kertas kerja sistem automasi pss

16
VISI Sekolah unggul penjana generasi terbilang. MISI Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. 1

Upload: siti-rosnah-faizal

Post on 28-Apr-2015

705 views

Category:

Documents


45 download

DESCRIPTION

kertas kerja sistem automasi PSS

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja sistem automasi PSS

VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISI

Membangun potensi individu melalui

pendidikan berkualiti.

1

Page 2: kertas kerja sistem automasi PSS

KERTAS KERJA :

KE ARAH PENGKOMPUTERAN (PENGAUTOMASIAN)

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK RKT SRI LEDANG

oleh;

PN.SITI ROSNAH BT SELAMAT

Guru Perpustakaan dan Media

  Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK RKT Sri Ledang telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai 

bangunannya sendiri. Kini PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan 

pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu 

para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Matlamat

Matlamat   utama   pengautomasian  PSS   adalah   untuk  menaikkan   taraf     PSS   sekolah   tradisional 

kepada Pusat Sumber Berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam 

mempertingkatkan   lagi   proses   pengajaran   dan   pembelajaran   demi   mencapai   kecemerlangan   di 

sekolah. 

Objektif

2

Page 3: kertas kerja sistem automasi PSS

Objektif pengautomasian PSS adalah untuk:

1. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi perolehan 

bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatan pengguna.

2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan pengurusan PSS dari aspek pengurusan 

sumber manusia, pembangunan prasarana, perkakasan dan peralatan.

3. Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat di kalangan 

kakitangan sekolah dan warga sekolah.

4. Memudahkan urusan mengakses maklumat atau data koleksi PSS.

5. Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS.

Rasional

Masalah utama sistem manual semasa ialah pengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan, PSS 

perlu  menghadapi  masalah pengemaskinian buku rekod perolehan buku dan bahan bukan buku. 

Banyak   borang   dan   butir-butir   terpaksa   dicatat   dalam   buku-buku   tersebut.   Selain   itu,   terdapat 

masalah hinggakan dalam pengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar. Ini kerana proses 

pengkatalogan buku dan bahan bantu mengajar mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak. 

Misalnya,  nombor panggilan untuk setiap buku  terpaksa ditentukan dengan menggunakan sistem 

pengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir-butir bibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam 

satu slip kerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selain itu, satu kad senarai rak juga perlu 

disediakan untuk setiap   judul.  Semua kad katalog yang  telah disediakan akan disusun mengikut 

abjad dalam satu kabinet  secara  terpisah.  Tambahan pula,  guru-guru PSS terpaksa mengajar  di 

kelas  dan  tidak dapat  menyelesaikan  tunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan.  Ekoran 

daripada tunggakan itu, pengguna-pengguna PSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepat 

koleksi PSS.

Selain   itu,   wujud   masalah   sirkulasi   dimana   peminjam   yang   lambat   memulangkan   buku   tidak 

diingatkan   dengan   cepat   kerana   kerja   mengenalpasti   mereka   mengambil   masa   dan   proses 

peringatan agak rumit dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan.

Tambahan   pula,   ada   peminjam   yang   memberi   alasan   bahawa   buku   pinjaman   mereka   telah 

3

Page 4: kertas kerja sistem automasi PSS

dipulangkan  tetapi   tidak  tercatat.  Memandangkan wujudnya pelbagai  masalah dalam pengurusan 

PSS adalah wajar diautomasikan PSS demi kebaikan semua pihak supaya PSS dapat memainkan 

peranan yang  lebih berkesan sebagai  pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan 

pembelajaran.

Jawatankuasa

Penasihat

Pengerusi

Pengurus Program/

Setiausaha

Ahli Jawatankuasa

En Abdul Ghafar b Hj Kassim 

Guru Besar

Tn.Hj Ismail b Abd Hamid

Penolong Kanan Kurikulum

Pn.Hjh Maznah bt hj.Ali Othman  

Penolong Kanan HEM

Pn. Helen Murni bt Sulaiman 

Penolong Kanan Kokurikulum

Siti Rosnah binti Selamat

Guru Perpustakaan dan Media

(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

Pn. Norzamrina bt Sapiai

Guru perpustakaan.

Semua Ketua Panitia

 

Kumpulan Sasaran  

4

Page 5: kertas kerja sistem automasi PSS

Semua pengguna perpustakaan sekolah, iaitu staf dan pelajar-pelajar.

Strategi

Beberapa persediaan adalah perlu dalam perancangan pengkomputeran perpustakaan. Persediaan 

ini   merangkumi   peruntukan   kewangan,   perlantikan   penyelaras   projek,   persediaan   kakitangan, 

penyediaan tempat dan perhatian dan tindakan terhadap rekod-rekod perpustakaan. 

i.Kewangan

Persediaan utama dan  terpenting  dalam projek  pengkomputeraan perpustakaan   ialah  kewangan. 

Selain   daripada   peruntukan   kewangan   untuk   memperolehi   sistem   komputer   asas,   peruntukan 

kewangan   lain   juga   perlu   disediakan   untuk   membiayai   kos-kos   lain   seperti:   kos   permulaan 

retrospektif, kos penyenggaraan, pemasangan kabel eletrik, peralatan sampingan dan perabot, pita 

magnetik, kabel kod palang, alat pembaca label kod palang dan sebagainya. Pemerolehan sistem 

komputer bukanlah merupakan pembelian satu kali, bahkan melibatkan perbelanjaan dari masa ke 

semasa. 

ii. Penyelaras Projek

Perkara   kedua   yang   dianggap   penting   ialah   menyediakan   kakitangan.   Sama   ada   sesuatu 

perpustakaan   itu   merancang   untuk   melaksanakan   sistem   yang   kecil   atau   yang   besar   adalah 

mustahak untuk melantik seorang penyelaras projek sepenuh masa. Beliau perlu memberi sepenuh 

perhatian kepada beberapa fasa projek dan beliaulah yang mengambil perhatian terhadap perkara-

perkara bersangkutan dengan pentadbiran dan teknikal, memastikan aktiviti-aktiviti mengikut jadual 

dan seterusnya bertanggungjawab untuk melatih kakitangan kelak. 

5

Page 6: kertas kerja sistem automasi PSS

iii. Persediaan Guru

Sistem perpustakaan berkomputer melibatkan pembelian dalam proses-proses dan perjalanan kerja 

dan sudah semestinya memberi kesan kepada kakitangan. Dari itu persediaan terhadap kakitangan 

harus diambilkira. Semua kakitangan hendaklah dimaklumkan tentang rancangan pengkomputeran 

dan memberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku. Mereka juga harus diberitahu bagaimana 

sistem  baru   ini   akan  memberi   kesan   kepada   perjalanan   kerja   di   perpustakaan   dan   bagaimana 

hubungannya dengan kerja masing-masing. Di samping  itu, pendedahan awal  terhadap komputer 

dan pengetahuan asas mengenainya bukan lagi  masalah bagi mereka. Menghadiri  kursus-kursus 

pengenalan   komputer  menjadi   satu   langkah  penting   ke   arah   ini,   kerana   penghargaan   terhadap 

komputer dan pembiasaan diri dengannya akan membantu kakitangan untuk lebih bersedia dalam 

menghadapi sistem baru kelak terutamanya Pengawas Pusat Sumber.

iv. Penyediaan Tempat

Satu aspek yang harus diselesaikan sebelum sistem perpustakaan dipasang dan dilaksanakan ialah 

penyediaan tempat. Aspek ini meliputi:- 

Kemudahan hubungan dalam talian dan

Ruang kerja

v. Rekod-Rekod Perpustakaan

Beberapa persedian boleh dibuat terhadap rekod-rekod perpustakaan yang terlibat secara langsung 

dalam projek komputer.  Rekod-rekod yang dimaksudkan meliputi   rekod pembekalan,  peruntukan, 

kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna. 

Keterangan Projek

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi saiz dan kerumitan operasi  perpustakaan. Lantaran  itu kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan sistem yang efektif untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari maklumat yang   baik,   dalam   ertikata   pengurusan   sebagai   fungsi   interpretasi   maklumat   untuk   membuat keputusan. 

6

Page 7: kertas kerja sistem automasi PSS

Oleh itu sistem automasi (menggunakan komputer) bukan sahaja berkeupayaan menguruskan data 

harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan maklumat kepada pihak pengurusan. 

Pengautomasian   PSS   ialah   penggunaan   komputer   untuk   melaksanakan   operasi-operasi   asas 

pemprosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahan-

bahan   yang   sebelum   ini   dikendalikan   secara   manual   oleh   kakitangan   PSS.   Dengan   itu, 

pengautomasian   PSS   berlaku   apabila   wujud   proses   mengintegrasikan   teknologi   maklumat   dan 

komputer   dengan   sumber   pengurusan   dan   pentadbiran   PSS.   Proses   ini   kemudiannya   akan 

melibatkan pengintegrasian   teknologi  maklumat  dengan sumber  pengajaran  dan pembelajaran  di 

dalam dan di luar sekolah ke arah pusat sumber berelektronik yang semestinya dapat meningkatkan 

kecemerlangan dan mutu pendidikan di sekolah.

Jadual Pelaksanaan

Awal Mei 2012

Pengautomasian PSS dijangka mengambil   tempoh 1  tahun ,  berikutan  jumlah koleksi  buku yang 

terdapat pada masa kini lebih 5000 buah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Manakala jumlah ABM juga 

banyak dalam simpanan yang kurang sistematik.

Bahan / Sumber Yang Diperlukan

Sebuah PC – Pentium 4, 2.80 GHz, sekurang-kurangnya 20 GB ruang “hard disk” dan 256 

MB RAM, Windows XP: 

Pencetak

Perisian Sistem Automasi PSS.

USB  wifi dogger.

7

Page 8: kertas kerja sistem automasi PSS

Kewangan

Menggunakan peruntukan PSS.

Memohon peruntukan daripada PIBG sekolah.

Sumbangan peribadi. 

Perbelanjaan.

1. 1 set komputer                                                             = RM 1700.00

2. Pencetak   Canon                                                        = RM   400.00

3. USB Wifi Dogger                                                         = RM   150.00

4. Ps-SENTRAL System ( Automasi Pusat Sumber )     = RM   750.00

                                                                JUMLAH = RM 3000.00

Pengenalan sistem Automasi yang dipilih.

Nama sistem      : ps-SENTRAL System (Automasi Pusat Sumber)

Nama syarikat    : BIOS ONE SDN BHD 579 Jalan Nusari Bayu 2/5, Taman Nusari Bayu 1, Bandar Seri Sendayan,                              71900 Seremban, Negeri Sembilan.                              Tel:06-7752985 / 03-91715575 Faks:03-91711984                              Email: [email protected]                               Website: http://btp.tarantula.my

Kelebihan sistem ps-SENTRAL ( Automasi Pusat Sumber ):

Antara kelebihan melanggan system automasi ps-SENTRAL adalah:-

5. Data selamat dan dijaga dengan rapi oleh kami. Proses backup adalah realtime. Tidak perlu risau 

PC rosak atau kena serangan virus kerana data pss anda disimpan di server tarantula.

6. Tidak memerlukan peralatan yang mahal. PC/Notebook, printer sediada di sekolah sudah 

memadai asalkan boleh membuat capaian internet.

7. Khidmat sokongan 24x7. Termasuk hari cuti, siang dan malam. Jika ada pertukaran GPM hanya 

perlu inform kami dan kami akan hubungi GPM yang baru untuk sesi latihan semula.

8.  Menjimatkan kos. Kad ahli boleh cetak sendiri. Pilih format-format yang telah disediakan atau 

8

Page 9: kertas kerja sistem automasi PSS

upload rekabentuk kad pss. Cetak kad ahli ke mana-mana printer yang ada di sekolah anda. Kos 

cetak kad sendiri kurang daripada RM0.20 per ahli. Boleh caj kad keahlian kepada pelajar. 

Kebanyakan sekolah mengenakan caj RM2.50-RM3.00 kepada pelajar. Jualan kad pss boleh 

menambah tabung pss.

9.  Label barcode dan tulang hanya perlu dicetak menggunakan printer yang ada di sekolah di atas 

kertas sticker yang dibekalkan dan ditampal pada bahan/buku. Proses teknik melabel bahan 

menjadi mudah, jimat dan seragam.

10. Perkongsian bahan dengan pss lain di seluruh Malaysa. Pengkatalogan jadi mudah dan 

cepat. Hanya perlu scan ISBN(atau masukkan judul bahan jika tiada ISBN), salin dan simpan. 

Semudah ABC.

11. Tidak perlu isi rekod perolehan manual dan isi slip kerja manual. Hanya cetak rekod 

perolehan dan slip kerja daripada system.

12. Analisi bahan disediakan.

13. Peminjaman/pemulangan buku oleh pelajar akan kemaskini rekod bacaan i-NILAM secara 

automatik.

14. Murid i-NILAM secara automatic menjadi ahli ps-SENTRAL.

15. Jumlah koleksi ditentukan secara automatik dan nisbah buku terhadap murid dalam iQ-PSS 

dikira secara automatic.

16. Denda lewat pulang dikira secara automatik. Boleh rekod bayaran denda atau 

hapuskira/kurangkan bayaran dan cetak resit bayaran.

17. Jumlah koleksi boleh direkodkan tidak terhad. Jumlah pengguna sistem juga tidak terhad. 

Boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

18. Disediakan Pengkelasan DEWEY secara online.

19. Berasaskan piawai Pusat Sumber Malaysia. Dibangunkan dengan kerjasama BTP dan 

diperakui oleh BTP.

20. Free upgrade  lebih banyak fungsi akan diperkenalkan seperti pengurusan kewangan pss.

9

Page 10: kertas kerja sistem automasi PSS

21. Free conversion daripada sistem lama ke ps-SENTRAL.

10

Page 11: kertas kerja sistem automasi PSS

11

Page 12: kertas kerja sistem automasi PSS

12

Page 13: kertas kerja sistem automasi PSS

Penutup

Dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan pentadbiran dan juga 

urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban 

kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan 

kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik. 

Diharap juga sistem ini mendapat persetujuan dan sokongan daripada semua pihak pentadbiran dan 

juga warga sekolah.  Semoga sistem  ini   juga dapat  menarik  minat  semua murid  untuk  membina 

budaya   membaca   seterusnya   mewujudkan   suasana   pembelajaran   yang   lebih   sistematik   dan 

kondusif.

13

Page 14: kertas kerja sistem automasi PSS

Disediakan oleh:

………………………………….

(PN SITI ROSNAH BT SELAMAT )

Guru Penyelaras Media.

Disemak oleh;

..............................................................

( TN.HJ ISMAIL B. ABD HAMID )

Guru Penolong Kanan 1,

Disahkan oleh ;

..............................................................

( EN.ABD GHAFAR BIN HJ.KASIM )

Guru Besar,

SK RKT Sri Ledang.

14