laman herba

Upload: warie

Post on 29-Mar-2016

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rpk

TRANSCRIPT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.SansevieriaSansevieria ehrenbergiiPengelasan saintifikAlam: TumbuhanDivisi: MagnoliophytaKelas: LiliopsidaOrder: AsparagalesFamili: RuscaceaeGenus: SansevieriaThunb. SpesisPOKOK LIDAH JIN

Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.Spesies yang terkenal ialah: Sansevieria aethiopica Sansevieria angustiflora Sansevieria arborescens Sansevieria aubrytiana Sansevieria braunii Sansevieria canaliculata Sansevieria concinna Sansevieria cylindrica Sansevieria dawei Sansevieria deserti Sansevieria dooneri Sansevieria ehrenbergii Sansevieria fasciata Sansevieria gracilis Sansevieria grandicuspis Sansevieria grandis Sansevieria hyacinthoides Sansevieria intermedia Sansevieria kirkii Sansevieria liberica Sansevieria longiflora Sansevieria metallica

Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghailkan serat; dalam sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.

Salah satu zat yang terkandung dalam lidah buaya adalah aloe emodin, sebuah senyawa organik dari golongan antrokuinon yang mengaktivasi jenjang sinyal insulin seperti pencerap insulin-beta dan -substrat1, fosfatidil inositol-3 kinase dan meningkatkan laju sintesis glikogen dengan menghambat glikogen sintase kinase 3beta,[1] sehingga sangat berguna untuk mengurangi rasio gula darah.Di negara-negara Amerika, Australia, dan Eropa, saat ini lidah buaya juga telah dimanfaatkan sebagai bahan baku industri makanan dan minuman kesehatan.

Aloe vera/lidah buaya mengandung semua jenis vitamin kecuali vitamin D, mineral yang diperlukan untuk fungsi enzim, saponin yang berfungsi sebagai anti mikroba dan 20 dari 22 jenis asam amino. Dalam penggunaannya untuk perawatan kulit, Aloe vera dapat menghilangkan jerawat, melembabkan kulit, detoksifikasi kulit, penghapusan bekas luka dan tanda, mengurangi peradangan serta perbaikan dan peremajaan kulit. Aloe vera juga mengandung asam folik yang melindungi sistem kekebalan tubuh dan kesehatan tubuh yang seringkali terefleksi pada kulit.

Benarkah minuman aloe vera bermanfaat bagi kecantikan kulit?". Kompas. Dengan beragam manfaat yang terkandung dalam lidah buaya, pemanfaatannya kurang optimal oleh masyarakat yang hanya memanfaatkannya sebagai penyubur rambut

Di India lidah buaya banyak dikonsumsi masyarakat sebagai makanan ringan harian dan sebagai kosmetik alami. Salah satu masalah rutin yang kerap menimpa manusia seperti komedo bisa diatasi oleh lidah buaya, caranya pun cukup sederhana hanya dengan mengupas lidah buaya dan ambil intinya yang berupa lendir tersebut. Caranya dengan membasuhkan lendir lidah buaya ke area komedo. Lidah buaya berkhasiat menghaluskan dan mempercepat proses penyembuhan kulit. Selain untuk penyembuhan, lidah buaya juga dapat memberikan kesegaran pada wajah

Lidah Buaya Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebasPerubahan tertunda ditampilkan di halaman ini Belum DiperiksaAloe vera

POKOK LIDAH BUAYA

Lidah Buaya (Aloe vera; Latin: Aloe barbadensis Milleer) adalah sejenis tumbuhan yang sudah dikenal sejak ribuan tahun silam dan digunakan sebagai penyubur rambut, penyembuh luka, dan untuk perawatan kulit. Tumbuhan ini dapat ditemukan dengan mudah di kawasan kering di Afrika.

Seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, manfaat tanaman lidah buaya berkembang sebagai bahan baku industri farmasi dan kosmetika, serta sebagai bahan makanan dan minuman kesehatan.Secara umum, lidah buaya merupakan satu dari 10 jenis tanaman terlaris di dunia yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai tanaman obat dan bahan baku industri.

Berdasarkan hasil penelitian, tanaman ini kaya akan kandungan zat-zat seperti enzim, asam amino, mineral, vitamin, polisakarida dan komponen lain yang sangat bermanfaat bagi kesehatan.Selain itu, menurut Wahyono E dan Kusnandar (2002), lidah buaya berkhasiat sebagai anti inflamasi, anti jamur, anti bakteri dan membantu proses regenerasi sel. Di samping menurunkan kadar gula dalam darah bagi penderita diabetes, mengontrol tekanan darah, menstimulasi kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit kanker, serta dapat digunakan sebagai nutrisi pendukung penyakit kanker, penderita HIV/AIDS.

Kini pokok renek yang batangnya sedikit berkayu ini lebih dikenali sebagai rumpai jika dilihat tumbuh di mana-mana kawasan perumahan tidak seperti dahulu. Batang pokoknya berwarna hijau keperangan dan tumbuh dengan ketinggian antara 50-100cm. Daun pinatnya kira-kira 8-12cm panjang dan terdiri daripada 3 pasang anak daun yang berbentuk obovat atau obovat-oblong, berukuran 3-5cm panjang dan 2-3cm lebar.

Daunnya juga berwarna hijau muda, yang akan kuncup pada waktu petang dan terbuka pada waktu pagi. Daun pokok ini juga akan menguncup sekiranya disentuh sama sifat seperti rumput semalu. Bunganya keluar berpasangan, berwarna kuning dan mempunyai pendunkel pendek yang tumbuh pada aksil daun di pucuk. Lenggainya berbentuk silinder dan runcing, luaran bersegi, 10-15cm panjang dan 2-3mm lebar, dan banyak mengandungi biji yang kecil berwarna kekuningan. Lenggai ini berwarna hijau dan bertukar kepada perang kehitaman apabila masak.

Spesies pokok yang seakan-akan sama adalah Senna obtusifolia dengan nama tempatannya gelenggang sayur atau gelenggang nasi. Spesies ini tumbuh lebih tinggi, daunnya tidak berbau busuk dan perbezaannya hanya dari segi bentuk bunganya dan buahnya yang tidak bersegi. Kegunaan dan Khasiat Pokok herba atau pokok renek ini dianggap sebagai sayuran tradisional yang tidak diminati lagi. Pucuk atau daun muda herba ini biasanya dimasak lemak dan menjadi ramuan dalam masakan berasaskan ikan.

Sayur ini turut dicampur dengan sayur atau pucuk lain sebagai ramuan nasi ulam, sambal tempoyak daun kayu atau kerabu. Sayur ini juga dianggap sebagai ubat yang dapat mengawal muntah dan sakit perut akibat makanan yang tidak hadam. Sayuran ini mengandungi khasiat mineral dan vitamin yang tinggi. Dalam setiap 100g bahagian yang dimakan terkandung: Kalsium 110mg, fosforus 61mg, ferum 6.4mg, vitamin A 15400 I.U, vitamin B1 1.9mg, vitamin B2 29mg, niasin 1.6mg dan vitamin C 185mg. Pembiakan dan Penanaman Sayuran tradisional ini tidak ditanam tetapi tumbuh meliar di tempat-tempat yang terbiar.

Bagaimanapun di kampung-kampung, herba ini ditanam di sekitar kawasan rumah untuk keperluan dapur dan untuk kegunaan sebagai ubat. Pembiakannya boleh dilakukan dengan cara semaian biji benih. Biji benih tersebut boleh terus disemai di batas dan jarak antara tanaman adalah 60-90cm .

Pokok ini mampu hidup subur dalam pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Namun, tanah bakar adalah tanah yang paling sesuai untuk pertumbuhan gelenggang kecil. Baja yang disyorkan adalah baja asli atau baja organik seperti najis haiwan, kompos dan air basuhan ikan.

Sinonim: Cassia tora Famili: Leguminosae (Caesalpiniaceae) Nama tempatan: Gelenggang padang Negara asal: Amerika TropikaGELENGGANG KECIL

Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan.Halia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Halia bara pula adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan tradisional.Juga dikenali sebagai Halia Merah, Jahe Emprit, Halia Udang.Ketinggian tumbuhan antara 15-30 cm.Daun kelihatan seperti pokok halia, halia padi atau bonglai.Memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa.Saiz rizom seakan halia padi tetapi berwarna merah dengan isi kekuningan dan terasa pedas.Telah lama digunakan dalam penghasilan jamu secara tradisional untuk membuang angin dari dalam tubuh, memanaskan badan dan rawatan selepas bersalin.Turut digunakan untuk merawat kesan gigitan serangga, masalah kelemumur, melegakan demam, merawat resdung dan mengurangkan sengal-sengal sendi.

HALIA BARA

Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik. Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.

Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.

Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.

Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim.

Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

POKOK BUNGA TAHI AYAM

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan r sirap.Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan l da di Vietnam. Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[1]Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra)

POKOK PANDAN WANGI

POKOK LELIPAN

Pokoknya dari jenis renek dengan ketinggian di antara 1 1.5 m. Batangnya berbentuk zig-zag, lurus, agak lembut, licin dan berwarna hijau tua. Daunnya kecil dan tebal dalam susunan berselang, berbentuk bujur dan runcing di hujung serta mempunyai warna berbelang antara hijau muda, merah jambu dan putih. Bunganya pula berwarna merah dan keluar di pucuk. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan di dalam pasu atau di tempat terbuka.KEGUNAAN:Tumbuhan ini juga sering ditanam sebagai pokok pagar. Kegunaannya, akar pokok ini digunakan sebagai emetik. Manakala getah daripada batangnya yang hijau digunakan sebagai ubat kutu belut (kutil), atau ubat bisa sengatan lipan dan kala jengking.

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.KegunaanTumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.Sebahagian Spesis Cymbopogon ambiguus Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia) Cymbopogon bombycinus Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia) Cymbopogon citratus Serai makan Cymbopogon citriodora Serai India Barat Cymbopogon flexuosus Serai India Timur Cymbopogon nardus Serai wangi Cymbopogon obtectus Rumput biji sutera (pokok asli Australia) Cymbopogon procerus (pokok asli Australia) Cymbopogon winterianus Rumput Citronella

SERAI MAKAN

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.Ciri-ciri botaniHerba sederhana besar setinggi 60 hingga 125 sentimeter. Batang: Batang tidak berkayu, tumbuh menegak, berumpun, Rizom yang tumbuh mendatar di dalam tanah bersaiz besar, isi berwarna kuning, kulit berwarna coklat muda, tunas baru berwarna kemerahan. Daun: Daun berbentuk bujur dengan hujung menirus, berwarna hijau tua, tepi licin, tangkai daun keluar dari rizom. Bunga: Bunga majmuk, sederhana besar, putih kekuningan, jambak bunga jantan dan betina keluar dari celah kelopak daun. Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren. Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamisKegunaanHalia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

PerubatanBiasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.[1]Kegunaan lainHalia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

HALIA

Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

POKOK HEMPEDU BUMI

Bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.Ciri botaniRenek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan.KhasiatBangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.PenanamanPokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.

POKOK BANGUN-BANGUN

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

KhasiatSuatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

POKOK KUNYIT

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

POKOK KADUK

Gandarusa, daun rusa, atau kisi-kisi (Justicia gendarussa Burm.f.) merupakan semak tropis yang biasa dijumpai di pekarangan rumah, baik sendiri atau sebagai pagar hidup. Tumbuhan ini mudah tumbuh dan dapat diperbanyak dengan stek.

Khasiat perubatanGandarusa memiliki efek analgetik, diuretik, dan antispermatozoa. Daunnya mengandung alkaloid yang berpotensi racun bagi manusia. Tumbuhan ini dilaporkan digunakan sebagai alat kontrasepsi pria oleh beberapa penduduk lokal Pulau Papua. Hasil penelitian di Unair menunjukkan efek menekan kadar testosteron pada mencit melalui kadar polifenol tertentu (belum diketahui pasti) yang menurunkan aktivitas enzim hialuronidase pada spermatozoa sehingga sel sperma tidak mampu menembus dinding sel telur

POKOK GANDARUSA

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

POKOK KARI

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

POKOK BUNGA KANTAN

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

POKOK TELANG

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1] dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.Ciri-ciri botaniHerba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguanUlamRizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.KhasiatRizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.[perlu rujukan]Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan

POKOK CEKUR

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walaubagaimana pun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.MorfologiPokok Kesum merupakan sejenis tumbuhan renek yang menjalar di atas tanah atau memanjat pokok yang lain sebagai sokongan. Ketinggian pokok kesum mampu mencapai sehingga 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kaawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, ia mampu tumbuh sehingga setinggi 1.5 meter. Daun kesum berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang dan tajam dihujung daun, berukuran 1.5 - 2 cm lebar, dan 5.0 - 7.0 cm panjang. Susunan daun kesum adalah bersilang dalam bilangan 3-5 helai daun pada satu tangkai daun. Batang tua berwarna coklat gelap manakala warna kehijauan terdapat pada bahagian pucuk yang berbentuk selinder dengan ruas yang banyak. Bahagian ruasnya mampu mengeluarkan akar jika berada atas tanah dan ia cepat membesar. Akarn kesum merupakan akar serabut, padat pada bahagian perdu pokok.Bunga kesum mempunyai 4 kelopak berwarna putih keunguan dengan ditengahnya terdapat stigma dan filamen yang juga berwarna putih dan sedikit keunguan. Saiz bunga kesum sangat kecil. Ia tumbuh pada bahagian pucuk terutama pada pokok yang telah berumur lebih dari 4 bulan dan yang menerima 80-100% cahaya matahari. Buah kesum jarang sangat kecil dan hanya boleh dilihat jika diperhatikan dengan betul-betul.

POKOK KESUM

Pokok Selaput Tunggul ("Eupatorium odoratum") atau juga dikenali sebagai pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, rumpai Siam, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.Di India, pokok ini menjadi rumai yang utama di ladang-ladang tanaman. Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tidak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meterKegunaanIa kadang-kadang ditanam sebagai perubatan dan tumbuhan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisional di Indonesia, Thailand, Malaysia dan bahagian Afrika termasuk Nigeria. Daun muda hancur lebur, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit. Dalam perubatan tradisional daripada Thailand tumbuhan ini digunakan untuk rawatan luka, ruam, kencing manis, dan sebagai penghalau serangga.[2] Sebatian phytoprostane asid chromomoric C-I telah dikenal pasti dari Pokok Kapal Terbang sebagai pencetus yang kuat daripada aktiviti faktor transkripsi NFE2L2 (Nrf2), pengawal selia tuan pelbagai gen dengan pertahanan, anti -inflammatory, dan fungsi detoksifikasi. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa etno-farmakologi, funcigicidal, kepentingan nematicidal tumbuhan dan penggunaannya sebagai spesies kosong dan sebagai tumbuhan peningkatan kesuburan tanah di tebang dan bakar sistem putaran pertanian telah menyumbang kepada penggunaan yang berterusan dan merebak di NigeriaKeracunanKeseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan -pinen, -cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3'-acetylrinderine.Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

POKOK SELAPUT TUNGGUL

BOTANI:Merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau.

KEGUNAAN:Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. Daunnya dihancurkan bersama sedikit kapur makan dan ditampal di tempat luka.

POKOK KAPAL TERBANG

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.Teknik menanam dan menjagaPokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

POKOK ATI-ATI

Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang licin dan membentuk beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam.Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhy bahagian pokok direbus dan diminum airnya.Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.

POKOK BALUNG AYAM

Pokok Keembong (bahasa Inggeris: Garden balsam) merupakan sejenis pokok renek yang menyebar biji benih dengan cara meletupkan buahnya. Nama sainsnya Impatiens balsamina.

Terdapat beberapa jenis atau warna bunga pokok keembong :a) Pokok keembong putihb) Pokok keembong merahc) Pokok keembong merah jambu

POKOK KEEMBONG

Nama saintifik bagi timba tasik adalah Clerodendrum serratum (L.) Moon dan sinonim kepada Clerodendrum serratum Spreng dan dalam keluarga Verbenaceae. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Tinjal tasik, tambun tasik, lampin budak, mata kesang (Melayu); Green witchs tongue (Ing.).Ia dalah tumbuhan renek yang tumbuh liar serta mudah kelihatan di sekitar kampung. Batang pokok timba tasik separa kayu dan mempunyai banyak cabang setelah dicantas. Daunnya berbentuk bujur lonjong serta bergerigi ditepinya dan kelihatan urat daun berpasangan yang jelas. Aroma pahitnya agak kuat, namun sesetengah masyarakat Melayu meBunga timba tasik sangat menarik, berwarna putih serta memiliki stamen yang panjang dan dihujungnya terdapat bintikan warna hitam. Bunganya keluar dalam bentuk gugusan itu akan mengasilkan buah berwarna hijau tua ketika muda dan akan bertukar ke kehitaman setelah matang.Ia dikatakan amat baik bagi kaum wanita terutamanya setelah melahirkan anak untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh badan jika mengamalkan makan pucuknya.

POKOK TIMBA TASIK

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Nama lain termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Bevu (bahasa Kannada), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.Perubatan tradisiPokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan. Ia juga digunakan dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.Penyakit campak dan cacar air (chicken pox) boleh diubati dengan menyapu ke kulit atau mandi dengan air yang diramas daun mambu. Minyak dari pokok ini yang juga dipanggil Minyak Neem digunakan sebagai bahan asas perubatan Ayuvedic di India dan juga berkesan untuk digunakan sebagai bahan anti serangga perosak tanaman dan sayuran.

POKOK MAMBU

POKOK LANGKINANG/ TEPUS TANAH

TE