i pembangunan pembelajaran … pembangunan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk...

29

Upload: duongnguyet

Post on 18-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek
Page 2: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek
Page 3: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

i

PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN

PENGATURCARAAN C++

LIM WEE SINN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek
Page 5: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

iii

Istimewa buat yang tersayang…

Ayah dan ibu

serta adik-adik…

Terima kasih atas sokongan, harapan, dorongan dan pengorbanan kalian.

Page 6: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

iv

PENGHARGAAN

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang telah membantu

pembangun menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Pertama sekali, pembangun ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih

kepada penyelia PSM iaitu En. Mohd. Nihra Haruzuan Bin Mohd. Said yang banyak

memberi dorongan, tunjuk ajar, bantuan dan nasihat semasa penghasilan perisian ini.

Tanpa bantuan beliau, perisian ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.

Penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi

idea bernas dalam penghasilan perisian PBK sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga

saya yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pembangun demi

menjayakan projek ini. Semoga tuhan membalas segala tenaga, budi baik dan jasa

bakti yang dicurahkan kepada semua pihak yang terlibat.

Page 7: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah perisian PBK

bertajuk “Penyelesaian Masalah” dalam mata pelajaran pengaturcaraan C++ bagi

memenuhi keperluan semasa. Isi kandungan perisian merangkumi kaedah

pembangunan aturcara, spesifikasi keperluan, analisis masalah, rekabentuk,

melaksana, pengujian dan pengesahan serta pendokumentasian. Dalam isi

kandungan rekabentuk, sub tajuk seperti kod sudo, carta alir, struktur jujukan,

struktur pilihan dan struktur ulangan adalah ditekankan. Perisian PBK yang

dibangunkan ini adalah berlandaskan kepada model rekabentuk yang terkini iaitu

model ADDIE. Model rekabentuk ADDIE mempunyai aliran kerja seperti analisis,

rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Umumnya, perisian PBK ini

mengaplikasikan tiga jenis teori pembelajaran iaitu teori Behaviorisme, teori

Kognitivisme dan teori Konstruktivisme. Perisian PBK ini dibangunkan dengan

menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan

perisian-perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Ulead Cool 3D 3.5,

Adobe Premiere 6.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0 dan Macromedia Flash MX.

Perisian ini juga telah dipakej dalam bentuk CD-ROM yang kecil, mudah-alih dan

senang untuk digunakan.

Page 8: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a courseware entitled “Problem

Solving” in C++ programming in order to fulfil the existing requirements. The

content of this courseware will cover the software development method,

requirements specification, analysis, design, implementation, testing and verification,

and program documentation. In the content of design, sub-topic like pseudocoding,

flowcharting, sequence control structure, selection control structure and repetition

control structure are emphasized. This courseware is built based on the most popular

design model which is ADDIE model. The task flow of this model ADDIE is

analysis, design, development, implementation and evaluation. This courseware has

applied three types of learning theories basically such as Behaviorism theory,

Cognitivism theory and Constructivism theory. This courseware is built by using

Macromedia Authorware 6.5 software as the main software and other supporting

software such as Adobe Photoshop 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Adobe Premiere 6.5,

Sonic Foundry Sound Forge 6.0 and Macromedia Flash MX. Finally the courseware

is packaged in CD-ROM format which is small, portable and easy to be used.

Page 9: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan Status

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

Senarai Lampiran xiv

1. PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.4.1 Objektif Umum 9

1.4.2 Objektif Khusus 10

1.5 Rasional Pemilihan Mata Pelajaran 10

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Terminologi 14

Page 10: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

viii

1.10 Penutup 15

2 SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Latar Belakang Pembelajaran Dan Pengajaran 17

Dalam Pendidikan Pengaturcaraan

2.3 Teknik Penyelesaian Masalah Dan 19

Keberkesanannya

2.3.1 Spesifikasi Keperluan 20

2.3.2 Analisis Masalah 21

2.3.3 Rekabentuk Penyelesaian 21

2.3.4 Melaksana 22

2.3.5 Pengujian dan Pengesahan 23

2.3.6 Pendokumentasian 23

2.4 Penggunaan Teknologi Multimedia Interaktif 24

Dalam Pendidikan

2.5 Definisi PBK 27

2.6 Sejarah dan Perkembangan PBK 28

2.7 Kelebihan PBK 30

2.7.1 Mengurangkan Masa Pembelajaran 31

2.7.2 Konsistensi Pengajaran 31

2.7.3 Pengajaran Individu 32

2.7.4 Pengajaran Kendiri 32

2.7.5 Pengajaran Terancang 32

2.7.6 Menarik Minat Terhadap Isi Pelajaran 33

2.7.7 Menentukan Gaya Pembelajaran Individu 33

2.7.8 Melibatkan Penggunaan Deria Lebih 33

Daripada Satu

2.8 Teori Pembelajaran 34

2.8.1 Teori Behaviorisme 35

2.8.2 Teori Kognitivisme 36

2.8.3 Teori Konstruktivisme 38

Page 11: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

ix

2.9 Strategi Pembelajaran 41

2.9.1 Latih tubi 41

2.9.2 Tutorial 42

2.9.3 Simulasi 42

2.9.4 Permainan 44

2.9.5 Penyelesaian Masalah 44

2.10 Konsep Multimedia 45

2.11 Elemen-Elemen Multimedia 46

2.11.1 Teks 46

2.11.2 Grafik 47

2.11.3 Audio 47

2.11.4 Video 48

2.11.5 Animasi 48

2.12 Penutup 49

3 REKABENTUK PERISIAN 50

3.1 Pendahuluan 50

3.2 Analisis (Analysis) 52

3.2.1 Pemilihan Bahasa Pembangunan Perisian 53

Komputer

3.2.2 Perisian Sokongan 54

3.2.2.1 Adobe Photoshop 7.0 55

3.2.2.2 Macomedia Flash MX 55

3.2.2.3 Sonic Foundry Sound Forge 6.0 55

3.2.2.4 Adobe Premiere 6.5 56

3.2.2.5 Ulead Cool 3D 3.5 56

3.2.3 Pemilihan Perkakasan 56

3.3 Rekabentuk (Design) 57

3.3.1 Struktur Perisian 58

3.3.2 Menentukan Cara Pelaksanaan 59

3.3.3 Membina Carta Alir 60

3.4 Pembangunan (Development) 64

Page 12: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

x

3.5 Pelaksanaan (Implementation) 64

3.6 Penilaian (Evaluation) 65

3.7 Penutup 65 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 66

4.1 Pendahuluan 66

4.2 Struktur Asas Perisian PBK 66

4.2.1 Paparan Montaj 67

4.2.2 Paparan Masukkan Nama 68

4.2.3 Paparan Menu Depan 69

4.2.4 Paparan Objektif 70

4.2.5 Paparan Bantuan 71

4.2.6 Paparan Menu Utama 72

4.2.7 Paparan Tutorial 73

4.2.8 Paparan Modul 74

4.2.9 Paparan Penilaian 75

4.2.10 Paparan Laman Web 76

4.2.11 Paparan Informasi 77

4.2.12 Paparan Permainan 78

4.2.13 Paparan Glosari 79

4.2.14 Paparan Keluar 80

4.3 Pempakejan Perisian 80

4.4 Cara Menggunakan Perisian 81

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 82

5.1 Pendahuluan 82

5.2 Perbincangan 82

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 83

5.2.2 Keperluan Masa 83

5.2.3 Kemungkinan Timbul Masalah Dengan 84

Komputer Yang Berlainan

Page 13: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

xi

5.2.4 Saiz Storan Yang Besar 84

5.2.5 Kekurangan Perkakasan 84

5.2.6 Kesukaran Mendapatkan Perkhidmatan 85

Internet

5.2.7 Penilaian Dan Pengujian 85

5.3 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 85

5.3.1 Kekuatan Perisian 86

5.3.2 Kelemahan Perisian 86

5.4 Rumusan 87

5.5 Cadangan 88

5.5.1 Pendedahan Yang Lebih Meluas Tentang 88

Bahasa Gubahan Macomedia Authorware

5.5.2 Kerja Berkumpulan 88

5.5.3 Meminimumkan Saiz Storan 89

5.5.4 Perlaksanaan Penilaian Dan 89

Pengujian Perisian

5.5.5 Laluan Capaian Ke Internet 89

5.5.6 Penggunaan Animasi Dalam Perisian PBK 89

5.5.7 Penggunaan Warna Dalam Perisian PBK 90

5.5.8 Kawalan Ke Atas Muzik Latar Belakang 90

5.5.9 Aktiviti PelajarYang Lebih Menyeronokkan 90

5.5.10 Menambah Soalan Dan Merekod Pencapaian 90

Dalam Latihan

5.6 Kesimpulan 91

Rujukan 92-94 Lampiran A 95

Page 14: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual Pembahagian dua modul utama bagi topik 61

“Penyelesaian Masalah”

3.2 Jadual Pembahagian modul Kaedah 62

Pembangunan Aturcara

3.2 Jadual Pembahagian modul Fasa 3: 62

Merekabentuk Penyelesaian

Page 15: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 61

3.2 Carta Alir Perisian PBK 65

4.1 Paparan Montaj 69

4.2 Paparan Masukkan Nama 70

4.3 Paparan Menu Depan 71

4.4 Paparan Objektif 72

4.5 Paparan Bantuan 73

4.6 Paparan Menu Utama 74

4.7 Paparan Tutorial 75

4.8 Paparan Modul 76

4.9 Paparan Penilaian 77

4.10 Paparan Laman Web 78

4.11 Paparan Informasi 79

4.12 Paparan Permainan 80

4.13 Paparan Glosari 81

4.14 Paparan Keluar 82

Page 16: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Panduan Penggunaan Perisian 95

Page 17: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menjelang alaf yang penuh dengan pancaroba dan persaingan sengit yang

belum pernah dialami sejak bebas daripada belenggu penjajah, Malaysia telah

mengorak langkah ke mercu kemajuan Sains dan Teknologi yang canggih lagi

moden yang setanding dengan negara-negara maju. Bangunan-bangunan pencakar

langit, infrastruktur yang canggih lagi berteknologi tinggi telah membuktikan negara

ini dapat duduk sama rendah dan diri sama tinggi dengan negara yang telah

mendahului dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Rakyat-rakyat negara ini amat

bangga dengan menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan yang paling tinggi

dalam rantau Asia. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, diharapkan negara mampu

membuka lembaran baru dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan

agar dapat melahirkan generasi muda yang bakal menerajui tampuk pentadbiran pada

masa akan datang.

Tidak dapat disangkal bahawa pendidikan ialah medan yang paling utama

dalam melahirkan generasi yang bakal menjadi pelapis kepimpinan. Kemajuan

negara dan bangsa amat bergantung kepada pencapaian cemerlang dalam bidang

pendidikan di samping kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik juga terjamin.

Justeru itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah

mengistiharkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia

Page 18: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

2

Super Coridor (MSC) secara rasminya dalam ucapan beliau semasa

merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995.

Seperti yang diketahui, MSC adalah inisiatif terulung negara. Rakyat negara

ini sudah pasti mendengar tentang MSC terutama sekali dengan usaha agresif pihak

kerajaan untuk membawa usaha ini kepada rakyat. Lantaran demikian, rakyat

Malaysia haruslah mengambil berat tentang perkara ini dan seterusnya mengambil

bahagian dalam MSC, selaras dengan Wawasan 2020 yang menjelang tahun tersebut,

negara ini akan menjadi sebuah negara maju yang bukan sahaja sebagai pengguna

teknologi tetapi sebagai penyumbang teknologi. Terdapat tujuh aplikasi perdana

untuk menjayakan MSC. Salah satu aplikasi perdana MSC termasuk projek sekolah

bestari atau lebih dikenali sebagai smart school.

Projek sekolah bestari bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru

yang mampu menempuhi cabaran dunia baru teknologi maklumat. Sekolah bestari

memerlukan guru mahir dalam dua bidang iaitu komputer dan subjek yang hendak

diajar. Ini bermakna peranan guru bertambah penting dalam era maklumat. Dengan

kesediaan guru untuk merubah pendekatan pengajaran yang tradisional kepada

pendekatan pengajaran yang berteraskan komputer merupakan tulang belakang

kepada kejayaan dalam pelaksanaan sekolah bestari. Menurut Menteri Pendidikan

Malaysia, Datuk Seri Najib tun Razak, kos sebanyak RM 1 juta hasil sumbangan

daripada Microsoft untuk projek sekolah bestari menunjukkan betapa pentingnya

projek sekolah bestari ini.

Dalam proses membangunkan sekolah bestari, sebuah proses permintaan

cadangan yang dikenali juga sebagai Konsep Permintaan Cadangan (Concept

Request for Proposals atau CRFP) telah diperkenalkan. Demi tujuan memperincikan

inisiatif sekolah bestari, perlaksanaan projek sekolah bestari adalah berdasarkan

kepada lima konsep keperluan yang dicadangkan iaitu Konsep Permintaan Cadangan

(Concept Request for Proposals atau CRFP). CRFP untuk sekolah bestari meliputi

bahan pengajaran dan pembelajaran (teaching learning materials), sistem penilaian

(assesment system), sistem pengurusan sekolah (school management system),

Page 19: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

3

infrastruktur teknologi (technology infrastructure) dan pengintegrasian sistem

(system integration).

Sementara itu, bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang

berkembang dengan pesat. Pelajar pada era teknologi maklumat sentiasa didedahkan

kepada teknologi yang serba canggih. Menurut Baharuddin dan Maizah Hura pada

tahun 1995, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam

proses pembelajaran mereka. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada

persekitaran teknologi komunikasi dan komputer.

Sejak tiga puluh tahun yang lalu, kebanyakan penyelidikan telah

membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan

teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap pelajar. Sebagai

contoh, bahan multimedia interaktif memainkan peranan yang sangat penting dalam

proses pembelajaran. MacDonald dan Cairncross (1995) menegaskan bahawa,

“in general, mastery and retention rates improve when interactive multimedia

is used as more senses are involved in the learning process and the process becomes

more active with the learner in control. ’

Tambahan pula, perisian yang berunsurkan pendidikan merupakan salah satu

jenis perisian yang bertumbuh pesat dalam dunia pasaran industri hiburan interaktif

bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut kepada kajian yang dibuat oleh

Persatuan Penerbitan Perisian di Amerika Syarikat, perisian yang berunsurkan

pendidikan adalah sebanyak $ 125 juta yang terdapat dalam pasaran dan perisian

tersebut bertambah sebanyak 35 peratus kepada 40 peratus secara puratanya dalam

setiap tahun.

Kemunculan sekolah bestari di negara ini telah menyebabkan berlakunya

perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan itu, pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Page 20: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

4

pihak sekolah. Semasa di universiti atau maktab perguruan, bakal-bakal guru

diberikan tunjuk ajar dalam konsep-konsep asas pembinaan perisian berorientasikan

pendidikan serta teori dan model yang boleh digunakan dalam pembinaan perisian ini

untuk menjamin pembelajaran yang maksimum oleh pengguna perisian. Selain itu,

penggunaan perisian multimedia merupakan salah satu langkah untuk

mengintegrasikan teknologi pendidikan ke dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran secara dinamik. Ini secara langsung menyebabkan penggunaan

perisian multimedia secara meluas dalam bidang pendidikan menjelang alaf baru ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Akibat hasil daripada pembangunan negara, arus perkembangan teknologi

komputer masa kini telah memberi penekanan kepada kemasukan kepintaran ke alam

komputer. Ia membolehkan ciri-ciri kepintaran digabungkan bersama pembelajaran

dan pengajaran berbantukan komputer membolehkan seseorang belajar dengan

berkesan. Kajian yang dibuat pada 10 tahun yang lalu telah menunjukkan bahawa

pengajaran berbantukan komputer menyebabkan lebih kurang 30% proses

pembelajaran berlaku dalam masa dan kos kurang daripada 40% serta 30% jika

dibandingkan dengan pengajaran secara bilik darjah yang tradisional. (Rifkin Glenn

and Lewis Perelman, 1990)

Komputer tidak dicipta untuk menggantikan manusia tetapi untuk menjadi

perkakasan yang dapat membantu manusia menjadikan kehidupannya lebih selesa

dan sempurna. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, perkembangan teknologi telah

membawa pembaharuan dalam pedagogi yang mana teknologi maklumat digunakan

dalam pengajaran. Dunia pendidikan pada alaf baru ini dapat menyaksikan

penggunaan internet, persidangan video (video-conferencing), pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) pembelajaran berasaskan web dan pelbagai lagi yang

diaplikasikan dalam pengajaran. Hewit (1997) menyatakan bahawa pelajar

berpeluang meneroka pangkalan data, mencari maklumat, menyelesaikan masalah

secara cuba jaya sekiranya pelajar menggunakan komputer dalam pembelajaran.

Page 21: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

5

Kini dengan perubahan sistem pendidikan yang menjurus untuk melahirkan pelajar

yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), maka corak

pengajaran dan pembelajaran yang interaktif adalah menjadi suatu keperluan dalam

membentuk pelajar yang mempunyai daya kreativiti serta inovatif dalam pemikiran.

Ehrhardt (1988) dan Larreche (1987) menyatakan bahawa:

Computer-based instruction tools have become an important supplement to

traditional textbook-based teaching methods.

Pada zaman dahulu, pendekatan tradisional yang biasa digunakan ialah

pendekatan pengajaran berpusatkan guru. Pengajaran berpusatkan guru adalah

pengajaran yang mana guru aktif dalam penyampaian pengajaran sementara pelajar

mendengar dan menerima apa yang telah disampaikan oleh guru sahaja. Para pelajar

lebih bersifat pasif dalam suasana pengajaran berpusatkan guru ini. Antara kaedah

pengajaran berpusatkan guru ialah kuliah, demonstrasi atau tunjuk cara. Jika dilihat

daripada sudut interaksi yang berlaku dalam pengajaran ini didapati hubungan antara

guru dengan pelajar adalah sehala sahaja iaitu guru mengajar dan menyoal sementara

pelajar mendengar dan menjawab soalan guru. Jadi, guru memainkan peranan yang

utama dalam menggerakkan pengajaran dalam kelas tersebut.

Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang bercorak interaktif

dengan menggabungkan pelbagai elemen-elemen multimedia adalah salah satu cara

untuk memotivasikan pelajar untuk belajar yang mana elemen-elemen multimedia

seperti teks, grafik, animasi, audio dan video itu sendiri mampu memberi banyak

kelebihan. Antaranya ialah elemen-elemen tersebut dapat mengekalkan tumpuan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alesandrini (1987) menyatakan

bahawa:

Computer graphics, when designed appropriately, are believed to enhance

learning from computer-based instruction (CBI).

Larreche (1987) telah menunjukkan satu perbezaan bahawa:

Page 22: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

6

A traditional educational approach, in which knowledge and competence are

directly related, and an action-oriented approach, in which knowledge must be

translated into an appropriate action.

Selain itu, PBK juga dapat memudahkan pemahaman konsep yang abstrak

dengan lebih konkrit melalui penggunaan multimedia. Ini adalah satu perbezaan

yang agak besar di antara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran berbantukan

komputer yang mana pembelajaran tradisional hanya menggunakan buku teks

sebagai bahan asas dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Buku teks yang

digunakan juga adalah jauh kurang menarik minat dan agak membosankan pelajar

memandangkan buku teks hanya mempunyai teks-teks dan gambar-gambar yang

statik sahaja. Tidak dapat dinafikan juga pembelajaran yang hanya berasaskan ‘talk

and chalk’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya menggunakan teknologi

biasa sahaja seperti papan tulis atau transparensi . Penggunaan teknologi biasa seperti

yang dinyatakan tersebut adalah sukar untuk menerangkan proses yang kompleks,

abstrak, dinamik dan bersifat mikroskopik.

Walau bagaimanapun, komputer sebagai alat pembelajaran tidak sama sekali

akan menggantikan guru tetapi bertindak sebagai pembantu guru. Selain itu,

komputer lebih sesuai ‘melatih’ pelajar dalam perkara-perkara yang abstrak. Guru-

guru boleh mengajar pelajar tentang kaedah penyelesaian masalah, falsafah dan etika

sesuatu mata pelajaran dan komputer digunakan untuk memberikan latihan lebih

mendalam mengenai mata pelajaran tersebut melalui penggunaan masalah rekaan.

Chan dan Korostoff (1984) dan Rosley (1997) juga berpendapat bahawa pengetahuan

dan kemahiran serta kefahaman pengalaman guru adalah susah ditandingi komputer.

Lantaran demikian, penghasilan perisian PBK ini dapat meningkatkan

penggunaan komputer di peringkat sekolah, mahupun di institusi-institusi tinggi.

Atas perubahan sistem pendidikan negara ini yang menjuruskan teknologi maklumat,

permintaan dalam menghasilkan perisian PBK menjadi semakin tinggi. Tetapi,

kekurangan penghasilan perisian PBK untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku di

Page 23: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

7

negara ini. Sekiranya terdapat perisian-perisian PBK dalam pasaran, jumlahnya

adalah terhad dan kebanyakan adalah tidak mengikut sukatan pelajaran dan panduan

kurikulum pembelajaran negara. Selain itu, kebanyakan perisian PBK adalah dalam

bahasa Inggeris. Memandangkan Bahasa Malaysia merupakan bahasa penghantar

utama dalam kurikulum pendidikan yang telah digariskan oleh Kurikulum Negara

Malaysia, pembinaan perisian PBK perlu dihasilkan oleh golongan pendidik itu

sendiri. Ini disebabkan perisian PBK yang dihasilkan oleh golongan tersebut dapat

bersesuaian dengan permintaan kurikulum negara iaitu penggunaan bahasa

kebangsaan itu sendiri.

Justeru itu, pembinaan perisian PBK yang dihasilkan oleh golongan guru

adalah penting memandangkan guru mengetahui keperluan sukatan pelajaran yang

bepandukan kepada kurikulum pembelajaran negara Malaysia. Walau bagaimanapun,

masih terdapat segelintir orang yang membangunkan perisian PBK dengan mengikut

kehendak dan menerapkan konsep sendiri dalam perisian tersebut. Maka, disarankan

bahawa pembangun perisian PBK tidak harus mengutamakan teknologi semata-mata

sahaja tetapi juga perlu mengambil kira aspek pedagogi ketika merancang pembinaan

perisian tersebut.

Biasanya, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hanya tertumpu

kepada golongan pelajar yang sederhana dan pandai sahaja. Untuk pelajar yang

lemah akan terus ketinggalan kerana guru terpaksa terus mengajar bab-bab

seterusnya supaya sukatan pelajaran dapat dihabiskan seperti yang telah

dirancangkan. Dengan kehadiran perisian PBK, pelajar yang lemah dapat

mempelajari secara persendirian di rumah secara berulang-ulang tanpa mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rowntree (1995) menyatakan

bahawa pelajar-pelajar tersebut dapat belajar secara individu mengikut kebolehan

mereka, mengajar diri sendiri, menguji diri sendiri dan membuat pembetulan setelah

pembelajaran.

Demi memenuhi sistem pendidikan negara kita sekarang, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memantaukan dengan lebih kerap terhadap

Page 24: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

8

pembangunan projek multimedia di sekolah seluruh negara dalam tempoh lima tahun

ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang sedia dimaklumkan bahawa pengajaran secara tradisional lebih

kepada berpusatkan guru. Ini secara langsung mengakibatkan ruang untuk pelajar

mengawal corak pembelajaran sendiri adalah terbatas. Pembelajaran tradisi yang

berasaskan kepada buku teks sahaja merupakan kontra terhadap pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) yang mana PBK adalah lebih menekankan kepada

pembelajaran kendiri. Dengan penggunaan perisian multimedia, perisian multimedia

tersebut menjanjikan penggunaan lebih daripada satu jenis deria dan banyak dimensi

kecerdasan di kalangan pelajar sekaligus menjadikan proses pembelajaran dan

pengajaran lebih efektif.

Meskipun perisian PBK mempunyai banyak kelebihan yang dapat menangani

masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan tradisional, namun penggunaan

perisian PBK masih dianggap baik jika dibandingkan dengan pengajaran dan

pembelajaran tradisional yang berteraskan buku teks. Hasil daripada penggunaan

perisian PBK, pelajar tidak seratus peratus bergantung kepada guru sebaliknya guru

memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja.

Masalah kajian adalah tertumpu kepada penuntut-penuntut institusi tinggi

yang mengambil mata pelajaran Pengaturcaraan C++ di bawah tajuk “Penyelesaian

Masalah (Problem Solving)”. Tajuk tersebut berkait rapat dengan konsep logik.

Masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh penuntut institusi tinggi ialah pelajar

kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah, kaedah

pembangunan aturcara, pembentukan algoritma (kod sudo dan carta alir) dan struktur

kawalan asas (struktur kawalan jujukan, struktur kawalan pilihan, struktur kawalan

ulangan). Masalah-masalah tersebut timbul atas sebab bahan bacaan hanya memberi

gambaran yang kurang jelas dan ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk

memahami dan menguasai isi pelajaran tersebut. Ekoran daripada fenomena tersebut,

satu perancangan rekabentuk perisian untuk tajuk “Penyelesaian Masalah (Problem

Page 25: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

9

Solving)” harus diteliti supaya perisian yang akan dibangunkan dapat menyampaikan

maklumat dengan memberi gambaran yang lebih jelas kepada penuntut-penuntut

institusi tinggi terhadap tajuk Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

1.4 Objektif Kajian

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah perisian multimedia dalam

Bahasa Malaysia bagi tajuk “ Penyelesaian Masalah ” yang terdapat dalam isi

pelajaran bagi subjek Pengaturcaraan C++ .

Objektif kajian ini terbahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif

khusus. Di antara objektif yang hendak dicapai adalah:

1.4.1 Objektif Umum

(i) Menghasilkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

bagi tajuk “ Penyelesaian Masalah ” dalam subjek Pengaturcaraan C++ .

(ii) Menyediakan bahan rujukan berbentuk multimedia yang lebih menarik

dan efektif selain bahan rujukan yang berbentuk konkrit.

(iii) Menyediakan satu perisian yang interaktif yang boleh memberangsangkan

minda pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Objektif Khusus

(i) Memberi kefahaman yang lebih jelas kepada penuntut-penuntut universiti

atau kolej terhadap tajuk “Penyelesaian Masalah”.

Page 26: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

10

(ii) Membolehkan penuntut-penuntut universiti atau kolej belajar mengikut

tahap pencapaian dan kebolehan sendiri.

(iii) Membolehkan penuntut-penuntut universiti atau kolej tempatan

menjalankan proses pembelajaran berdasarkan kemampuan sendiri.

1.5 Rasional Pemilihan Mata Pelajaran

Pengaturcaraan C++ ialah subjek yang wajib untuk diambil oleh penuntut-

penuntut yang mengikuti kursus pertama dalam pengaturcaraan pada peringkat

universiti atau kolej.

Subjek ini memupuk minat penuntut-penuntut universiti atau kolej terhadap

pengajaran penyelesaian masalah dan prinsip-prinsip pengaturcaraan dengan

mengandaikan pelajar tidak mempunyai latar belakang pengaturcaraan dan sains

komputer. Maka, selaras dengan negara kita yang ingin mengorak langkah ke mercu

sains dan teknologi yang canggih lagi moden, pengaturcaraan memainkan peranan

yang tidak kurang penting sebagai asas dan teknik atau kemahiran dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam

terhadap pengaturcaraan, segala masalah logik dapat diselesaikan. Bertitik tolak

daripada manifestasi ini, dapat disimpulkan bahawa pengaturcaraan telah

mempengaruhi kehidupan harian kita secara langsung atau tidak langsung.

Memandangkan negara kita Malaysia semakin maju dalam bidang sains dan

teknologi, adalah penting untuk penuntut-penuntut universiti atau kolej mempelajari

mata pelajaran pengaturcaraan C++ sebagai asas untuk meneroka bahasa

pengaturcaraan aras tinggi lain yang lebih mendalam.

Page 27: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

11

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Hampir kebanyakan perisian PBK yang terdapat di pasaran telah

direkabentuk dan dibangunkan mengikut huraian sukatan pelajaran negara Barat.

Sesetengah perisian PBK tidak memfokus kepada sesuatu topik pengajaran secara

luas dan mendalam, tetapi menyentuh beberapa topik secara umum sahaja tanpa

dengan penerangan lanjut.

“Penyelesaian Masalah” adalah salah satu tajuk yang terdapat di dalam

subjek Pengaturcaraan C++. Tajuk “Penyelesaian Masalah” dalam Pengaturcaraan

C++ meliputi tajuk “Proses Pengaturcaraan” serta “Pengaturcaraan Berstruktur”.

Tajuk “Penyelesaian Masalah” ini dipilih kerana tajuk tersebut merupakan teknik

pengaturcaraan yang melibatkan kaedah penyelesaian masalah sebelum mempelajari

bahasa pengatrucaraan C++. Selain itu, tajuk tersebut melibatkan kod sudo dan carta

alir yang akan membantu pelajar merangka teknik dalam pengaturcaraan. Selain itu,

beberapa struktur seperti struktur jujukan, struktur pilihan dan struktur ulangan juga

didedahkan dalam bentuk kod sudo dan carta alir. Jadi, wujudnya satu keadaan yang

memang merupakan masalah bagi pensyarah-pensyarah yang mengajar mata

pelajaran ini sekiranya penuntut-penuntut tidak dapat menguasai tajuk “Penyelesaian

Masalah” sebelum memasuki tajuk yang seterusnya dalam Pengaturcaraan C++.

Di samping itu, tajuk ini sesuai diterjemahkan ke dalam pembelajaran

berbantukan komputer memandangkan tajuk tersebut tidak banyak menarik perhatian

dan minat penuntut. Ini disebabkan tajuk tersebut hanya melibatkan dua elemen

multimedia sahaja iaitu elemen teks dan grafik yang biasa terdapat di dalam buku

teks atau buku rujukan yang konkrit.

Selain itu, tajuk ini juga memerlukan daya pemikiran dan penaakulan yang

tinggi untuk memahami isi pelajaran bagi tajuk “Penyelesaian Masalah” kerana

terdapat beberapa bahagian isi yang susah untuk dijelaskan jika hanya menggunakan

papan putih dan buku teks.

Page 28: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

12

Dengan berasaskan rasional di atas, projek ini dijalankan dengan tujuan

merekabentuk dan membangunkan perisian PBK dalam tajuk “Penyelesaian

Masalah”. Justeru itu, dengan menyediakan perisian multimedia yang interaktif,

dipercayai perisian tersebut mampu menarik minat penuntut untuk memahami tajuk

tersebut dengan lebih jelas.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Proses pembangunan perisian ini dibina adalah berdasarkan kepada

perancangan isi pelajaran yang digunakan di universiti dan kolej di negara kita

Malaysia. Terdapat batasan dalam pembinaan perisian ini. Antaranya ialah:-

(i) Perisian yang dibangunkan hanya meliputi tajuk “Penyelesaian

Masalah ”.

(ii) Hanya dikhususkan kepada penuntut di universiti dan kolej di negara

kita.

(iii) Kandungan perisian ini dibina berdasarkan kepada perancangan isi

pelajaran yang digunakan di universiti dan kolej di negara kita.

1.8 Kepentingan Kajian

Dick dan Reiser (1989) mendefinisikan pengajaran sebagai interaksi yang

bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bentuk

yang khusus dan telah ditentukan. Urutan dalam pengajaran ini meliputi sekurang-

kurangnya tujuh aspek. Salah satu aspek ini adalah guru perlu menyediakan bahan

pengajaran yang menarik supaya proses pengajaran pembelajaran dapat dijalankan

dengan berkesan. Selain itu, guru diharapkan dapat memandu pelajar kepada situasi

pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan tanpa rasa jemu dan bosan.

Page 29: i PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN … PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENYELESAIAN MASALAH UNTUK MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ LIM WEE SINN Laporan projek

13

Antara kepentingan projek ini adalah seperti berikut:-

(i) Memenuhi matlamat pembelajaran kendiri.

(ii) Memenuhi matlamat teknologi pendidikan.

(iii) Memenuhi matlamat negara untuk menuju ke arah teknologi canggih

yang setanding dengan negara-negara maju.

(iv) Meningkatkan pencapaian akademik penuntut.

(v) Mengurangkan beban guru di samping dapat menyediakan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

(vi) Menyumbang dalam bidang pembangunan perisian multimedia iaitu

perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK).

(vii) Mengatasi kekurangan bahan pengajaran yang bercorak interaktif

untuk digunakan oleh pensyarah dan penuntut.