pokok herba 1.doc

61
Balik Adap Nama Saintifik: mussaenda villosa wall Famili: Rubiaceae Nama Biasa: Balik adap Nama lain: Lokasi dijumpai: Disemak-semak dan belukar Keterangan Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung. Kegunaan Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya. 1

Upload: amaw09

Post on 17-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Balik adap

Balik Adap

Nama Saintifik:mussaenda villosa wall

Famili:Rubiaceae

Nama Biasa:Balik adap

Nama lain:

Lokasi dijumpai:Disemak-semak dan belukar

Keterangan

Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.

Kegunaan

Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

Bangun-bangun

Nama Saintifik:Solenostemon amboinicus

Famili:Labiatae

Nama Biasa:Bangun-bangun

Nama lain:Ati-ati hijau, allspice

Lokasi dijumpai:Di tanam sebagai rempah dan ulam

Keterangan

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Bayam

Nama Saintifik:Amaranthus sp.

Famili:Amaranthaceae

Nama Biasa:Bayam

Nama lain:Spinach,bayam hijau,bayam merah

Lokasi dijumpai:Tanaman sayuran

Keterangan

Bayam ialah sejenis sayuran yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang sedap. Malah lagenda masyarakat melayu seperti Raja bersiong juga memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja bersiong. Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Bayam boleh hidup subur di tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong yang mempunyai pH antara 5.5 hingga 6.5. Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis.

Kegunaan

Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita. komposisi zat dalam sayur bayam terdiri dari tenaga (paling banyak), air, protin, lemak, karbohidrat, serabut, abu, kalsium, Fosforan, Besi, Natrium, Kalium, Beta-Karoten, Vitamin B1, Vitamin B2, Niacin, Vitamin C.

Bayam Karang

Nama Saintifik:strobilanthes crispa l

Famili:Acanthaceae

Nama Biasa:Bayam karang

Nama lain:

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Pokok ini senang dijumpai di belukar dan mudah membiak melalui keratan batang

Kegunaan

Digunakan untuk merawat penyakit batu karang dengan cara merebus daunnya hingga mendidih dan airnya diminum

Bebuas

Nama Saintifik:Premma Cordiflora

Famili:verbenaceae

Nama Biasa:Bebuas

Nama lain:

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu terutamanya. Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan selera makan

Kegunaan

Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.

Belimbing Tanah

Nama Saintifik:tacca integrifolia

Famili:taccaceae

Nama Biasa:Belimbing tanah

Nama lain:Belimbing batu, white bat plant

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya di kebun getah. Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.

Kegunaan

Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang

Bonglai

Nama Saintifik:Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia

Famili:Bignoniaceae

Nama Biasa:Bonglai

Nama lain:pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka , Shyonaka(india), wooden butterfly, mu hu die,

Lokasi dijumpai:Tepi hutan, tepi jalan dan kampung

Keterangan

Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.

Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar). Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang

Kegunaan

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )

Bonglai Putih

Nama Saintifik:Zingiber cassumunar Roxb

Famili:Zingiberaceae

Nama Biasa:Bonglai putih

Nama lain:Bola,Zingiber purpureum Roscoe(sinonim),jengibre colorado, Plai,phai(Thailand),Cassumunar ginger

Lokasi dijumpai:Semak dan belukar kecil

Keterangan

Bonglai putih, berbeza dengan pokok bonglai merupakan tumbuhan berumpun dari famili halia. Biasa dijumpai dikawasan belukar dan semak terutamanya kawasan kebun getah tumbuhan ini menyukai kawasan yang agak lembab. Bunganya berwarna merah seakan-akan bunga lempoyang. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga halia ia membiak melalui pecahan rizom.

Kegunaan

Terdapat kajian yang mendapati bahawa ekstrak dari ubi bonglai putih dapat melindungi sel dari terdedah kepada stress yang disebabkan oleh pengoksidaan

Bunga Cina / Melur Cina

Nama Saintifik:Gardenia Augusta

Famili:Rubiaceae

Nama Biasa:Bunga Cina / Melur Cina

Nama lain:Kacapiring, gardenia

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum

Kegunaan

Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.

Bunga Kenanga

Nama Saintifik:Cananga odorata

Famili:Annonaceae Annonaceae Annonaceae

Nama Biasa:Bunga kenanga

Nama lain:Ylang-ylang

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Kenanga bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Ia adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter. Ia sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok kenanga selalunya di tut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan. Bunganya yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini.

Kegunaan

Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita. Ia juga dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma. Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan ke dalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup, tapis dan minum apabila telah sejuk. Untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam. Untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam. Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang persediaan herba.

Bunga Melur

Nama Saintifik:Jasminum Sambac

Famili:

Nama Biasa:Bunga melur

Nama lain:bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

Kegunaan

Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

Bunga Tanjung

Nama Saintifik:Mimusops elengi

Famili:Sapotaceae

Nama Biasa:Bunga Tanjung

Nama lain:Baula(oriya),indian meddaler, bulletwood tree,Bakula,Spanish cherry,

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana. Ia biasa dijumpai ditanam di tepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india. Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya. Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyak kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur, berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis. Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.

Kegunaan

Rawatan ruam yang bernanah: Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.Sakit gigi dan luka: Kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. Tapis rebusan ini dan gunakan sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari. Ia juga dapat menghilangkan nafas berbau. Rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap hari hingga luka sembuh.Selain daripada itu bunga tanjung juga mempunyai minyak sari dan minyak sari yang dihasilkan berwarna kuning muda kehijauan. Ia boleh digunakan dalam perawatan aromaterapi. Sila rujuk

http://members.aol.com/parijata/bakula.html

Cekur

Nama Saintifik:Kaempferia galangal

Famili:Zingiberaeceae

Nama Biasa:Cekur

Nama lain:Kencur

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Cekur Manis

Nama Saintifik:sauropus androgynus

Famili:Euphorbiaceace

Nama Biasa:Cekur Manis

Nama lain:Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush, katuk, ma ni chai,

Lokasi dijumpai:Sayuran

Keterangan

Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter. Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai. Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang. Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus. Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal. Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran. Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral. Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua. Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

Kegunaan

Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi. Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru

Cempaka

Nama Saintifik:Michelia champaca Linn

Famili:MAGNOLIACEAE

Nama Biasa:Cempaka

Nama lain:Kantil(jawa)

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah. Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya sedap dimakan, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah, cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini. Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu, dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter. Bunganya yang wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Kegunaan

Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin, demam selsema dan kencing tak lawas. Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari. Untukkencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih, disejukkan dan airnya diminum sekali sehari. Untuk demam selsema pula, akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.

cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul, beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul. Untuk pitam pula, beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam. Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut. selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.

Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik. Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan. Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut. Bunganya yang masih belum mekar, direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea. Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak. Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum. Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta. Untuk bayi yang hendak bercerai susu, bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.

Cempaka Telur

Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl

Famili:Magnoliaceae

Nama Biasa:Cempaka telur

Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan

Keterangan

Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga

Kegunaan

Bunganya boleh digunakan untuk mengubat keputihan, batuk berkahak, insomnia dan kecederaan traumatik (traumatic injury)

Dukung Anak

Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri

Famili:Eurphorbiaceae

Nama Biasa:Dukung Anak

Nama lain:Kelek anak, meniran(Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida (india)

Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat Indonesia, tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm.

Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak. Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan Cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Kegunaan

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B. Dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah diamalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai di dalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

Embun Tengahari

Nama Saintifik:Murdannia Nudiflora (L) Brenan

Famili:COMMELINACEAE

Nama Biasa:Embun tengahari

Nama lain:Doveweed,bra-plant,

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Embun tengahari adalah sejenis herba semusim. Ia adalah sejenis rumpai yang menyerupai rumput tapi ianya mempunyai batang yang menjalar dan akan mengeluarkan bunga kecil berwarna ungu atau biru. Tumbuhan ini membiak secara jalaran rizom dan didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan tanah lapang yang ditumbuhi rumput seperti di kebun-kebun sayur dan pinggir-pinggir belukar.

Kegunaan

Tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka, dengan cara melumatkan tumbuhan ini dan ditampal pada bahagian yang luka. Tumbuhan ini banyak digunakan dalam perubatan herba cina.

Gadis Lompat

Nama Saintifik:Chloranthus Erectus

Famili:CHLORANTHACEAE

Nama Biasa:Gadis Lompat

Nama lain:

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Ia merupakan tumbuhan separuh renek(subshrub) yang boleh mencapai ketinggian hingga 2m. Tumbuhan dikot ini mempunyai bunga kecil yang berwarna putih. Ia biasa tumbuh pada ketinggian 100-2000 meter dari aras laut, menerangkan mengapa ia banyak dijumpai di hutan hujan tropika tanah tinggi seperti Bukit Fraser. Ia biasa dijumpai di negara-negara seperti Guangxi, Guizhou, Sichuan, Yunnan, Bhutan, Cambodia, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Philippines, Sikkim, Thailand, Vietnam. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi putih apabila matang. Ia membiak melalu biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Ia digunakan untuk merawat demam, sakit kepala dan meningkatkan tenaga batin, terutamanya bagi wanita

Gandarusa

Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn

Famili:Acanthaceae

Nama Biasa:Gandarusa

Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina), gendarussa (english)

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kurang 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau

Kegunaan

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya, untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke), sakit kepala, mata dan telinga.

***Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Garuda

Nama Saintifik:Ruta Angustifolia

Famili:Rutaceae

Nama Biasa:Garuda

Nama lain:Aruda, inggu, Rue,Ruta,Herb of grace, common rue,garden rue, herby grass

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Pokok garuda atau pokok inggu ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Eropah namun telah beradaptasi dengan persekitaran tropika dengan jayanya dan didapati tumbuh liar di negara-negara tropika. Pokok yang beraroma kuat ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian hingga 1.5 m. Ia mempunyai batang berkayu yang kecil dan mempunyai cabang yang banyak. Daunnya berwarna hijau muda manakala bunganya yang akan muncul di hujung ranting mempunyai warna hijau muda. Buahnya kecil berwarna coklat dan berbentuk lonjong. Ia mempunyai biji benih yang berbentuk buah pinggang. Ia membiak melalui dua cara iaitu biji benih dan keratan batang. Namun kaedah keratan batang lebih banyak dipraktikkan. Ia biasa juga ditanam dikawasan kebun terutamanya di Indonesia sebagai racun serangga semula jadi. Ia di tanam di antara tumbuhan lain sebagai penghalau serangga perosak.

Kegunaan

Dalam perubatan tradisional pokok garuda digunakan terutamanya untuk mengubat penyakit seperti epilepsi(gilababi), hernia, histeria, flebis(radang pembuluh darah) dan athritis. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi. Penggunaan dengan dos yang terkawal boleh merangsangkan otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan sebagai penarak kehamilan. Tetapi awas kerana ia juga boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil. Penggunaan secara terus seperti memakan terus pokok ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Penggunaan yang terlalu kerap dan dengan dos yang berlebihan boleh mengundang maut. Sungguhpun begitu pokok ini amat popular di kalangan pengamal perubatan herba. Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi kandungan toksin yang tinggi, ia amat berpotensi untuk dikormersialkan sebagai racun serangga organik. Rujukan: artikel oleh Dr Shahrul di Myherba group,IPTEKnet

Gelenggang

Nama Saintifik:Cassia Alata

Famili:caesalpinaceae

Nama Biasa:Gelenggang

Nama lain:Cassia,wild senna,fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, wild senna, ringworm cassia, guajava, ketepeng badak, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco, gelenggang.ludangan

Lokasi dijumpai:Di tepi lebuh raya dan kawasan semak(Gambar:Mata air panas poring,sabah)

Keterangan

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai di pinggir jalan dan belukar. Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri, daunnya akan tertutup pada waktu malam. Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Kegunaan

Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air, sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Pesakit akan merasa sedikit pedih. Selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema. Ini untuk kegunaan luaran sahaja.

Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim). Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas di sesetengah negara Amerika selatan. Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.

**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan anak dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

Halia

Nama Saintifik:Zingiber Officinale

Famili:Zingiberaceae

Nama Biasa:Halia

Nama lain:Jahe, ginger

Lokasi dijumpai:seluruh dunia

Keterangan

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan, juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur di kawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup. Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar. Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan. Gambar yang dipaparkan di sini ialah gambar halia bara. Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina. Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian. Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum

Kegunaan

Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, rheumatik, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten), keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala. Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit. Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, satu sudu makan kicap, satu sudu makan madu. Halia diparut dan dicampur dengan semua bahan di atas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali. Untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis. Daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis. Untuk cirit-birit dan muntah-muntah caranya, halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. Semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. Bagi ibu yang mengandung, loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

Hati-hati

Nama Saintifik:Coleus Blumei

Famili:Labiatae

Nama Biasa:Hati-hati

Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati

Lokasi dijumpai:

Keterangan

pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Kegunaan

Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur. Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Hempedu Beruang

Nama Saintifik:Thottea grandiflora

Famili:aristolochiaciae

Nama Biasa:Hempedu beruang

Nama lain:Seburut, Kerubut, Semubut, Telinga Kalawar, Tampunek Gajah, Seperuit, Daun Lanjut atau purple Thottea

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Tumbuhan renek dari famili aristolochiaciae ini juga dikenali dengan nama Seburut, Kerubut, Semubut, Telinga Kalawar, Tampunek Gajah, Seperuit, Daun Lanjut atau purple Thottea mudah dijumpai di hutan hujan tropika seperti yang terdapat di Malaysia. Walaupun begitu tumbuhan ini termasuk dalam kelompok tumbuhan terancam kini.

Kegunaan

Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah klorofom dan metanolik yang terdapat dalam ekstrak akarnya. Ia mengandungi asid aristochloric. Secara tradisi tumbuhan ini digunakan untuk mengubat penyakit kencing manis dan mengubat luka atau luka bernanah yang disebabkan oleh penyakit kencing manis. Cara penggunaannya ialah dengan merebus kayu hempedu beruang dan minum airnya dua kali sehari pagi dan petang

Hempedu Bumi

Nama Saintifik:Andrographis Paniculata

Famili:Acanthaceae

Nama Biasa:Hempedu bumi

Nama lain:Akar cerita, sambilata, nivalembu, king of bitter, maha tita

Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Keterangan

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

Inai

Nama Saintifik:Lawsonia Inermis

Famili:Lythraceae

Nama Biasa:Inai

Nama lain:Henna,pacar jawa(indonesia),

Lokasi dijumpai:Tumbuhan taman dan laman

Keterangan

Inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat. Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman. Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarna kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengaliran yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama

Kegunaan

Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan untuk:

1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan). Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan. Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

2. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih di dalam bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum.

3. Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin daun inai direbus dan diminum tiga kali seminggu.

4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi.

5. Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada rambut. Selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.

Jarak Pagar

Nama Saintifik:Jatropha curcas

Famili:

Nama Biasa:Jarak pagar

Nama lain:Jarak cina

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Pokok jarak ni ada dua jenis, jarak minyak(Ricinus communis L) dan jarak pagar(Jatropha curcas). Getah yang terdapat pada batang dan buah(esp buanhya) boleh menyebabkan keradangan kulit disebabkan oleh bahan aktif (sejenis toxalbumin) yang terdapat pada tumbuhan ini. Macam kalau kita kena getah bacang lebih kurang.

Kegunaan

Jarak pagar atau jarak cina(Jatropha curcas) selalu digunakan untuk rawatan rambut gugur dengan cara menyapu minyak yang dihasilkan oleh buahnya yang telah matang pada rambut. Selain itu ia juga berkesan sebagai penawar penyakit rhuematism. Cara rawatannya dengan menumbuk daunnya hingga halus dan dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang sakit dan balut. Perubatan moden juga ada menggunakan ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti hernia, kanser, gonorrhea, lumpuh, siplis dan tetanus(kancing gigi).Tetapi di Malaysia belum ada lagi. Di Cameron tumbuhan ini digunakan untuk mengubat athritis dengan cara meminum air rebusan daunnya. Di Columbia pula tanaman ini digunakan untuk mengubat penyakit kelamin. Getah pokok jarak ini boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yang sakit.

Jarum Mas

Nama Saintifik:Striga Asiatica

Famili:Scrophulariaceae

Nama Biasa:Jarum Mas

Nama lain:Rempah padang, witchweed

Lokasi dijumpai:Dipadang-padang rumput.

Keterangan

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh di antara rumput biasa di padang-padang rumput dan di tepi-tepi lebuh raya. Jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.

Kegunaan

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahui turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin setelah melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya. Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaan yang sama.

Jarum Tujuh Bilah

Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa

Famili:cactaceae

Nama Biasa:Jarum tujuh bilah

Nama lain:Bintang tujuh, Pokok kanser, Chat sim Chan

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan

Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di

http://www.moste.gov.my/kstas/NSFWorkshop/NSF/nsf%5CPHAR18.DOC ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis

Jelai

Nama Saintifik:Coix lachryma jobi

Famili:Poaceae

Nama Biasa:Jelai

Nama lain:Tasbih, job's tears, pearl barley, adlay, yi yi gen, yi yi gan, san yi mai, yi yi ren, Semen Coicis Lachrymajobi(nama farmaseutikal)

Lokasi dijumpai:Tumbuhan laman

Keterangan

Tumbuhan dari famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah yang keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung selalunya menjadikan tasbih dari buahnya yang dicucuk pada tali. Ia boleh mencapai ketinggian 3 meter dan tumbuh dalam bentuk rumpun. Buahnya berkilau seperti porcelin, tebal dam amat keras. Ia berwarna hijau muda ketika muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak. Upih daunnya rapat memenuhi batangnya.

Kegunaan

Dikampung-kampung herba ini selalunya digunakan untuk mengubat sakit kepala dan migrain. Caranya keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit akan dimandikan dengan air rendaman ini setelah suam. Akarnya mampu mengubat demam kuning dengan cara merebus 15 g akarnya hingga air rebusan tinggal setengah, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Disamping itu pesakit perlu minum banyak air masak ketika mengamalkan tonik ini. Untuk batu karang pula, 5 g daunnya dijadikan teh dan diminum dan diamalkan selalu hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 g untuk mengubat jangkitan pundi kencing dan kencing kotor dan diambil dengan cara yang sama. Untuk rheumatik pula, 30 g buahnya yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya ketika sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit, menjadi penawar apendik dan cirit birit.

Jintan Hitam

Nama Saintifik:Nigella Sativa

Famili:Ranunculaceae

Nama Biasa:jintan hitam

Nama lain:Black cumin, Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches, black caraway, black onion seed, charnushka

Lokasi dijumpai:Tumbuhan rempah

Keterangan

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala. Asalnya ia digunakan oleh orang-orang Parsi dan Shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka. Ia berasal dari kawasan Medditerranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika Utara dan sesetengah bahagian Asia seperti India. Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus di bahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai). Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Kegunaan

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala. Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman. Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing. Ahli perubatan Islam yang terkenal Ibnu Sina di dalam bukunya, mencadangkan jintan hitam digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat. Jintan hitam juga dikenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadap tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin. Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor. Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih. Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

Kacip Fatimah

Nama Saintifik:Labisia Pumila

Famili:Myrsinaceae

Nama Biasa:Kacip Fatimah

Nama lain:

Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, indochina

Keterangan

Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna di kawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah: Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Kegunaan

Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnya) ke dalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Kaduk

Nama Saintifik:piper sarmentosum roxb

Famili:piperaceae

Nama Biasa:Kaduk

Nama lain:Sirih duduk

Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab

Keterangan

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup di kawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

Kantan

Nama Saintifik:Pheaomeria imperialis

Famili:Zingiberaceae

Nama Biasa:Kantan

Nama lain:Ginger flower

Lokasi dijumpai:Kawasan bertanah lembap, biasa ditanam di halaman rumah

Keterangan

Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam di halaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom(anak) dan biji benih. Namun pembiakan melalui biji benih agak jarang dan sukar dilakukan. Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamnya untuk laksa dan masakan asam pedas. Buahnya boleh digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa

Kegunaan

Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk. Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali. Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.

Kari

Nama Saintifik:Murraya Koenigii

Famili:Rutaceae

Nama Biasa:Kari

Nama lain:Karipulei, curry leaves

Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah

Keterangan

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia biasa ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

66.3% kelembapan6.1% protein1.0% lemak16.0% karbohidrat6.4% fiberMineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Kayu Manis

Nama Saintifik:cinnamomum zeylanicum

Famili:lauraceae

Nama Biasa:kayu manis

Nama lain:cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood

Lokasi dijumpai:Rempah

Keterangan

Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan. Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi. Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu. Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.

Kegunaan

Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol. Minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa. Satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis. Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. Untuk keterangan lanjut sila rujuk

Kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi. Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.

Kecubung

Nama Saintifik:Datura metel Linn

Famili:Solanaceae

Nama Biasa:Kecubung

Nama lain:Horn Of plenty, angel"s trumpet, Downy thorn apple, Devil"s trumpet,

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

Keterangan

Sinonim: Datura fastuosa, Linn. D. alba, Ness. D. fasttuosa, Linn. var alba C.B. Clarke.

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak. Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran: Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung, terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

Kegunaan

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan Melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul. Untuk asma, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung. Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas. Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.

Keladi Candik

Nama Saintifik:tidak diketahui

Famili:na

Nama Biasa:Keladi candik

Nama lain:Keladi merbah

Lokasi dijumpai:Dibelukar dan hutan

Keterangan

Keladi candik atau keladi merbah mendapat namanya kerana buahnya yang berwarna merah menjadi kegemaran burung merbah dan burung merbah. Buahnya bergugus dan berwarna merah kekuningan apabila masak. Buahnya beracun.

Kegunaan

Keladi candik digunakan untuk merawat luka luaran. Caranya dengan menggunakan kulit batangnya yang disiat. Kulit itu digunakan untuk membalut luka sebelum dibalut dengan kain. Ianya amat berkesan dan luka akan kering dalam masa yang singkat

Kemoyang

Nama Saintifik:Homalomena sagittifolia

Famili:ARACEAE

Nama Biasa:kemoyang

Nama lain:keladi Kemoyang

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

Keterangan

Kemoyang ialah sejenis keladi liar yang mudah dijumpai dikawasan belukar atau hutan hujan tropika. Ia mempunyai ubi yang mempunyai bau wangi. Daunnya menyerupai daun keladi lain dengan permukaan daunnya yang licin dan berkilat. Bunganya yang berbentuk tirus berwarna merah boleh dijumpai tersembunyi dibawah daunnya, dicelah-celah rumpunnya. Ia membiak melalui anak yang akan terhasil dari rizomnya.

Kegunaan

Ubi atau isi kemoyang banyak digunakan dalam perubatan melayu tradisional terutamanya untuk mengubati demam panas (high fever). Isinya direbus dan air rebusan ini diminum. Kemoyang popular sebagai tumbuhan untuk wanita selepas bersalin. Daunnya dijadikan balut tungku manakala isinya di rebus dan diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari untuk mengembalikan kecergasan diri dan mengecutkan rahim. Untuk perut senak atau tidak selesa, daun dan batangnya yang dilumatkan hingga menjadi pes boleh dijadikan ubat sapu. Air rebusannya juga dapat mengubati cirit-birit. Selain daripada itu daun dan batangnya yang telah dicelur sedap dijadikan kerabu dan sayur masak lemak. Kemoyang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah.

Kemunting Cina

Nama Saintifik:Catharantus Roseus

Famili:

Nama Biasa:Kemunting Cina

Nama lain:Tapak Dara

Lokasi dijumpai:

Keterangan

Kemunting cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle, Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari cina, Ros Pantai, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, kihapai(hawaii), old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih. Pokok ni asalnya dari madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika. Batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.

Kegunaan

Nama saintifik bagi kemunting cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. Seseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. Kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi diminta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Kenerak

Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus

Famili:Annonaceae

Nama Biasa:Kenerak

Nama lain:Selukai, selukai putih

Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

Keterangan

Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui di hutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan Melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri Anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada di pasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva Switzerland pada tahun 2000.

Kermak Putih

Nama Saintifik:Alternanthera sessilis

Famili:Amaranthacea

Nama Biasa:Kermak putih

Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod

Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput

Keterangan

Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh di kawasan lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.

Kegunaan

Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ula. sesetengah pendapat mengatakan kermak dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam

Ketumpangan Air

Nama Saintifik:Peperomia Pellucida

Famili:piperaceae

Nama Biasa:Ketumpangan air

Nama lain:Tumpang angin, rangu-rangu, shiny bush, pepper elder, man-to-man, rat-ear, pansit pansitan, konsaka wiwiri, cng cua(vietnam), pak krasang(Thailand), suna-kosho(jepun)

Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan yang agak lembab.

Keterangan

Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Walupun ia mudah dijumpai namun tidak ramai yang mengetahui khasiatnya. Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki(25-30 cm). Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda. Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan daunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat di bahagian atas dan agak kelabu di bahagian bawah. Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak. Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun di negara bukan tropika seperti Eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.

Kegunaan

Di Surinam jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema,dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul, jerawat dan kulit melecur. Ia juga boleh digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik. Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut. Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.

Kunyit

Nama Saintifik:Curcuma longa /curcuma domestica

Famili:Zingerberaceae

Nama Biasa:Kunyit

Nama lain:Kurkum(arab), jiang huang, yu jin(china), Indian Saffron, curcuma, kunir(indonesia), kondin, temu kuning, ukon, goeratji, Temu kunyit, tius.

Lokasi dijumpai:Ditanam sebagai rempah

Keterangan

Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia. Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyit menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang. Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna oren terang di dalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung.

Kegunaan

Kunyit mempunyai sifat anti-radang, antioksida, anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin. Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi, demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan. Cara penggunakan untuk penyakit di atas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus, campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan. Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan. Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. Selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri. Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda. Pautan lain:1.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm2.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm3.http://unitproj.library.ucla.edu/biomed/spice/index.cfm?displayID=26

PAGE 52