tumbuhan herba 2015

13
Pandan Pandan wangi adalah sejenis tumbuhan berumpun dan mencapai ketinggian antara satu hingga dua meter.Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil daripada akarnya. Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di semua Negara Asean. Daunnya juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar. Dalam perubatan tradisional Melayu, pandan dijadikan the menghilangkan masalah angina dan masalah pencernaan. Air perahan daun pandan dicampur dengan santan bagi melebat dan mengilatkan rambut. Kingdom : Plantae Order : Pandanales Family : Pandanaceae Genus : Pandanus

Upload: nur-hidayah-kamarudin

Post on 26-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

herba

TRANSCRIPT

Kingdom : PlantaeOrder : PandanalesFamily : PandanaceaeGenus : PandanusSpecies : Pandanus odorus

PandanPandan wangi adalah sejenis tumbuhan berumpun dan mencapai ketinggian antara satu hingga dua meter.Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil daripada akarnya.Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di semua Negara Asean.Daunnya juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar.Dalam perubatan tradisional Melayu, pandan dijadikan the menghilangkan masalah angina dan masalah pencernaan.Air perahan daun pandan dicampur dengan santan bagi melebat dan mengilatkan rambut.

Kingdom : PlantaeGenus : CymbopogonSpecies : Cymbopogon nardusLemongrass ( Serai wangi)Serai wangi sering ditanam di halaman rumah.Mempunyai bau yang berbeza dengan serai biasa. Mencapai ketinggian antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya licin dan bewarna hijau yang lebih gelap.Daun Serai Wangi digunakan bagi memulihkan kesihatan wanita dalam pantang selepas melahirkan anak.Daunnya yang dibalut pada besi atau batu panas digunakan bagi dituam pada kawasan urat saraf yang lemah, bias-bisa otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak serta memecahkan lendir, darah dan angin.Akhir-akhir ini Serai Wangi banyak digunakan dalam industri kosmetik seperti pembuatan syampu, bedak dan minyak wangi.minyak patinya digunakan dalam perubatan aroma terapi bagi menghilangkan tekanan.

Kingdom : PlantaeOrder : SapindalesFamily : RutaceaeGenus : MurrayaSpecies : Murraya koenigii

Curry Tree (Pokok Kari)Berasal dari India dan Sri Lanka dan hidup subur di zon tropika.Bunganya kecil bewarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil bewarna hijau semasa muda dan ungu selepas matang.Khasiatnya, ia dijadikan tonik herba bagi menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya bagi mengatasi masalah penghadaman.Digunakan juga sebagai julap.Amalan memakan sepuluh helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis.

Nama Tempatan: Gandarusa Nama Saintifik: Justicia Gendarussa linn Nama Lain: Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english) Famili: Acanthaceaekegunaan: Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Nama Tempatan: Misai kucingNama Saintifik: Orthosiphon aristatus /stamineus benthNama Lain: Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, rumujung,LamiaceaeFamili: Lamiaceae

kegunaan:Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.Ia juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.

Nama Tempatan: pegagaNama Saintifik: centella asiatica/hydrocotyle asiaticaNama Lain: tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kolaFamili: Apiaceae/Umbelliferae

kegunaan:Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Nama Tempatan: PatawaliNama Saintifik: Tinospora crispa(miers)Nama Lain: Akar seruntun, brotowali,batang waliFamili: Menispermaceae

kegunaan:untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.

Nama Tempatan: Lidah buayaNama Saintifik: Aloe Vera linn.Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina) Famili: Liliaceaekegunaan:Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman). Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan, bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur.