kertas kerja sivik dan kewarganegaraan

7
Kertas Kerja Projek Sivik dan Kewarganegaraan TAJUK: PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TEMA: MALAYSIA NEGARAKU SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON PENAMPANG TAHAP 2 TEMPOH: 29 OGOS 2015 HINGGA 30 OGOS 2015

Upload: kalilullail

Post on 27-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Kertas KerjaProjek Sivik dan Kewarganegaraan

TAJUK: PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIASEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU

SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON PENAMPANG TAHAP 2

TEMPOH:29 OGOS 2015 HINGGA 30 OGOS 2015

PORTFOLIO PERDANA MENTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA1.0 PENDAHULUANDalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat murid.Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia.2.0 RASIONALSebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.3.0MATLAMATa) Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru. b) Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja.c) Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia.d) Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini. e) Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.4.0 OBJEKTIFa) Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia.b) Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.c) Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

5.0 PELAKSANAANTarikh : 29 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015Hari : Rabu dan KhamisTempat : SK Babagon Penampang

6.0 KUMPULAN SASARANMurid Tahap 2

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

PenaungPEGAWAI PELAJARAN DAERAHGuru Penasihat Encik Dean GanggutPengerusiAlfred Alex JimmySetiausahaPn. Alna BalinsaiBendahariKhairul Bashah bin ParminAhli JawatankuasaSemua guru yang terlibat

8.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILITEMHARGA PER UNIT JUMLAH HARGA

1.Makan minum pagi (150 Murid)RM 3.00 x 1 HariRM 450

2.FailRM 1.50 x 15 kumpulanRM 22.50

3.Kertas A4 ( 6 roll )RM 13 RM 78

4.Bayaran PenceramahRM 150

JUMLAH KESELURUHAN RM 700.50

Bayaran murid : Tiada bayaran dikenakan.

9.0 PenutupPerlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang. Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

BORANG PELAKSANAAN PROJEKTAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIABILTARIKHMASA

AKTIVITI

1.

2.

3.

4.29.8.2015(Rabu)

29.8.2015(Rabu)

30.8.2015(Khamis)

30.8.2015(khamis)Mengikut jadual masa Ko Kurikulum

Mengikut jadual masa Ko Kurikulum

Mengikut jadual masa Pengajaran dan pembelajaran

Mengikut jadual masa Pengajaran dan pembelajaran

1. Menerangkan projek yang akan dijalankan.2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.1 .Merancang bahan dan alatan2. Pembelian bahan dan alatan3. Menyediakan bahan untuk membuat folio4. Merancang tugasan dan jadual tugasan

1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai sumber.2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberi.

1. Menyiapkan refleksi individu.2. Melengkapkan folio3. Menghantar refleksi dan folio4. Penilaian

Disediakan oleh,

( ALFRED ALEX JIMMY )Ketua Panitia Sivik dan KewarganegaraanSK Babagon Penampang

Diluluskan oleh,

(DEAN GANGGUT )Guru besar SK BabagonPenampang