kertas penerangan - ahm80.files. · pdf filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik...

8
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) No. DAN TAJUK MODUL M03-FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE LE2-IMPLEMENT PROGRAMMING LANGUAGE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE IDENTIFY BASIC PROGRAMMING LANGUAGE AND CONCEPT USING MATERIAL AND EQUIPMENT SUCH AS PROGRAMMING SOFTWARE AND REFERENCES SO THAT PROGRAMMING LANGUAGE IS FULLY UNDERSTOOD INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (F02-03-03-LE1-IS1)

Upload: nguyenbao

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)

No. DAN TAJUK MODUL M03-FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGELE2-IMPLEMENT PROGRAMMING LANGUAGE

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

IDENTIFY BASIC PROGRAMMING LANGUAGE AND CONCEPT USING MATERIAL AND EQUIPMENT SUCH AS PROGRAMMING SOFTWARE AND REFERENCES SO THAT PROGRAMMING LANGUAGE IS FULLY UNDERSTOOD

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

(F02-03-03-LE1-IS1)

Page 2: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

ISI KANDUNGAN

LE1 – INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE

TASK 07B.01 Understand Programming Language

Page 3: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

No. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 07B.01 UNDERSTAND PROGRAMMING LANGUAGE

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 1 drp. 6

TAJUK : MEMAHAMI BAHASA PENGATURCARAAN

TUJUAN :Bab ini menerangkan bagaimana mengenalpasti keperluan perkakasan dan perisian untuk menggunakan bahasa pengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem.

Perisian (Software)Perisian ataupun lebih dikenali sebagai software merupakan satu set arahan yang boleh dibaca di dalam ingatan komputer dan dilaksanakan mengikut kehendak pengguna. Software boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu system software dan application software. Majoriti software yang berada di dalam pasaran ialah application software. Walaubagaimanapun system software diperlukan untuk menulis atau membangunkan application software. Oleh itu, anda haruslah membiasakan diri dengan asas-asas dalam system software.

Rajah 1: Kategori Perisian

Page 4: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 2 drp. 6

Kenalpasti Keperluan Perkakasan dan Perisian

Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang digunakan pada masa kini. Semuanya bergantung kepada jenis sistem yang akan dibangunkan dan platform yang digunakan. Oleh itu, anda haruslah mengenalpasti dan memilih perisian dan perkakasan yang sesuai dan berpadanan dengan teknologi serta bahasa pengaturcaraan yang digunakan.

Aras Bahasa Pengaturcaraan KomputerBahasa pengaturcaraan dikategorikan kepada 4 jenis :1. Bahasa Mesin2. Bahasa Himpunan (Assembly)3. Bahasa Aras Tinggi4. Bahasa Pengaturcaraan Pembangun Aplikasi Pantas (Bahasa RAD)

1. Bahasa MesinBahasa mesin adalah bahasa asal komputer yang ditentukan oleh jenis perkakasan yang ada dalam komputer tersebut dan juga dikenali sebagai bahasa aras rendah. Komputer hanya boleh memahami bahasa mesinnya sendiri. Ia terdiri daripada himpunan rentetan yang dikurangkan ke nombor binari iaitu 1 dan 0 yang boleh difahami oleh komputer secara terus. Contoh kod sumber bahasa mesin:

Walaupun bahasa ini difahami oleh komputer tanpa perlu penterjemah, ia memakan masa untuk menulisnya dan masa yang diperlukan untuk memahaminya adalah lebih lama. Anda juga mudah membuat kesilapan ketika menaip kod kerana ia sendiri terdiri daripada dua nombor sahaja.

2. Bahasa HimpunanPengaturcara mula menggunakan bahasa seakan singkatan Bahasa Inggeris yang dinamakan Bahasa Himpunan. Penterjemah bahasa ini ke bahasa mesin dikenali sebagai penghimpun (Assembler). Antara bahasa himpunan yang digunakan ialah Z80 language, Intel 8086, Motorola 68000 dan sebagainya. Contoh bahasa himpunan (Z80) yang membuat operasi pendaraban 4x5 :

Antara kelebihan bahasa himpunan ialah lebih mudah dibaca dan lebih mudah ditulis. Walau bagaimanapun, bahasa himpunan juga mempunyai kelemahan iaitu aturcara yang ditulis lebih perlahan untuk dijalankan dan memakan ruang yang lebih banyak dari Bahasa Mesin. Anda tidak dapat menggunakan aturcara dalam Bahasa Himpunan dalam komputer yang lain. Selain itu, menulis aturcara dalam Bahasa Himpunan juga memakan masa yang lama dan cerewet.

0010 1010 0001 11010011 1100 1010 11110101 0110 1101 01011101 1111 0010 1001

ld a,5hld d,ald a,0h

lagi:add a,4hjrnz lagiend

Page 5: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 3 drp. 6

3. Bahasa Aras TinggiUntuk mempercepatkan lagi proses pengaturcara komputer (programmer), Bahasa Aras Tinggi diperkenalkan. Walaupun hanya dengan pernyataan yang ringkas, banyak tugas dapat dijalankan. Perisian penterjemah yang dikenali sebagai pengkompil (compiler) digunakan untuk menukar aturcara komputer dalam Bahasa Aras Tinggi ke Bahasa Mesin yang difahami oleh komputer.

Berikut adalah contoh aturcara dalam bahasa pengaturcaraan C++ :

Antara kelebihan Bahasa Aras Tinggi ialah : Anda berupaya untuk menulis aturcara dengan lebih pantas jika dibandingkan dengan Bahasa Mesin

dan Bahasa Himpunan. Mempelajari serta menguasai Bahasa Pengaturcaraan Aras Tinggi adalah lebih cepat. Membaca dan menyunting Bahasa Aras Tinggi adalah lebih mudah. Aturcara yang dihasilkan adalah “mudah alih” dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis komputer.

Bahasa Aras Tinggi juga mempunyai kelemahan seperti : Menghasilkan aturcara yang lebih panjang dan perlahan jika dibandingkan dengan Bahasa Mesin dan

Bahasa Himpunan. Seakan-akan Bahasa Inggeris yang menyebabkan menulis aturcara pengkompil amat sukar.

Contoh Bahasa Aras Tinggi : Pascal BASIC Ada C C++ JAVA

Dalam kelas ini, kita akan mempelajari bahasa pengaturcaraan C++ dan menggunakan perisian Microsoft Visual C++.

4. Bahasa Pengaturcaraan Pembangun Aplikasi PantasKebanyakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan tidak lama dahulu dicipta ketika komputer hanya menggunakan teks. Kini dengan pengunaan Sistem Pengendalian Windows, perngaturcara perlu memasukkan perintah untuk mengawal saiz tetingkap, tetikus dan sebagainya. Windows OS berfungsi menggunakan GUI atau Antara Muka Pengguna Grafik. GUI adalah singkatan untuk Graphical User Interface. Oleh itu, pengaturcara memerlukan bahasa aturcara yang memberi kemudahan untuk menghasilkan aturcara yang mengandungi GUI. Untuk membantu pengaturcara membina antara muka GUI, bahasa RAD diperkenalkan (Rapid Application Development).

Tiga contoh bahasa Pengaturcaraan RAD ialah : Visual BASIC (berasal dari bahasa BASIC) Delphi (berasal dari bahasa Pascal) C++ Builder (berasal dari bahasa C++)

#include <iostream.h>int main (){

cout <<”Syabas!”;return 0;

}

Page 6: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 4 drp. 6

Kelebihan Bahasa Pengaturcaraan RAD ialah : Berupaya menulis aturcara dengan antaramuka GUI dengan lebih pantas jika dibandingkan dengan

bahasa asalnya. RAD memudahkan proses menghasilkan aturcara yang mengandungi antaramuka GUI. Jadi, anda dapat

menumpukan perhatian terhadap menghasilkan isi kandungan aturcara. Oleh sebab Bahasa RAD berasal daripada Bahasa Aras Tinggi yang pernah dipelajari, menguasai

Bahasa RAD adalah lebih mudah dan pantas.

Teknik dan Alatan dalam Pembangunan Sistem

Perkakasan :

PC, stesen kerja, pencetak dan sebagainya

Perisian : pengkompil, penyunting teks, bahasa pengaturcaraan, pakej perisian dan lain-lain.

CASE (KP berbantu komputer)– perisian yang menyediakan pendekatan berstrukturkan kejuruteraan – kombinasi alatan perisian & metodologi – membantu dalam membangunkan sistem perisian

Peralatan : Peralatan akan membantu memudahkan proses pembangunan sistem dengan mengautomatikan

sesetengah proses. Ia juga mengurangkan masa dan kos yang diperlukan untuk membangunkan sistem.

Ia juga meningkatkan kualiti sistem yang dibangunkan. Contoh peralatan yang biasa digunakan:-

– Peralatan pengurusan projek - cth boleh melukis carta Gantt dan PERT.– Sistem pengurusan pangkalan data - cth Microsoft Access, Fox Pro dan Oracle dapat membantu

organisasi mengurus maklumat dalam bentuk lebih tersesun dan flaksibel.– Kamus Data - Juga dipanggil ‘repository data’ membantu bagi mengurus penyimpanan data atau

maklumat.– Peralatan melukis - cth Visio Professional boleh membantu melukis ERD dan DFD.– Peralatan CASE - cth Architect System, Rational Rose dan Visible Analyst membantu dalam

banyak cara.

Rajah 2: Komponen CASE Workbench

Page 7: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 5 drp. 6

Kenapa perlu guna teknik-teknik dan peralatan:- Untuk menghasilkan perisian yang bebas ralat dan mengeluarkan input yang salah.

Untuk menghasilkan perisian yang memenuhi permintaan pengguna.

Untuk menghasilkan sistem yang lebih cekap dan pantas.

Untuk menghasilkan perisian yang mudah difahami dan dibuat pengubahsuaian. Untuk menghasilkan perisian yang didokumentasi dengan baik untuk memudahkan penyelenggaraan

Untuk menghasilkan perisian yang mudah digunakan oleh pengguna.

Untuk menghasilkan perisian yang dihantar (disiapkan) pada masa yang ditetapkan.

Untuk menghasilkan perisian yang tidak mahal/membazir

Konsep Asas Pengaturcaraan

Data – fakta mentah yang kurang bernilai.

Cth: nama pelajar, no matrik, jumlah jam kredit Data Alphanumerik – nombor, huruf, lain2 karektor Data imej – imej grafik atau gambar Data audio – bunyi, ton Data video – imej atau gambar bergerak

Maklumat – data yang telah dibentuk dan diberi makna dan menjadi berguna kepada manusia.

Data/maklumat boleh disimpan di dalam ingatan komputer (sementara atau kekal). Komputer melaksanakan proses pengiraan, arithmetik dan logik. Kawalan ke atas komputer dilakukan oleh manusia melalui aturcarakomputer.Aturcara komputer terdiri daripada satu set arahan yang diberikan kepada komputer untuk melakukan ‘tugas’. Pengaturcaraan adalah proses membina aturcara. Aturcara dibina untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat 3 elemen pengaturcaraan iaitu input, proses dan output. Input – Bahagian yang menerima data. Mengandungi maklumat yang diterima daripada peranti input

(papan kekunci, tetikus, mikrofon, scanner....) Proses – Bahagian yang memproses data. Menjalankan operasi pengiraan aritmetik dan keputusan

logik. Output – Bahagian yang menghantar/mengeluarkan data. Mengambil maklumat yang diproses oleh

komputer dan menghantar data ke peranti output. (screen, printer, networks...)

INPUT OUTPUT

PROSES

Page 8: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF filepengaturcaraan, konsep asas pengaturcaraan, teknik dan alatan dalam pembangunan sistem. Perisian (Software) ... C C++ JAVA Dalam kelas ini,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 6 drp. 6

SOALAN :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan aturcara komputer?2. Terdapat 4 aras bahasa pengaturcaraan. Nyatakan aras bahasa tersebut dan terangkan dengan ringkas.

RUJUKAN :

1. Pengaturcaraan Menggunakan C++, Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail, Venton Publishing, ISBN 983-2031-71-0

2. http://se.fsksm.utm.my/~dayang/kpspace/page4.html