islam liberal dan penyimpangan liberalisme prof idris

29
ISLAM LIBERAL DAN PENYIMPANGAN SYARIAT OLEH : PROF DR.IDRIS ZAKARIA J.U.F, UKM

Upload: nur-afiqah

Post on 30-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

ISLAM LIBERAL DAN PENYIMPANGAN

SYARIAT OLEH : PROF DR.IDRIS ZAKARIA

J.U.F, UKM

Page 2: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

1. ISLAM DAN ANCAMAN AJARAN-AJARAN SESAT

• Masyarakat Melayu-Islam menghadapi pelbagai ajaran sesat sepanjang Islam berkembang di daerah ini. Di Malaysia; ajaran Taslim, ajaran Syed Muhammad al-Mansyur, Tariqat Nakhsabandi, (cara Prof.Kadirun Yahya), ajaran Bahai, ajaran Abu Bakar Bapoo. Ajaran Guru Yahya (Batu Pahat), ajaran Nabi Melayu (K.Lumpur), ajaran Juruzon (Ulu Langat), Aurad Muhammadiah al-Arqam, ajaran Ayah PIN, Syiah dan sebagainya lagi.

• Orientasi ajaran ini bersifat kerohanian, amalan tariqat yang menyeleweng, zikir-zikir luar biasa. Short cut menuju Allah.

Page 3: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

2. ISLAM LIBERAL

• Di era moden ini, timbul “Islam Liberal” yang digerakkan oleh kumpulan-kumpulan Pluralis di Barat, Timur-Tengah dan Alam Melayu sedang berkembang. Orientasi bersifat “pemikiran” dan “kefahaman”.

Page 4: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

3. PUNCA TIMBUL ISLAM LIBERAL

• Masyarakat dunia berhadapan dengan kegiatan-kegiatan radikal, ganas, militan berasaskan agama

• Juga berhadapan dengan penganut-penganut agama yang jumud, mundur, ketinggalan, dan menimbulkan pelbagai masalah. Tidak maju.

• Kemajmukan agama, budaya, tradisi pelbagai kaum, menyebabkan sukar bersatu.

Aliran Islam Liberal mahu ubah keadaan sambil beri jalan keluar. Islam yang up-to-date diperlukan. Aliran Islam Liberal ini memberi ruang kepada penularan Puralisme Agama dan berbagai fahaman bebas.

Page 5: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

4. SEJARAH

• Bermula di Barat khususnya sekitar abad ke 18 dan 19 seperti berlaku dalam tradisi Kristian, lahir “Liberal Protestanism” dipimpin oleh Friedrich Schleiermacher di akhir abad ke 18.

• Juga gerakan liberal Judaism dipimpin oleh Moses Mindon Isshon (1729-1786) sekitar abad ke 19.

• Persidangan agama-agama iaitu World Parliament of Religion di Chicago, U.S.A pada 1893.

• Penekanan di sini ialah Pluralisme Agama untuk menentang cara hidup tidak beragama di Barat sambil cari kebaikan untuk manusia sejagat.

Page 6: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Tokoh-tokoh yang hadir, antaranya Rone Gnenon (Perennial Philosophy), Frithjof Schuon, Willfred Cantwell Smith (penekanan : penyatuan agama), Hans Kung (bawa teori Global Ethics), John Hick dengan idea Universal Theology of Religion dan lain-lain lagi.

• Muncul juga di Mesir, antara tokoh-tokoh di sini ialah Rifaah Rafi al-Tahtawiy, Qasim Amin, Nasr hamid Abu Zayd dll., di India; Sayyid Ahmad Khan, di Perancis; Mohamed Arkoun dan lain-lain.

• Di Indonesia pula penubuhan Jaringan Islam Liberal (J.I.L) ditubuh pada 8 Mac 2001.

Page 7: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Tokoh-tokoh di Indonesia; intelektual muda di IPT Indonesia; Ulil Absar Abdalla, Luthfi As-Syaukani, Hamid Basyaib, Dr.Siti Masdah Mulia dll. Tokoh utamanya : Nurcholis Madjij.

• 1932; fahaman Pluralisme Agama mula cergas di Barat Perancis menghantar rombongannya ke universiti al-Azhar, Kaherah ; bahas penyatuan tiga agama; Islam, Kristian dan Yahudi. Diharapkan manusia di dunia akan aman dan damai.

• 1933; Persidangan di Paris diadakan. Ramai orientalis dari Britain, Switzerland, Amerika, Itali, Poland, Sepanyol, Turki dan lain-lain turut serta.

• 1936; lagi sekali Persidangan diadakan, bincang agama-agama dunia. Kemudia berlaku perang dunia.

• ‘Penyakit’ ini bermula di Barat, akhirnya tempias di negara-negara Islam, dan digerakkan oleh orang-orang Islam sendiri, seperti di Indonesia.

Page 8: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

DEFINISI LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL

• Kamus Dewan (1992:750-751) perkataan ‘Liberal’ mengandung dua erti iaitu condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. Liberal juga beerti bersifat berpandangan bebas, terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran). Sementara liberalisme bererti pemahaman yang liberal, berpandangan bebas, pemahaman atau pendirian yang mengkehendaki demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi.

Page 9: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Oxford Dictionary of Philosophy (1996:218) pula menyatakan bahawa liberalisme ialah suatu yang ada hubungan dengan politik : “A political ideology centred upon the individual, thought of as possessing right against government including right of equality of respect, freedom of expression and action, and freedom from religious and ideological constraint”.

• Ensiklopedia Indonesia (1983:Jld.4:2005) pula menjelaskan bahawa liberalisme ialah usaha perjuangan menuju kebebasan. Di satu pihak dibezakan antara liberalisme politik dan rohani, di lain pihak liberalisme ekonomi.

• Liberalisme rohaniah dan politik pula berdasarkan pada keyakinan bahawa semua sumber kemajuan terletak dalam perkembangan keperibadian manusia yang bebas.

Page 10: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Di mana masayarkat dapat menarik keuntungan sepenuhnya dari daya cipta manusia. Disebut juga dalam konsep liberal yang bermaksud kepercayaan mengenai agama Islam yang bersifat liberal dan tidak terikat dengan tradisi dan agama, Islam yang bukan bersifat ortodoks atau konservatif dan sesuai perubahan zaman serta islam yang berorientasikan masa depan dan bukan masa silam.

• Ini bermakna apa sahaja tafsiram masa silam sudah tidak diperlukan lagi. Tafsiran lama adalah untuk zaman itu.

• Dalam memperkenalkan Islam Liberal dengan merujuk kepada www.islamlib.com, pendukung-pendukung gerakan ini di Indonesia mendakwa dirinya gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL).

Page 11: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Mereka menyatakan bahawa :

“Nama Islam Liberal menggambarkan prinsip yang kami anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan daripada struktur politik yang menindas. Liberal di sini membawa dua maksud iaitu kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa islam selalu ditampal dengan kata sifat, sebab pada hakikatnya Islam ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keinginan penafsirannya. Kami memilih satu jenis tafsiran, dan dengan demikian satu kata sifat diberikan terhadap Islam iaitu Liberal”.

Page 12: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

8. OBJEKTIF ISLAM LIBERAL

• Pemikiran Islam Liberal dimunculkan untuk mencapai empat objektif utama :

1) Mengukuhkan kedudukan demokrasi melalui fahaman pluralisme, inklusivisme dan humanisme

2) Membangunkan agama atas dasar menghormati perbezaam agama

3) Menyebar dan memperkenalkan agama dengan lebih terbuka dan lebih berperikemanusiaan

4) Menghalangi orang awam dari terpengaruh dengan pandangan-pandangan agama yang lebih kepada kekerasan (Lukman Hakim 2008 : 2)

Page 13: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

9. LANDASAN PERJUANGAN ISLAM LIBERAL

• Ada beberapa prinsip dan landasan perjuangan Islam Liberal ini dan ini diambil dari laman web islamlib.com (Indonesia).

a) Membukan pintu ijtihad pada semua dimensi Islam. Kumpulan Islam Liberal (khasnya di Indonesia) percaya bahawa ijtihad atau berfikiran rasional atas teks-teks keislaman adalah prinsip utama yang memungkinkan Islam mampu bertahan sepanjang zaman. Penutupan pintu ijtihad bermakna ancaman ke atas islam. Ijtihad itu meliputi segi muamalat (interkasi sosial), Ubudiyyat (ritual) dan ilahiyat (teologi).

Page 14: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

b) Mengutamakan semangat religio-etik dan bukan makna literal teks. Ijtihad yang dijalankan oleh Islam Liberal ialah mentafsirkan Islam berdasarkan semangat religio-etik Qur’an dan sunnah Nabi, bukan makna literal sesebuah teks, sebab cara ini boleh melumpuhkan Islam.

c) Mempercayai kebenaran itu relatif, terbuka dan plural. Kebenaran dalam relatif agama adalah kegiatan manusia yang boleh terpengaruh oleh sebab atau konteks tertentu. Ia mungkin salah mungkin benar. Ia perlu bersifat terbuka.

d) Memihak pada yang minoriti dan tertindas. Islam Liberal berasaskan penafsiran yang membela kepada kaum minoriti yang tertindas dan dipinggirkan justeru ia berlawanan dengan Islam. Minoriti itu mencakupi minoriti segi agama, etnik, ras, gender, budaya, politik dan ekonomi.

Page 15: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

e) Meyakini kebebasan beragama. Islam Liberal meyakini bahawa urusan beragama dan tidak bergama adalah hak perseorangan yang perlu dihargai dan dilindungi. Islam Liberal tidak membenarkan penganiyaan atau dasar suatu pendapat atau kepercayaan.

f) Memisahkan otoriti duniawi dan ukhrawi, agama dan politik. Kekuasaan agama dan politik perlu dipisahkan. Negara agama (teokrasi) perlu ditentang. Untuk membentuk negara yang sihat kedua-dua ini perlu diasingkan. Agama adalah sumber aspirasi dan boleh mempengaruhi policy-making tetapi tidak punya hak suci (holy prerogatives) untuk menentukan sesuatu polisi.

g) Agama itu urusan private. Urusan awam perlu diselenggaraka secara kensensus. Tidak perlu diikat dengan agama.

Page 16: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

10. PROGRAM ISLAM LIBERAL/JIL

• Kumpulan Islam liberal melalui JIL banyak dan giat menyebarkan program-program mereka. Menurut web mereka itu (islamlib.com) mereka sudah melakukan pelbagai kegiatan seperti berikut :

1) Mengumpul tulisan-tulisan dari penulis yang membela pluralisme dari inklusivisme merka juga juga akan akan perjuangkan tulisan-tulisan itu untuk disiarkan oleh akbar-akbar daerah setiap minggu.

2) Talk show melalui Berita Radio 68H. Para pejuang Islam Liberal akan bercakap di rangkaian radio misalnya Radio Namlapanha (Jakarta), Radio smart (Menado), Radio DMS (Maluku), Radio Unisi (Yogyakarta), Radio PTPN (Solo), radio Mara (Bandung), Radio Prima FM (Aceh).

Page 17: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

3) Penerbitan buku. Buku-buku yang bertemakan pluralisme dan inklusivisme agama telah dan akan diterbitkan baik ia berupa terjemahan, kumpulan tulisan atau penerbitan buku lama yang masih relevan.

4) Penerbitan buku saku untuk pembaca umum. Buku setebal 50-100 halaman menggunakan bahasa yang mudah, mengandungi isu-isu yang menjadi perdebatan masyarakat. Antara tema-temanya ialah jihad, penerapan syariat islam, jilbab, amar maaruf, nahy anil mungkar menurut perspektif Islam liberal.

5) Website Islamlib.com. Semua produk JIL seperti berita di media, talk show radio dll akan dimuat dalam website ini untuk diakses oleh semua orang.

Page 18: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

6) Iklan layanan masyarakat. Usaha menyebarluaskan Islam Liberal juga menggunakan Public Service Advertisement. Tema-temanya pula tentunya mempromosi Islam Liberal, penghargaan di atas perbedaan, dan percegahan konflik sosial. Salah satu iklan yang sudah diterbitkan ialah “Islam warna-warni”.

7) Diskusi keislaman. Diskusi ini berupa Seminar, Wacana Ilmu diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti universiti, persatuan-persatuan mahasiswa, pesantren dan pihak-pihak lain, seperti Universitas Indonesia Jakarta, Universitas Diponegoro Semarang, Institut Pertanian Bogor, UIM Syarif Hidayatullah Jakarta dll.

Page 19: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

11. APAKAH SIKAP DAN AJARAN ISLAM LIBERAL?

1. Al-Qur’an yang ada pada kita kini tidak asli lagi.

2. Semua agama yang ada dalam dunia ini adalah benar belaka.

3. Tidak ada hukum Islam.

4. Larangan kahwin beza agama, antara perempuan Islam dan lelaki non-Islam, sudah tidak relevan lagi.

5. Hadith Rasulullah (s.a.w) itu hanyalah catatan sejarah sahaja.

6. Nabi Muhammad itu hanya tokoh sejarah sama seperti tokoh-tokoh dunia yang lain.

7. Tidak perlu otoriti agama.

Page 20: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

8. Agama adalah urusan peribadi. Tiada kaitan dengan sosio-politik.

9. Kita perlu pandai bezakan antara adat dan kebiasaan sesuatu bangsa dengan Islam. Kita tidak perlu ikut Arab atau kebudayaan Arab.

10. Islam di Madinah tidak perlu dicontohi. Madinah adalah satu kota. Banyak lagi kota-kota yang lain di dunia.

11. Wahyu masih wujud.

12. Nilai-nilai kebaikan ada pada siapa pun; Kristian, Hindu, Confucius, Yahudi, taoisme, Buddha, dll.

13. Maksud ayat Inna al-din ‘ind allahi al-Islam; “agama yang diterima Allah ialah Islam”. Ini tidak tepat.

Page 21: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

14. Poligami harus dilarang.

15. Mahar dalam perkahwinan boleh dibayar oleh suami-isteri.

16. Pembahagian harta untuk anak lelaki atau perempuan perlu disusun semula (surah al-Nisa’).

17. Anak luar nikah yang diketahui secara pasti ayah biologinya tetap mendapat hak warisan dari ayahnya.

18. Masa iddah juga harus dikenakan kepada lelaki juga baik cerai hidup atau cerai mati.

19. Seseorang itu berhak untuk beragama atau tidak beragama, memeluk Islam atau bukan Islam.

20. Masalah-masalah manusia tidak boleh semata-mata kata “kita ada hukum Tuhan”, ikut saja.

21. Syariat Islam hanyalah merupakan himpunan nilai-nilai asas.

22. Hukum Islam yang membezakan status orang Islam dan bukan Islam perlu dirobah.

Page 22: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

12. KAHWIN CAMPUR DI INDONESIA

• Perkahwinan pun diamalkan secara caca-marba dan huru-hara. Cuba lihat peristiwa-peristiwa perkahwinan seperti berikut. Contoh perkara-perkara pelik diamalkan di Indonesia, di bawah amalan Islam Liberal :

1. Prof Dr.Nurcholis Madjid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah mengahwinkan anak perempuannya, Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal, iaitu anak manusia dengan anak manusia.

Page 23: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

2. Dr.Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholis (Muslim), iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita Kung Hu Chu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.

3. Dr.Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita Muslimah; Suri Anggreni Alias Fithri dengan lelaki Kristian; Alfin Siagam di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian, ijab dan kabul cara Islam. Dr.Zainun sendiri membimbing mereka.

4. Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian wanita harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan al-Quran jelas memperuntukkan 1/3 untuk perempuan dan 2/3 untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.

Page 24: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

• Al-Qur’an menyebut (al-Nisaa:11)

“Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan”. (al-

Nisaa:11)

5. Dr.Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar diperjuangkan nikah berbeza agama.

Page 25: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

13. APAKAH BAHAYANYA PADA ISLAN & MUSLIM?

• Berikut diperturunkan beberapa akibat dari perjuangan Islam Liberal ini :

1. Penghinaan terhadap al-Qur’an

2. Liberalisma mahu membuang syariah

3. Aliran pemikiran Islam Liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam

4. Pemikiran islam Liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam

5. Kehadiran Muslimin Liberalis yang kini menjadi “celebrities” di dunia telah memberi peluang dan ruang kepada Zionis, Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk.

Page 26: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

6. Golongan Muslim liberalis kini mendapat sokongan moral dan material dari pelbagai individu atau organisasi terutamanya dari Dunia Barat.

7. Atas nama “moderat Islam/Muslim”, kehadiran Muslim Liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai ‘al-din’ sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.

8. Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Qur’an dan al-Sunnah.

9. Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti ulama.

10. Di Malaysia beberapa NGO, antaranya Sisters in Islam adalah antara pendukung Islam Liberal.

Page 27: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

14. PERINGATAN DARI AL-QUR’AN

• Al-Imran:19

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam..”

• Al-Imran:85

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat (nanti) termasuk

orang-orang yang rugi”.

• Al-Maidah:3

“Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu

menjadi agama bagimu”.

• Al-Kafirun:6

“Untukmu agamamu, dan untukku agamaku”

Page 28: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

KESIMPULAN

Islam Liberal adalah “penyakit baru” bagi umat Islam. Fahaman ini memberikan “kebebasan” kepada individu tanpa sekatan. Semua orang tanpa mengira latarbelakang ilmu dan pendidikan boleh mentafsir Islam. Penafsiran bukan milik golongan tertentu seperti para ulamak. Sementara pluralisme pula membawa gagasan semua agama adalah sama. Syurga bukan milik orang-orang Islam sahaja. Fahaman-fahaman ini telah dan sedang berkembang di Indonesia dan sedang menular dalam masyarakat Malaysia.

Page 29: Islam Liberal Dan Penyimpangan Liberalisme Prof Idris

TERIMA KASIH