kesahan dan kebolehpercayaan instrumen · pdf file28 metodologi instrumen kesejahteraan...

6
27 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI VERSI BAHASA MELAYU Salina Mokhtar 1 , Rahimi Che Aman 2 1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, [email protected] 2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi Bahasa Melayu. Pengkaji telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan menjalankan exploratory factor analysis (EFA). Seramai 210 orang guru pendidikan khas yang sedang mengajar murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah terlibat dalam kajian ini. Kesahan muka dan kandungan instrumen melibatkan enam orang pakar. Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index, CVI) digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai. Keputusan CVI menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 0.94. Menerusi EFA pula telah membentuk enam faktor iaitu faktor hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri, autonomi, perkembangan peribadi, dan menguasai persekitaran. Sementara itu anti imej menunjukkan nilai pekali korelasi melebihi nilai .5 dan nilai communality item-item pula adalah antara .32 hingga .91. Seterusnya nilai Eigen adalah lebih besar dari 1. Jumlah peratus kumulatif adalah sebanyak 50.61% dan dianggap kukuh. Bagi setiap faktor, nilai korelasi item kepada skor keseluruhan (item-to-total correlation) adalah melebihi .30 iaitu antara .46 hingga .94. Keenam- enam faktor ini mempunyai nilai ketekalan dalaman (Cronbach’s Alpha) masing-masing iaitu .90, .89, .86, .93, .87 dan .86 dan nilai-nilai ini berada dalam julat yang boleh diterima. Kesemua item mempunyai nilai muatan faktor melebihi .5. Jumlah keseluruhan item untuk instrumen ini adalah sebanyak 29 item. Terdapat 13 item daripada 42 item asal telah dikeluarkan iaitu item 13, 18, 19, 23, 27, 31, 32, 34, 36, 38, 39, 40 dan 41 kerana nilai muatan faktor adalah kurang daripada nilai .50. Kesimpulan daripada EFA yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa instrumen kesejahteraan psikologi dalam versi Bahasa Melayu memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk digunakan oleh pengkaji akan datang dalam mengenal pasti kesejahteraan psikologi guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Kata Kunci : kesahan, kebolehpercayaan, kesejahteraan psikologi, exploratory factor analysis. PENDAHULUAN Kesejahteraan psikologi merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan kualiti hidup manusia (Asmawati Desa, Asmah Ahmad, & Zaini Sharkawi, 2009). Kualiti hidup seseorang individu termasuklah memperoleh kebahagiaan, keamanan, rasa dipenuhi, mendapat kepuasan hidup dan tidak mengalami gejala-gejala kemurungan pada diri. Ryff (1989) menjelaskan bahawa kesejahteraan psikologi yang dimiliki seseorang individu tidak hanya merasa bahagia ataupun terbebas daripada hal-hal yang berkaitan dengan perasaan negatif, tetapi lebih terarah kepada sikap yang positif serta menerima dirinya, menguasai persekitaran, autonomi diri, hubungan yang positif dengan orang lain, mempunyai tujuan dan makna hidup yang jelas serta adanya perasaan pertumbuhan dan perkembangan peribadi yang berterusan. Oleh itu kesejahteraan psikologi perlu ditekankan secara dalaman dan luaran kerana ia boleh mempengaruhi kesejahteraan diri sendiri, keluarga, persekitaran dan masyarakat sosial serta akhirnya dapat menghasilkan kebahagiaan (happiness) yang merupakan tujuan tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap manusia (Ryff, 1989). TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi bahasa Melayu. Justeru itu pengkaji telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan exploratory factor analysis (EFA).

Upload: duongthuan

Post on 06-Mar-2018

352 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

27

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI VERSI BAHASA

MELAYU

Salina Mokhtar1, Rahimi Che Aman2

1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, [email protected]

2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi Bahasa Melayu. Pengkaji telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan menjalankan exploratory factor analysis (EFA). Seramai 210 orang guru pendidikan khas yang sedang mengajar murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah terlibat dalam kajian ini. Kesahan muka dan kandungan instrumen melibatkan enam orang pakar. Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index, CVI) digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai. Keputusan CVI menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 0.94. Menerusi EFA pula telah membentuk enam faktor iaitu faktor hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri, autonomi, perkembangan peribadi, dan menguasai persekitaran. Sementara itu anti imej menunjukkan nilai pekali korelasi melebihi nilai .5 dan nilai communality item-item pula adalah antara .32 hingga .91. Seterusnya nilai Eigen adalah lebih besar dari 1. Jumlah peratus kumulatif adalah sebanyak 50.61% dan dianggap kukuh. Bagi setiap faktor, nilai korelasi item kepada skor keseluruhan (item-to-total correlation) adalah melebihi .30 iaitu antara .46 hingga .94. Keenam-enam faktor ini mempunyai nilai ketekalan dalaman (Cronbach’s Alpha) masing-masing iaitu .90, .89, .86, .93, .87 dan .86 dan nilai-nilai ini berada dalam julat yang boleh diterima. Kesemua item mempunyai nilai muatan faktor melebihi .5. Jumlah keseluruhan item untuk instrumen ini adalah sebanyak 29 item. Terdapat 13 item daripada 42 item asal telah dikeluarkan iaitu item 13, 18, 19, 23, 27, 31, 32, 34, 36, 38, 39, 40 dan 41 kerana nilai muatan faktor adalah kurang daripada nilai .50. Kesimpulan daripada EFA yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa instrumen kesejahteraan psikologi dalam versi Bahasa Melayu memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk digunakan oleh pengkaji akan datang dalam mengenal pasti kesejahteraan psikologi guru pendidikan khas masalah pembelajaran.

Kata Kunci : kesahan, kebolehpercayaan, kesejahteraan psikologi, exploratory factor analysis.

PENDAHULUAN Kesejahteraan psikologi merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan kualiti hidup manusia (Asmawati Desa, Asmah Ahmad, & Zaini Sharkawi, 2009). Kualiti hidup seseorang individu termasuklah memperoleh kebahagiaan, keamanan, rasa dipenuhi, mendapat kepuasan hidup dan tidak mengalami gejala-gejala kemurungan pada diri. Ryff (1989) menjelaskan bahawa kesejahteraan psikologi yang dimiliki seseorang individu tidak hanya merasa bahagia ataupun terbebas daripada hal-hal yang berkaitan dengan perasaan negatif, tetapi lebih terarah kepada sikap yang positif serta menerima dirinya, menguasai persekitaran, autonomi diri, hubungan yang positif dengan orang lain, mempunyai tujuan dan makna hidup yang jelas serta adanya perasaan pertumbuhan dan perkembangan peribadi yang berterusan. Oleh itu kesejahteraan psikologi perlu ditekankan secara dalaman dan luaran kerana ia boleh mempengaruhi kesejahteraan diri sendiri, keluarga, persekitaran dan masyarakat sosial serta akhirnya dapat menghasilkan kebahagiaan (happiness) yang merupakan tujuan tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap manusia (Ryff, 1989).

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi bahasa Melayu. Justeru itu pengkaji telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan exploratory factor analysis (EFA).

Page 2: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

28

METODOLOGI

Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris. Instrumen ini telah diringkaskan kepada 42 item (Abbott et al., 2006), terdiri daripada enam dimensi dan setiap dimensi mempunyai tujuh item. Dimensi-dimensi tersebut adalah autonomi, menguasai persekitaran, perkembangan peribadi, hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, dan penerimaan kendiri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Manakala terdapat 22 item positif dan 20 item negatif (rujuk Jadual 2). Oleh itu melalui instrumen ini individu dapat mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi diri sendiri.

Jadual 1: Item Setiap Dimensi Instrumen Kesejahteraan Psikologi

Dimensi No. Item Autonomi 1,7,13,19, 25, 31, 37 Menguasai Persekitaran 2, 8, 14, 20, 26, 32, 38 Perkembangan Peribadi 3, 9, 15, 21, 27, 33, 39 Hubungan Positif dengan Orang Lain 4, 10, 16, 22, 28, 34, 40 Matlamat Hidup 5, 11, 17, 23, 29, 35, 41 Penerimaan Kendiri 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42

Jadual 2: Item Positif dan Item Negatif Instrumen Kesejahteraan Psikologi

Jenis Item No. Item Item Positif 1, 2, 4, 6, 7, 8, 9, 11, 12, 20, 21, 22, 24, 25, 28, 29, 33, 35, 37, 38, 40, 42 Item Negatif 3, 5, 10, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 23, 26, 27, 30, 31, 32, 34, 36, 39, 41

Prosedur Kajian Kajian dijalankan dalam beberapa peringkat. Peringkat pertama dimulakan dengan memohon kebenaran menggunakan instrumen dan setelah kebenaran diperoleh, pengkaji menjalankan kajian dengan menentukan kesahan muka dan kesahan kandungan. Peringkat seterusnya pengkaji menjalankan EFA kepada item-item yang terdapat dalam konstruk. Seramai 210 orang guru pendidikan khas yang sedang mengajar murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah di Zon Utara terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Bilangan sampel ini ditentukan mengikut saranan yang diberikan oleh Hair, Black, Babin, Anderson dan Tatham (2010) iaitu bagi setiap item, bilangan minimum responden adalah seramai 5 (1:5) orang atau bilangan maksimumnya seramai 10 orang (1:10). Bilangan sampel kajian yang mencukupi dapat memastikan analisis statistik yang sah dapat dijalankan seperti EFA (Hair et. al., 2010). Oleh itu, bilangan sebanyak 210 orang sampel yang digunakan dalam kajian ini mencukupi dan membolehkan EFA dijalankan.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi memastikan ketepatan pengukuran yang dibuat. Kesahan merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian itu mengukur perkara yang hendak diukur dan kebolehpercayaan pula merupakan darjah ketekalan sesuatu alat ukur mengukur perkara yang diukur (Gay, Mills & Airasian, 2011). Tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang baik menghasilkan keputusan kajian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan serta berkualiti. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi memastikan ketepatan pengukuran yang dibuat. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan pemboleh ubah kesejahteraan psikologi menerusi item soal selidik dan mesti melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan Muka dan Kandungan Kajian dijalankan bermula dengan menentukan kesahan muka. Soal selidik yang asal telah diterjemahkan sebanyak dua kali oleh pakar dengan menggunakan proses `back technique` (Sireci, Yang, Harter, & Ehrlich, 2006). Penterjemahan kali pertama dilakukan daripada versi Bahasa Inggeris kepada versi Bahasa Melayu oleh seorang pakar. Kemudian soal selidik tersebut diterjemahkan kembali ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang lagi pakar yang lain.

Seterusnya soal selidik ini disemak pula untuk menentukan kesahan kandungannya bagi memastikan setiap item mewakili pemboleh ubah yang dikaji. Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana instrumen kajian mengukur perkara yang patut diukur (Ary, Jacobs, & Sorensen, 2010). Kaedah ini dijalankan bagi membuktikan kandungan item sememangnya berkaitan dan mewakili pemboleh ubah yang dikaji (Flowers, 2006). Dalam kajian ini kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan kesahan kandungan item-item soal selidik kesejahteraan psikologi. Pengkaji menilai kesahan kandungan sesuatu instrumen kajian dengan menyemak maklumat tentang objektif instrumen kajian, kandungan, dan tahap kesukaran item. Kesahan kandungan biasanya dipastikan dengan merujuk kepada pakar dalam bidang dan bagi mengesahkan item atau soalan yang terkandung dalam sesuatu instrumen kajian (Creswell, 2008). Dalam kajian ini kesahan kandungan

Page 3: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

29

instrumen kesejahteraan psikologi serta kesesuaian item yang dibentuk telah dinilai oleh enam orang pakar, sesuai dengan cadangan yang diberikan oleh Lynn (1986), dalam Polit, & Beck, & Owen, (2007) iaitu antara tiga sehingga 10 orang. Pakar-pakar ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman di institusi masing-masing iaitu seorang dalam bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Psikologi Islam dan Kaunseling, Pengujian dan Pengukuran serta yang terakhir adalah dalam bidang Pendidikan Islam.

Panel pakar ini diminta untuk menilai serta memeriksa item-item dari segi kandungan serta objektif yang hendak diukur (Ary et al., 2010). Penilaian item dibuat pada setiap item dalam soal selidik dari segi kesesuaian kandungan, laras bahasa, susunan persembahan item, saiz huruf yang digunakan dan kesesuaian pengukuran yang perlu diukur. Pakar-pakar ini telah menilai tahap kesesuaian item bagi setiap item berdasarkan skala 10 tahap (1= sangat tidak sesuai, dan 10 = sangat sesuai). Cadangan pengubahsuaian dan pemurnian instrumen turut diminta sekiranya terdapat kekeliruan. Segala cadangan, pendapat dan maklum balas yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang digunakan.

Seterusnya bagi menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai, Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index, CVI) digunakan. CVI mengambil kira purata tahap kesesuaian yang diberikan oleh pakar. Nilai CVI yang diterima pakai ialah ≥ 0.80 (Davis, 1992). Dalam kajian ini, CVI dianalisis mengikut formula seperti berikut (Polit & Beck, 2006) dan keputusan ditunjukkan dalam Jadual 3.

Indeks Kesahan Kandungan (CVI) = Jumlah skor setiap pakar Jumlah skor sebenar Purata Indeks Kesahan Kandungan (CVI) setiap sub dimensi = Jumlah CVI Bilangan pakar

Jadual 3: Keputusan Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index)

Pakar Panel 1 Panel 2 Panel 3 Panel 4 Panel 5 Panel 6 CVI Jumlah skor setiap pakar 0.99 0.90 0.98 0.95 0.94 0.89 0.94

Jadual 3 menunjukkan Indeks Kesahan Kandungan (CVI) adalah tinggi dan mempunyai kesahan kandungan instrumen kesejahteraan psikologi seperti yang dinilai oleh pakar iaitu 0.94. Berdasarkan keputusan dan maklum balas penilai, item-item diperbaiki dan diubahsuai sebelum ditadbir kepada responden kajian. Kemudiannya, soal selidik ditadbir pula kepada enam orang guru yang berpengalaman secara berkumpulan untuk mengenal pasti sekiranya masih terdapat kekeliruan serta mencatatnya di ruang yang disediakan untuk penambahbaikan atau terus digugurkan (Johnson & Christensen, 2008; Flowers, 2006). Kumpulan ini terdiri dari dua orang pensyarah pendidikan khas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan empat orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran (GPKMP). Kaedah ini bertujuan menambah baik soal selidik dan memastikan ianya sesuai digunakan kepada GPKMP di Zon Utara. Justeru itu, adalah penting untuk mendapat maklum balas berkaitan kualiti soal selidik sama ada mudah difahami dan sesuai dari segi laras bahasa yang digunakan. Pandangan dan cadangan turut diminta untuk mendapatkan reaksi serta maklum balas berkaitan soalan yang dirasakan boleh mendatangkan masalah seperti kekeliruan, bahasa yang kurang sesuai dan perkataan yang kurang tepat (Mertens, 2005) bagi tujuan memantapkan lagi soal selidik.

Kesahan Konstruk Kesahan konstruk bagi instrumen kajian ini telah dijalankan menerusi EFA dan menggunakan kaedah Principal Component Analysis (PCA) seperti yang dicadangkan oleh Hair et al. (2010), Coakes, Steed dan Ang (2010), Tabachnick dan Fidell (2007), serta Henson dan Roberts (2006). Antara objektif penting melaksanakan EFA adalah untuk mengurangkan bilangan variabel, menentukan struktur atau hubungan antara variabel, mengesan dan mengukur sama ada sesuatu konstruk itu bersifat unidimensi dan menilai kesahan konstruk sesuatu skala, ujian atau instrumen (Williams, Brown & Onsman, 2012).

Menurut Hair et. al. (2010), Williams, Brown dan Onsman (2012), laporan keputusan EFA perlu mengambil kira kriteria berikut, iaitu: (a) item-item yang mempunyai nilai korelasi anti imej (anti-image correlation) ≥ dari 0.5 sahaja yang diterima; (b) Ujian Bartlett’s Test of Sphericity hendaklah signifikan (p < 0.05) bagi menunjukkan wujudnya korelasi antara item atau variabel yang mencukupi dan sesuai untuk melaksanakan analisis EFA; (c) Ujian kecukupan sampel Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) yang tinggi iaitu ≥ 0.5 digunakan dalam menentukan sama ada saiz sampel mencukupi untuk menjalankan analisis EFA; (d) Nilai Eigen lebih besar dari 1 (> 1); (e) Item-item yang mempunyai nilai muatan faktor (factor loading) yang lebih

Page 4: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

30

besar atau sama dengan 0.5 sahaja dikekalkan; (f) nilai peratus perubahan varian lebih besar dari 8%; dan (g) bilangan faktor berdasarkan kesesuaian item, teori dan kajian-kajian lepas.

Sementara itu, ketekalan dalaman setiap skala ditentukan dengan menggunakan pekali Cronbach Alpha untuk menunjukkan setiap item atau indikator dalam sesuatu dimensi sepatutnya mengukur konstruk yang sama dan mempunyai korelasi antara item yang tinggi. Julat nilai Alpha, ∝= 0.65 hingga 0.95 diterima untuk menunjukkan bahawa sesuatu alat ukur itu mempunyai ketekalan dalaman (Nunnally & Bernstien, 1994). Menurut Hair et al. (2010), nilai “∝” (Alfa Cronbach) mempunyai hubungan yang positif dengan bilangan item dalam instrumen iaitu sekiranya bilangan item bertambah, maka nilai ∝ juga meningkat. Selain itu, sumbangan setiap item kepada konstruk kajian yang diukur juga ditentukan dengan memastikan setiap item mempunyai nilai korelasi item kepada skor (item-to-total correlation) dalam julat yang boleh diterima iaitu melebihi 0.30 (Hair et al., 2010). Penyingkiran item-item yang kurang daripada 0.30 boleh meningkatkan nilai kebolehpercayaan konstruk yang diukur.

DAPATAN KAJIAN Berdasarkan Jadual 4 ujian KMO menunjukkan nilai .72 bagi pemboleh ubah kesejahteraan psikologi dan membuktikan bahawa jumlah sampel yang digunakan dalam analisis faktor adalah mencukupi dan dikategorikan pada tahap baik (Hair et al., 2010). Kesesuaian analisis faktor juga ditunjukkan oleh ujian Bartlett’s Test of Sphericity yang signifikan iaitu p = .00 menandakan wujud korelasi antara item dalam pemboleh ubah ini. Analisis korelasi anti imej pula menunjukkan nilai pekali korelasi melebihi nilai .5. Nilai-nilai ini memberi petunjuk bahawa analisis faktor boleh diteruskan.

Nilai communality item-item pula adalah di antara .32 hingga .91. Jumlah varians yang disumbangkan oleh faktor-faktor ialah 50.61% dan telah dianggap kukuh oleh Tabachnick dan Fidell (2007). Putaran secara `orthogonal` dengan kaedah ‘varimax’ telah menghasilkan enam faktor bagi menerangkan jumlah varian tersebut di mana nilai Eigen lebih besar dari 1. Hasil analisis mendapati Faktor 1 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian sebanyak 8.74%, Faktor 2 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian sebanyak 8.63%, Faktor 3 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian sebanyak 8.49%, Faktor 4 terdiri daripada 4 item dengan peratus varian 8.46%, Faktor 5 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian 8.20% dan Faktor 6 mempunyai 5 item dengan peratus varian 8.08%.

Item-item dalam Faktor 1, mempunyai nilai muatan faktor dalam julat .74 hingga .93, Faktor 2 pula antara .72 hingga .91, manakala Faktor 3 adalah antara .52 hingga .84, Faktor 4 adalah antara .82 hingga .95, Faktor 5 mempunyai julat antara .71 hingga .88 dan Faktor 6 adalah antara .73 hingga .86. Muatan faktor memenuhi nilai yang dicadangkan oleh Hair et al., (2010) iaitu melebihi .5 (˃ .5) bagi setiap faktor dan sesuai untuk analisis faktor seterusnya. Bagi setiap komponen faktor, nilai korelasi item kepada skor keseluruhan (item-to-total correlation) adalah melebihi .30 iaitu antara .46 hingga .94 dan nilai ini menunjukkan setiap item memberi sumbangan bermakna dalam membina setiap faktor tersebut.

Berdasarkan kepada makna setiap item yang membina setiap faktor dalam Pemboleh Ubah Kesejahteraan Psikologi maka faktor-faktor yang terhasil dilabelkan. Faktor 1 dilabelkan sebagai Hubungan Positif dengan Orang Lain, Faktor 2 dilabelkan sebagai Matlamat Hidup, Faktor 3 dilabelkan sebagai Penerimaan Kendiri, Faktor 4 dilabelkan sebagai Autonomi, Faktor 5 dilabelkan sebagai Perkembangan peribadi dan Faktor 6 dilabelkan sebagai Menguasai Persekitaran. Keenam-enam faktor ini masing-masing mempunyai nilai ketekalan dalaman (Cronbach’s Alpha) yang baik iaitu masing-masing .90, .89, .86, .93, .87 dan .86 dan nilai-nilai tersebut berada dalam julat yang boleh diterima (Cohen et al., 2007). Terdapat 13 item daripada 42 item asal telah dikeluarkan iaitu item 13, 18, 19, 23, 27, 31, 32, 34, 36, 38, 39, 40, dan 41 kerana nilai muatan faktor adalah kurang daripada nilai .50 (< .05). Oleh itu jumlah item untuk pemboleh ubah Kesejahteraan Psikologi adalah sebanyak 29 item. Jadual 4 meringkaskan keputusan analisis faktor pemboleh ubah Kesejahteraan Psikologi.

Jadual 4 : Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemboleh Ubah Kesejahteraan Psikologi

Faktor Item Deskripsi Item Muatan Faktor

Korelasi Item-skor (r)

Nilai (α)

Faktor 1 Hubungan positif dengan orang lain

KP4 Kebanyakan orang berpendapat saya seorang yang pengasih dan penyayang. .93 .89 .90

KP10 Sukar dan mengecewakan bagi saya untuk mengekalkan hubungan yang akrab dengan seseorang. .90 .84

KP28 Saya sering digambarkan sebagai seorang yang bermurah hati dan bersedia berkongsi masa dengan orang lain.

.82 .71

KP16 Saya sering berasa sunyi kerana kurang mempunyai kawan rapat untuk berkongsi masalah. .81 .71

KP22 Saya suka berbual mengenai perkara peribadi dan beramah mesra dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. .74 .63

Page 5: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

31

Faktor 2 Matlamat hidup

KP11 Saya mempunyai hala tuju dalam kehidupan. .91 .86 .89 KP17 Aktiviti harian saya sering kelihatan remeh dan tidak

penting. .89 .84

KP5 Saya kurang memikirkan tentang masa depan. .82 .72 KP35 Sesetengah manusia tiada haluan hidup tetapi saya

bukan salah seorang daripada mereka. .76 .64

KP29 Saya suka membuat perancangan masa depan dan berusaha untuk menjadikan ia realiti. .72 .59

Faktor 3 Penerimaan kendiri

KP24 Saya suka kebanyakan aspek personaliti saya. .84 .80 .86 KP12 Secara umum, saya yakin dan positif terhadap diri

sendiri. .84 .83

KP30 Dalam pelbagai segi, saya kecewa dengan pencapaian dalam kehidupan saya. .82 .73

KP6 Apabila mengimbas kembali kisah hidup, saya berpuas hati dengan perkara yang telah berlaku. .70 .62

KP42 Apabila membandingkan diri dengan rakan dan kenalan, ia membuatkan saya berasa selesa dengan diri sendiri. .52 .46

Faktor 4 Autonomi

KP1 Saya tidak takut untuk menyuarakan pendapat, walaupun bertentangan dengan kebanyakan orang lain. .95 .94 .93

KP37 Pertimbangan saya berdasarkan perkara yang saya fikir penting dan bukannya berdasarkan nilai yang orang lain fikir penting.

.90 .85

KP25 Saya berkeyakinan terhadap pandangan saya walaupun ia berbeza dengan orang lain. .90 .86

KP7 Biasanya keputusan saya tidak dipengaruhi oleh orang lain. .82 .73

Faktor 5 Perkembangan peribadi

KP9 Saya berpendapat adalah penting mempunyai pengalaman baru yang dapat mencabar cara berfikir tentang diri dan dunia.

.88 .80 .87

KP3 Saya tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti yang akan membataskan kehidupan saya. .80 .71

KP21 Saya merasakan bahawa saya menjadi lebih matang sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia. .79 .68

KP15 Bila difikirkan selama beberapa tahun, saya tidak banyak berubah. .77 .68

KP33 Pada saya, kehidupan merupakan satu proses pembelajaran, perubahan dan perkembangan yang berterusan.

.71 .56

Faktor 6 Menguasai persekitaran

KP26 Saya sering berasa terbeban dengan tanggungjawab saya. .86 .76 .86

KP20 Saya boleh menguruskan pelbagai tanggung jawab dalam kehidupan harian dengan agak baik. .85 .74

KP2 Secara umum, saya merasa bertanggungjawab dengan situasi kehidupan saya. .76 .65

KP8 Tuntutan kehidupan seharian sering kali membuatkan saya kecewa. .75 .62

KP14 Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik dengan orang ramai dan komuniti di sekeliling saya. .73 .60

% Varian Selepas Putaran 50.61 Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy .72 Bartlett’s Test of Sphericity Approx. Chi-Square 4826.55

df 861 Sig. .000

KESIMPULAN Dapatan kajian menghasilkan enam faktor iaitu faktor Hubungan Positif dengan Orang Lain, Matlamat Hidup, Penerimaan Kendiri, Autonomi, Perkembangan Peribadi dan Menguasai Persekitaran. Hasil EFA ini menunjukkan bahawa item yang dimuatkan pada enam faktor berkenaan adalah selaras dengan struktur faktor yang terdapat dalam instrumen asal walau pun terdapat 13 item daripada 42 item asal telah dikeluarkan dan menjadikan jumlah keseluruhan item untuk Instrumen Kesejahteraan Psikologi ini sebanyak 29 item. Hasil dapatan ini juga turut menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi Bahasa Melayu memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan serta berada pada tahap yang tinggi. Hasil daripada dapatan ini menjelaskan bahawa instrumen ini adalah sesuai dengan budaya Malaysia dan boleh digunakan oleh pengkaji akan datang dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi GPKMP.

RUJUKAN Abbott, R. A., Ploubidis, G. B., Huppert, F. A., Kuh, D., Wadsworth, M. E. J., & Croudace, T. J. (2006).

Psychometric evaluation and predictive validity of Ryff’s psychological well-being items in a UK birth cohort sample of women. Health and Quality of Life Outcomes, 4, 76. https://doi.org/10.1186/1477-7525-

Page 6: KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN · PDF file28 METODOLOGI Instrumen Kesejahteraan Psikologi Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris

32

4-76

Ary, D., Jacobs, L., C., & Sorensen, C. (2010). Introduction to research in education. Canada: Wadsworth Cengage Learning.: Wadsworth Cengage Learning.

Asmawati Desa, Asmah Ahmad, Z. S. (2009). Kesejahteraan Psikologi Orang Asli Di Pertak dan Gerachi Jaya. Jurnal Psikologi Malaysia, 23, 19–25.

Creswell, J. W. (2008). Educational research. New Jersey: Pearson-Merrill Prentice Hall.

Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research, 5, 194–197.

Flowers, C. (2006). Confirmatory factor analysis of scores on the clinical experiance rubric: A measure of dispositions for preservice teachers. Educational and Psycological Measurement, 66(3), 478–488.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2011). Educational research: Competencies for analysis and applications (10th editi). Upper Saddle Ridge, NJ: Pearson Publishing.

Hair, J., F., Black, W., C., Babin, B., J., Anderson, R., E., & Tatham R., L. (2010). Multivariate data analysis New Jersey: Pearson Prentice Hall. (7th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Henson, R.K., Roberts, J. K. (2006). Use of Exploratory Factor Analysis in Published Research: Common Errors and Some Comment on Improved Practice. Educational and Psychological Measurement, 66(3).

Mertens, D. M. (2005). Research and evaluation in education and psychology: Integrating diversity with quantitative, qualitative, and mixed methods. Thousand Oaks: Sage Publications: Sage Publications.

Polit, D. F., & Beck, C.T., & Owen, S. V. (2007). Is the CVI an acceptable indicator of content validity? Appraisal and recommendations. Research in Nursing and Health, 30, 459–467.

Ryff, C. D. (1989). Happiness is everything, or is it? Explorations on the meaning of psychological well-being. Journal of Personality and Social Psychology, 57, 1069–1081.

Sireci, S. G., Yang, Y., Harter, J., & Ehrlich, E. J. (2006). Evaluating guidelines for test adaptations: A methodological analysis of translation quality. Journal of Cross-Cultural Psychology, 37(5), 557–567. https://doi.org/doi:10.1177/0022022106290478

Tabachnick, G. B., & Fidell, S. L. (2007). Using Multivariate Statistics (5th ed.). New York: Pearson Educational Inc. (5th ed.). New York: Pearson Educational Inc.

Williams, B., Brown, T., & Onsman, A. (2012). Exploratory factor analysis: A five-step guide for novices. Australasian Journal of Paramedicine, 8(3)