asas pengaturcaraan

35
E 3062 - PENGATURCARAAN UNIT 1

Upload: aygcumey

Post on 12-Jun-2015

3.964 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Pengaturcaraan

E 3062 - PENGATURCARAAN

UNIT 1

Page 2: Asas Pengaturcaraan

Apa itu komputer? Suatu peranti atau peralatan yang

boleh melakukan pengiraan dan operasi logikal dengan kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada manusia

Sistem komputer terdiri daripada : Perkakasan Perisian

Page 3: Asas Pengaturcaraan

Perkakasan Komputer Peranti input

Menerima input dari pengguna Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

Melaksanakan arahan, pengiraan, perbandingan dan perpindahan data

Storan utama atau Ingatan utama Tempat simpanan sementara untuk data/aturcara

Peranti output Tempat output dihasilkan

Peranti storan tambahan Tempat simpanan kekal untuk data/aturcara

Page 4: Asas Pengaturcaraan

Perisian Komputer Aturcara – satu set arahan yang

mengawal pemprosesan data dalam komputer

Perisian – aturcara yang dilarikan pada komputer

Ada dua kategori perisian Perisian sistem Perisian aplikasi

Page 5: Asas Pengaturcaraan

Perisian Sistem Terdiri dari aturcara yang mengendalikan sumber

perkakasan suatu komputer dan melaksanakan tugas-tugas pemprosesan maklumat yang diperlukan

Tiga kelas perisian sistem: Sistem pengoperasian

Menyediakan antaramuka pengguna, capaian fail dan pangkalan data, dan antaramuka untuk sistem komunikasi

Sistem sokongan Menyediakan kemudahan sistem , cth: format disket

Sistem pembangunan Menyediakan kemudahan dan persekitaran untuk

membangunkan perisian

Page 6: Asas Pengaturcaraan

Perisian Aplikasi Dua kelas:

Perisian untuk kegunaan am (general-purpose)

Diperolehi dari pembangun perisian dan boleh digunakan untuk lebih dari satu aplikasi

Contoh: pemprosesan perkataan Perisian untuk aplikasi yang tertentu

Perisian yang digunakan hanya untuk tugas tertentu

Page 7: Asas Pengaturcaraan

Sistem Komputer

Page 8: Asas Pengaturcaraan

Persekitaran Komputer Perkomputeran peribadi

Semua komponen perkakasan berhubung secara langsung dan tidak dikongsi dengan orang lain

Perkongsian-masa (time-sharing) Ramai pengguna berkongsi sumber

perkakasan Pelanggan-pelayan (client-server)

Tugas perkomputeran dibahagikan di antara komputer pusat dengan komputer pengguna

Page 9: Asas Pengaturcaraan

Peranan Komputer Pemprosesan data – menukar data

mentah kepada maklumat yang tersusun dan bermakna

Kawalan – mengawal alatan yang sukar dikawal oleh manusia

Rekabentuk dan pembangunan Komunikasi data

Page 10: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Satu set jujukan arahan yang ditulis

menggunakan bahasa pengaturcaraan tertentu bagi mengarahkan komputer menyelesaikan satu tugas yang dikenalpasti oleh manusia

Bertindak sebagai penghubung antara manusia dan mesin dalam menyelesaikan masalah

Aturcara yang betul dari segi logik dan sintaksisnya akan menghasilkan keputusan atau output yang tepat

Page 11: Asas Pengaturcaraan

Pengaturcara Individu yang merancang,

menyusun dan menulis aturcara komputer secara sistematik supaya output yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna

Page 12: Asas Pengaturcaraan

Bahasa Pengaturcaraan Bahasa formal atau bahasa buatan yang terdiri daripada

satu set kunci yang menghasilkan arahan-arahan dan satu set peraturan tatabahasa yang jelas

Terdiri daripada 2 kategori : Bahasa Peringkat Tinggi

Cth : COBOL, Fortran, C++, Basic Bahasa Peringkat Rendah

Bahasa Mesin : guna kod-kod sistem binari yang hanya difahami oleh komputer sahaja & sukar ditulis serta difahami manusia

Bahasa Penghimpun : guna bahasa simbolik (mnemonics) & mudah difahami tetapi perlukan penterjemah

Page 13: Asas Pengaturcaraan

Contoh Kod Mnemonik

line# Inst Operand     MachineCode 00    IN            500 // Input an integer into

accumulator. 01    STA 50   250 // Store accumulator to memory

location 50.02    IN          500 // Input a second integer into

accumulator. 03    ADD 50    350 // Add the value in 50 to

accumulator. 04    OUT         600 // Output the sum from the

accumulator. 05    HLT        700 // End of Program.

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 14: Asas Pengaturcaraan

Jenis Pengaturcaraan Berstruktur

Pascal, C, COBOL, FORTRAN Fungsian

Scheme, LISP Berorientasikan objek

Java, C++ Berasaskan logik

Prolog Skrip

Perl, Visual Basic, Javascript

Page 15: Asas Pengaturcaraan

Pengkompil Menterjemahkan aturcara kepada

bentuk yang boleh difahami oleh komputer

Baca program sumber yang ditulis dalam bahasa peringkat tinggi & sukar ke dalam bahasa mesin (objek program)

Page 16: Asas Pengaturcaraan

Generasi I : Bahasa Mesin

Tidak perlu diterjemah. Lebih bersifat “machine-dependent” dan “not

portable”. Aturcara ditulis dalam bentuk susunan digit 0

dan 1. Aturcaranya sukar dibangunkan dan dibaiki

kesilapan.

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 17: Asas Pengaturcaraan

Generasi II : Bahasa Himpunan

Aturcaranya lebih mudah dibina dan difahami berbanding dengan bahasa mesin.

Memerlukan penghimpun (assembler) untuk terjemah ke kod mesin.

Setiap jenis komputer mempunyai bahasa himpunan sendiri.

Menggunakan kod mnemonik (symbolic programming language).

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 18: Asas Pengaturcaraan

Generasi III : Bahasa Peringkat Tinggi

Mudah dipelajari dan difahami. Mirip bahasa Inggeris. Aturcara yang dibangun perlu dikompil dan

diterjemahkan ke bahasa mesin supaya dapat dilaksanakan dan difahami oleh komputer.

Contoh bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi ialah bahasa C, Pascal, COBOL & Fortran.

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 19: Asas Pengaturcaraan

Generasi IV : Bahasa Berorientasikan Objek

Bahasa generasi keempat lebih berorientasikan objek.

Pengaturcara akan lebih cenderong untuk memikirkan apakah objek yang terlibat dalam masalah tersebut serta hubungan antara objek-objek.

Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C++ dan Java.

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 20: Asas Pengaturcaraan

Kenapa Bahasa Berorientasikan Objek ?

Reusability Cepatkan pembangunan projek Meningkatkan kualiti Mudah dibetulkan fleksibel Mudah diselenggara Kurangkan risiko bagi projek yang kompleks Bersifat tabiie (naturalness)

PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN

Page 21: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Pengaturcaraan modular (bermodul) Satu proses perincian penyelesaian

masalah Pecahkan sesuatu masalah yang besar

kepada beberapa bahagian kecil Bahagian-bahagian kecil ini

diselesaikan secara berasingan dengan memerhatikan bahawa semua modul kecil ini dapat selesaikan masalah keseluruhan asal

Page 22: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan

: Definisi dan kenalpasti masalah Merancang penggunaan

pembolehubah Melukis carta alir (Rekabentuk

aturcara) Menulis aturcara Menguji dan menyahsilap aturcara Dokumentasikan aturcara

Page 23: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Definisi dan kenalpasti masalah - Kenalpasti dan fahami masalah yang hendak diselesaikan

i. Baca soalan dan kenalpasti serta fahami kehendak soalan

ii. Buat analisa terhadap masalah dengan tentukan 3

perkara utama :

* INPUT yang diperlukan

* OUTPUT yang dikeluarkan

* PROSES tentukan formula untuk dapatkan output dari input yang diberi

INPUT PROSES (aturcara)

OUTPUT

Page 24: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Merancang pembolehubah - Pembolehubah ialah rujukan kepada lokasi memori

- Pembolehubah dengan jenis data yang khusus menentukan saiz memori yang diperuntukan

- Semua pembolehubah mesti diishtiharkan sebelum digunakan dalam aturcara

Page 25: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Rekabentuk aturcara - Lebih dikenali sebagai proses merekabentuk algoritma- Algoritma senarai langkah-langkah untuk selesaikan

masalah- Dibuat sebelum pengkodan aturcara sebenar untuk

pastikan kaedah penyelesaian masalah yang digunakan adalah betul

- Terdapat 2 cara menulis algoritma :i. Kod pseudo Langkah-langkah penyelesaian masalah yang ditulis guna

bahasa percakapan seharian ii. Carta alir

Langkah-langkah penyelesaian masalah guna rajah-rajah tertentu

Page 26: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Kod pseudo

Contoh : Menukar mentol yang terbakar

mulaMengeluarkan mentol yang terbakarGantikan dengan mentol baru

tamat

Adakah ia mencukupi untuk perlaksanaan komputer ?

Page 27: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Kod pseudo

Contoh : Menukar mentol yang terbakar (terperinci)

mulaLetak tangga di posisi mentol terbakarPilih mentol yang sesuaiNaik tangga sehingga mencapai mentol yang

terbakarPusing mentol ikut arah lawan jam dan

keluarkan mentolMuatkan mentol baru ditempat sepatutnyaPusingkan mentol ikut arah jamTurun tanggaLetakkan kembali tangga

tamat

Page 28: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Carta Alir

Simbol mula/akhir aturcara

Simbol masukan / keluaran

Simbol proses

Simbol membuat keputusan

Page 29: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Carta Alir

Contoh : Mengira harga bayar

bagi buku

mula

Baca Harga & kuantiti

Harga bayar = kuantiti * harga

Cetak Harga Bayar

tamat

Page 30: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Menulis aturcara - Merupakan fasa implementasi di mana kod

ditulis dan ditaip ke dalam komputer- Aturcara perlu ditulis ikut sintaksis yang betul

berdasarkan bahasa pengaturcaraan yang sesuai- Antara bahasa pengaturcaraan : BASIC, COBOL,

FORTRAN, C++, VISUAL BASIC dan lain-lainMasalah Kod Pseudo / Carta alir

aturcara

Page 31: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Menguji & menyahsilap aturcara - Aturcara yang telah siap dibina perlu

diuji/dijalankan (run) untuk memastikan hasil output yang dikeluarkan adalah betul dan memenuhi kehendak pengguna

- Menyahsilap (debugging) aturcara diuji dengan data-data yang sebenar

- Ada kemungkinan output yang silap (ralat) mungkin terhasil daripada aturcara yang

ditulis

Page 32: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Menguji & menyahsilap aturcara - Terdapat 3 jenis ralat :

i. Ralat LogikBerpunca dari cara atau langkah penyelesaian

masalah yang tidak betulii. Ralat Sintaksis

Berpunca dari penggunaan arahan yang tidak betul mengikut bahasa pengaturcaraan yang dipilih

iii. Ralat MasaBerpunca dari kemasukan data tidak mengikut

arahan yang ditulis dalam aturcaracth: data jenis int tetapi data yang dimasuk jenis char

Page 33: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Dokumentasi Aturcara - Bila output yang dihasilkan disahkan betul

serta penuhi kehendak pengguna- Peringkat ini menyediakan laporan bagi

rujukan dan untuk proses kemaskini di masa akan datang

- Memudahkan pengaturcara untuk fahami rekabentuk dan logik aturcara

Page 34: Asas Pengaturcaraan

Aturcara Berstruktur Langkah-langkah dalam pengaturcaraan :

Dokumentasi Aturcara - Dokumentasi mengandungi :* Jenis masalah atau keperluan spesifik yang tepat* Huraian masukan, keluaran, kekangan dan formula untuk masalah* Alat bantu logik yang digunakan carta alir atau kod pseudo* Contoh output aturcara yang telah dilaksanakan (execute) menggunakan data ujian* Langkah-langkah atau panduan menggunakan aturcara

Page 35: Asas Pengaturcaraan

Aturcara BerstrukturMasalah :

Sebuah kedai photostat mengenakan bayaran 5 sen bagi setiap muka surat yang disalin. Reka penyelesaian untuk mengira bayaran yang patut dikenakan jika suatu jumlah muka surat yang telah diphotostat.

Definisi dan kenalpasti masalah Merancang penggunaan pembolehubah Menulis kod pseudo Melukis carta alir (Rekabentuk aturcara)