kertas kerja strategi belajar berkesan smkba zon

Upload: atien

Post on 07-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

belajar berkesan

TRANSCRIPT

STRATEGI BELAJAR BERKESAN

1. PENGENALAN

Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin (Menteri Pelajaran Malaysia) dalam Perutusan Khas yang telah diadakan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM 1), pada 10 Februari 2011 jam 9.00 pagi telah menyentuh tentang sistem pendidikan negara yang perlu menjurus kepada matlamat kearah melahirkan modal insan cemerlang juga pembinaan negara bangsa. Keberkesanan NKRA National Key Results Area atau Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pelajaran Malaysia telah melonjakkan kecemerlangan pendidikan di seluruh negara.

Menyentuh tentang apa yang telah diperkatakan, sememangnya setiap kanak-kanak di Malaysia yang berumur tujuh tahun ke atas diwajibkan memulakan alam persekolahan secara formal. Setiap rakyat Malaysia diberi peluang melalui alam persekolahan secara formal sekurang-kurangnya selama 11 tahun. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menetapkan garis panduan bagi pendidikan tadika (prasekolah). Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun boleh memulakan prasekolah atau tadika. Mulai tahun 1998, setiap kanak-kanak rakyat Malaysia berhak menjalani alam persekolahan mereka selama 14 tahun.

Pendidikan, proses pembelajaran dan alam persekolahan penting kepada setiap individu kerana setiap individu akan menjalani proses sosialisasi dan proses pendidikan iaitu mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar akan memperoleh kemahiran mandiri melalui aktiviti kokurikulum iaitu asuhan dan tunjuk ajar bagi memperoleh pengalaman semasa berada di luar rumah, dalam masyarakat, di tempat kerja dan sebagainya. Kemahiran ini dapat digunakan semula dalam kehidupan pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi seseorang pelajar secara amnya akan ditentukan keberkesanannya melalui peperiksaan. Ini adalah kerana peperiksaan diberikan bertujuan untuk menilai kefahaman dan aplikasi seseorang pelajar terhadap perkara yang telah dipelajarinya. Oleh yang demikian, para pelajar perlu diberi maklumat yang bermakna kearah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Ini boleh dilakukan melalui program yang akan dilaksanakan secara bersepadu oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (Zon Etika Daerah Kuala Muda/Yan) iaitu Program Strategi Belajar.

2. RASIONAL

Pendidikan adalah suatu proses sosialisasi kehidupan yang berlaku secara berterusan. Pendidikan juga menjadi aset bagi menentukan perubahan corak hidup keluarga melalui pencapaian dalam bidang akademik dan kerjaya. Matlamat utama pendidikan bukan sahaja demi memperoleh ilmu pengetahuan tetapi melatih dan melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran tertentu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Proses pembelajaran memerlukan pengkajian dan membuat analisis pengetahuan, menggunakan kemahiran belajar dan kreativiti. Kemampuan otak manusia normal mampu menampung sekurang-kurangnya 120 kemahiran. Oleh yang demikian, latihan untuk meningkatkan pelbagai kemahiran khususnya kemahiran belajar perlu diberikan kepada setiap pelajar. Ini adalah kerana setiap pelajar yang ingin melakar kejayaan dan menikmati pencapaian cemerlang dalam perjuangan belajar perlu bersiap sedia dengan pelbagai persiapan atau strategi belajar yang berkesan.

3. OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir program, para pelajar akan dapat :-3.1memperolehi semangat dan motivasi kearah mencipta kecemerlangan khususnya dalam bidang akademik.3.2menambah ilmu pengetahuan tentang skill atau kemahiran belajar berkesan.3.3mengaplikasikan teknik belajar berkesan dalam mengulangkaji pelajaran.3.4 meningkatkan kerjasama berkumpulan dalam satu pasukan.

4. TARIKH

28 FEBRUARI 2011 (Isnin)8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

5. TEMPAT

Dewan KISMEC, Sg. Petani, Kedah.

6. ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling (SMK Bakar Arang)Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (Zon Etika Daerah Kuala Muda/Yan)

7. KUMPULAN SASARAN

40 Orang Pelajar Tingkatan 3 yang mendapat tempat pertama hingga keempat dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2/20108. JADUAL PELAKSANAAN

MASAAKTIVITI

7.30 7.45 Pelajar bertolak dari sekolah

7.45 8.00 Pendaftaran pelajar / Pelajar mengambil tempat

8.00 10.00 Slot 1 Pengurusan Masa Cemerlang

10.00 10.30 Bengkel 1 Jadual Waktu Pelajar Cemerlang

10.30 11.00 REHAT

11.00 1.00 Slot 2 Nota Pelajar Cemerlang (Peta Minda)

1.00 1.30 Bengkel 2 Peta Minda

1.30 1.45 Majlis Perasmian Penutup Program Strategi BelajarPenyampaian Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan

1.45 2.00 Bersurai (Pelajar Bertolak balik ke sekolah)

9. PERUNTUKAN KEWANGAN

SUMBERPERBELANJAAAN

Peningkatan Prestasi Tingkatan 2/2010

RM 760.00Bayaran Penceramah Makanan (RM 4.00 X 40 orang)Pengangkutan bas (RM 200 X 1 buah) Sewa Dewan Peralatan dan Dokumentasi

RM 250.00RM 160.00RM 200.00 RM 100.00 RM 50.00

JUMLAH BESARRM 760.00JUMLAH BESARRM 760.00

10. AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG Tn. Haji Abd. Ghani Bin Haron Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan

PENASIHATEn. Mohd Amran Bin IsmailPenolong PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan

PENGERUSIEn. Rosly Bin AhmadTuan Pengetua SMK Bakar Arang

NAIB PENGERUSI (1)Pn. Rohani Binti MatTuan Pengetua SMK Taman Ria Jaya

NAIB PENGERUSI (2)Pn. Hjh. Jamnah Binti PairanTuan Pengetua SMK Che Tom

NAIB PENGERUSI (3)Pn. Habibah Binti OthmanTuan Pengetua SMK Dato Bijaya Setia

NAIB PENGERUSI (4)Tn. Hj. Omar Bin Abd. RahmanTuan Pengetua SMK Pengkalan Lebai Man

SETIAUSAHAPn. Azlinda Binti IsmailGBKSM SMK Bakar Arang

JAWATANKUASA BROSURPn. Nor Hidayah Binti AminGBKSM SMK Bakar Arang

JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS dan BACAAN DOATn. Hj. Hasan Bin MatGBKSM SMK Bakar Arang

JAWATANKUASA PENILAIAN PROGRAMPn. Ashli Binti AbdullahGBKSM SMK Bakar ArangJAWATANKUASA SIJIL DAN CENDERAMATACIK NOR FAIZAH BT RIDZUAN (GBKSM SMK Pengkalan Lebai Man)PN. ARZIYANTI NORAIN BT ZUBIR (GBKSM SMK Pengkalan Lebai Man)EN. MISPAN BIN MOHD SAID (GBKSM SMK Pengkalan Lebai Man)PN. SITI KHADIJAH (GBKSM SMK Pengkalan Lebai Man)

JAWATANKUASA MAKANANPN. AFIDAH BT MOHD ALI (GBKSM SMK Che Tom)PN. ARZIYANTI NORAIN BT ZUBIR (GBKSM SMK Che Tom)

JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPATPN. CHOO JO ING (GBKSM SMK Taman Ria Jaya)PN. SALINA MOHAMAD SIDEK @ CHIN (GBKSM SMK Taman Ria Jaya)PN. NOR HAFIZAH ISMAIL (GBKSM SMK Taman Ria Jaya)PN. YOGESWARI A/P TIYAGARAJAN (GBKSM SMK Taman Ria Jaya)

JAWATANKUASA FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASIEN. PRAKASH A/L RAJAGOPAL (GBKSM SMK Dato Bijaya Setia)PN. BAWANY A/P MUNIANDY (GBKSM SMK Dato Bijaya Setia)PN. LEE SHYAN CHONG (GBKSM SMK Dato Bijaya Setia)PN. SUZANA (GBKSM SMK Dato Bijaya Setia)

11. PENUTUP

Strategi Belajar secara lebih berkesan merupakan salah satu pemangkin kepada kecemerlangan pelajar. Memiliki strategi yang tepat juga akan menjadikan seseorang pelajar itu hebat. Penerangan tentang prosedur yang betul untuk mendalami pelbagai bidang ilmu akan menjadikan pelajar lebih bersedia dan seterusnya akan mengurangkan tekanan belajar dalam kalangan para pelajar. Justeru Program Strategi Belajar Berkesan yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (Zon Etika Daerah Kuala Muda/Yan) perlu diimplementasikan demi kemenjadian para pelajar khususnya di Daerah Kuala Muda/Yan sendiri.Disahkan oleh :

..(ROSLY BIN AHMAD) Pengetua, SMK Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.Disediakan oleh :

..(AZLINDA BINTI ISMAIL) Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah, SMK Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

AKADEMIK | UBKSMKBA&MGKK (Zon Etika PPDKM/Y)/ BIL 1-2011/ASZ3