fahaman pelampau - syiah

37
Pendahuluan Fahaman pelampau merupakan suatu isu global yang kian menular di seluruh pelusuk dunia. Status isu ini juga telah membimbangkan sebahagian besar negara-negara yang mengharapkan keamanan dalam kehidupan serta terutama masyarakat beragama Islam. Pada pendapat saya, perkara ini semakin berisiko kerana fahaman pelampau kini telah tersebar luas. Malah golongan ini semakin berani menjalankan aktiviti fahaman mereka secara terbuka serta ramai pula yang telah terjebak dalam fahaman tersebut. Di mana pada dahulunya, golongan ini lebih menyebarkan dakyah secara sembunyi menyebabkan setiap langkah mereka sukar untuk dikesan. Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil langkah pencegahan menyebabkan status kekuatan fahaman mereka kian hebat dengan terdiri dari kalangan pengikut yang tinggi bilangannya. Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup. Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang beteraskan al-Qur’an dan al- Sunnah. Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut ‘lari dan bercanggah’ dari penghayatan Islam yang sebenar. Sehinggakan ada dalam kalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan, fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat, 1

Upload: syed-amarudin-syah-al-khairid

Post on 21-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

asdfdfsdfsfgsfgdfghgdghdghhfghgf

TRANSCRIPT

Page 1: fahaman pelampau - syiah

Pendahuluan

Fahaman pelampau merupakan suatu isu global yang kian menular di seluruh

pelusuk dunia. Status isu ini juga telah membimbangkan sebahagian besar negara-

negara yang mengharapkan keamanan dalam kehidupan serta terutama masyarakat

beragama Islam.

Pada pendapat saya, perkara ini semakin berisiko kerana fahaman pelampau

kini telah tersebar luas. Malah golongan ini semakin berani menjalankan aktiviti

fahaman mereka secara terbuka serta ramai pula yang telah terjebak dalam fahaman

tersebut. Di mana pada dahulunya, golongan ini lebih menyebarkan dakyah secara

sembunyi menyebabkan setiap langkah mereka sukar untuk dikesan. Oleh kerana

pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil langkah pencegahan menyebabkan

status kekuatan fahaman mereka kian hebat dengan terdiri dari kalangan pengikut yang

tinggi bilangannya.

Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam

sebagai satu cara hidup. Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang

beteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya

aliran pemikiran tersebut ‘lari dan bercanggah’ dari penghayatan Islam yang sebenar.

Sehinggakan ada dalam kalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan, fahaman

dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang

lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat,

melakukan syirik dan golongan ini telah menolak fahaman Islam serta ulama-ulama

ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya.

Hasilnya, berlakulah aktiviti tuduh menuduh, fitnah-memfitnah dan kafir

mengkafir dalam masyarakat. Senario ini bukan sahaja melibatkan ahli adademik dan

professional tetapi turut mendatangkan keracunan kepada masyarakat awam kita.

Seterusnya masyarakat yang terpinggir, kurang mempunyai pertimbangan serta tiada

akidah yang kukuhlah yang akan cenderung untuk terjerumus terhadap sesetengah

fahaman yang menyeleweng.

1

Page 2: fahaman pelampau - syiah

1.1 Definisi Syiah

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin dan Felo MANHAL PMRAM (2013),

“Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab, Syiah (شيعة) bermaksud:

- Pengikut dan pembela seseorang

Adapun mengikut terminology (istilah) syariat Islam: Mereka yang berpendapat bahawa

Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan

lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.”

Zharif Alimin (2010),

“Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-

sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Inilah perkara pokok yang

membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan Islam yang lain.”

Portal Rasmi Fatwa Malaysia (2012),

“Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi

ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari

Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

Slash (2012),

Segi Bahasa

Dalam bentuk kata kerja "shayya'a",bererti menyokong. Kata kerja ini juga bermaksud,

`menolong dan bergabung'. Al- Azhari menyebut bahawa,Syiah ialah penolong-

penolong seseorang dan pengikutnya. Penggunaan perkataan Syiah adalah untuk

menunjukkan makna kumpulan manusia yang saling mengikut satu sama lain.

Segi Istilah

Syiah bermaksud mereka yang mendakwa menyokong Saidina Ali, dan berpegang

bahawa Imam dan khalifah itu khusus bagi Saidina Ali, secara dalil nas dan melalui

2

Page 3: fahaman pelampau - syiah

wasiat Rasulullah SAW, sama ada secara jelas atau sebaliknya. Mereka juga

berpegang bahawa Imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-

anak keturunan Saidina Ali. Sekiranya berlaku perpindahan kepimpinan itu kepada

selain daripada keturunan Saidina Ali, maka ini merupakan suatu kezaliman dari pihak

yang menerima kepimpinan itu, atau sebagai suatu pelaksanaan pendekatan "taqiyyah"

daripada pihak keturunan Saidina Ali.

Berdasarkan pandangan penulis-penulis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

fahaman syiah ini merupakan suatu penyebaran ajaran yang sesat kian menular di

seluruh dunia mahupun di negara kita. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan dan

penyelesaian mestilah dikenalpasti agar dapat mengekalkan kestabilan negara dan

akidah umat islam.

3

Page 4: fahaman pelampau - syiah

1.2 Sejarah

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah(Politik).

Begitulah juga dengan firqah Khawarij, namun ketika peristiwa kematian Sayyidina

Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu

fahaman dan mazhab aqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan

sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan

pelbagai masalah fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah

s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi

sesat yang telah dibawa masuk.

Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah

bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging

umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara

puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (

.(السبائية

Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan

Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa

kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali

bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi :

Kamulah Allah !!! ”.

Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan

menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut. Syiah selepas zaman

Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan

nanti.

4

Page 5: fahaman pelampau - syiah

Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah

Zaidiah. Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh

Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka

dalam kalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud

Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-

Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini

telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-

sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan

martabat Rasul, menolak dan tidak berhujah dengan sebahagian besar hadith-hadith

sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka

maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat

oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui

perkara-perkara ghaib dan lain-lain.

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang

berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd

Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain.

Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan

oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah, maka mereka

masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya

mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi

golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.

5

Page 6: fahaman pelampau - syiah

Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan

mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama

kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni.

Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa

dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.

LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir

60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa

buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di Yaman

dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

Syiah Ismailiyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta

orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah,

Iran, Syria dan Timur Afrika.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

1. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi

imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak

Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula

mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah

dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.

6

Page 7: fahaman pelampau - syiah

2. KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B. SABA’ DI PENGHUJUNG

ZAMAN UTHMAN R.A.

Abdullah b. Saba’ adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah

Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada

zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk

menyesatkan umat Islam.

3. PEPERANGAN SIFFIN DAN MAJLIS TAHKIM

Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam peristiwa Tahkim.

Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua kaum muslimin

tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukanArab, dan antara bangsa

Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan imam hak di kalangan

ahli bait Rasulullah S.A.W sahaja, dari keturunan Saidina Ali r.a.

4. PEMBUNUHAN HUSSEIN R.A.

Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada

mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya. Sebahagian prinsip akidah

bagi Syiah telah lahir pada tangan Abdullah b. Saba’, tetapi tidak timbul secara

berkumpulan. Hanya selepas berlaku peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan

Hussein, Syiah mula muncul sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan

prinsip-prinsip tertentu yang dilontarkan oleh Ibnu Saba’ di dalam suasana pemikiran

bagi puak Syiah ketika itu.

7

Page 8: fahaman pelampau - syiah

1.3 Permasalahan

Perbalahan antara Sunni dan Syiah sudah lama berlaku dan diketahui umum. Ia

bukan perbalahan mazhab yang biasa, tetapi lebih daripada itu hingga membawa

kepada pembunuhan dan perpecahan politik di sesetengah negara Islam.

Syiah sendiri mempunyai beberapa banyak cabang. Ada yang sangat ekstrem

memerangi Sunni dan ada yang toleran pada Sunni. Umum mengetahui perbezaan dan

perbalahan besar antara Sunni dan Syiah daripada segala segi hingga menjangkau

persoalan akidah seperti rukun Islam dan iman, takfir, murtad, bahkan hingga

mendustakan al-Quran.

Pandangan kenalan saudara yang menganggap Syiah sebagai agama yang

tinggi adalah tidak benar kerana Syiah bukan agama, tetapi fahaman agama saja.

Hanya Islam agama yang tinggi di sisi Allah.

Merujuk fatwa 24-25 September 1984, Malaysia tidak mengiktiraf mana-mana

mazhab Syiah tetapi menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah mengikuti ajaran

Islam berasaskan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segi akidah, syariah

dan akhlak.

8

Page 9: fahaman pelampau - syiah

1.4 Kajian Lepas

Tesis doktor falsafah pada tahun 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia

bertajuk Shi’ah dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik dan Tasawuf Falsafah di Alam

Melayu Zaman Tradisional. Kajian ini ditulis oleh Kamis bin Ismail. Kajian ini adalah

mengenai sejauhmana sumbangan Syiah dalam bidang politik dan pemikiran tasawuf

falsafah di alam melayu. Antara dapatan yang diperolehi ilah Syiah adalah paling awal

datang ke alam melayu berbanding golongan Sunni. Selain itu, mereka juga didapati

menubuhkan kerajaan Islam yang pertama serta amat berpengaruh dalam sudut

agama, politik dan sosial. Pada pertamanya kajian ini membincangkan tentang sejarah

Syiah dari sudut epistimologi sehinggalah ke aliran dan doktrin mereka. Keduanya dari

sudut kedatangan awalnya ke alam melayu. Ketiganya adalah pengaruh Syiah dalam

bidang politik serta tasawuf falsafah di alam melayu, iaitu berkisar tentang konsep

Wehdah Al-Wujud, Al-Insan Al-Kamil, Konsep Nur Muhammad, Dan Martabat Tujuh.

Hasil kajiannya telah penulis sebutkan di atas.

Antara kajian lepas seterusnya ialah tesis sarjana pengajian Islam (MA) dari

Universiti Kebangsaan Malaysia juga, dikemukakan pada tahun 2004 oleh Rifanto bin

Ridwan bertajuk Syarat Perlantikan Khalifah dari perspektif Syiah dan Sunni : Suatu

Perbandingan. Kajian ini membincangkan tentang syarat perlantikan khalifah menurut

perspektif Syiah dan Ahli Sunah. Kajian tersebut menerangkan kepada konsep khilafah

iaitu epistimologi khilafah, cara pemilihan, hukum permohonan untuk menjadi khilafah

serta gelaran terhadap khilafah. Kajian ini juga membuat perbandingan konsep tersebut

dari sudut Syiah dan Ahli sunah dari sudut-sudut yang telah disebutkan tadi. Tesis ini

juga memberi penilaian terhadap syarat perlantikan khilafah menurut perspektif Syiah.

Hasil kajian ini adalah bahawa slogan Cinta Ahlu al-Bayt yang selalu digembar-

gemburkan oleh Syiah adalah hanya semata-mata alat untuk mendapatkan beberapa

kepentingan mereka. Malah syarat perlantikan khilafah yang diletakkan oleh mereka

adalah bertujuan menghalang khalifah yang lain seperti Abu Bakr, Umar, dan Uthman

dari menjawat jawatan khalifah atas sebab-sebab tertentu.

Selain itu, buku bertajuk Dedah Fahaman Syiah yang diterbitkan oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) oleh Dr. Musa al-Musawi yang dihasilkan pada 1998

9

Page 10: fahaman pelampau - syiah

dan diterjemahkan oleh Udah Bin Mohsin, Mohd Zawawi Bin Abdullah, dan pensyarah

Universiti Kebangsaan Malaysia Mudasir Bin Rosder. Antara penemuan yang didapati

oleh buku ini ialah menolak terus fahaman-fahaman Syiah yang melampau dan

menyalahi akidah umat Islam. Malah buku ini tidak bersifat menerangkan apa yang ada

dalam Syiah ataupun dari sudut sejarah kebangkitan, atau apa-apa yang menerangkan

Syiah itu. Buku ini menerangkankan beberapa perkara penting, antaranya, konsep

Taqiyyah, Imam Mahdi, pukulan rantai di kepala, syahadah yang ketiga, nikah mut’ah,

sujud di atas tanah Husain, sistem imam dan Khilafah dan lain-lain. Buku ini

kebanyakannya menolak pandangan-pandangan dalam fahaman Syiah seperti

penolakan dakwaan imam maksum dan perlantikan khilafah.

Dalam sebuah kertas kerja seminar Ahli Sunnah Dan Syiah Imemiyyah bertajuk

Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara hasil kerja Mohd

Asri Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1992, dibawah sub-tajuk

Aspek-Aspek Persamaan Dan Perbezaaan, beliau memberi pada permulaannya adalah

penerangan tentang bahaya Syiah kepada umat Islam dari sudut akidah syirik.

Kemudian lagi menyambung dengan bahayanya Syiah dari perspektif syariat, dari sudut

solatnya, hadith palsunya, dan lain-lain. Kemudian penerangan ringkas tentang

bahayanya terhadap akhlak. Kemudian diteruskan pula penerangan tentang perbuatan

Syiah memaki caci sahabat dan isteri-isteri Rasulullah yang boleh menyakiti hati

sesiapa yang mendengarnya. Seterusnya bahaya terhadap agama dari sudut

menyeleweng dan menghancurkan agama, dan yang terakhir menjelaskan mengapa

mereka ini dianggap memusnahkan imej Islam.

Ulasan yang terakhir pula adalah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei

1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di

Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah adalah,

Selangor pada 19 Januari 1998, Wilayah Persekutuan pada 3 April 1997, Terengganu

pada 25 September 1997, Pulau Pinang pada 16 Januari 1997, Negeri Sembilan pada

12 Mac 1998, dan Kelantan pada September 1987. Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh

negeri-negeri ini, mereka mengeluarkan sebab-sebab yang menyebabkan Syiah ini

10

Page 11: fahaman pelampau - syiah

menjadi sesat, antaranya adalah penghinaan terhadap isteri Nabi dan para sahabat,

kerosakan akidah Syiah ini dengan mengkafirkan ramai para sahabat dan sebagainya.

Pewartaan sesat ini adalah berasaskan kepada akidah Ahli Sunah Wal Jamaah dan

tiada yang membantah dengan keputusan ini. Dalam muzakarah ini juga telah disebut

perbincangan yang juga termasuk perbincangan tentang amalan-amalan dan ajaran

syi`ah yang bertentangan dengan agama dan fitrah manusia seperti, Abu Hasan a.s.

berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua

papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya

telahpun ditutup.” Dalam kitab mereka Al-Furu’ min al-Kaafi juzuk 6 halaman 51, dan

juga dalam Tahzib al-Ahkam juzuk 1 halaman 374.

11

Page 12: fahaman pelampau - syiah

1.5 Ringkasan Kajian

PENYELIDIK/PENULIS KAJIAN/TAJUK TAHUN

Portal Rasmi Fatwa

Malaysia

Fatwa Mengenai Fahaman

Syiah

1997

Muhammad Zuhairi

bin Zainal Abidin

Felo MANHAL

PMRAM

Ringkasan Sejarah dan

Fahaman Syiah 2012

Hj. Zamihan Hj. Mat Zinpen Hakikat Sebenar Fahaman

Al-Wahabiyyah

2007

Shaikh Husamuddin al-

Qraqirah

Fahaman Pelampau Perosak Imej Islam

2012

Shahmuzir Jakim Penjelasan terhadap

Fahaman Syiah

2009

Kamis bin Ismail Shi’ah dan Pengaruhnya

Dalam Bidang Politik dan

Tasawuf Falsafah di Alam

Melayu Zaman Tradisional

2003

Rifanto bin Ridwan Syarat Perlantikan Khalifah

dari perspektif Syiah dan

Sunni : Suatu

Perbandingan

2004

Dr. Musa al-Musawi Dedahkan Fahaman Syiah 1998

Jabatan Agama Islam

Selangor

PENYELEWENGAN SYIAH

DI MALAYSIA

2012

Jabatan Agama Islam

Selangor

PENGHAYATAN AL-

QURAN

2013

Zaharuddin (JAKIM) Penjelasan terhadap

Fahaman Syiah

2007

12

Page 13: fahaman pelampau - syiah

1.6 Analisis Isu

Penyelewengan Syiah

Al-Quran sudah diseleweng

Pada fahaman Syiah masa kini mereka menyatakan bahawa Al-Quran sudah

diseleweng. Akidah Syiah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah,

ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi

menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syiah

telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat

mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan

al-Quran”

(An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)

Fahaman tersebut bercanggah dengan Islam di mana Allah telah berjanji akan

menjaga keaslian Al-Quran sehingga berlakunya hari kiamat. Justeru, kita sebagai

muslim mestilah berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan ideologi yang jelas

menyalahi serta menyeleweng daripada perkara asas dalam ajaran Islam, apatah lagi

yang telah diwartakan sesat, menyeleweng dan seumpamanya. Dalam menghadapi

kemelut kepercayaan, para ulama adalah mereka yang berkelayakan untuk kita rujuk.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-

batas kekufurannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari

kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan

(Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"

13

Page 14: fahaman pelampau - syiah

Imam adalah maksum

Antara penyelewengan yang kedua mereka mempunyai fahaman bahawa Imam

adalah maksum. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad

Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai

bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada

sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada

kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara

daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:"Kita tidak dapat

menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai." (Khomeini, Al-

Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)

Apa yang lebih memburukkan mereka menganggap imam-imam lebih tinggi

kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali

dalam kitab-kitab muktabar Syiah seperti Al-Anwar An-Numaniyah, Al-Kafi dan juga

seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir

Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata:

"Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak

dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: "Tidak ada sesuatu yang

diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi

Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan

kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s.

bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya

sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki

oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap

saat." 

Bagi agama Islam jelas terdapat dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih

menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya' sahaja. Oleh itu

dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie.

Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: "Dan ia tidak

memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut

14

Page 15: fahaman pelampau - syiah

kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-

Quran dan Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (An-

Najm ayat 3 - 4)

Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada

manusia

Selain itu, menurut fahaman Syiah, ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu

peristiwa yang berlaku kepada manusia dikenali sebagai al-Bada'. Dari segi bahasa al-

Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah , al-Bada' ialah

Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum

itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil

atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-

Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini juzu' 1 hal. 146:"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang

tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah.

Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu

ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi

(daripada Allah S.W.T)".

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang

berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang

menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana

yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud: "Allah mengetahui

pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang.

Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin

ayat 19).

FirmanNya lagi: "Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun

yang ada di bumi dan juga yang ada di langit." (Surah A-li Imran ayat 3)

15

Page 16: fahaman pelampau - syiah

Taqiyyah

Taqiyyah adalah merupakan satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari

Syi’ah. Taqiyyah adalah merupakan perisai yang sangat kebal dan senjata paling

ampuh bagi syiah. Tanpa taqiyyah sudah pasti ajaran syiah sudah terkubur dan jauh

sekali akan dapat menegakkan sebuah Negara. Pengamalan taqiyyah di kalangan

syiah meliputi keseluruhan penganutnya bermula dari orang kebanyakan sehingga

ulama bahkan pemimpin Negara mereka. Meninggalkan taqiyyah di sisi mereka adalah

sama seperti meninggalkan sembahyang.

Pada hakikatnya Taqiyyah adalah amalan berdusta dan berbohong. Ulama Islam

di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syiah lantaran

jelas mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie

berkata: "Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih

pembohong dari golongan Syiah ." (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi,

jilid 1, hal. 327)

Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Mereka mempunyai fahaman bahawa kebanyakan para sahabat adalah munafik,

tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi

s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali

secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia

murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu

Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi." Kitab Bihar al-

Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:

Terdapat di dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang keadilan dan

sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada sebarang

tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 

16

Page 17: fahaman pelampau - syiah

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah

telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari

negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka

berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah

engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan

semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya

dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya."

(Surah al-Taubah ayat 40) 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: 

Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: " Jangan kamu

mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-

Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka

perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang

dibelanjakan oleh para sahabat ".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menghalalkan Nikah Mut'ah

Nikah Mut’ah ialah kahwin kontrak tanpa wali dan saksi berdasarkan akad untuk

tempoh waktu dan maskahwin tertentu sahaja. Dalam agama islam, nikah Mut'ah telah

diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat

menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis

tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadis tersebut ialah: Daripada Ali bin Abu Talib

katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan

Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn

Majah dan al-Nasai)

17

Page 18: fahaman pelampau - syiah

Langkah Penyelesaian

Kita perlu menyedari bahawa golongan ekstremis ini berlindung di sebalik nama

Islam. Mereka sentiasa mengemukakan idea yang jauh tersimpang daripada ajaran

sebenar. Langkah utama untuk menghadapi golongan ini adalah dengan menyingkap

penyamaran dan mendedahkan identiti sebenar mereka, serta membuktikan bahawa

fahaman yang mereka dokongi adalah batil dan sesat.

Memerangi golongan pelampau ini adalah satu peperangan yang berbentuk

ilmiah dan harus disertakan dengan langkah berjaga- jaga, iaitu menghalang mereka

daripada menerajui jawatan yang membolehkan mereka bergerak bebas dan bercakap

kononnya atas nama Islam. Mereka ini perlu dihalang daripada menaiki mimbar-

mimbar yang disediakan untuk menyebar kebenaran Islam dan ajarannya ynag jauh

daripada unsur- unsur ekstremis.

Oleh yang demikian, jelaslah peranan yang perlu dimainkan oleh para ulama dan

pendakwah. Mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dan benteng pertahanan.

Sekiranya mereka tumbang, maka jalan untuk golongan pelampau terbuka luas untuk

mencapai matlamat mereka. Olrh itu, penguasaan ilmu pengetahuan sebagai persedian

pendakwah amat ditekankan di sini. Pendakwah harus dilengkapi dengan hujah- hujah

yang bernas dan dokumen yang lengkap untuk menyatakan hakikat golongan

pelampau kepada masyarakat umum.

Tidak dinafikan juga peranan pihak- pihak berkuasa tempatan dalam memerangi

puak eksterims ini, iaitu dengan menghalang mereka daripada menguasai pemikiran

orang ramai. Mereka tidak harus diberikan ruang untuk bersuara atas nama kebebasan.

Ini kerana mereka akan mengancam kepentingan awam dan menggugat kestabilan

ummah. Ini merupakan bahaya besar kerana aliran mereka sukar untuk disekat.

Golongan ekstremis ini bergerak mengikut perancangan yang teliti.  Mereka

mempunyai misi yang jelas serta dibiyai oleh kuasa luar demi untuk menggugat

kestabilan dan keamanan di Negara- Negara Aran dan Islam. Perancangan mereka

juga bertujuan melekakan umat Islam dengan perbalahan dan pertelingkahan dalaman

serta keganasan sehingga ruang terbuka luas kepada musuh Islam yang sentiasa

18

Page 19: fahaman pelampau - syiah

menunggu masa dan peluang untuk bercampur tangan dalam hal ehwal dalaman

Negara serta memainkan peranannya mengikut muslihat mereka.

Justeru, peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk

membanteras gejala ekstrem ini hanya tertumpu kepada pembanteras kelakuan jahat

yang lahir daripada fahaman melampau ini tanpa menghapuskan punca- puncanya.

Langkah yang diambil ini hanya memerangi tindak balas fizikal daripada pemikiran

pelampau termasuk pembunuhan dan kemusnahan serta kegiatan keganasan lain yang

membahayakan masyarakat dan bukannya membanteras aliran pemikiran itu sendiri.

Ini berlaku kerana tanggung jawab memerangi golongan eksterimis hanya dipikul

oleh pihak berkuasa tempatan dan kadangkala ia mendorong puak pelampau untuk

mengapi- apikan lagi pertelingkahan ini kepada generasi akan datang. Rasionalnya

ialah apabila sesuatu pihak menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa, mereka

akan bangkit dan bersedia untuk mengharungi perjuangan mereka untuk jangka masa

panjang. Perjuangan mereka ini bertujuan melemahkan Negara dengan sokongan

pihak- pihak yang akan mendapat manfaat daripada kesan pertelingkahan ini. Mereka

akan berjuang habis- habisan, memberontak dan membalas dendam. Oleh itu, mana-

mana pertelingkahan yang berlaku di mana- mana Negara dengan golongan pelampau

ini tidak harus dihapukan dengan kuasa senjata semata- mata. Sebagai contoh,

menggunakan perkhidmatan polis semata- mata untuk menemani golongan ekstremis

ini tidak memberi sebarang kesan, malah mereka mungkin akan meraih simpati

daripada orang yang tidak faham dengan keadaan sebenar.

Oleh yang demikian, kita harus menyebarkan fahaman sebenar tentang Islam di

kalangan orang awam dengan menggunakan semua saluran yang ada, termasuklah

melalui televisyen, radio, masjid, forum dan sebagainya supaya masyarakat dapat

melengkapkan diri dengan ilmu agama yang betul, seterusnya dapat membezakan

antara kesederhanaan dengan ekstremisme.

19

Page 20: fahaman pelampau - syiah

1.7 Rumusan

Syiah merupakan suatu kebimbangan buat semua umat Islam. Pengaruhnya

menular ke dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara. Umat Islam dikelirukan

dengan mazhab Syiah yang dianggap sebagai salah satu dari mazhab Islam yang

mana tiada sebarang perselisihan dari sudut aqidah dan syariat. Penyelewengan-

penyelewengan inilah yang mempengaruhi umat Islam agar menerima Syiah.

Mereka telah berjaya menyakinkan beberapa golongan rakyat Malaysia supaya

bersembahyang mengikut cara Syiah iaitu dengan cara meluruskan tangan ke bawah

semasa berdiri qiyam serta meletakkan tanah atau batu di tempat sujud untuk bersujud

di atasnya. Perlakuan begini adalah salah satu pengaruh Syiah dalam ibadah yang

mana ia berlaku tanpa ada halangan atau teguran berasaskan konsep kebebasan

beragama dan beribadat.

Selain itu, keberanian golongan Syiah di Malaysia mulai ketara apabila mereka

memohon perlindungan hak asasi manusia berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar

dilindungi oleh pihak yang berwajib. Kebebasan dalam  menyebarkan ajaran Syiah

tanpa ada halangan dituntut golongan ini agar mereka juga dapat melebarkan pengaruh

Syiah sebagaimana penyebaran dan amalan agama-agama lain di Malaysia. Tradisi

pembacaan Kisah pembunuhan Saidina Husain, memukul badan sendiri sehingga

berdarah sebagai tanda penyucian dosa dan mengadakan majlis sempena sambutan-

sambutan tertentu telah wujud dalam bentuk gambar dan suara di laman-laman web

internet. Mereka juga melebarkan fahaman Syiah di Malaysia dengan menterjemah

buku-buku ke dalam berbagai bahasa dan mengedarkan risalah mengenai Syiah.

Umat Islam perlu sedar bahawa jurang pemisah besar antara Sunni dan Syiah

adalah dari sudut aqidah. Terlalu banyak penyelewengan dari sudut aqidah yang jauh

menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Keadaan inilah yang menyebabkan jalan

menyatukan keduanya tertutup rapat dan tiada penyelesaian. Oleh itu, setiap muslim

perlu berwaspada dengan dakyah golongan ini sepertimana yang telah dijelaskan agar

terselamat dari terjebak dengan ideologi mereka dan bersama mempertahankan aqidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Malaysia ini.

20

Page 21: fahaman pelampau - syiah

1.8 Penutup

Di Rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia adalah rantau yang hening

berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru perlbagai anasir-anasir

untuk membawa suatu fahaman selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah terutama Syiah

dalam kalangan penduduk rantau ini pasti akan mencetuskan ketidakstabilan dan

menggugat keharmonian masyarakat. 

Negara-negara yang mempunyai penganut Syiah, telah menimbulkan

ketidakstabilan rakyat dan pentadbiran di negara tersebut. Penganut Syiah akan

berusaha untuk mengembang dan mempengaruhi pegangan mereka ke atas pengikut

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan dan

pentadbiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang

bersidang pada 3 Mei 1996 telah membuat keputusan iaitu: 

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran

Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah

dan Akhlak. 

Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam;

dan dengan demikian penyebaran apa-apa aj aran yang lain daripada pegangan Ahli

Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. 

21

Page 22: fahaman pelampau - syiah

1.9 Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T di kerana limpah kurnia-Nya dapat juga

saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek Isu-isu Moral dan Cabaran

Penghayatan Nilai-nilai Murni dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah pembimbing saya En.

Ahmad Shidki bin Mat Yusoff atas tunjuk ajar yang telah diberikan. Penerangan yang

diberikan oleh beliau sebelum menjalankan tugasan ini begitu jelas dan difahami.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah membantu

saya dalam melaksanakan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun secara

tidak langsung. Kerjasama mereka amat saya hargai.

Tidak lupa juga buat keluarga saya yang sentiasa memberi dorongan agar saya

terus berkeyakinan menghasilkan tugasan ini. Hanya sekalung penghargaan dan terima

kasih yang mampu saya rakamkan.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam

pelaksanaan kerja kursus ini. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang kerdil di muka

bumi ini dan Allah jualah yang berkuasa membalas segalanya.

22

Page 23: fahaman pelampau - syiah

1.10 Refeksi

Alhamdulillah.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah memberi kemudahan kepada saya untuk

menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini dalam masa yang telah ditetapkan. Setelah

melalui beberapa kesukaran akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini.

Beberapa kesukaran yang saya terpaksa hadapi ketika menjalankan tugasan ini

seperti kekangan masa, ini disebabkan saya mempunyai komitmen lain iaitu menjalani

praktikum fasa 2. Jadi waktu untuk menyiapkan tugasan ini amat terbatas. Saya hanya

membuat penulisan ketika mempunyai waktu yang lapang daripada keja-kerja

melibatkan praktikum.

Walaupun demikian, halangan ini tidak menggoyah usaha saya bagi

mendapatkan maklumat sekali gus melaksanakan tugasan ini. Ketika menyiapkan

tugasan ini juga saya dapat pelbagai pengetahuan yang bermanfaat berkenaan tajuk

yang saya perolehi iaitu Fahaman Pelampau. Dalam penulisan tersebut saya lebih

menfokuskan isu fahaman Syiah pada masa kini.

Daripada penghasilan kerja kursus ini, saya mampu untuk menyatakan secara

keseluruhan melibatkan definisi, faktor, permasalahan serta langkah penyelesaian isu

tersebut. Pengetahuan mengenai topik ini amat berguna kepada saya kerana memberi

pengetahuan secara mendalam mengenai Syiah.

Semoga tugasan ini memberi manfaatkan kepada saya dan seribu satu

kebaikan.Akhir kata, semoga tugasan ini boleh dijadian panduan pada masa akan

datang.

Sekian.

23

Page 24: fahaman pelampau - syiah

Bibliografi

Dr. Musa al-Musawi (1998), Dedahkan Fahaman Syiah

Kamis bin Ismail(2003) Shi’ah dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik dan Tasawuf

Falsafah di Alam Melayu Zaman Tradisional

Rifanto bin Ridwan (2004), Syarat Perlantikan Khalifah dari perspektif Syiah dan Sunni :

Suatu Perbandingan

http://drmaza.com/home/?p=1306

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/Siri1/syiah-rafidhah.htm

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1163&Itemid=1

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1390&Itemid=1

http://www.manhal.pmram.org/2012/03/ringkasan-sejarah-dan-fahaman-syiah.html

http://pejuangbangsa57.blogspot.com/2012/04/wajib-baca-penyelewengan-fahaman-

syiah.html

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/12/siapa-syiah-dan-penyelewengan-syiah.html

http://www.zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/532-syiah--penjelasan-oleh-

jakim.html

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-atau-fahaman-syiah

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://

hanputra.blogspot.com/2010/09/penyelewengan-syiah.html

24