kertas kerja pss

10
SEKOLAH KEBANGSAAN LARKIN (1) JOHOR BAHRU KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM NILAM

Upload: ridhwan089

Post on 16-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

PSS

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LARKIN (1)JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM NILAM

DISEDIAKAN OLEH :EN. MOHD RIDHWAN BIN ABD RASHID

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)SK LARKIN (1)

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PUSAT

SUMBER SEKOLAH BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM NILAM

Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998.

Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

PSS Sekolah Kebangsaan Larkin (1) masih belum memenuhi tahap yang kondusif untuk digunakan oleh murid-murid di sekolah ini bagi menjalankan program NILAM. Sehubungan dengan itu, beberapa kelengkapan diperlukan bagi menjadikan PSS di sekolah ini lebih selesa digunakan dan program NILAM dapat dijalankan dengan lebih baik. Untuk itu, kelengkapan yang diperlukan ini diharap dapat membantu menjadikan PSS sekolah ini lebih kondusif bagi meningkatkan tahap keberkesanan program NILAM yang dijalankan.

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan penambahbaikan PSS Sekolah Kebangsaan Larkin (1) bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan program NILAM yang dijalankan di sekolah ini. Dengan adanya PSS yang kondusif diharap dapat membantu pencapaian murid dalam program NILAM di sekolah ini agar menjadi lebih cemerlang.

Melahirkan budaya membaca dalam kalangan murid serta menjadikan tabiat membaca sebagai amalan harian, khususnya dalam memenuhi program galakan membaca iaitu NILAM. Di samping itu, PSS SK Larkin (1) dapat dijadikan sebagai pusat membaca yang kondusif dan berkesan kepada murid-murid di sekolah ini dalam menjalankan program NILAM.

1.0 PENDAHULUAN

3.0 MATLAMAT

2.0 LATAR BELAKANG

4.1 Memanfaatkan sepenuhnya PSS dalam membangkitkan budaya membaca murid bagi menjayakan program NILAM.

4.2 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam penggunaan PSS.

4.3 Melahirkan murid yang gemar membaca.4.4 Mengembangkan potensi individu murid bagi mencapai

kejayaan dalam program NILAM. 4.5 Membuka minda murid agar membudayakan amalan membaca

dalam membantu menguasai program NILAM.

Bil. Item Justifikasi Kuantiti

1 Troli Buku Meletakkan buku-buku yang sudah dibaca oleh murid sebelum Pengawas PSS menyusun semula mengikut rak buku.

5 Unit

2 Komputer Menyimpan segala data dan mengakses web-web berkaitan NILAM seperti i-NILAM dan iQPSS di samping untuk aktiviti memproses buku di PSS.

1 Unit

3 Mesin Pencetak 3 In 1 (Printer)

Mencetak kod buku yang sudah diproses untuk ditampal pada buku serta mencetak maklumat-maklumat berkaitan NILAM dan PSS.

1 Unit

4 Meja Komputer Meletakkan komputer di tempat yang sesuai untuk memudahkan proses penggunaan komputer.

1 Unit

5 Papan Pameran Mempamerkan maklumat serta info-info terkini di PSS khususnya berkaitan NILAM.

4 Unit

6 Penghawa Dingin Memastikan pengudaraan yang lebih selesa kepada murid dan guru ketika menggunakan PSS.

3 Unit

7 Tikar Puzzle Digunakan untuk tempat duduk murid ketika membaca di bahagian bawah supaya lebih selesa dan mesra PSS.

2 Set

8 Mesin Pengimbas (Scanner)

Memastikan aktiviti memproses maklumat buku dapat dijalankan dengan lebih baik.

1 Unit

9 Buku Cerita Bahasa Melayu

Perlu ditambah bilangannya kerana sebahagian buku cerita yang sedia ada akan dibawa ke sudut NILAM di dewan terbuka SK Larkin (1) untuk aktiviti NILAM.

100 Buah

4.0 OBJEKTIF

5.0 SUMBANGAN DIPOHON

10 Buku Cerita Bahasa Inggeris

Perlu ditambah bilangannya kerana sebahagian buku cerita yang sedia ada akan dibawa ke sudut NILAM di dewan terbuka SK Larkin (1) untuk aktiviti NILAM.

100 Buah

11 Buku Bacaan Lain (Sains, Keseniaan, Agama, Geografi, Sejarah, Teknologi)

Perlu ditambah bilangannya kerana kekurangan buku bacaan lain seperti Sains, Keseniaan, Agama, Geografi, Sejarah, Teknologi.

100 Buah

12 Rak Bercermin Menyimpan fail-fail berkaitan pengurusan PSS di samping untuk mempamerkan trofi-trofi yang terdapat di PSS SK Larkin (1) supaya lebih selamat.

2 Unit

13 Meja Duduk Digunakan sebagai meja bacaan murid di bahagian bawah untuk meningkatkan lagi suasana mesra PSS.

4 Unit

(Rujuk lampiran)

Di samping itu, PSS SK Larkin (1) juga mengalami sedikit kerosakan di bahagian siling yang mana siling tersebut telah pecah (rujuk lampiran). Keadaan ini menyebabkan burung-burung sering masuk ke dalam kawasan PSS dan menyebabkan kekotoran kerana najis yang ditinggalkan di kawasan PSS ini. Untuk itu, diharap kerosakan ini dapat diperbaiki semula agar tiada lagi masalah sedemikian berlaku kerana masalah ini sememangnya mengganggu keselesaan murid-murid untuk menggunakan PSS SK Larkin (1) ini. Program NILAM dilaksanakan untuk perkembangan potensi diri murid, khusunya dalam kemahiran membaca. Semoga dengan adanya penambahbaikan ini dapat menjadikan PSS SK Larkin (1) lebih kondusif untuk keselesaan dan kebaikan murid-murid dalam menjayakan program NILAM. Semoga sumbangan yang diberikan dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita. Disediakan oleh : Disahkan oleh :________________________ _______________________ En. Mohd Ridhwan bin Abd Rashid Pn. Hjh. Joriah binti Hj. ShalihinGuru Perpustakaan dan Media Guru BesarSK Larkin (1) SK Larkin (1)Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Larkin (1).

Troli buku Komputer

Mesin pencetak (3 in 1) Papan pameran

Penghawa dingin Tikar puzzle

Mesin pengimbas Buku cerita Bahasa Melayu

Buku cerita Bahasa InggerisBuku bacaan lain (Sains, Agama dan

sebagainya)

Rak berkacaMeja duduk

Meja komputer

1. Kerosakan yang dialami pada bahagian siling di PSS SK Larkin (1).