kertas penerangan modul 3 keimunan sains untuk non teknologi semester 4

13
KOD DAN NAMA PROGRAM SAINS UNTUK NON TEKNOLOGI SEMESTER 4 DVM NO DAN TAJUK MODUL 3.0 KEIMUNAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Memahami peranan sistem peredaran darah dalam mekanisme pertahanan badan TUJUAN 3.1.1 Menyatakan fungsi sistem peredaran darah selain daripada pengangkutan 3.1.2 Mengenal pasti tiga barisan mekanisme pertahanan badan 3.1.3 Menghuraikan proses fagositosis 3.1.4 Menyatakan maksud antigen dan antibodi 3.1.5 Menyatakan maksud keimunan dan pengimunan 3.1.6 Menghubungkaitkan antara antigen dan antibodi dengan keimunan 3.1.7 Menamakan dan memberi contoh pelbagai jenis keimunan NO KOD Muka: Drp: NAMA PELAJAR KURSUS NO. KAD PENGENALAN KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI, KEDAH KERTAS PENERANGAN

Upload: harzana-harun

Post on 13-Apr-2017

1.190 views

Category:

Science


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

KOD DAN NAMA PROGRAM SAINS UNTUK NON TEKNOLOGI

SEMESTER 4 DVM

NO DAN TAJUK MODUL 3.0 KEIMUNAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Memahami peranan sistem peredaran darah dalam mekanisme pertahanan badan

TUJUAN

3.1.1 Menyatakan fungsi sistem peredaran darah selain daripada pengangkutan3.1.2 Mengenal pasti tiga barisan mekanisme pertahanan badan3.1.3 Menghuraikan proses fagositosis3.1.4 Menyatakan maksud antigen dan antibodi3.1.5 Menyatakan maksud keimunan dan pengimunan3.1.6 Menghubungkaitkan antara antigen dan antibodi dengan keimunan3.1.7 Menamakan dan memberi contoh pelbagai jenis keimunan

NO KOD Muka: Drp:

NAMA PELAJAR

KURSUS

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWIJALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI,

KEDAH

KERTAS PENERANGAN

Page 2: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 2 Drp: 10

KOMPOSISI DARAH MANUSIA

1. Darah ialah tisu penghubung dalam bentuk cecair.

2. Darah manusia terdiri daripada 55% plasma dan 45% sel darah.

3. Terdapat tiga jenis sel darah:

(a) eritrosit (sel darah merah)

(b) leukosit (sel darah putih)(c) platlet

4. Plasma merupakan bahagian cecair di dalam darah yang berwarna kuning pucat dan mengandungi pelbagai

bahan terlarut di dalamnya.

LEUKOSIT (Sel darah putih)1. Leukosit mempunyai nukleus dan tidak mempunyai bentuk yang tetap.

2. Bilangan leukosit jauh lebih kurang daripada eritrosit tetapi saiznya lebih besar.

3. Leukosit berfungsi untuk mempertahankan badan daripada penyakit. 4. Terdapat dua jenis leukosit:

(a) granulosit

(b) agranulosit

5. Granulosit (sitoplasma bergranul)

(a) Mempunyai granul dalam sitoplasma

(b) Mempunyai nukleus bercuping

(c) Terbentuk di dalam sumsum tulang

(d) Terbentuk daripada tiga jenis granulose:

(i) neutrofil

(ii) eosinofil

(iii) basofil

(e) Neutrofil ialah fagosit yang menjalankan fagositosis untuk menelan dan mencernakan bakteria.

(f) Eosinofil berfungsi dalam mengawal gerak balas alergi.(g) Basofil menghasilkan heparin untuk mencegah pembekuan darah.

6. Agranulosit (sitoplasma tidak bergranul)

(a) tiada granul dalam sitoplasma

(b) terdiri daripada dua jenis agranulosit

(i) Limfosit

(ii) Monosit

(c) Limfosit mempunyai nukleus besar yang berbentuk sfera dengan sedikit sitoplasma. Limfosit dihasilkan oleh

nodus limfa pada sistem limfa. Limfosit menghasilkan antibodi untuk mempertahankan badan daripada penyakit.

(d) Monosit mempunyai nukleus besar yang berbentuk kacang. Monosit dihasilkan di sumsum tulang. Monosit

bertindak sebagai fagosit dalam proses fagositosis.

Page 3: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 3 Drp: 10

Komposisi Darah Manusia

3.1.1 Menyatakan fungsi sistem peredaran darah selain daripada pengangkutan

1. Selain berfungsi sebagai pengangkutan, sistem peredaran darah juga terlibat dalam mekanisme pertahanan

badan.

2. Manusia sentiasa terdedah kepada pelbagai mikroorganisma yang menyebabkan penyakit. Mikroorganisma ini

disebut sebagai patogen.3. Oleh itu, satu mekanisme pertahanan badan diperlukan untuk:

(a) mencegah kemasukan patogen ke dalam badan.

(b) melawan patogen yang telah masuk ke dalam badan

4. Badan mempertahankan diri daripada serangan patogen secara tidak spesifik dan juga secara spesifik.5. Mekanisme pertahanan tidak spesifik melibatkan kulit, membran mukus, rembesan asid dan enzim, serta

proses fagositosis oleh leukosit.

6. Mekanisme pertahanan spesifik dikenali sebagai keimunan dan melibatkan antibodi yang dihasilkan oleh

limfosit.

3.1.2 Mengenal pasti tiga barisan mekanisme pertahanan badan

Mekanisme pertahanan badan melindungi badan daripada jangkitan penyakit melalui tiga jenis pertahanan:1. Barisan pertahanan pertama – kulit dan membran mukus

2. Barisan pertahanan kedua – fagosit

3. Barisan pertahanan ketiga – limfosit

Page 4: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 4 Drp: 10

I. Barisan pertahanan pertama

1. Kulit dan membran mukus merupakan barisan pertahanan pertama yang menghalang kemasukan

mikroorganisma ke dalam badan.

2. Kulit meliputi seluruh badan dan sesuai untuk menghalang kemasukan mikroorganisma ke dalam badan.

3. Peranan kulit dalam barisan pertahanan pertama adalah seperti yang berikut:

(a) Epidermis kulit terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat dan dikebalkan dengan keratin. Ini membentuk

satu halangan fizikal yang kukuh terhadap kemasukan mikroorganisma ke dalam badan.

(b) Kelenjar sebum pada kulit merembeskan sebum untuk membentuk satu lapisan pelindung di permukaan kulit.

Sebum merupakan antiseptik dan mengandungi asid laktik. Ini menghalang pertumbuhan mikroorganisma.

(c) Mikroorganisma pada kulit akan dimusnahkan oleh bahan kimia di dalam peluh yang dirembeskan oleh kelenjar

peluh.

Page 5: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 5 Drp: 10

4. Membran mukus ialah lapisan epitelium yang meliputi organ dalaman yang terdedah kepada persekitaran luar

seperti salur pencernaan, salur pernafasan, salur pada sistem perkumuhan dan sistem pembiakan.

5. Peranan membran mukus dalam barisan pertahanan pertama adalah seperti berikut:

(a) Lapisan epitelium pada membran mukus merembeskan mukus untuk melindungi, melincirkan dan

memerangkap segala mikroorganisma yang masuk melalui salur alimentari dan salur pernafasan.

(b) Terdapat rambut halus yang digelar silia pada lapisan epitelium membran mukus di sepanjang salur

pernafasan untuk memerangkap mikroorganisma dan menapis udara.

(c) Mukus dalam air liur mengandungi lisozim untuk memerangkap dan memusnahkan bakteria di dalam rongga

mulut.

(d) Lisozim dalam air mata bertindak sebagai enzim antibakteria untuk memusnahkan sesetengah bakteria.

II. Barisan pertahanan kedua

1. Neutrofil dan monosit terlibat dalam barisan pertahanan kedua yang bertindak sebagai fagosit untuk

memusnahkan mikroorganisma atau patogen yang berjaya masuk ke dalam badan.

2. Kedua-dua sistem peredaran darah dan sistem limfa (nodus limfa) mengandungi fagosit untuk memusnahkan

patogen di dalam badan.

3. Dalam nodus limfa, fagosit menapis dan menelan patogen di dalam bendalir limfa.

4. Fagosit dalam darah boleh menyelit keluar dari dinding kapilari darah ke tempat jangkitan untuk menghapuskan

patogen.

5. Proses pengepungan, penelanan dan pencernaan mikroorganisma atau patogen oleh fagosit disebut

fagositosis.

*3.1.3 Menghuraikan proses fagositosis

1. Dal

am

proses fagositosis, fagosit mendekati patogen (bakteria) dan mengelilinginya dengan mengeluarkan

pseudopodium(singular)/pseudopodia(plural)

2. Fagosit menelan dan mencernakan bakteria tersebut dengan membentuk satu vakuol makanan yang disebut

fagosom.3. Enzim (lisosom) dirembeskan ke dalam vakuol tersebut untuk mencernakan lalu menghapuskan bakteria itu.

4. Dengan cara fagositosis, patogen dimusnahkan dan badan dicegah daripada jangkitan penyakit.

Patogen (bakteria)Vakuol makanan(fagosom)

Bakteria dihapuskan

Page 6: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 6 Drp: 10

III. Barisan pertahanan ketiga

1. Barisan pertahanan ketiga merupakan mekanisme pertahanan secara spesifik yang melibatkan penghasilan antibodi oleh limfosit.2. Antibodi bertindak secara spesifik ke atas antigen yang masuk ke dalam badan.

* 3.1.4 Menyatakan maksud antigen dan antibodi3. Antigen merupakan protein asing yang terdapat pada membran mikroorganisma, patogen atau toksin yang

dihasilkan oleh bakteria. Antigen merangsang gerak balas keimunan.

4. Kehadiran antigen di dalam badan akan merangsangkan limfosit untuk menghasilkan sejenis protein yang

khusus, iaitu antibodi untuk bertindak ke atas antigen itu.

5. Tindakan antibodi adalah secara spesifik, iaitu sejenis antibodi hanya boleh bertindak dengan sejenis antigen

sahaja. Misalnya,

(a) aglutinin menyebabkan antigen membentuk satu gumpalan.

(b) lisin memusnahkan antigen dengan melarutkan membran luar antigen.

(c) antitoksin meneutralkan toksin yang dikeluarkan oleh antigen

Page 7: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 7 Drp: 10

3.1.5 Menyatakan maksud keimunan dan pengimunan

1. Keimunan ialah keupayaan badan untuk menentang jangkitan patogen dengan menghasilkan antibodi yang

tertentu.

2. Seseorang yang mempunyai keimunan terhadap sejenis penyakit tidak akan menghidapi penyakit itu. Sebagai

contoh, individu yang pernah dijangkiti demam campak kemungkinan besar tidak akan dijangkiti lagi. Individu

tersebut dikatakan telah imun terhadap penyakit itu.

3. Pengimunan ialah proses memperolehi keimunan secara buatan terhadap sesuatu penyakit. Ini membantu

seseorang menentang terhadap penyakit itu.

4. Pengimunan dijalankan melalui suntikan, iaitu suntikan vaksin atau suntikan serum yang mengandungi

antibodi bagi memperolehi keimunan tersebut.

(a) Vaksin ialah ampaian bakteria atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam

badan untuk merangsang limfosit untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).

(b) Suntikan serum yang mengandungi antibodi secara langsung ke dalam badan membolehkan patogen atau

antigen dimusnahkan dengan serta merta.

5. Terdapat dua jenis keimunan:

(a) keimunan aktif

(b) keimunan pasif

6. Keimunan aktif diperolehi apabila badan melawan patogen atau antigen dengan menghasilkan antibodi sendiri. Antibodi dihasilkan daripada gerak balas limfosit terhadap antigen.

7. Keimunan pasif melibatkan penerimaan antibodi daripada sumber lain yang tersedia ada dan bukan

dihasilkan oleh badan.

8. Keimunan aktif dan pasif boleh diperolehi secara semula jadi atau secara buatan.

Page 8: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 8 Drp: 10

3.1.6 Menghubungkaitkan antara antigen dan antibodi dengan keimunan3.1.7 Menamakan dan memberi contoh pelbagai jenis keimunan

(A) Keimunan aktif

I. Keimunan aktif semula jadi1. Keimunan aktif semula jadi diperolehi apabila seseorang sembuh daripada penyakit.2. Apabila seorang individu diserang oleh patogen (antigen), limfosit akan dirangsang untuk mengeluarkan

antibodi untuk menentang antigen tersebut.

3. Apabila individu itu sembuh, badannya akan mengandungi antibodi yang berlebihan untuk melindunginya

daripada jangkitan patogen yang sama pada masa depan.

4. Antibodi yang berlebihan itu akan kekal di dalam badan dan memberi keimunan terhadap penyakit tersebut.

5. Sekiranya patogen yang sama memasuki badan sekali lagi, antibodi yang sedia ada akan melawan patogen

tersebut. Pada masa yang sama, limfosit akan menghasilkan lebih banyak antibodi dengan segera.

6. Badan menjadi imun terhadap penyakit itu dan individu itu dikatakan memperolehi keimunan aktif semula jadi.

Contohnya, penyakit cacar air dan campak merupakan penyakit yang menghasilkan keimunan aktif semula jadi

yang kekal di dalam badan.

7. Rajah di bawah menunjukkan gerak balas badan terhadap jangkitan penyakit bagi memperolehi keimunan aktif

semula jadi.

Page 9: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 9 Drp: 10

II. Keimunan aktif buatan

1. Keimunan aktif buatan diperolehi melalui suntikan vaksin.

2. Apabila seseorang disuntik dengan vaksin, kehadiran patogen sama ada mati atau dilemahkan di dalam vaksin,

merangsangkan limfosit untuk mengeluarkan antibodi terhadap patogen tertentu.

3. Biasanya, beberapa suntikan vaksin diperlukan untuk memberi keimunan yang berkesan. Ini kerana selepas

suntikan vaksin yang pertama, aras antibodi yang dihasilkan adalah terlalu rendah dan tidak mencapai aras keimunan berkesan.

4. Suntikan vaksin kedua akan merangsang limfosit untuk menghasilkan antibodi dengan lebih banyak dan cepat supaya kepekatan antibodi di dalam badan mencapai aras keimunan berkesan dan dapat memberikan

keimunan untuk jangka masa panjang.

5. Bagi sesetengah penyakit, suntikan penggalak diperlukan selepas beberapa tahun untuk memastikan aras

antibodi di dalam badannya adalah mencukupi untuk memberi perlindungan terhadap patogen itu.

6. Terdapat pelbagai jenis vaksin untuk mencetuskan keimunan terhadap pelbagai jenis penyakit. Misalnya, vaksin

B.C.G untuk penyakit tibi dan vaksin Salk untuk poliomielitis. Terdapat juga vaksin untuk cacar, campak, demam

kuning, hepatitis A, hepatitis B dan rubella.

7. Sesetengah vaksin dapat memberikan keimunan sepanjang hayat dengan satu suntikan sahaja seperti vaksin

Salk, vaksin untuk campak dan cacar. Sesetengah vaksin pula dapat memberi keimunan untuk beberapa tahun

sahaja seperti hepatitis B dan kolera. Suntikan penggalak diperlukan beberapa tahun kemudian apabila antibodi

di dalam badan telah kehabisan.

Page 10: KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4

NO KOD : KERTAS PENERANGAN Muka: 10 Drp: 10

(B) Keimunan Pasif

I. Keimunan pasif semula jadi 1. Keimunan pasif semula jadi diperolehi melalui penerimaan antibodi secara semula jadi.2. Keimunan ini diperolehi oleh bayi secara semula jadi daripada ibu sama ada melalui plasenta fetus atau susu ibu.3. Fetus dalam uterus ibu menerima antibodi melalui plasenta. Bayi pula menerima antibodi melalui susu ibunya.

4. Keimunan ini yang diperolehi oleh bayi hanya memberi perlindungan selama beberapa bulan selepas bayi

dilahirkan.

5. Keimunan pasif semula jadi tidak kekal lama kerana keimunannya tidak dirangsang oleh antigen. Limfosit tidak

dirangsangkan untuk mengeluarkan antibodi. Perlindungan yang diberikan adalah terhad kepada antibodi yang

dibekalkan.

II. Keimunan pasif buatan1. Keimunan pasif buatan diperolehi melalui suntikan serum yang mengandungi antibodi terhadap penyakit

tertentu.

2. Serum itu boleh diperolehi daripada darah haiwan seperti kuda dan ular yang sedap menghidap penyakit

tersebut ataupun telah sembuh daripada penyakit itu.

3. Antibodi disuntik ke dalam badan secara langsung dan bertindak dengan segera terhadap antigen tertentu untuk

memberi perlindungan segera bagi sesuatu penyakit.

4. Suntikan serum (antibodi) ini hanya memberikan keimunan untuk jangka masa tertentu sahaja kerana aras

antibodinya akan berkurangan dengan cepat. Oleh itu, suntikan serum (antibodi) yang baru diperlukan untuk

memberi keimunan semula.

5. Rajah di bawah menunjukkan perubahan aras antibodi di dalam darah selepas disuntik dengan suntikan serum

yang mengandungi antibodi.

6. Contoh penyakit yang dikawal dengan cara keimunan ini ialah tetanus, dipteria, rabies dan patukan ular.