbuatan hamba (af’alul ‘ibad) berbentuk usaha & ikhtiar. Dengan itu, mereka bebas menggunakannya untuk melakukan kebenaran atau kesalahan. Mereka ditaklifkan mematuhi hukum-hukum yang diwajibkan oleh Allah.

Semua perbuatan datang dari Allah. Hamba tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar. Yang melakukan perbuatan hamba ialah Allah.

Ahli Sunnah

wal Jamaah

Qadariah

Jabariah

* Perbuatan Hamba *

Perbuatan dari hamba bukanlah dari Allah. Allah tidak menentukan apa-apa. Segalanya terjadi dengan kehendak dan kuasa manusia.

Page 14: FAHAMAN  JABARIAH

dAhli Sunnah

wal Jamaah

Jabariah

Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi-Nya. Sifat-sifat itu berada pada Zat Allah, sejak azali lagi.~ Contohnya : Berkuasa, Berkemampuan & Berpengetahuan Maha Luas

Allah tidak mempunyai sifat, tetapi Allah itu mempunyai Zat sahaja.

* Sifat-sifat Allah *

Page 15: FAHAMAN  JABARIAH

Al-Quran itu kalam Allah yang qadim dan azali kerana kandungan isi dan maksudnya itu adalah dari Kalam Allah. Hujahnya, kerana tidak berhuruf, bersuara dan bersusun. Yang kedua, manakala tulisannya, bacaannya, dan bunyinya itu adalah baharu yang boleh ditulis, dibaca dan disebut.

Al-Quran itu bukan qadim akan tetapi ia adalah baharu kerana ia boleh dituturkan dan ditulis oleh manusia.

Ahli Sunnah

wal Jamaah

Jabariah

* Sifat Al-Quran *

Page 16: FAHAMAN  JABARIAH

Melihat Allah di Akhirat adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syara’. Kerana Allah itu Zat yang Maujud. Allah boleh dilihat tetapi bukan di alam dunia.

Allah tidak boleh dilihat di Akhirat kelak berdasarkan fahaman Al-Jahmiah dan Alt-Tabariah. Menurut fahaman Al-Dirariah pula ialah adanya pancaindera tambahan bagi melihat Allah pada Akhirat kelak.

Ahli Sunnah

wal Jamaah

Jabariah

* Melihat Allah *

Page 17: FAHAMAN  JABARIAH

Mukmin yang melakukan dosa besar belum gugur imannya dan mereka masih dianggap ‘mukmin’ kerana iman itu adalah amalan hati.

Iman itu makrifat . Manakala kufur itu jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Oleh itu, sekiranya orang Yahudi yang tahu sifat-sifat Nabi boleh dianggap beriman.

Ahli Sunnah

wal Jamaah

Jabariah

* Keimanan *

Page 18: FAHAMAN  JABARIAH

PERBAHASAN

Menolak dasar-dasar Mazhab Jabariah Pendapat mereka ditolak sama sekali kerana dengan

sendirinya menimbulkan bahawa seolah-olah Allah S.W.T melakukan perkara yang sia-sia,seperti mengutuskan Rasul dan menurunkan syariat.Pada hal Allah S.W.T maha suci dari segala perkara yang sia-sia sebagaimana firmannya;

( الدخان بالحق إال هما خلقنا ما العبين بينهما وما واألرض السماوات خلقنا وما :38-39)

Maksudnya:”Aku tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan main-main sahaja,Aku tidak menjadikan keduanya melainkan dengan seenarnya”.

Page 19: FAHAMAN  JABARIAH

Dakwaan (Mazhab Jabariah): Allah S.W.T tidak harus mempunyai

sifat yang ada pada makhluk supaya tidak menyerupai mereka.Maka mereka menafikan Allah mempunyai sifat hidup dan berilmu.Tetapi dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa Allah S.W.T memiliki sifat kuasa dalam menentu dan mencipta.

Page 20: FAHAMAN  JABARIAH

Menolak hujah mereka: Perkara ini merupakan sesuatu hal

yang amat ganjil,Ini kerana sifat kuasa.menentu dan mencipta ini tentu tidak dapat diakui tanpa ada sifat hidup.

Page 21: FAHAMAN  JABARIAH

Dakwaan: Mereka mendakwa bahawa ilmu Allah itu

bersifat baru tanpa berhubung dengan zat-Nya dan berbilang ilmu Allah mengikut bilangan maklumat yang ada.Oleh kerana ilmu Allah itu baru maka tidak haruslah berhubung dengan zat-Nya yang bersifat Qadim,kerana sesuatu yang baru itu sentiasa berubah-berubah sedangkan zat Allah tidak layak menjadi tempat yang baru,tempat bergantung.

Page 22: FAHAMAN  JABARIAH

Menolak hujah mereka: Ini adalah suatu pendapat yang amat

bertentangan kerana ilmu Allah itu adalah sifat,yang mana dengannya Allah Maha Mengetahui segala-segalanya.Andainya Allah tidak mengetahui tentulah Dia jahil,sedangkan jahil itu sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah.

Page 23: FAHAMAN  JABARIAH

Dakwaan: Bahawa syurga dan neraka itu bersifat fana’ iaitu

akan binasa setelah dimasuki ahli-ahlinya dan setelah ahli syurga telah menerima kenikmatannya begitu juga dengan ahli neraka setelah mereka menerima azabnya.Puak ini tidak dapat menerima adanya sesuatu yang kekal abadi selain dari Allah.Segala ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan syurga dan neraka itu kekal dinafikan pengekalannya dengan menafsirkan bahawa kedua-dua itu (syurga dan neraka) hanya kekal untuk beberapa zaman sahaja.

Page 24: FAHAMAN  JABARIAH

MENOLAK HUJAH MEREKA:

Pendapat ini sangatlah menyeleweng kerana menyalahi nas-nas Al-Quran dan Hadith yang terang dan jelas,tidak ada sebabnya hendak diputarbelitkan.Wujudnya sesuatu yang kekal abadi selain Allah seperti syurga dan neraka tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha menentukan segala-segalanya.Namun apa yang mustahil ialah sesuatu benda yang kekal abadi berdiri dengan sendirinya kerana tidak ada yang sedemikian selain daripada Allah Ta’ala sahaja.Sebab yang menunjukkan syurga dan neraka itu kekal adalah disebabkan pengurniaan syurga dan nikmatnya oleh Allah kepada hambanya yang beramal soleh di atas muka bumi,dan mereka kekal mengecapi nikmat tersebut buat selama-lamanya.Begitulah jua keaadanya balasan dan azab yang dikurniakan Allah kepada mereka-mereka yang syirik,kufur dan ingkar kepada Allah S.W.T di atas muka bumi dahulu.

Page 25: FAHAMAN  JABARIAH

  "أصحاب فأولئك خطيئته به وأحطت lئة سي كسب من بلى

خالدون ) ( فيها هم النار هم الجنة أصحاب أولئك الصالحات وعملوا ءامنوا والذين

خالدون ) ( فيها Maksudnya:Bukan demikian,yang

benar,sesiapa yang melakukan dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,maka mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya ( )

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga,mereka kekal di dalamnya.(Surah al-Baqarah:81-82)

Page 26: FAHAMAN  JABARIAH

Dakwaan: Bahawa iman tidak boleh dibelah

bahagi tidak pula berlebih kurang di antara seseorang dengan yang lain.Iman yang ada pada para nabi adalah sama banyaknya dengan iman yang ada pada tiap-tiap manusia biasa.

Page 27: FAHAMAN  JABARIAH

Menolak hujah mereka: Dakwaan ini tentulah terang-terang

menyalahi dengan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W);

فى وقر بشىء ولكن صالة وال بصوم بكر أبو فّضlلكم مانفسه

Maksudnya:”Abu Bakar tidak melebihi kamu dengan sebab puasanya dan sembahyangnya tetapi dengan sebab iman yang ada dalam dirinya”