kertas kerja taman herba baru

7
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA SEGAMAT Disediakan oleh : NOOR JULAIHA BINTI MOHD JOHAN SK BANDAR PUTRA SEGAMAT KERTAS KERJA PROJEK TAMAN LANDSKAP HERBA 2015

Upload: kasih-rizqi

Post on 14-Sep-2015

1.557 views

Category:

Documents


202 download

DESCRIPTION

TAMAN HERBA

TRANSCRIPT

SK JERANTUT JAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRASEGAMAT

Disediakan oleh : NOOR JULAIHA BINTI MOHD JOHANSK BANDAR PUTRASEGAMAT

DENGAN KERJASAMA PANITIA SAINS, KEMAHIRAN HIDUP, REKABENTUK DAN TEKNOLOGI & KAJIAN TEMPATANPROJEK TAMAN LANDSKAP HERBA1. PENGENALAN

Projek Taman Landskap Herba yang terletak di hadapan sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup disamping memberikan satu suasana positif bagi pengunjung yang datang ke SK Bandar Putra.Selain itu juga taman ini diperlukan kerana sebahagian besar daripada komponen Taman Landskap Herba ini akan memberi banyak manfaat kepada murid. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.2. . MISI

Berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid serta menyediakan persekitaran sekolah yang ceria.3. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid

2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam Sains dan Kemahiran Hidup 3. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran4. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas

5. Meningkatkan sifat mencintai dan menghargai alam sekitar4. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

5. KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran projek ialah untuksemua murid dan guru-guru SK Bandar Putra terutamanya guru Sains, Kemahiran Hidup, serta serta ibu bapa dan pelawat ke sekolah.6. PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:

- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.- Pembentangan struktur projek- Pemerhatian dan lawatan ke komponen Taman Landskap Herba- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.- Memperbaikidan mencantikkan lanskapdi kawasan projek- Mendapatkan benih-benih, anak pokok untuk Taman Landskap Herba- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan di Taman Sains (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik)Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

-Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak berkaitan- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk

melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman, mendapatkan tanaman yang sesuai

- Pembinaan taman dengan menggunakan khidmat daripada pihak yang berkaitan- Penjagaan tanaman secara teratur

(iii) Jangka Panjang:

-Menjadikan taman ilmutempat kegemaran setiapmurid- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar Taman Landskap Herba- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan

dan keceriaan Taman Landskap Herba secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihati :En Mohd Yunos bin Ab RahmanGuru Besar

Pengerusi :

En Mohd Ghazali Bin HaronPK Kurikulum

Naib Pengerusi 1 :

PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2 :

En Chin Boon LongPK Ko-Kurikulum

Penyelaras Projek Pn Noor Julaiha bt Mohd Johan

Setiausaha :Pn. Huzaidah bt Hussien

Bendahari :Pn Fazleen bt Md Rusli

AJK :

1. Pn Zalina bt Mokte2. Pn Noraini bt Awang

3. Pn Rosnita bt Bolot

4 Pn Mahani bt Mahat5 Pn Nordiana bt Adam

6 Pn Norazimah

7 En Mohd Tahir b Jusoh

8. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Perbincangan bersama Guru Besarii Mesyuarat & Pembentangan Kertas Kerjaiii .Pengumpulan dana, sumbangan & bahan berkaitaniv Gotong-royong dan pelaksanaan

9. SENARAI PROJEK

b) Tumbuhan Herba 10. KEWANGAN

i. SUMBER KEWANGAN :

BIL.SUMBERNILAI ( RM )

1.Panitia Kajian TempatanRM 300

2.Panitia Kemahiran HidupRM 200

3.Kedai BukuRM 200

4.PIBG/ SumbanganRM 300

JUMLAHRM 1000

ii ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL.BAHANANGGARAN

1Bahan-bahan pembinaan (simen,bata, kayu, cat dan lain-lain)RM 400

2PasuRM 200

3Batu HiasanRM 100

4 Anak PokokRM 100

5Tanah HitamRM 150

6Banner PerasmianRM 50

JUMLAHRM 1000

11. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Sains / Kemahiran Hidup sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.Disediakan oleh

(NOOR JULAIHA BT MOHD JOHAN)

Penyelaras SK Bandar Putra

Disemak oleh

(ZALINA BINTI MOKTE)

Ketua Panitia Kajian TempatanSK Bandar PutraDisahkan oleh

(MOHD YUNOS B AB RAHMAN)

Guru Besar

SK Bandar Putra

(MOHD TAHIR BIN JUSOH)

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

s.k. : Fail Sekolah/ Fail PanitiaKERTAS KERJA

PROJEK

TAMAN LANDSKAP HERBA

2015