kesan ekonomi

Upload: nurulafizah-harun

Post on 18-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ekonomi

TRANSCRIPT

Kesan Ekonomi :Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan : Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja. Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.Kejatuhan Nilai Mata Wang : Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.Sistem Pengangkutan Terganggu : Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar : Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat : Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.Beban Hutang : Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia : Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.