kertas kerja seminar pembangunan kerjaya

Upload: hafeez-shafeek-ahsoh

Post on 08-Jul-2015

1.299 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

ANJURAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING IPG

DENGAN KERJASAMA UNIT PPISMP BM (SJKT)

1

1.0 PENDAHULUANSeminar pembangunan kerjaya adalah hasil usaha daripada unit psikologi dan kaunseling IPG Kampus Kent. Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai pembangunan kerjaya kepada para peserta. Seminar ini juga turut membantu para peserta dalam menentukan pemilihan kerjaya yang terbaik dalam era globalisasi yang penuh dengan cabaran. Hal ini demikian kerana sebilangan daripada graduan Institut Pendidikan Tinggi yang telah Berjaya mendapatkan ijazah namun tidak mendapat sebarang tawaran pekerjaan atau memiliki kerjaya yang tetap. 2.0 OBJEKTIF Objektif utama pelaksanaan Seminar Pembangunan Kerjaya ini adalah seperti berikut :

2.1 Mendedahkan para peserta mengenai taraf hidup masa kini dan persaingan yang harus dihadapi untuk mencapai kejayaan. 2.2 Mempertingkatkan keyakinan diri para peserta mengenali potensi diri dan seterusnya membantu membuat pemilihan kerjaya yang terbaik. 2.3 Membantu para peserta mengesan dan mengenali profesion yang memerlukan ramai tenaga kerja pakar daripada para graduan keluaran Institut Pendidikan Tinggi.

3.0 MATLAMAT Matlamat seminar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan dan keperluan memperolehi kecemerlangan akademik dan kokurikulum dalam menyediakan diri ke dunia kerjaya disamping memberi pemahaman yang jelas tentang prospek kerjaya berdasarkan bidang pengajian masing-masing. Selain daripada itu, ianya dapat membantu meningkatkan disiplin diri agar bersikap serius dalam bidang pengajian sepanjang berada di universiti serta menimbulkan minat dan menetapkan satu standard bahawa pencapaian dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah adalah penting untuk membolehkan para pelajar terpilih dalam proses temuduga dan memperolehi kerjaya yang diminta.

2

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi program ini ialah seramai 200 orang yang terdiri daripada 100 orang guru pelatih IPG Kampus Kent Tuaran dan 100 orang pelajar jemputan dari IPTA/IPTS Sabah.

5.0 PENCERAMAH JEMPUTAN Dr. Hafiz Zamani Mokhtar Pensyarah Fakulti Psikologi dan Kerjaya Universiti Malaysia Sabah.

6.0 MAKLUMAT AKTIVITI

Tarikh Tempat Masa

: 09 September 2011 : Dewan Mutiara Aras 2, Bangunan Tun Mustapha. : 8.00 pagi 2.00 petang

7.0 ATURCARA PROGRAM

8.00 - 8.30 pagi 8.30 - 10.00 pagi 10.00 - 10.30 pagi

- Pendaftaran Peserta Sesi 1 : Tajuk : Pendedahan tentang kerjaya masa kini - Minum pagi

10.30 - 12.00 tengahari Sesi 2 : Tajuk : Mengenali Potensi Diri 12.00 - 2.00 petang - Sesi 3 : Tajuk : Peluang kerjaya - Makan tengah hari - Bersurai

3

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

PENAUNG Pn. Mary Teresa Kinajil PENASIHAT En. Hamidi bin Malagob PENYELARAS Pn. Juliana Dumpil AJK PELAKSANA : Pengerusi : Mohd Fadhli Bin Yaakof N. Pengerusi : H.Shafeek bin Ahsoh Setiausaha : Fhenyius Duasin Bendahari : Mohd Hairy Said

4

AJK Peralatan : Rahim Nanang Mohd Fikri Ibrahim Mohd Hafizul Rakmadin AJK Makanan/Minuman : Zulaiha bt Kasby Peyona Mokhtar AJK Persiapan Tempat : Lina Rais Jenny Bailin Nirwanah AJK Kebersihan : Mohd Alif Haiqal Muhidin Samsudin AJK Pendaftaran : Nurnadrah Hasfinie Hasuniddin Jonathan AJK Dokumentasi : Nirwanah AJK Buku Program : Ariathy Fairuz Norsheila

5

9.0 SENARAI PERALATAN Bil 1. 2. 3. 4. 5. Peralatan Kerusi plastik Kerusi tetamu kehormat (VIP) Mikrofon Mic Stand PA System Kuantiti 230 buah 5 Buah 3 Buah 2 Buah

10.0

KEWANGAN

BIL. 1.

PERKARA Bayaran penceramah 5 jam X RM 200

JUMLAH (RM) RM 1000.00

2.

Makanan : Pagi - 200 orang X RM 5 RM 1000.00 RM 2000.00 RM 1000.00

Tengahari - 200 orang X RM 10 Petang - 200 orang X RM 5

3.

Alat tulis Nota Persiapan dewan JUMLAH

RM 50.00 RM 100.00 RM 300.00 RM 5450.00

11.0

PENUTUP Justeru, semoga kertas kerja seminar pembangunan kerjaya mendapat

pertimbangan dan kelulusan yang sebenarnya daripada pihak pentadbiran IPG Kampus Kent.

6

Tandatangan,

____________________________ ( Setiausaha Unit Psikologi dan kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Kent No. Tel : 013 8892890 Fax : 088-723451 )

Tarikh : 2 September 2011

7