kertas konsep

5
KERTAS KONSEP PROGRAM BIJAK MEMBACA 1. Pengenalan 1.1. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia. 1.2. Antara aktiviti yang dilakukan adalah :- 1.2.1 Bahasa Malaysia - Mengeja suku kata kv, kvk,kvkv 1.2.2 Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.. anak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi baca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. 2. Rasional Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiranmembaca

Upload: arengahhh

Post on 11-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

kvvk / vkkv

KERTAS KONSEPPROGRAM BIJAK MEMBACA1. Pengenalan1.1. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia.1.2. Antara aktiviti yang dilakukan adalah :-1.2.1 Bahasa Malaysia - Mengeja suku kata kv, kvk,kvkv1.2.2 Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.. anak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi baca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca.2. RasionalProgram ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiranmembaca

3. Objektif2.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid prasekolah.2.2 Memupuk minat dan pembudayaan ilmu bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.2.3 Menggalakkan perkembangan sosioemosi dan sosialisasi murid prasekolah.

4. Pelaksanaan Program a. Tarikh:Bulan Januari hingga Oktoberb. Hari: Setiap Hari (waktu Perbualan Pagi )c. Masa: 08.00 pagi hingga 9.00 pagid. Tempat:Tapak Perhimpunan Prasekolah

5. IMPLIKASI

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi (Howard P. Parette 2010). Faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca adalah dengan meningkatkan kemahiran kognitif dan juga umur kanak-kanak mula belajar membaca. Ini kerana pendedahanawal kanak-kanak tentang kemahiran komunikasi dan literasi memberi kesan terhadap kesediaan kanak-kanak untuk belajar membaca (Mr Barry Sheerman et al. 2005). Antara kaedah yang berjaya meningkatkan kemahiran membaca adalah kaedah fonik (Mr Barry Sheerman et al. 2005;Traci M. Cihon 2008; Sabrina Abdul Rahim 2010; Yahya Othman et al 2012),kaedah mengajar kecerdasan pelbagai,(Spiegal 1998; Zainiah Mohammed Isa 2004; Johari Bin Hassan 2008)dan mengajar menggunakan perisian multimedia (Rio Sumarni et al 2003;Rohaty Majzub &Kamisah Buang 2010;Howard P. Parette et al 2009). Guru memainkan peranan penting dalammeningkatkan tahap kemahiran membaca kanak-kanakprasekolah. Oleh itu,guru perlu mempelbagaikankaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik.Spiegal (1998) dan Zainiah Mohammed Isa (2004) menyatakan bahawa program literasi yang seimbang ialah guru memilih cara dan tugasan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak serta fleksibel terhadap keperluan kanak-kanak tersebut. Justeru, guru perlu mengenal pasti jenis kecerdasan yang cenderung dimiliki oleh kanak-kanak dan menyediakan kaedah pengajaran berasaskan kecenderungan kanak-kanak tersebut. Ini kerana dengan mengambil kira kecenderungan murid, bermakna guru telah menyediakan pembelajaran mengikutkebolehan dan keupayaan murid yang pelbagai.Dengan pengajaran yang kreatif dan menarik, sesuai dengan keperluan murid serta bantuan bahan yang bersesuaianpembelajaran akan menjadi lebis berkesan.

6. JANGKA MASA PENCAPAIAN

4 bulan selepas melancarkan aktiviti yang disarankan.

7.PENUTUPProgram yang telah disarankan ini diharapkan dapat dilaksanakan seperti dirancangkan. Berdasarkan kepada pengalaman kami, program sebegini berjaya menyediakan murid yang menguasai kemahiran membaca dengan cepat dengan bantuan yang telah diberikan oleh ibu bapa murid sekali.Akhir sekali, kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dandidahului dengan ucapan terima kasih.

Contoh Perkataan

ba bi bu be be bo

ban bin bun ben bon ben

bata batu baca beca

Sekian.Disediakan oleh:

......................NURUL NADIRAH BT RAMLIPENYELARAS PRASEKOLAH SKPP8 (1) PUTRAJAYA.

Diluluskan oleh :

---------------------------------------(PN HJH NAEMAH BT ISMAIL)Guru Besar Cemerlang,SKPP8 (1) PUTRAJAYA